Tuesday, October 5, 2010

CORETANKU 76

Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami.
Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah

2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua

3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri

4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri

5. Meremehkan kedudukan isteri

6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri

7. Memakan Harta isteri secara batil

8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya

9. Bersikap pelit terhadap isteri

10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi

11. Banyak mencela dan mengkritik isteri

12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri

13. Banyak bersengketa dengan isteri

14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas

15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga

16. Interaksi yang buruk dengan isteri

17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri

18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri

19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan

20. Menyebarkan rahsia ranjang

21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan

22. Menggauli isteri ketika haid

23. Menggauli isteri pada duburnya

24. Memukul isteri tanpa alasan

25. Kesalahan tujuan poligami

26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri

27. Terburu-buru dalam urusan Talak

28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian

29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya

30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri

31. Kurang setia terhadap isteri

32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain

Monday, October 4, 2010

CORETANKU 75

JIKA JODOHNYA BEGINI...NI TAKDIR ALLAH...NI SEMUA DALAM KEKUASAAN ALLAH...MARILAH SAMA2 KITA BERTAQWA...

Kasih bertaut jua

Oleh Mohd Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my
2010/10/05
KAMPUNG GAJAH: Kalau sudah jodoh tidak ke mana dan pepatah itu amat sesuai menggambarkan pasangan warga emas, Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70, tetap berkahwin selepas terpisah selama 53 tahun.
JODOH...pasangan Shamsuddin dan Umi disatukan dalam majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan, kelmarin.
JODOH...pasangan Shamsuddin dan Umi disatukan dalam majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan, kelmarin.
Selepas tiga kali lafaz, pasangan itu selamat diijabkabul di rumah pengantin perempuan di Kampung Pasir Garam, dekat sini, kelmarin.

Menceritakan kembali detik perkenalan awalnya dengan Umi, Shamsuddin berkata dia pernah bertunang dengan isterinya itu ketika berusia 19 tahun.

“Bagaimanapun, pertunangan kami hanya bertahan empat bulan. Saya kemudian bertemu dengan wanita lain iaitu arwah isteri.

“Mungkin kami tiada jodoh pada masa itu menyebabkan saya berkahwin dengan arwah isteri, tetapi kami tidak dikurniakan anak,” katanya ditemui selepas majlis perkahwinannya.

Menurut Shamsuddin, selepas berkahwin dengan arwah isterinya yang meninggal dunia Mac lalu, dia dan Umi membawa haluan sendiri dengan Umi bertemu jodoh dengan lelaki lain.

“Saya masih pulang ke kampung biarpun sudah tidak tinggal di sini memandangkan ini adalah kampung halaman saya manakala Umi masih menetap di sini.

“Ketika pasangan masing-masing masih hidup, kami tidak mengambil tahu hal masing-masing dan hanya bertegur sapa apabila bertemu secara kebetulan.

“Justeru, saya tidak sangka selepas pasangan masing-masing meninggal dunia dan berpisah selama 53 tahun, akhirnya jodoh tetap menyatukan kami sebagai suami isteri.

“Saya juga gembira kerana keluarga kedua-dua belah pihak merestui perkahwinan kami,” katanya yang tinggal di Sabak Bernam, Selangor.

Umi pula menganggap jodohnya dengan Shamsuddin tiada selepas pertunangan mereka terputus dan reda dengan keadaan itu.

“Namun, saya tidak sangka jodoh kami masih ada walaupun sudah berpisah selama 53 tahun. Bagi saya, ajal maut, jodoh pertemuan Tuhan yang menentukan.

“Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin semula selepas kematian suami kira-kira empat tahun lalu tetapi apabila ketika Shamsuddin datang melamar, saya tidak teragak-agak menerimanya,” katanya yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya.

CORETANKU 74

Tuesday, September 28, 2010


CEMBURU


"Tuhan tidak memandang kepada siapa kamu, dimana tempat kamu, aras mana kedudukan kamu, secantik mana wajah kamu, dimana kamu menuntut ilmu, sepelat mana bahasa kamu. Tetapi, yang dilihatNya ialah Iman yang terpancar dalam diri kamu. Jangan berasa rendah diri, jika kamu merasakan diri kamu tidak sehebat orang lain ataupun kamu tidak bernasib baik seperti orang lain. Bukankah ganjaran di akhirat itu lebih utama ?"
Entri ini saya ungkapkan dalam facebook saya. Mungkin sebagai mengubat rasa cemburu di dalam hati.
       Ya, saya juga rasa 'cemburu'.. Cemburu bila mendapat tahu kawan-kawan satu sekolah dahulu ramai yang dapat menyambung pelajaran ke luar negara. Dahulu saya terlalu berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Mesir. Merasai sendiri menuntut ilmu, bermusafir jauh dari negara sendiri. Membanggakan ibu dan ayah. Hanya Allah yang tahu betapa saya memendam impian itu sejak sekian lama.
Tetapi, bila mengingatkan bahawa sesungguhnya ada hikmah yang tersimpan apabila ditakdirkan keatas kita akan sesuatu perkara, hati ini cukup tenang.
Allah mendengar doa kita dan tidak akan sesekali mengecewakan kita. Dia bersifat dengan Arrahman dan Arrahim. Justeru, sentiasalah berdoa kepadaNya dengan penuh tawaduk. Apabila kita meminta-minta kepada manusia, belum tentu mereka mampu menunaikan hasrat kita. Tetapi, apabila kita meminta dengan Allah, Dia akan mengabulkan segala permintaan kita terpulang samaada cepat atau lambat. Jika cepat dikabulkan doa kita, Dia akan menguji kita bersyukur ataupun tidak. Jika lambat dikabulkan doa kita, Dia akan menguji kita bersabar ataupun tidak.
Bukankah Allah pernah berjanji di dalam Quran, surah al Baqarah ayat ke 186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Saya pernah banyak kali gagal dalam hidup ini. Namun, saya mengambilnya sebagai rencah dalam kehidupan. Warna warni kehidupan itu kadangkala ada terpalit dengan kekotoran. Kekotoran itu tidak harus dibiarkan kekal, tetapi harus dibersihkan. Begitulah analogi saya terhadap hidup ini. Kegagalan itu adalah langkah untuk kita terus mendayung perjalanan terus mara ke muara kejayaan.
Allah yang Maha Pemurah, memberi hadiah yang terlalu berharga untuk saya nilaikan. Dia mengabulkan doa saya dengan memberi apa yang saya perlu. Saya dipilih untuk mewakili Kolej Matrikulasi Kedah (sesi 2007/2008) bersama dua teman yang lain ke negara yang paling padat dengan penduduk beragama Islam iaitu Indonesia. Pengalaman selama seminggu cukup memberi hadiah yang beerti buat diri saya.
Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani rahimahullah: 

"Jika kamu benar-benar mengenal Allah, nescaya segala nikmat yang ada pada dirimu akan mencegahmu daripada meminta-minta yang lain daripada Allah."
Saya kecewa dengan diri sendiri, kerana nikmat yang diberiNya masih belum terbayar lagi tetapi saya terus meminta-minta denganNya dan Dia masih mengurniakan rahmatNya kepada diri yang kerdil ini.
Perasaan cemburu hanya akan membuat hati kita sakit, sedangkan hati kita perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang. Positifkan pemikiran bila anda berhadapan dengan sesuatu kesukaran. Berbaik sangka dengan Allah selalu. Dia tidak akan pernah meninggalkan hambaNya. Jika diberi kamu ujian kesusahan, kesenangan, sedih, derita itu tanda ingatanNya terhadap diri kamu.

Nufaza
Tanjung Malim, perak
22 september 2010
3.42 p.m

CORETANKU 73

Monday, October 4, 2010

INGKAR MERUGIKAN KITA...BUKAN SAPE2 YANG RUGI...DUNIA XKEKAL...MALAH AKHIRATLAH YANG KEKAL...RENUNG2LAH...KESAL DIDUNIA BOLEH DIPERBAIKI ATAU DIJADIKAN PENGAJARAN...SESAL DI AKHIRAT...TANGGUNG DAN XBOLEH DIPERBAIKI LAGI..TAK BOLEH MOHON UNTUK DIHIDUPKAN SEMULA...SEBAB DUNIA KETIKA ITU TIADA LAGI...

Azab Bagi Wanita (tOlOng ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal).....



oleh Renungan Kisah Inspiratif Muslimah pada 19 September 2010 jam 21:15


Seorang kawan ana telah memberi artikel ini kpd ana untuk sampaikan kepada kaum hawa. Apabila ana baca artikel ini,ana takut jika ana berada di tempat salah satu di bawah ini..
Kepada kaum hawa,terlalu byk ujian bagi kaum hawa.Semoga artikel ini bermanfaat buat kamu.
Buat kaum adam,kamu juga pasti tidak mahu orang yang kamu syg menghadapi salah satu siksaan di bawah ini.
Harap artikel ini dapat disampaikan kepada org lain.INSYAALLAH.

khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

  "Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

sampai2kan kpd kwn2 kita yg lain..insyaALLAH

CORETANKU 72

FACEBOOK



FACEBOOK & SMS - FITNAH AKHIR ZAMAN.
‎-Sila Sebarkan- Sila baca yang ni dulu supaya x timbul salah faham yg mengatakan dr ni menolak fb secara total.. Assalamualaikum. Tuan-tuan, tolong fahami betul-betul nasihat dan teguran daripada salah seorang tokoh ilmuwan Islam negara kita, Yang Berb...ahagia Dr Abdul Basit Abdurrahman mengenai salah guna Facebook. Bukalah hati kita. Hayatilah dengan penuh rasa rendah diri, rasa kita ni hamba Allah. Lepas habis dengar, amalkanlah.. Kalau kita masih berat hati, itu tandanya ada masalah dengan hati kita. semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah swt.. amin :) PS- Apa yg saya faham, Doktor Abd Basit menekankan supaya kita JANGAN SALAH GUNA FACEBOOK, bukan menolak Facebook secara total. Bahkan beliau ada profil sendiri di FB. Pendapat saya sendiri, manfaatkan kemudahan facebook ni untuk tujuan yang mendatangkan faedah. Berkongsi nota2 ilmiah misalnya, foto2 yang membawa kita berfikir akan kebesaran Allah misalnya, dan seumpamanya. kalau nak upload gambar peribadi pun, biarlah yang bersesuaian.. FACEBOOK & SMS - FITNAH AKHIR

untuk dengar ceramahnya...taip youtube dikotak@tab google(pastu klik)....pastu taip dikotak@tab di youtube sediakan taip@tulis Doktor Abd Basit FACEBOOK.....pastu klik...

atau guna carian google...taip fenditazkirah pastu klik...kemudian cari tajuk...facebook...
disini ada diserta video ceramah ini...





http://www.youtube.com/watch?v=SDr5aZwJBCw
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan seItulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.nda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.




Sunday, October 3, 2010

CORETANKU 71

BILA HUKUM ALLAH DIKETEPIKAN...TAK ADA YANG TAKUT HUKUM YANG ADA...PEMIMPIN2 DAN MUFTI KENA BERTANGGUNG JAWAB DALAM HAL NI...DAN TAK BOLEH LEPAS TANGAN DAN BUAT BODOH AJE...

Lepas nafsu tepi hutan

Oleh D J Dolasoh
am@hmetro.com.my
2010/10/04

GERIK: Dua lelaki dan seorang gadis sanggup membina khemah yang dilengkapi tilam di bawah rimbunan perdu pokok buluh di tepi hutan sebagai tempat melampiaskan nafsu.
Mereka yang berusia 21 tahun itu dikatakan mendirikan khemah berkenaan sebelum Ramadan lalu apabila banyak kondom baru dan lama ditemui bertaburan di sekitarnya.
Tinjauan Harian Metro mendapati, lokasi maksiat itu hanya kira-kira 100 meter dari rumah seorang penduduk di Simpang Perah, Kampung Kuala Rui, di sini.

Mereka meninggalkan motosikal mereka dalam semak dan berjalan kaki kerana sebatang balak yang tumbang menghalang laluan ke lokasi khemah berkenaan.

Bagaimanapun, hajat mereka bertiga untuk melampiaskan nafsu terbantut apabila lokasi rahsia itu diserbu sekumpulan penduduk termasuk Ketua Kampung Kuala Rui kira-kira jam 10.15 malam kelmarin.

Empat pegawai Pejabat Agama Islam Gerik diketuai Mohd Ikbal Mohd Rosli dan dua anggota Rela turut bergegas ke lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengah malam semalam selepas dimaklumkan penduduk.

Mohd Ikbal berkata, pihaknya terkejut selepas mendapati tempat itu begitu selesa kerana bukan saja terletak di bawah rimbunan pokok buluh, malah juga mempunyai khemah yang dibina supaya terhalang daripada pandangan umum dan hujan.

“Selain itu, sebuah tilam turut diletakkan dalam khemah berkenaan. Kami menemui banyak kondom baru dan lama di sekitar khemah berkenaan sebagai bukti mereka sering melakukan perbuatan tidak bermoral di situ.

“Bagaimanapun, ketika disoal siasat, mereka mengaku tidak sempat melakukan seks ketika serbuan itu,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki dan seorang gadis itu adalah dari luar kampung terbabit, manakala gadis berkenaan bekerja di sebuah pusat ternakan ikan di Tasik Banding, dekat sini.

“Ketiga-tiganya turut mengaku mendirikan khemah sejak sebelum Ramadan lalu,” katanya

CORETANKU 70

Hukum menerima wang sumber tidak jelas
Zaharuddin Abd Rahman

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM


Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang (dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjakannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam (Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225)

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut yang ertinya: Pemilikan kotor (haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) (Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. (rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata yang ertinya "sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka." (Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain yang ertinya: "Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan." (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata yang
ertinya : "Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL


Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda yang ertiya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN


* Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
* Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
* Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
* Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
* Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
* Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini