Sunday, October 3, 2010

CORETANKU 69

BERHENTI ITU YANG SEBAIK2NYA...DOA PADA ALLAH AGAR DAPAT DIHINDARKAN KETAGEHAN MEROKOK INI

ADA ULAMAK MENGHUKUMNYA HARAM...SELEBIHNYA MAKRUH...TETEPI MUNGKIN MAKRUH TAHRIM...MAKRUH TAHRIM NI....MAKRUH YANG HAMPIR KEPADA HARAM...TETAPI JIKA USTAZ ITU MENGHISAP ROKOK JUGA...BIASA IA KATA
MAKRUHLAH...JADI TERPULANG PADA KITA...MANA HUKUM YANG DIAMBIL...TANYA USTAZ2 BERHAMPIRAN ANDA...MOHON PENJELASAN SECARA TERPERINCI......




Rokok naik harga Bro:RM10.00 Sekotak

Berita Gembira untuk Perokok Tegar.

Kementerian Kewangan sudah me...ngesahkan bahawa harga rokok bagi pek 20 batang naik 70 sen berkuatkuasa hari ini yang menjadikannya bernilai RM 10 setiap kotak.

Rasanya ramailah perokok tegar yang menyandar dengan harga baru ni...pun begitu rasanya penghisap penghisap rokok yang selama ini menjadi pembayar cukai yang baik kepada kerajaan tidak menghadapi masaalah dengan kenaikan harga rokok ni...sebab? dah ada modal 9.30 sebelum ni tambah 70 sen lagi pun bukannya rasa sangat...kata seorang sahabat sambil mengunyah roti cani pagi ini.

CORETANKU 68

Hazayani Zakaria   
MARANG, 3 Okt: Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir hari ini dengan enam deklarasi.
Enam deklarasi itu disampaikan Timbalan Ketua DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani, selaku pengarah program.
Deklarasi itu antaranya ialah DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.
"Pemuda mesti memahami semua peringkat tarbiah dalam parti kerana tarbiah merupakan agenda yang paling penting dalam jemaah Islam," kata Azman di majlis penutup ijtima' di Masjid Rusila.
Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mesir dari Ikhwan Muslimin, Sheikh Al-Syed Abdul Mas’ud Mohamed Asqar.
DPPP turut bersetuju untuk mengukuhkan program usram sebagai asas kepada segala gerak kerja parti.
Selain itu, program ijtima' akan dijadikan sebagai program tahunan DPPP sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan tarbiah di kalangan pemuda di semua peringkat.
DPPP turut mengulangi pendirian mereka sebelum ini untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan ulama yang merupakan tunjang kepada PAS yang memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
Menurut Azman juga, DPPP berazam untuk membina sahsiah dalam diri setiap pemuda dengan mendalami segala ilmu pengetahuan merangkumi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.
Selain itu, DPPP akan menjadikan tarbiah merentasi tanzim iaitu semua gerak kerja parti adalah berorentasikan tarbiah bagi mengukuhkan kekuatan dalaman setiap ahli.
Azman dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua pemuda dan pemudi yang berjaya menghadirkan diri sehingga ke akhir program berkenaan.
Kehadiran peserta yang mencecah 5,000 orang disifatkan sebagai kejayaan awal DPPP dalam memobilisasi seluruh pemuda ke setiap program dan gerak kerja.
"Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir dan istiqamah sehingga berakhirnya program.
"Kehadiran peserta ternyata melebihi jumlah yang kita sasarkan dan ini menunjukkan kejayaan awal DPPP dalam menganjurkan program sebegini," katanya.
Beliau turut memberitahu, ijtima' pemuda pada tahun hadapan akan diadakan di Pulau Melaka, Kelantan

CORETANKU 67

Oh lihatlah... kamu lihatlah nyamuk kibarkansayapnya... dalam kepekatan malam gelap gelita... oh lihatlah... lihatlah laluan saraf pada dadanya... otaknya pula dari tulang yg berkaca... oh lihatlah... lihatlah aliran darah dalam sarafnya.... bergerak dari satu segmen ke... satu segmen.. berilah daku ampunanMU..hapuskan dosaku... kesilapan dulu...apa terjadi sekian lama... oh lihatlah... kesilapan dulu..apa terjadi sekian lama... oh lihatlah.. kau lihat makanan janin samapai ke perutnya... tanpa rosak melalaui abdomennya... oh lihatlah... lihatlah tempat dimana hinggap kaki2nya... laju bergerak,begitu peka deria baunya... oh lihatlah... Ia mendengar serta merasa apa yg ada... dalam lautan gelap gelita..bergelora... berilah daku ampunanMU..hapuskan dosa... kesilapan dulu..apa yg terjadi sekian lama... oh lihatlah... kesilapan dulu apa terjadi sekian lama... Oh lihatlah...oh lihatlah...

Saturday, October 2, 2010

CORETANKU 66

Syeikh Mutawalli Sya'rawi Menegur Presiden Hosni Mubarak
 
Lebih kurang la apa yang Syeikh Sya'rawi cakap: "Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. A...ku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? "..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim) Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; "..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..". Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami)."

CORETANKU 65

BAGAIMANA YANG TUKANG TEKAN TUBI...YANG MENYEBABKAN WANITA NI HAMIL...LEPAS GITU AJE....MANA HUKUM ALLAH...NAK DIBIARKAN SAHAJA KE...

Harapan Kedua Si Terlanjur

Penubuhan Sekolah Harapan mampu memberi sinar baru kepada mereka yang terlanjur.
MEREKA melangkah masuk ke Sekolah Harapan adalah dengan kerelaan hati, tetapi hakikatnya mereka tidak pernah rela untuk hamil sebelum bernikah apatah lagi dalam usia yang masih mentah.
Tidak seperti perahu terlajak yang dapat diundur kembali, kumpulan lima pelajar pusat perlindungan itu yang pernah terlanjur bersyukur kerana pusat perlindungan ini menyambut baik kehadiran mereka walau hanya untuk tempoh tertentu sahaja.
“Setakat ini kesemua mereka nampak gembira tinggal di sini. Masing-masing tidak menunjukkan tanda-tanda mereka menghadapi masalah atau tekanan,” kata Penyelia Rumah Harapan, Saimah Hiran kepada Mingguan mStar, beberapa hari selepas sekolah kontroversi itu beroperasi.
Walaupun baru dibuka, Saimah memberitahu, setiap pelajar tidak akan terlepas daripada mengikuti aktiviti yang disediakan pihak pengurusan.
Katanya, sehingga kini, lima pelajar yang masing-masing datangnya dari Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang itu juga tidak menghadapi masalah dalam pergaulan dan berkomunikasi.
Penyelia Rumah Harapan (asrama) Saimah Hiran (dua kiri) memberi taklimat kepada seorang pelajar yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan, baru-baru ini.
“Sebelum kelas bermula, kita adakan minggu orientasi selama seminggu bagi membolehkan mereka berkenal-kenalan dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka.
“Kita juga telah menghantar mereka berjumpa doktor untuk memastikan kandungan mereka sihat dan selamat,” katanya.
Mingguan mStar turut berpeluang berbual secara eksklusif dengan salah seorang penghuni kumpulan pertama, berusia 17 tahun.
Kay (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang daripada lima penghuni Sekolah Harapan yang mendapatkan perlindungan dengan kerelaan diri sendiri.
Kesal dengan keterlanjuran akibat terlalu mengikut nafsu, dia bagaimanapun reda dengan apa yang telah menimpa diri dan keluarganya.
“Saya tak akan mensia-siakan peluang ini. Apa yang mahu saya lakukan sekarang ialah menyambung semula pembelajaran dan mengambil peperiksaan di sini,” katanya.
Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, Kay berazam untuk belajar bersungguh-sungguh selain mahu mengubah diri menjadi insan yang lebih baik dan mampu berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.
“Dalam keadaan saya sekarang ini, saya akan belajar selagi termampu dan buat yang terbaik. Saya betul-betul mahu berubah dan tak akan buat perbuatan yang sama lagi selepas ini,” jelasnya.
Mengimbas kembali bagaimana dirinya boleh ‘tercampak’ ke Rumah Harapan, Kay memberitahu dia dihamilkan tanpa kerelaan oleh jejaka yang tidak dikenali.
“Saya teraniaya. Kawan saya telah kenakan saya. Saya tak kenal dengan lelaki itu, tetapi setelah dipaksa saya pun terlanjur.
“Lepas dapat tahu saya mengandung, saya terus mencari jalan penyelesaian melalui Internet. Kebetulan juga pada masa itu abang saya tahu pusat perlindungan seperti ini akan dibuka.
“Bila dapat tahu ia bakal beroperasi dan menerima kemasukan, saya terus mendaftarkan diri dan syukur saya diterima masuk,” katanya.
Sementara menunggu saat-saat bayi dalam kandungannya yang kini berusia enam bulan dilahirkan, Kay mengakui gembira dan tenang dapat bersama-sama melakukan aktiviti bersama rakan-rakan lain.
“Kawan-kawan baik-baik belaka. Begitu juga guru-guru yang menjaga kami. Mereka mendidik dan tidak menggunakan kekerasan. Apa yang dapat saya kata, di sini saya langsung tak rasa tertekan.
“Aktiviti yang disusun pun memberi manfaat. Kami baca al-Quran, mengikuti tazkirah dan diwajibkan solat jemaah. Kami juga boleh belajar memasak,” katanya.
Kay berpendapat Sekolah Harapan sesuai untuk remaja yang pernah terlanjur atau melakukan kesilapan tetapi ingin kembali ke pangkal jalan.
Katanya, sebagai golongan yang masih muda dan perlu berdepan dengan pelbagai dugaan sehingga adakalanya menjadikan diri mereka terjebak ke kancah yang tidak sepatutnya.
“Apa yang penting, setiap orang yang buat pernah buat salah nekad untuk tidak mengulanginya lagi. Setelah apa yang berlaku, saya sedar bahawa saya banyak kelemahan dan saya sendiri ingin berubah,” katanya.
Dia menasihati remaja di luar sana supaya berhati-hati apabila berkawan supaya bagi mengelakkan daripada mereka menerima nasib yang sama seperti dirinya

Sekolah Harapan Untuk Semua Kaum

Kemudahan asas Sekolah Harapan termasuk empat kelas, bilik komputer, bilik mesyuarat dan pejabat pentadbiran.
KEDUDUKAN Rumah Harapan terletak bersebelahan dengan Sekolah Harapan memudahkan pelajar menghadiri sesi pembelajaran seawal pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Malah, sistem pembelajaran yang ditawarkan adalah sukatan daripada Kementerian Pelajaran.
Lebih dari itu, sekolah berkenaan disediakan untuk semua kaum termasuk yang bukan Islam.
Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, golongan berkenaan juga seperti insan lain yang memerlukan tempat belajar khusus kerana tidak digalakkan berada di sekolah biasa berikutan keadaan mereka yang hamil luar nikah.
“Kemasukan pelajar hamil turut terbuka kepada mereka bukan Muslim dan rakyat di negeri lain namun keutamaan diberikan kepada rakyat Melaka.
“Sekolah Harapan ibarat transit yang menyediakan kemudahan persekolahan sehingga remaja terbabit bersalin,” katanya kepada Mingguan mStar.
Ab Rahaman berkata, sukatan pembelajaran terdiri daripada mata pelajaran teras di sebelah pagi manakala sebelah malam pula untuk pendidikan agama.
Lima mata pelajaran teras meliputi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains Am dikendalikan oleh guru daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
“Pemilihan pengajar di sekolah ini setaraf dengan guru di sekolah biasa, namun antaranya daripada guru pesara atau guru sekolah kebangsaan.
“Pelajar akan diberikan pendidikan khas melibatkan bidang berkemahiran dan keibubapaan selain bimbingan kaunseling pada hujung minggu,” katanya.
Mengenai sama ada pelajar akan menghuni Sekolah Harapan sehingga tamat belajar atau tamat peperiksaan, beliau menjelaskan sekolah itu diwujudkan sebagai tempat sementara kepada remaja terbabit belajar sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan.
“Kita mahu memulihkan semangat remaja ini dengan memberikan peluang kedua untuk terus maju dalam hidup dan masa depan.
“Ini menjadi signfikan Sekolah Harapan sebagai kesedaran untuk mereka mengenai betapa besarnya kesilapan itu dan masih terbuka ruang untuk bertaubat,” ujarnya.
Beliau menambah, pelajar digalakkan untuk untuk menduduki peperiksaan, sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Masa depan mereka masih terlalu jauh lagi. Banyak perkara perlu dilalui terutama pembelajaran yang tidak sepatutnya berhenti di tengah jalan,” katanya lagi.
Pelajar boleh meninggalkan sekolah itu selepas habis tempoh berpantang dan kembali ke pangkuan keluarga serta meneruskan pelajaran seperti pelajar biasa.
Dalam pada itu, Ab Rahaman menasihatkan ibu bapa kepada pelajar hamil agar menerima anak mereka seadanya dengan memberikan sokongan dan bimbingan.
“Ini akan mengembalikan semangat mereka untuk menjadi manusia berguna dan bukan dianggap sebagai sampah masyarakat hanya disebabkan kesilapan lalu yang mereka lakukan,” katanya

Selamatkan Bayi, Remaja Hamil - Pengarah JAIM
Masa depan remaja kini lebih terjamin selepas mendaftarkan dri di Sekolah Harapan.
TIADA manusia tidak pernah melakukan kesilapan, begitulah senario yang dapat dilihat kepada pelajar Sekolah Harapan yang sedang hamil luar nikah.
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Sulaiman Harmain Shah berkata, remaja masih muda dan tidak matang menyebabkan segelintirnya mudah terpengaruh.
“Ini menyebabkan antaranya tersilap langkah dan akhirnya menjerat diri sendiri akibat terjebak dengan aktiviti sosial bebas sehingga berlakunya zina.
“Walaupun zina adalah perbuatan terkutuk, tetapi tidak bermakna mereka g terlanjur tidak patut diberikan perlindungan,” katanya kepada Mingguan mStar.
Katanya, bayi adalah anugerah Allah dan sekiranya remaja hamil luar nikah tidak dibela, kemungkinan berlakunya pembuangan dan pembunuhan bayi.
“Kita mahu selamatkan kedua-duanya, bayi dan remaja hamil. Sekolah Harapan memberi perlindungan sekaligus menyelamatkan nyawa tidak berdosa,” tambahnya.
JAIM berperanan sebagai pentadbir urus dan penyedia kemudahan Sekolah Harapan menerusi peruntukan daripada Kerajaan Negeri Melaka.
Sulaiman berkata, JAIM akan melantik beberapa guru Kelas Fardhu Ain (Kafa) bersesuaian dengan subjek tertentu sebagai pengisian pembelajaran.
“Modul pembelajaran itu juga perlu bersesuaian dengan kematangan pelajar serta menjurus kepada usaha meningkatkan aqidah dan moral.
“Kesemuanya mengikut jadual ditetapkan kecuali pengisian bersolat dan mengaji yang harus dipraktikan pada setiap hari,” ujarnya.
Lebih kurang 1,000 guru Kafa pelbagai bidang berkhidmat di Melaka dan pemilihan sebagai pengajar Sekolah Harapan berdasarkan keprihatinan dan kemesraan mereka.
Pendekatan digunakan secara berbeza berbanding biasa kerana pengajar perlu mempunyai sifat penyayang dengan menganggap pelajar sebagai keluarga.
Semua permohonan dan penilaian melibatkan Jawatankuasa Penilaian yang diketuai Pengerusi Panel Kemasukan Sekolah Harapan, Rahimin Bani.
Beliau berkata, JAIM turut mendapat kerjasama daripada hospital, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Katanya, sekolah itu bukan rumah hukuman tetapi sebaliknya penyertaan adalah sukarela dan kemasukan berdasarkan persetujuan ibu bapa pelajar.
Menurut Sulaiman, sekolah itu bukan penjara dan kemasukan bukan disebabkan perintah mahkamah tetapi atas dasar kepercayaan untuk diberikan bantuan.
“Daripada membiarkan mereka tidak tentu arah, tidak mahu belajar hanya kerana hamil, biarlah mereka diberikan peluang seperti insan lain di Sekolah Harapan.
“Diharapkan mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang dan paling utama tidak mengulangi kesilapan dilakukan sebelum ini,” katanya


NEGARA


Sekolah Harapan sudah terima 10 remaja

MELAKA - Bilangan pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di sini, bertambah apabila lima lagi pelajar mendaftar masuk semalam.
Jumlah itu menjadikan setakat ini 10 pelajar sudah berada di sekolah itu sejak dibuka 17 September lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, lima pelajar baru itu masing-masing dari Selangor, Terengganu, Pahang, Melaka dan Johor.
Kesemua pelajar itu hamil enam bulan ke atas.
"Empat daripada mereka berusia 17 tahun dan menuntut di tingkatan lima manakala seorang lagi di tingkatan empat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Melaka Maju 2010 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil semalam.
Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islan Negeri Melaka (MAINS) menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu.

Friday, October 1, 2010

CORETANKU 64

NAK SERIBU DAYA..TAK NAK SERIBU DALEH....ADAKAH KITA NAK MENOLAK SYURGA ALLAH JUGA KASIH ALLAH...SENDIRI MAU FIKIR DAN SENDIRI MAU INGAT

DUNIA


Dua wanita dirotan di Aceh


MURNI AMRIS (kiri) dirotan di sebuah masjid di Aceh Besar, Aceh semalam.


BANDA ACEH, Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai.
Ratusan orang berhimpun untuk melihat Murni Amris, 27, dirotan sebanyak tiga kali manakala Rukiah Abdullah, 22, menerima dua rotan di sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara Banda Aceh.
"Dua wanita itu ditemui menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengahari semasa Ramadan. Undang-undang syariah melarang makanan dijual semasa bulan puasa dalam Ramadan," kata seorang ketua polis syariah, Marzuki Abdullah.

MURNI AMRIS dipimpin oleh seorang anggota polis sebelum dia dirotan semalam.


Murni memiliki sebuah gerai makanan manakala Rukiah menjual nasi.
Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera merupakan antara beberapa wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah.
Dalam bulan Ramadan, penganut Islam berpuasa dari awal pagi sehingga senja yang bermula pada Ogos dan berakhir awal September tahun ini.
Turut dirotan ialah Fakhruddun Harun sebanyak lapan kali di pekarangan sebuah masjid di Aceh Besar kerana kesalahan berjudi. - Agensi

CORETANKU 63

HURAIAN @PENDAPAT NUSYUZ 3

isteri nusyuz tiada haq nafkah zahir dan batin serta tiada haq giliran...ni juga mengambarkan wanita juga ada ego@sombong...seperti mana lelaki...


 Isteri nusyuz

Auzubillahiminasyaitanirrajim..
Nusyuk adalah istilah agama. Asalnya diistilahkan kepada isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Kini, kita mendapai ada beberapa tulisan yang menyatakan nusyuz juga termasuk suami yang tidak menunaikan hak ke atas isteri.
Namun, di dalam al-Quran, tindakan yang jelas telah disusun rapi sebagai panduan suami menangani masalah isteri yang nusyuz. Ia adalah panduan yang digariskan oleh Yang Maha Pencipta, iaitu Allah SWT sendiri. Tidak dinafikan ia juga adalah resolusi terbaik sekiranya dilaksanakan dengan cara atau langkah yang betul.
Nasihat yang baik
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz (derhaka) ialah (dengan segera) memberikan nasihat yang baik kepada si isteri. Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah. Ingatkan mereka bahawa tindakannya itu telah menyakiti hati suami dan dikira derhaka serta yang paling penting dari semua itu adalah, telah dikenakan dosa oleh Allah SWT.
Isteri yang baik (yang kenal serta beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan) terus akan terdidik dengan nasihat yang baik itu. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab suami apabila diijab-kabulkan ialah mempastikan isteri betul-betul kenal dengan Allah. Dunia hari ini menyaksikan ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak betul-betul kenal dengan Allah. Mereka lebih mengenali ibu ayah, sanak saudara hatta diri sendiri lebih daripada mengenali Allah. Padahal, pada diri mereka sendiri itu, tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah.
Nasihati isteri dengan sifat-sifat isteri Rasulullah, isteri para sahabat dan orang-orang soleh. Izinkan mereka berfikir dan membuat perbandingan sifat mereka berbanding dengan isteri orang-orang yang disebutkan tadi. Pandulah di mana-mana sekiranya mereka memerlukan. Isteri boleh dianggap anak murid pertama dan yang sentiasa mendapat prioriti pertama dalam segala hal.
Ingatkan isteri bahawa dunia akhir zaman ini memang indah untuk dikejar. Kadang-kadang berlaku sehingga suami tertinggal jauh di belakang. Ingatkan mereka bahawa dalam peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah “isteri nusyuz…”
Asingkan tempat tidur
Tindakan kedua (selepas beberapa ketika isteri masih meneruskan perangai nusyuznya itu) ialah tidak tidur bersama mereka di tempat tidur khas untuk anda berdua selama ini. Dan anda berada di dalam rumah anda (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah expired. Langkah kedua ini adalah lebih kepada perbuatan bukan percakapan.
Isteri, kalau benar masih ada rasa hormat dan sayang pada suaminya, pasti akan terasa (kekurangan, hina) apabila sahaja si suami mengalihkan pandangan daripadanya. Inikan pula kalau sudah tidak ingin lagi tidur di sebelahnya. Mereka akan terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana semua peradaban baik mengetengahkan bahawa, tempat isteri adalah di sisi suami. Guru ana selalu sebut “isteri kita ini, sebab sayang sangat dengan suami dia, kalau ada seekor lalat yang hinggap pada pipi perempuan lain kemudian hinggap pula selepas itu ke pipi suaminya, maka sifat irihati terus sahaja akan bertandang ke dalam sanubarinya”.
Sebab itulah, apabila seorang suami mengahwini isterinya, perkara kedua selepas mengenalkan dirinya dengan Allah adalah, mempastikan jatidiri isterinya. Berikan isteri itu nilai isteri. Salah satu nilai isteri adalah sentiasa bangga berada di samping suaminya. Biarlah kalau mereka nak cemburu dengan lalat sekalipun. Sifat cemburu (bertempat) itulah yang utama menjadi jatidiri. Orang kata, bila ada sifat cemburu, di saat itulah timbulnya rasa sayang.
Memukulnya dengan pukulan mendidik
Jangan anda fobia dengan perkataan pukulan. Dalam Islam memang Allah ajar. Anak kalau umur 10 tahun juga masih liat (tak nak) solat, pukul. Kalau tak pukul, anda akan hadapi masalah. Kerana ajaran pukul ini adalah daripada Allah. Macam kereta mercedes yang pakai petrol jugalah, kalau dibubuh air memang pasti jahanam. Sebab tuan yang buat dia kata macam tu. Kalau tuan yang buat manusia itu Allah, dan di ajar kita tak dengar maka, kita akan ke jahanam juga. Sedangkan jahanam yang Allah sediakan itu teramat lebih darjah kedahsyataan dan siksaannya.
Pukul isteri. Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Sebab itulah, selepas ajaran kedua (mempastikan jatidiri isteri) yang perlu disematkan oleh si suami di malam pertamanya tadi, maka perlu ajaran ketiga iaitu beritahu mereka apakah tindakan yang suami akan lakukan kalau didapati isteri itu dan ini. Jangan lupa beritahu isteri juga bahawa, kalau suami dah mulakan step menangani nusyuz, maknanya nafkah (zahir batin) pun turut akan ter’stop’ sama.
Jangan anda masih terfikir bahawa nafkah batin itu adalah seks. Ana minta maaf kerana tafsiran itu telah lapok dan agak ketinggalan zaman. Seks adalah nafkah zahir. Sebab ia menggunakan benda zahir yang nampak. Sebaliknya nafkah batin itu adalah kasih sayang, perhatian, perasaan dan sebagainya yang melibatkan hati yang memang tak nampak. Sebab apa-apa yang batin itu diistilahkan kepada perkara yang tak nampak.
Kalau anda pernah dilatih oleh seorang komander askar, anda tahulah apa itu nafkah batin. Memang semasa latihan, jangan harap tindakan mereka ada hati perut lah. Jangankan kesian, kalau mereka melihat anda dengan pandangan manusia pun sudah besar ertinya. Kerana biasanya mereka akan lihat anda dengan pandangan harimau, singa malah ada sesetengahnya itu dengan pandangan makhluk asing.
Kalau isteri baik
Sukacita diulangi. Kalaun isteri anda baik. Apabila sahaja anda mulakan kuliah agama padanya, dia dah mula sedar. First time mereka pasti menangis. Kalau dah banyak kali, susah dah nak menangis, tetapi suara akan berubah. Muka tunduk. Insaf. Terutama apabila dengar al-Quran yang ditafsirkan (diulang tafsir) oleh suaminya sendiri. Saidina Umar al-Khattab pun cair dengar al-Quran, inikan pula seorang perempuan yang berstatuskan isteri.
Sebaliknya
Sekiranya anda sebagai seorang suami, tidak faham apakah yang sedang ana perkatakan ini, maknanya anda belum layak jadi suami. Anda perlu banyak belajar lagi. Anda perlu insaf terlebih dahulu kenapa anda bergelar suami belum tiba masanya.
Begitu juga, kalau anda seorang suami dan anda memahami apa yang sedang dibincangkan ini, maknanya anda tidak benar-benar melakukan langkah-langkah yang Allah gariskan ini dengan tepat ramuan dan cara-caranya. Anda juga perlu insafi diri terlebih dahulu kerana anda adalah orang yang tergesa-tergesa. Kalau di jalanraya, orang potong Q pun ada marah, inikan pula anda yang sudah bergelar suami kepada seorang isteri.
Dan kalau anda hanya mengetahui resepi Allah ini, tetapi belum pernah mencubanya walaupun dah beberapa kali timbul masalah nusyuz. Jangan harap ianya akan berkesan kalau anda baru nak mula belajar guna resepi tuhan ini. Sebaliknya anda perlu bertaubat kerana selama ini anda hanya banyak gunakan teori dan buah fikiran sendiri. Anda tidak sedar dan kenal diri anda siapa kepada Pencipta anda iaitu Allah.
Oleh itu walau di mana letak diri anda, mulakanlah dari langkah yang pertama apabila ingin selesaikan masalah nusyuz. Kalau setelah 10 tahun berkahwin, anda belum kenalkan diri isteri kepada Allah, mula perkenalkanlah. Begitulah step-step yang seterusnya. Sabarlah kerana anda sebenarnya telah terlewat. Ini mungkin petanda Allah sayangkan diri anda, kerana Dia menginsafkan anda di dunia sebelum akhirat.
Kesimpulan
Sekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri. Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua.
Sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan (maaf ana tidak ada pengalaman dan tidak ingin pengalaman itu insyaAllah) kerana isteri anda memang selayaknya ditinggalkan (sekiranya dia masih, masih dan masih meneruskan sifat nusyuznya itu)
Wallahu aklam. Semoga kita semua (sebagai suami atau isteri) dijauhkan daripada segala keburukan dan kejahatan diri sendiri, orang lain, syaitan serta sekutu-sekutunya itu. Wassalam.


Isteri Nusyuz (derhaka)
1) PENGERTIAN NUSYUZ
Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.
2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ
Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :
1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.
2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.
3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).
4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.
3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ
Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :
1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah :
Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.
(Surah An-Nisa: ayat 34)


2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.
(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)
Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.
3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).
(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)
Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.
Wallahua'lam



Tanda-Tanda Isteri Derhaka~Nauzubillahiminzalik



1. Menghina atau mengumpat suami

2. Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain

3. Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami

4. Isteri mendoakan kecelakaan buat suami

5. Membenci kegemaran suami

6. Menjadi tekanan kepada suami

7. Mengungkit-ungkit janji suami


wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri...


8C Sebab Suami Benci Isteri

wanita-solehah8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini