Sunday, November 7, 2010

CORETANKU 140

ADAKAH KITA TAK TUA...SAKIT....DAN MATI...DAN DIBANGKITLAH SEMULA UNTUK DIHISAB DAN BALAS KEJAHATAN KITA DIDUNIA

BILA ARTIS DAN YANG SEPEMIKIRAN DENGAN MEREKA...TIADA LAGI MEMPERDULIKAN HUKUM WAJIB BERTUDUNG DAN PERKARA2 LAIN SEPERTI PERGAULAN BEBAS .....ADAKAH MEREKA TAK PERCAYA JANJI2 ALLAH....

HIBURAN


Enggan seksi depan media





CERITA kontroversi cukup dekat dengan penyanyi Farah Asyikin. Sejak bercerai hingga kini, dia antara penyanyi yang tidak pernah kering dengan cerita panas.
Kalau dibuka semula sejarah kemunculannya dalam persada seni suara, cerita kontroversi penyanyi yang popular dengan lagu Hello itu lebih luas liputannya daripada kisah kerjaya seninya sebagai penyanyi.
Selepas bercerai Farah tidak pernah sunyi daripada gosip cinta termasuk hubungan cintanya dengan duda warga Singapura yang menjadi cerita panas kerana kononnya Farah merupakan punca keretakan rumah tangga kekasihnya itu.
Tidak habis di situ, baru-baru ini Farah mengumumkan ikatan pertunangan yang terjalin antaranya bersama kekasihnya itu terputus di tengah jalan.
Kini, tegas Farah, 31, dia hanya mahu fokus dalam kerjayanya sahaja.







FARAH menegaskan dirinya berhak menggayakan apa jua jenis pakaian dalam rutin kehidupan di luar kerjaya seninya.


"Saya masih solo, tiada hubungan dengan mana-mana lelaki. Sekarang, fokus saya hanya kerja bukannya untuk mencari kekasih," ucapnya yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini.
Itu baru kisah yang membabitkan hati dan perasaan. Kalau menyentuh bab imej, sememangnya Farah seorang wanita yang seksi dan gemar berpakaian ketat.
Pernah dikecam kerana isu kainnya terselak sehingga ke pangkal paha ketika menjayakan persembahan pada majlis Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu dan dia juga pernah mengumumkan untuk menukar imej diri dengan kerap menyarungkan baju kurung pada persembahan pentas sekitar Mei lalu, namun Farah kini dilihat semakin melupakan pendiriannya itu.
Jawabnya: "Dulu ketika semua orang kecoh tentang pakaian saya yang seksi dan terdedah ketika buat persembahan saya akui agak fobia serta tertekan dengan situasi itu sebab ibu bapa saya turut terkena tempiasnya.







MENGAKUI dirinya pernah fobia dan tertekan gara-gara insiden kain terselak ketika membuat persembahan secara langsung.


"Sebenarnya sebagai penyanyi ada waktunya saya tidak mahu berpakaian seksi tetapi diminta mengenakan pakaian tersebut. Jadi, untuk meluahkan apa yang terbuku di hati saya pakai baju kurang tidak kira di mana-mana termasuk ketika melakukan persembahan pentas.
"Ini kerana saya tidak mahu diperlekehkan oleh mana-mana pihak, saya mahu mereka tahu yang saya ada pendirian dan boleh berkata tidak jika saya tidak mahu menyarungkan pakaian yang saya rasa tidak selesa," ujarnya yang akan ke Beijing, China bersama peminat pada hujung bulan ini.
Terang Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, meskipun kerap tampil dengan baju kurung, itu tidak bermakna dia hanya akan berbaju kurung selamanya. Sebaliknya dia akan menyarungkan pakaian lain seperti gaun dan pakaian kasual yang sopan mengikut kehendaknya.
"Saya tidak kata akan berbaju kurung sahaja, pendirian saya adalah tidak mahu lagi berpakaian seksi di hadapan media. Saya bimbang perkara yang sama (kain terselak) berulang kembali kerana saya tidak tahu di mana sudut-sudut yang diambil oleh jurufoto," tuturnya.
Namun, jika di luar daripada waktu kerja, kata Farah, dia bebas menyarungkan sebarang pakaian mengikut hatinya.

FARAH berasa bertuah ditawarkan untuk menulis lagu untuk Shamrin.



"Saya wanita yang normal, kalau bab baju kurung itu rasanya semua wanita Melayu mempunyai sekurang-kurangnya sehelai baju kurung dalam almari mereka.
"Sama juga seperti saya, kalau mood saya mahu pakai baju kurung, saya akan pakai. Kalau tidak, saya akan ikut hati saya sahaja. Jika orang nak kata saya hipokrit kerana berpakaian sopan hanya di depan media, itu adalah pilihan saya kerana yang menanggung segala kecaman itu adalah saya dan keluarga, bukannya orang lain," balasnya



'Alyah sumber inspirasi saya'

Oleh Norhayati Nordin

pix_middle
LIMA tahun menceburi bidang seni, Zehra Zambri nyata masih terkial-kial membina nama. Ini kerana, genre muzik pilihannya iaitu irama Malaysia kurang mendapat tempat dan semestinya ia memberi cabaran besar kepada Zehra untuk bergerak maju.
Apapun, sedar bukan mudah untuk berjaya membuatkan Zehra terus tabah. Lebih-lebih lagi, melihatkan ramai juga rakan artis yang popular sekarang mengambil masa lama untuk dikenali. Contoh paling ketara, tentunya penyanyi lagu Realiti Dewi, Alyah.

Zehra berkata dia begitu kagum dengan semangat Alyah yang tak kenal erti jemu, putus asa atau patah semangat untuk mencipta nama sebagai penyanyi. Hasilnya, kesabaran Alyah selama 10 tahun berusaha kini berbaloi dengan apa diperolehnya.

  • Foto ZEH
"Sekarang, siapa yang tidak kenal Alyah. Namanya menjadi sebutan peminat dan lagu nyanyian Alyah juga mendapat tempat di corong-corong radio tempatan. Bahkan, gaya Alyah turut menarik perhatian ramai dan ia bagi saya satu kejayaan besar.

"Bukan itu saja, Alyah sudah memenangi banyak anugerah. Jadi, pengiktirafan diterimanya itu juga jelas membuktikan Alyah memang berbakat dan saya menyimpan impian untuk berjaya sepertinya. Mana tahu, suatu hari nanti tuah ada buat saya pula.

"Saya tahu, soal nasib dan rezeki adalah ketentuan Tuhan. Namun, sebagai manusia biasa, penting bagi saya supaya tidak cepat mengalah. Rezeki itu memang sudah dijanjikan, cuma ada yang dapat cepat dan lambat. Oleh itu, saya harus bersabar



Saya Bukan Rampas Nabil - Qasha

Qasha dan Nabil.
DUNIA hiburan gamat seketika apabila pelakon Irma Hasmie membuat pengakuan hubungannya dengan pelawak Nabil Ahmad telah menemui titik noktah.
Perpisahan tersebut dikatakan berlaku selepas Irma berjaya melihat kecurangan Nabil bersama wanita lain yang didakwa bekerja sebagai pramugari. Gambar-gambar kemesraan mereka dikatakan tersebar di Internet.
Bagaimanapun Nabil mahupun Irma mengelak untuk mengulas punca perpisahan tersebut tetapi hati Irma sebenarnya sudah tertutup untuk menerima Nabil sebagai kekasihnya lagi.
Dalam laporan mStar Online sebelum ini Nabil membuat pengakuan dia terpaksa menerima hakikat dengan perpisahan itu walaupun cintanya terhadap Irma masih belum pudar.
Ketika krisis hubungan itu diperkatakan, individu yang dikaitkan menjadi punca kehancuran cinta pasangan itu membuat pengakuan yang dia tiada kena-mengena dengan insiden yang didedahkan oleh Irma di dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.
Nik Zaris Uqasha atau dikenali sebagai Qasha, 18, menjelaskan dia juga tidak pernah terlintas untuk merampas Nabil daripada Irma sebagaimana yang digambarkan.
Malah Qasha yang juga seorang pelakon baru turut memberitahu dia amat kesal kerana dikatakan menjadi penyebab hubungan Nabil dan Irma putus.
“Saya kesal dan kecewa apabila ramai pihak yang menuduh saya sebagai punca perpisahan Nabil dan Irma. Ramai yang menyangka saya adalah individu yang terlibat seperti yang diceritakan Irma dalam akhbar Ahad lalu.
“Di sini saya jelaskan, pramugari yang dikatakan memakai boxer di rumah Nabil seperti yang dilaporkan itu bukannya saya.
“Saya tidak pernah bekerja sebagai pramugari. Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya harap semua masyarakat faham dan tidak membuat tuduhan membuta tuli terhadap saya,” katanya secara ekklusif kepada Mingguan mStar baru-baru ini.
Qasha yang turut membintangi drama berjudul Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah turut memberitahu bahawa dia tertekan apabila dijadikan subjek utama dalam insiden tersebut.
“Sebagai pendatang baru sudah tentu ia merupakan dugaan besar buat saya. Belum pun dikenali sebagai artis orang sudah memberi persepsi buruk kepada saya.
“Walhal hakikat sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan. Saya sedih dan takut dengan pandangan masyarakat terutamanya peminat-peminat Irma dan Nabil,” katanya.
Jelas Qasha dia sama sekali tidak mengenali pramugari yang didakwa menjadi punca masalah itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut perpisahan kedua-dua pasangan tersebut.
Lebih menyedihkan gambar-gambar yang tersebar antara dia dan Nabil seolah-olah memperlihatkan Qasha adalah wanita yang dikaitkan dalam insiden Irma “menyerbu” ke rumah Nabil itu tetapi hakikatnya ia adalah satu insiden yang berlainan.
“Saya mengenali Nabil melalui kawan atas kawan. Itupun selepas sebulan dia berpisah dengan Irma. Perhubungan kami hanya seperti kawan biasa dan tiada hubungan istimewa. Gambar mesra yang tersebar itu juga ketika kami keluar beramai-ramai.
“Tentang pramugari seperti yang dilaporkan dalam akhbar minggu lalu itu, Nabil pun tidak menceritakan kepada saya. Bagi saya ia hal peribadi Nabil dan saya tidak masuk campur,” katanya.
Selain itu, Qasha yang juga kakak kepada pelakon Zaris Nelydia ini turut menolak dakwaan kononnya dia terpasa melarikan diri bagi mengelak kontroversi ini terus meletus.
“Saya balik ke kampung saya di Kelantan sebab ingin menjenguk keluarga bukan disebabkan saya takut berjumpa dengan Irma. Ikutkan hati, saya mahu isu ini selesai dengan cara baik.
“Bukannya apa, saya berada di pihak yang benar dan tiada sebab saya perlu lari. Saya anggap ini adalah dugaan pertama saya dalam melangkah ke dunia lakonan,” katanya yang ketika dihubungi berada di kampung halamannya.
Qasha berharap dengan penjelasan yang diberikan ini semua pihak mendapat gambaran sebenar dan tidak terus mengaitkannya sebagai punca perpisahan pasangan artis itu.



Majlis Hari Jadi Anak Linda-Que Ibarat Kenduri Kahwin

KUALA LUMPUR: Majlis ulang tahun Tengku Ratu Haidar, anak pasangan artis Linda Jasmine dan Que Haidar disambut meriah.
Bertemakan Little Miss Sunshine, majlis serba-serbi berwarna kuning dan putih itu diadakan di rumah ibu bapa Linda di Enau Court, di sini, Sabtu.
Linda dan Que meraikan majlis ulang tahun genap setahun umur Ratu di Enau Court, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto oleh SAMUEL ONG
Pada 26 Oktober lalu, genap setahun umur Ratu yang turut menyarungkan gaun comel dan riben berwarna kuning.
Hampir 100 tetamu yang hadir termasuklah selebriti Sofea Jane, Sharifah Shahira, Jeslina Hashim, Ekin dan Mawi.
“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah bermula pukul 4 petang sehingga ke malam. Rasa macam kenduri kahwin pula cuma pengantin lelakinya tiada,” kata Linda kepada mStar Online.
Selain dihidangkan dengan jamuan makan, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan permainan melibatkan kanak-kanak.
Aktres Sofea Jane turut hadir memeriahkan majlis.
“Mereka berpeluang menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menghias kertas berbentuk matahari. Selain itu, kita turut membuat pertandingan pakaian dan topi tercantik.
“Bukan itu sahaja, kanak-kanak diajak bermain permainan mengetuk sebuah kotak berbentuk matahari yang digantung. Dalam kotak itu, terdapat gula-gula berwarna kuning. Kami juga menjemput seorang badut wanita untuk menghiburkan kanak-kanak,” ujarnya lagi


Saya Bukan Murah Untuk Punyai ‘Anak Ikan’ – Maria Farida

PETALING JAYA: Selepas aktor Shah Jazle menafikan hubungannya dengan aktres Maria Farida (gambar), kini giliran wanita itu pula tampil memberikan kenyataan.
Menerusi wawancara bersama wartawan rancangan hibutran sebuah stesen televisyen pada Ahad, Maria, 40, turut menafikan hubungan istimewa yang terjalin antaranya dengan pemuda berusia 22 tahun itu setelah foto mesra mereka berdua tersebar.
Malah dia menepis dakwaan bahawa Shah merupakan ‘anak ikan’nya memandangkan jurang usia pasangan ini agak jauh bezanya iaitu 18 tahun.
“Saya bukan murah untuk mempunyai ‘anak ikan’,” jawabnya sambil tersenyum.
Saat mengesahkan hubungan mereka, Maria tidak mengiya mahupun menafikan hubungan mereka berdua sebaliknya menjawab: “Saya berkawan dengan semua artis.”
Maria bagaimanapun berkata hubungan yang terjalin itu ibarat seperti kakak dan adik ketika diminta mengulas tentang mesej twitter Shah yang berbunyi “I love Maria Farida”.
“Mungkin dia sayangkan saya sebagai seorang kakak. Apa yang akan berlaku selepas ini, saya terserah. Kami sedang berkawan,” katanya lagi.
Pasangan ini pernah bergandingan dalam dua drama bersiri iaitu Asmara dan Bola Cinta yang kini sedang disiarkan di televisyen


Aurelle Mahu KD Menonton Nyanyiannya
Krisdayanti.
SETELAH mendapatkan banyak didikan daripada bapanya, Anang Hermansyah, Aurelle bersedia untuk menyanyi di hadapan orang ramai.
Aurelle juga ingin ibunya, penyanyi Krisdayanti (KD) melihatnya menyanyi.
Meskipun sudah mulai menerima tawaran membuat persembahan, Anang masih terus memantau Aurelle kerana menurut Anang, puteri sulungnya itu masih perlu banyak belajar.
Sebelum ini KD mengaku tidak setuju melihat Aurelle terjun ke dunia seni suara. Namun keinginan Aurelle begitu besar untuk menjadi seorang penyanyi profesional seperti ibunya.


ADAKAH YANG DIATAS NI TAK MELAMPAU....ATAU INI MAKSUDNYA BIAR LONGGAR DALAM KEFAHAMAN ISLAM...MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA DIHADAPAN ALLAH DI PADANG MAHSYAR NANTI...INGATLAH MATI....




Pendakwah Perlu Jadi Suara Rasional Dalam Masyarakat: TPM
KUALA LUMPUR: Golongan pendakwah diseru agar bangkit sebagai suara yang rasional dalam masyarakat bagi menghadapi asakan daripada kumpulan yang memahami Islam secara melampau.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai golongan yang dihormati dalam masyarakat, pendakwah akan dapat memainkan peranan memperjelaskan kebenaran ajaran Islam dengan lebih berkesan dan seterusnya menyatukan umat Islam.
Beliau turut meminta golongan pendakwah supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu yang mendalam tentang Islam serta bersedia dengan hujah-hujah dan nas-nas yang sahih bagi memperjelaskan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat, baik masyarakat Islam atau bukan Islam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan ulangtahun ke-50 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Masjid Wilayah, di sini malam Sabtu.
"Usaha ini pastinya akan menghapuskan segala kekeliruan dan prasangka terhadap agama Islam, serta mewujudkan suasana kehidupan yang lebih harmoni dalam masyarakat.
Muhyiddin percaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini akan menghargai pendapat dan hujah yang dikemukakan secara rasional dan penuh tatasusila.
Beliau juga mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas dakwah kerana sebarang kecuaian dalam menyampaikan mesej dakwah akan mewujudkan kekeliruan tentang Islam dan menimbulkan prasangka antara agama.
Katanya dalam suasana masyarakat majmuk ini, para pendakwah perlu menyampaikan mesej Islam yang sebenar dan pada masa yang sama menjaga sensitiviti umat Islam dan penganut agama yang lain.
"Sesungguhnya, melaksanakan tugas dakwah dalam suasana kemajmukan agama ini pastinya menuntut kesabaran yang jitu, ilmu yang mendalam dan kemahiran yang tinggi di kalangan pendakwah," katanya.
Menurut Muhyiddin para pendakwah juga berhadapan dengan cabaran baru di era teknologi maklumat yang mencetuskan debat awam dalam pelbagai perkara, termasuk mengenai agama Islam, yang mencakupi soal akidah dan syariah.
Beliau berkata kekeliruan dan konflik timbul apabila perkara-perkara asas mengenai Islam diperdebatkan dan ditafsirkan menurut kefahaman yang cetek atau secara melampau oleh mereka yang tidak menguasai ilmu Islam secara mendalam.
"Dalam suasana kekeliruan ini, kita dapati ada kelompok yang menggunakan kaedah dan kerangka pemikiran sekular yang lebih liberal dalam mentafsir hal-hal agama, sehinggakan tafsiran mereka itu kadangkala kelihatan melampaui batasan syariah," katanya.
Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan anugerah kepada lapan tokoh jubli emas Perkim dan melancarkan buku "Tajdid Pemikiran Islam Tun Dr Mahathir" yang mengandungi koleksi ucapan bekas Perdana Menteri itu, yang juga Yang Dipertua Perkim.
Turut hadir pada majlis itu ialah Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, serta Setiausaha Agung Perkim Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. - BERNAMA

Friday, November 5, 2010

CORETANKU 139

BILA HUKUM ALLAH DIABAIKAN..KESAN DARI DIJAJAH...SELESA MENERUSKAN UNDANG2 YANG DITINGGALKAN...MASUK KUAR ISLAM MACAM KUAR MASUK PAWAGAM

Elie dakwa dia bukan Islam

KUALA LUMPUR – ”Tolong buat semakan di gereja, saya pernah berkahwin di sana,” itulah kata-kata Elie Youseff Najem dengan nada tinggi ketika hadir perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Elie, 50, kelihatan berpakaian seragam hadir kira-kira jam 8.30 pagi diiringi tiga pegawai Penjara Kajang.

‘Hartawan Lubnan’ itu mengaku dia bukan Islam dan tidak perlu dibicara di Mahkamah Syariah sebelum Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain yang menetapkan 20 Januari tahun depan untuk pembicaraan.

Elie yang tidak diwakili peguam syarie berbuat demikian kerana tidak berpuas hati kes itu dibicarakan dan kemudiannya meminta Pendakwa Syarie, Hanifah Haydar Ali Tajuddin supaya menarik pertuduhan terbabit.:

Mohd Amran yang marah dengan perbuatan itu mengarah polis membawa ‘jutawan’ itu keluar dari mahkamah serta-merta. Elie bersama pasangannya, Roslin Tahar, 49, didakwa berkhalwat di sebuah bilik di Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields, di sini, kira-kira jam 3.45 petang, 27 April lalu.

Kedua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Elie yang banyak menimbulkan kontroversi, pernah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah sama atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dengan bekas isterinya, Farinnie Mohd Farid, 24.

Pasangan itu yang sudah bercerai, dikurniakan dua cahaya mata, Prince-Kovadis Yousseff Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Jalan Duta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Elie setelah bersalah menipu Tan Sim Chai di sebuah premis beralamat Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng, pada 19 September 2005

Thursday, November 4, 2010

CORETANKU 138

Mohonlah Perlindungan Allah Untuk Empat Perkara Penting

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w sering memberi pesanan kepada umatnya supaya sentiasa memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. daripada segala bencana dan fitnah samaada di dunia dan hari akhirat. Semoga dengan kekuatan do'a yang dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t. memberi kekuatan untuk kita menghadapai cabaran dan dugaan hidup dengan hati yang tabah dan istiqamah.

Nabi s.a.w. mengajar kita agar sentiasa berdo'a dan mohon perlindungan Allah s.w.t. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa Neraka Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya)".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)

Kenapakah do'a khusus ini baginda minta dibaca semasa dibahagian akhir tasyahhud akhir iaitu semasa kita mengerjakan solat? Kerana betapa pentingnya do'a ini perlu dibaca berulang-ulang jika solat fardu sebanyak 5 kali dan jika ditambah solat sunat maka lebih banyak lagi do'a ini dibaca dan di ulang-ulangkan. Pasti ianya mengandungi hikmah yang besar dan do'a selepas tasyahhud akhir sebelum salam adalah tempat makbulnya do'a.

Do'a perlindungan yang perlu dibaca adalah empat perkara  :
1. Berlindung  dari siksa Neraka Jahannam.
2. Berlindung dari siksa kubur.
3. Berlindung dari fitnah hidup dan mati.
4. Berlindung dari fitnah Dajjal.

Sahabat yang dimuliakan,
Berdo'alah bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah s.w.t. Semoga Dia menerima do'a yang kita mohon untuk mendapat perlindungan daripada-Nya . Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Berlindung  dari siksa Neraka Jahannam.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ‘’Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sungguh ia telah beruntung.'’ (Surah Ali-Imran ayat 185)

Neraka Jahanam adalah seburuk-buruk tempat kembali. Sesiapa yang dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam maka dia adalah serugi-rugi makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Siksaan yang diterima disini adalah sedahsyat-dahsyat siksaan.

Neraka adalah seburuk-buruk tempat kembali. “Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.” (Surah Furqan : 66)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : " Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli Neraka iaitu seorang yang bersandal (selipar) dari api Neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api, dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli Neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli Neraka."

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Di hadapannya ada Jahannam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumnnya air nanah itu dan hampir dia tidak boleh menelannya” (Surah Ibrahim ayat 16-17).

Diberi air nanah yang amatlah busuk baunya lagi pekat, maka merekapun merasa jijik dan tidak mampu menelannya.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Diberi minuman dengan hamiim (air yang mendidih) sehingga memotong ususnya” (Surah Muhammad ayat 47).

Hamiim ialah air yang mendidih oleh panasnya api Jahannam, yang mampu melelehkan isi perut dan menceraiberaikan kulit mereka yang meminumnya. Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman maksudnya : “Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka)” (Surah Al Hajj ayat 20)

Kedua : Berlindung dari siksa kubur.

Sesiapa yang mendapat siksaan kubur, maka kuburnya disempitkan atasnya sehingga tulang-tulangnya masuk ke dalam perutnya lantas didatangi berbagai macam ular yang besar sebesar leher unta, dimana ular-ular itu makan dagingnya sehingga tidak tersisa daging pada tulangnya. Kemudian datang kepadanya malaikat yang tuli, bisu dan buta dengan membawa cambuk-cambuk dari besi. Mereka memukulinya dengan cambuk-cambuk itu tanpa mendengar jeritan dan melihatorang itu sehingga tidak akan timbul rasa belas kasihan kepadanya. Disamping itu Neraka selalu diperlihatkan kepadanya baik diwaktu pagi maupun diwaktu petang.

Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu karena tenangnya dan diamnya kuburan-kuburan ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeda antara yang satu dengan yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya."

Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun Syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api Neraka."

Ketiga : Berlindung dari fitnah hidup dan mati.

Dunia dengan segala isinya adalah fitnah yang banyak menipu manusia. Dan Rasulullah s.a.w., telah memberikan peringatan kepada umatnya dalam berbagai kesempatan, baginda bersabda dalam hadisnya: Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya dunia itu manis dan lezat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita”(Hadis Riwayat  Muslim)

Secara umum fitnah kehidupan dunia dapat dikategorikan menjadi tiga bentuk, yaitu: wanita, harta dan kekuasaan.

Fitnah Wanita
Dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam Al-Qur’an dan Hadits. Bahkan surat ‘Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada saat yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya untuk manusia. Rasulullah saw. bersabda, ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).

Fitnah Harta
Fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhawatirkan Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda maksudnya : ”Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Fitnah Kekuasaan
Fitnah kekuasaan ini juga dapat menimpa gerakan dakwah dan memang telah banyak menimpa gerakan dakwah. Para ahli gerakan dakwah termasuk para pemimpin gerakan dakwah adalah manusia biasa yang tidak maksum dan tidak terbebas dari dosa dan fitnah. Yang terbebas dari fitnah dan kesalahan adalah manhaj Islam. Sehingga fitnah kekuasaan dapat menimpa mereka kecuali yang dirahmati Allah. Kecintaan untuk terus memimpin dan berkuasa baik dalam organisasi maupun dalam pentadbiran di dalam masyarakat.

Fitnah kekuasaan yang paling dahsyat menimpa aktifis dakwah adalah perpecahan, saling menjatuhkan, saling memfitnah bahkan saling membunuh. Dan semua itu pernah terjadi dalam sejarah Islam. Semoga kita semua diselamatkan dari semua bentuk fitnah ini.

Untuk mengantisipasi semua bentuk fitnah dunia ini, maka kita harus senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan berlindung dari keburukan fitnah dunia. Mengokohkan pribadi kita sehingga menjadi jiwa rabbani bukan jiwa maadi (materialis) dan juga bukan jiwa rahbani (jiwa pendeta yang suka kultus). Disamping itu kita harus mengokohkan pemahaman kita tentang hakekat dunia, risalah manusia dan keyakinan tentang hisab dan hari akhir.
Rasulullah saw bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Ibnu Umar)

Manusia diciptakan Allah sebagai pemimpin yang harus memakmurkan bumi. Maka mereka harus menguasai dunia atau harta bukan dikuasai oleh harta. Sebagaimana doa yang diungkapkan oleh Abu Bakar r.a., ”Ya Allah jadikanlah dunia di tanganku, bukan masuk ke dalam hatiku.” Seperti itulah seharusnya seorang pemimpin. Memberi teladan tentang pengorbanan yang menyeluruh dengan segala harta yang dimiliki, bukan malah memberi contoh tauladan kepada pengikutnya dengan kenderaan dan rumah yang sederhana dan tidak bermewah-mewah seperti yang ditunjukkan oleh Khalifah ar-Rasyidin.

Fitnah kematian
Berlindung daripada Allah s.w.t. fitnah di saat kematian iaitu terhindar daripada hasutan Iblis  ketika nazak kerana di saat inilah keadaan yang cukup kritikal. Iblis laknatullah akan memesungkan aqidah orang yang sedang nazak. Ketika ini kita mohon Allah s.w.t memberi kekuatan kita untuk menangkis bisikan dan hasutan Iblis dan dijauhi daripada gangguan ini dan dapat mengingati Allah dan menyebut nama-Nya.

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis. Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Orang yang beriman kepada Allah s.w.t, hendaklah sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah (penutupan akhir hayat yang baik). Bukan dalam keadaan su'ul khatimah (penutup akhir hayat yang tidak baik),

Nabi s.a.w bersabda maksudnya :  "Sesiapa yang mengucap ucapan terakhirnya sebelum mati kalimah (لا إله إلا الله ) dia masuk Syurga. "(Hadis riwayat Abu Daud daripada Mu 'adz)

Keempat : Berlindung dari fitnah Dajjal.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah s.w.t. ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap Mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah s.w.t. akan menjaga orang-orang Mukmin.

Orang Mukmin sentiasa menjauhkan diri daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal samaada fitnah yang berlaku sekarang ini maupun fitnah Dajjah semasa akhir zaman nanti. Kita berada dizaman sekarang ini adalah penuh dengan fitnah yang ditaburkan oleh Dajjal contoh apabila kita suka kepada kehidupan dunia yang sementara, hiburan yang melekakan, melaksanakan undang-undang bukan daripada ajaran Islam, perpecahan sesama umat Islam sebenarnya semua ciri-ciri ini adalah nilai yang dibawa oleh Dajjal di akhir zaman. Jadi bentuknya adalah serupa iaitu mendatangkan kerosakkan, dosa dan kemurkaan Allah s.w.t.

Oleh itu kita mohon perlindungan Allah s.w.t supaya fitnah Dajjal ini (semua yang menyempang dari ajaran Islam adalah kerja Dajjal) dapat kita jauhi dan sentiasa kembali kepada ajaran Islam dan melaksanakannya dalam kehidupan kita.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita istiqamah memohon perlindungan Allah s.w.t di atas empat perkara pokok yang dinyatakan di atas. Dan bacalah do'a perlindungan ini setiap kali kita mendirikan solat samaada solat fardu atau sunat semoga kita mendapat hidayah dan rahmat Allah s.w.t. di dalam kehidupa kita di dunia ini dan mendapat pertolongan Allah di hari akhirat hingga kita layak memasuki Syurga Allah s.w.t seluas langit dan bumi.

CORETANKU 137

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA




Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

1-bilangan perkataan solat dlm quran....byk skali perkataan solat dlm quran ..ni brmakna ia adalah perkara penting..

2- islam terbina ats 5 dsr..semua tahu kan...

3-allah bg sdiri kewajipan solat pd nabi...tidak melalui jibril....semua amala...n lain dwahyukan melalui jibril..namun knp tdk solat?,..

4-tujuan utama israk mikraj nabi adalah untuk terima watikah kefardhuan solat..

CORETANKU 136

Apa itu ISTIDRAJ?

Murah rezeki: Lambang KeredhaanNya atau KemurkaanNya?
Assalamualaikum....

ADAKAH ORANG YANG ALLAH BERI KUASA, DIA GUNA UNTUK ANIAYA ORANG YANG BEKERJA DENGANNYA JUGA DIKIRA SEBAGAI ISTIDRAJ?


Utk dikongsi bersama.....
ISTIDRAJ


Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi.
Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud
, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat


KEBODOHAN YANG MENJADI ISTIDRAJ


Istidraj itu luar biasa. Luar biasa bukan untuk mengangkat penerimanya. Ia adalah suatu keluarbiasaan yang membinasakan golongan yang menjamahnya. Keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang menjamah keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah binasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa. Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum [...]


Istidraj itu luar biasa.
Luar biasa bukan untuk mengangkat penerimanya.
Ia adalah suatu keluarbiasaan yang membinasakan golongan yang menjamahnya.
Keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang menjamah keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah binasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa.
Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.
Itulah penangan istidraj.
istidraj.JPG
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]
Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya.
Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa… namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu.
Sokongan yang luar biasa.
Kepatuhan yang tiada duanya.
Biar ditipu entah kali yang ke berapa.
Sokong terus sokong… tidak berganjak biar sehasta.
Sungguh luar biasa.
Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat dari kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala ‘kemanisan’ itu mungkin sekadar ISTIDRAJ dari Allah untuk menyempurnakan kezaliman mereka.
Agar bila sampai masa Allah menghukum dan mengazab mereka… tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.
hadithistidraj.JPG
Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.
Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]
Mereka sangat zalim, tetapi mereka terus mewah dengan kemewahan yang luar biasa.
Mereka sangat menindas, tetapi mereka terus gembira dengan kegembiraan yang luar biasa.
Mereka sangat berdusta, tetapi mereka terus diangkat dan disokong dengan sokongan yang luar biasa.
Mereka sangat sombong, tetapi mereka terus dikasihi dengan sepenuh hati dengan kasih yang luar biasa.
Kezaliman, penindasan, pendustaan dan kesombongan mereka mendungukan manusia.
Marhaen jadi dungu, ilmuan jadi dungu, sarjana jadi dungu, manhaji jadi dungu. Sesiapa sahaja yang menyentuhnya beransur dungu. Kezaliman yang luar biasa, mencetuskan kedunguan yang luar biasa. Kezaliman yang dibalas istidraj oleh Dia

Sesungguhnya apakah kita mahu membuktikan, bahawa kita sebahagian dari kedunguan itu?
Apakah kita mahu kebodohan kita yang luar biasa ini untuk terus ditipu buat entah kali yang ke berapa, menjadi istidraj dari Allah untuk menyempurnakan kezaliman MEREKA? Lantas yang zalim dibinasakan Dia, kemudian yang cenderung kepada yang zalim disambar api Murka?
Semoga Allah menyelamatkan kita dari kebodohan yang luar biasa itu, sebelum kebodohan menyempurnakan asbab untuk BINASA.

Istidraj...
Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".
Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."
Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)


Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-
Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".
*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa". Subhanallah... begitulah keajaiban penciptaan Allah.
Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata: ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".


Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:
Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)
"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).

Tamat Cerita "Istidraj". Semoga anda faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah anda !!



Manusia istidraj dihina Allah

Quantcast
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
rencana@utusan.com.my
MUNGKIN ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.
Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.
Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.
Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.
Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.
Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?
Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.
Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.
Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.
Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.
Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.
Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.
Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.
Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.
Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.
Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.
Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.
Rasullullah SAW pernah bersabda: “Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed, terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat, penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.
Beliau berkata, amat malang apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahawa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan “pinjaman”.
Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.
“Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah. Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya tanda kebencian Allah terhadap mereka.
“Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa,” katanya.
Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 182 yang bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui.”
Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”
Zahazan berkata, kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.
“Dalam surah Al-A’raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.
“Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ,” kata Zahazan merujuk kepada ketamakan golongan istidraj.
Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).
Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat sebagai lambang kekuasaan.
“Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan golongan itu melebihkan kemewahan dunia,” tegasnya.
Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.
Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.
Justeru beliau meminta masyarakat Islam terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.
“Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata,” katanya lagi.
PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia

Apa Itu Istidraj




Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Apakah istidraj itu? Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang akan saya ulas dalam risalah ini. Tajuk ini adalah amat penting, terutama kepada anak-anak dan generasi muda kita agar tidak terkeliru dengan risalah ini. Pemikiran kebanyakan umat Islam di zaman moden ini nampaknya jelas kelihatan kian jauh menyimpang dari pemikiran seseorang Islam di zaman silam. Pemikiran manusia di zaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.

Itulah sebabnya kita lihat masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat dahulu. Bagaimana masyarakat pada hari ini? Mereka telah terpengaruh dengan apa yang ada; dengan suasana sekelilingnya. Mereka tidak memandang jauh sepertimana orang-orang dahulu. Padahal orang dahulu tidak belajar tinggi sehingga ke universiti. Kita sekarang cerdik, ada ijazah, ada PhD dan macam-macam, tapi bodoh.

Manusia tersebut telah tertipu dengan kekuasaan, pangkat, kebesaran dan kekayaan yang diperolehi. Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah. Jika dia berkuasa, dia gunakan kekuasaannya untuk menindas orang-orang bawahannya kerana dia tidak tahu menggunakan nikmat kekuasaan yang ada padanya. Dia tidak faham tentang nikmat dan rahmat Allah S.W.T.
Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat

Kalau dia ada kebesaran, dia menzalimi orang dibawahnya. Kekayaan yang ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya dan orang lain, tetapi untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T. Manusia golongan ini telah terkeliru dengan fahaman mereka sendiri. Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hambaNya yang setia dengan hambaNya yang derhaka.

Saya pernah ditanya oleh seorang mahasiswa, "Ustaz, betulkah atau tidak, aya dengar ustaz bersyarah, ulama'-ulama' kalau bersyarah menyatakan bahawa barangsiapa yang mahu mendapatkan kebahagian di dunia dan di akhirat hendaklah mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W. dan berpegang teguh kepada agama Islam. Betulkah ustaz?"

Saya jawab, "betul."

"Minta maaf ustaz, saya tidak percaya. Sebab, apa yang saya lihat realitinya tidak begitu. Orang-orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yang teruk."

Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh, "Mak dan ayah saya, bukan sahaja sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malampun bangun sembahyang tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan sahaja puasa Ramadhan, Isnin mereka puasa, Khamispun mereka berpuasa. Tapi kami makan sebulan sekali daging pun susah. Ayah saya, orang belum azan sudah pergi ke masjid. Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh kepada agama."

"Tapi, bapa saudara saya (adik mak saya), tak pernah sembahyang seumur hidupnya. Rumahnya rumah batu. Puasapun tidak pernah. Kalau kita tanya, pakcik tak ingat mati? Bukan saya seorang sahaja yang mati, katanya. Kalau masuk nerakapun ramai juga orang lain yang masuk. Dia hidup kaya, hidup mewah, kita yang sembahyang ni, hidup susah."

Sebenarnya, hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya. Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan
ISTIDRAJ.

Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si ayah hendak sembahyang, tiba-tiba lalu si penjual aiskrim. Si anak merengek minta dibelikan. Si ayahpun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim itu dengan layanan yang baik. "Makan baik baik nak, jangan bising-bising, ayah nak sembahyang."

Kemudian, baru saja nak sembahyang, si anak menjerit-jerit minta tambah aiskrim lagi. Si ayah naik darah. Dengan perasaan marah, dibelikan juga aiskrim tersebut kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tetapi pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan. Pemberian inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.

Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapatnikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T." (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T. kepadanya itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat, dia menyangka itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka.
Manusia Istidraj ? Manusia Yang Lupa Daratan

Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah menyayanginya. Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang suka beramal dan ke masjid. Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta jenis mewah.

"Alah, siang malam ke masjid, kesurau, tapi basikal burukpun tak ada. Tengok aku. Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah. Walaupun aku tidak pernah sembahyang, tapi Allah sayangkan aku. Kalau awak sikit ibadat, tentu awak juga akan kaya macam aku." Katanya sombong.
Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri. Dia melakukan maksiat pagi petang. Siang malam, dia sangka Allah sayangkannya.

Maka mereka yang berpendapat sedemikian, baik mereka yang mengaku muslim, lebih-lebih lagi yang kepada orang yang sudah nyata kafirnya, berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta kekayaan, kebesaran, pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah yang berpanjangan.

Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa pemberian nikmat itu adalah istidraj daripada Allah. Dengan pemberian nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah. Akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.

Kadang-kadang Allah S.W.T. memberikan manusia nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya." (Daripada kitab Nasa'ibul 'Ibad)

Anai-anai misalnya, kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya. Dia akan duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu. Jika Allah hendak membinasakannya, Allah beri ia sayap. Anai-anai kalau sudah bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu. Otaknya menjadi otak kelkatu. Kelkatu, bila dapat nikmat dia cuba nak lawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, dia cuba hendak melawan Allah.
Pemimpin-pemimpin Yang Dilaknati Allah

Buktinya telah banyak kita lihat dan kita dengar. Berapa banyak pemimpin-peminpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati Allah. Tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telahpun hancur dan musnah.

Firaun yang gagah mengaku Tuhan, Namrud yang sombong membakar Nabi Allah Ibrahim, Qarun yang kaya, Tha'labah yang bakhil dan banyak lagi ? semuanya telah musnah kesombongan dan keangkuhan mereka!

Nikmat Allah yng diberikan kepada Firaun tidak terkita banyaknya. Bersinpun tidak pernah. Jangan kita ingat kita sihat Allah sayang kita. Firaun lagi sihat, tetapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah binasakannya. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak. Orang lain mati, sedangkan dia belum juga mati mati hingga dia merasa besar diri, sombong dan takabbur. Akhirnya dia mengaku dirinya Tuhan.

Namrud begitu sombong dengan Allah hingga membakar Nabi Ibrahim. Berapa besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalnya? Kematiannya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya!

Tidak ada seorangpun manusia pada hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya saja 40 ekor unta membawanya. Akhirnya Allah tenggelamkan hartanya dengan dirinya sekaligus. Hingga kini harta itu tidak timbul-timbul. Harta Qarun itulah yang kita cari cari sehingga lupa sembahyang! Kalau kita kaya, kita sangka Allah sayang. Qarun lagi kaya, akhirnya Allah jahanamkan harta kekayaannya dengan dirinya sekali.

Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah! Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah yang akan memberikan jawapan.

Kita baru naik kereta sudah sombong. Rasulullah S.A.W. naik ke langit pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Allah S.W.T. di langit, tetapi baginda tidakpun sombong. Kejadian seperti ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Allah S.W.T.

berfirman yang bermaksud,

"Sunnah Allah tidak pernah berubah atau bertukar."

Apabila kita tinjau semua ini, akan hilanglah segala persoalan yang tidak terjawab dan yang menjadi keraguan selama ini yang sentiasa mengganggu fikiran kita. Mengapa orang-orang kafir kaya raya? Mengapa orang-orang yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Tidakkah kita hairan mengapa orang-orang yang selalu ke masjid hanya berbasikal buruk? Yang ke kelab malam naik kereta mewah?

Cara Untuk Menentukan Nikmat Yang Diredhai Allah

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu. Adakah pemberian itu diredhai Allah atau tidak? Caranya ialah hendaklah dia sentiasa mengkaji dengan teliti nikmat yang diterimanya itu dan bagaimana serta ke mana digunakannya?

Seseorang yang menerima segala nikmat itu akan terus mensyukuri Allah. Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan selain dari itu, dia sentiasa redha mengabdikan dirinya kepada Allah. Maka dengan limpah kurnia yang diperolehinya itu adalah pemberian yang diredhai Allah.

Pemberian yang diredhai Allah akan membuatkan seseorang itu ikhlas apabila bersedekah. Apabila dia melihat orang membawa list derma, dia lantas memanggil orang tersebut walaupun dia hanya ada wang 50 sen ketika itu. "Ini sedekah saya. Maaflah, hanya 50 sen." Katanya.

Akan tetapi pemberian yang tidak diredhai Allah akan membuatkan orang yang menerimanya enggan bersedekah atau berbuat kebajikan dengan ikhlas. Dia ada wang RM500.00 dalam sakunya. Ketika orang minta derma dia menyatakan dia tiada wang. Maknanya wang yang ada dalam sakunya adalah wang istidraj.


Pada ketika setelah itu, lalu seorang gadis cantik yang menjual tiket "pertunjukan amal". Belumpun sempat gadis itu menawarkannya, dia pula yang memanggilnya terlebih dahulu. Diapun membeli tiket untuk pertunjukan amal itu.

Pertunjukan amal? Ini juga satu kekeliruan bagi kita. Kita sering tertipu dengan label "amal" ini. Kadang-kadang pada waktu Maghrib, lalu sebuah van yang riuh rendah dengan muzik dan memberi pengumuman. "Tuah tuan, silalah datang ke taman hiburan, kita akan mengadakan pertunjukan amal." Ada ibu bapa yang terpengaruh lalu pergi dengan membawa keluarga. Pasal pertunjukan amal, dia ingat dapat pahala.

Inilah cakap-cakap yang mesti kita jaga. Begitu juga dengan orang yang bersyarah. Kita mesti tengok betul gerak-geri orang yang bersyarah tersebut. Ke mana pensyarah tersebut hendak membawa kita. Sebab kadang-kadang banyak kekeliruan dalam syarahan-syarahan.

Ada pensyarah yang berkata, "Kita sekarang hendaklah sesuaikan Islam dengan zaman." Nampak jelas di sini otak kita hendak dikelirukannya. Hendaklah kita sedar, Islam itu tidak boleh disesuaikan dengan zaman, tetapi zaman itulah yang mesti disesuaikan dengan Islam.

Kalaulah Islam hendak disesuaikan dengan zaman, maka zaman orang bertelanjang Islam sesuai dengan orang yang bertelanjang, zaman orang merompak, Islam mesti sesuai dengan perompak. Tidak boleh islam disesuaikan dengan zaman. Islam tidak boleh tunduk kepada zaman, tetapi zaman itulah yang mesti tunduk dengan Islam.

Tidak beberapa lamu dahulu, saya berjumpa dengan seorang ulama'. Ditanya tentang loteri, dia kata haram. Habis, bagaimana kalau kita hendak membantu orang, macam loteri kebajikan? "Halal." Katanya.

Loteri haram, dibalut dengan label kebajikan jadi halal. Inilah cakap-cakap yang mengelirukan kita. Kiranya di samping seseorang yang menerima segala nikmat Allah, maka bertambah pula maksiat dan derhakanya kepada Allah, maka jelaslah segala kemudahan dan kemewahan yang diperolehinya itu adalah istidraj, iaitu pemberian nikmat yang tidak diredhai Allah S.W.T.

Namun, jangan pula apabila ada orang kaya datang ke masjid dengan kereta besar kita katakana istidraj. Orang naik pangkat istidraj, orang-orang besar istidraj. Jangan! Orang-orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan, untuk mengabdikan dirinya kepada Allah, itu bukan istidraj namanya.

Bukan bermakna kita tidak boleh kaya. Kaya tidak salah di sisi Islam, tetapi masuk ke syurga agak lambat sedikit. Ibarat orang dari Singapura hendak masuk ke Johor. Orang yang membawa barang yang banyak akan diperiksa oleh kastam. Makin banyak barangnya, makin lama pemeriksaan, makin lambat dia masuk ke Johor. Orang yang tidak membawa barang akan lepas dengan mudah memasuki Johor.

Inilah yang sangat-sangat kita takuti dalam hidup ini dan kehidupan kita di dunia ini. Sebab itulah umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. sentiasa merintih di hati sanubari sambil berkata, RedhaMu yang selalu kami rindukan, Dan marahMu yang sangat kami takuti, Tuhan ? Lebih baik kami hidup miskin ? ? asal dalam redhaMu, kami tak - ingin kepada kekayaan ? ? di dalam marahMu.

Inilah sajak yang penuh makna. Apakah maknanya? Hidup kita di dunia mesti ada terget, mesti ada pedoman. Jangan hidup kita seperti kumbang di tengah kolam, ditiup angin ke tepi ia ke tepi, ditiup ke tengah ia ke tengah. Tidak ada pegangan langsung.

Kita kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada terget atau matlamat atau tujuan. Tujuan hidup kita di dunia ialah mencari keredhaan Allah S.W.T., baru kita selamat. Bukan kaya yang kita cari dan bukan juga miskin yang kita cari!

Kalau target kita hanya untuk kaya, akan jahanamlah diri kita. Jika ada kesempatan untuk kaya, kita lihat dulu. Kalau ada keredhaan Allah, barulah kita ambil. Kalau tidak lebih baik kita miskin. Bukan tujuan kita untuk menjadi miskin, tetapi hendak mencari keredhaan Allah. Kalau hidup miskin ada keredhaan Allah, maka kita pilih miskin. Kalau mahu menjadi kaya dengan keredhaan Allah, katakan aku tidak mahu kekayaan tanpa keredhaanMu.


Bila hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita didunia dan di akhirat. Wallahu A'lam.

(Dipetik dari buku Siri Syarahan Ustaz Yazid Jaafar)

Wednesday, November 3, 2010

CORETANKU 135

NAFSU..KEMALUAN CIPTAAN ALLAH...MALAH SEGALANYA CIPTAANNYA...TAK DE SATU ZARAH CIPTAAN MANUSIA...TAK JALAN HUKUM ALLAH SAMA MEMPERSENDAKAN ALLAH DAN MENAFIKAN SIFAT KESEMPURNAAN SERTA KEAGONGAN ALLAH SWT.....

Berlusconi seks beramai-ramai



PEMUAS NAFSU...Nadia mengaku dua kali beri layanan seks di rumah Berlusconi (gambar kecil).
PEMUAS NAFSU...Nadia mengaku dua kali beri layanan seks di rumah Berlusconi (gambar kecil).
ROME: Silvio Berlusconi sekali lagi dikaitkan dengan skandal seks apabila seorang pelacur elit mengaku diupah untuk memuaskan nafsu Perdana Menteri Itali itu, lapor media, semalam.
Nadia Macri, 28, berkata dia pernah ditiduri Berlusconi sebanyak dua kali dan dibayar hampir RM45,000.

Tidak cukup dengan itu, Nadia juga mengejutkan banyak pihak apabila mendakwa pernah melihat negarawan berusia 74 tahun itu mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dalam jacuzzi.

Pendedahan itu diperoleh ketika Nadia memberi keterangan kepada pihak berkuasa yang menyiasat dakwaan Berlusconi menghadiri pesta seks dan dadah di vila peribadinya, baru-baru ini

Menurut Nadia, dalam parti dihadiri Berlusconi, wanita yang ada memang ditawarkan marijuana, selain bahan itu memang sentiasa tersedia dalam pesawat rasmi perdana menteri itu.


Sementara itu, peguam bagi Belusconi, Niccolo Ghedini, menafikan dakwaan itu.

Katanya, jika memang ada kenyataan seperti itu dibuat terhadap Berlusconi, ia dinafikan secara tidak langsung oleh kenyataan beberapa saksi sebelum ini.

“Semua majlis dihadiri Berlusconi dilangsungkan dengan teratur,” katanya.

Sebelum ini, Nadia memberi keterangan panjang lebar - sehingga 300 muka surat - mengenai Berlusconi dan maklumat itu diperoleh media.

Melalui kenyataan itu, Nadia mengaku mengadakan hubungan seks dengan Berlusconi sebanyak dua kali di rumah pemimpin Itali itu.

Selain wang tunai, dia turut dihadiahkan pelbagai barang kemas.

Baru-baru ini, Berlusconi turut dikaitkan dengan seorang penari gelek dari Maghribi, Karima Keyek, 18.

Dalam usaha mengendurkan perhatian kepadanya, semalam Berlusconi berkata: “Lebih baik kita berasa ghairah kepada wanita cantik daripada menjadi gay.” - Agensi



Budak 10 tahun lahirkan bayi

MADRID: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun melahirkan bayi di Jerez de la Frontera, selatan Sepanyol, kata seorang pemimpin tempatan, semalam.
Menteri Hal Ehwal Sosial Andalusia, Micaela Navarro, berkata pihak berkuasa kini mengkaji sama ada budak itu dan keluarganya layak menjaga bayi berkenan.

“Bapa kepada bayi itu juga seorang budak,” katanya.

Bagaimanapun, Navarro enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu, termasuk jantina bayi terbabit

“Setakat ini pihak berkuasa tidak menganggap kes ini sebagai rogol dan tiada sebarang siasatan jenayah dijalankan,” katanya


Sementara itu, media melaporkan, budak perempuan itu berasal dari Romania dan ketika tiba di Sepanyol, dia memang hamil.

Tidak pula dinyatakan bila budak itu dan keluarganya tiba di Sepanyol. - AP


Kes video seks jadi pengajaran elak kontroversi



JAKARTA: Kes video seks membabitkan Luna Maya dengan vokalis Peterpan, Ariel, bakal menjadi pengajaran penting untuk Atiqah Hasiholan.
Dalam wawancara eksklusifnya dengan laman sesawang berita Kompas.com, Atiqah berkata, sebagai duta produk Lux, dia perlu bersedia menghadapi pelbagai dugaan.

“Tambahan pula saya berlakon, macam-macam gosip yang tiba,” katanya.

Katanya, dengan persediaan secukupnya, dia yakin dapat menghadapi cubaan itu


“Yang penting, saya harap tak akan ada gosip ke atas saya,” katanya.


Sejak bergelar aktres, kata Atiqah, dia belum pernah berdepan dengan gosip yang menyakitkan hati, malah semua berita mengenainya berbentuk positif.

“Belum pernah ada berita berkaitan peribadi dilaporkan,” katanya. - Agensi

CORETANKU 134

MUDAHKAN LAH UNTUK ORANG BERKAHWIN ...LEBIH2 YANG HENDAK BERPOLIGAMI

NEGARA


Bicara Pak Sheikh 23 Januari


PAK Sheikh (kanan) yang dituduh bersubahat dengan jurunikah palsu hadir pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.



SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan 23 Januari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang Penolong Amil Kariah, Abdul Rahman Adam yang dituduh bersubahat bersama jurunikah tidak bertauliah menikahkan pasangan Islam.
Abdul Rahman yang dikenali sebagai Pak Sheikh, 46, didakwa bersubahat dengan jurunikah warganegara Indonesia yang berstatus penduduk tetap (PR) untuk mengahwinkan satu pasangan pada 13 Ogos lalu.
Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali turut menetapkan tarikh sama sebagai tarikh sebutan semula untuk waran tangkap yang dikeluarkan terhadap jurunikah warga Indonesia itu, Asbai Rafik, 56, apabila dia terus tidak hadir ke mahkamah semalam.
Malah, penjamin Asbai, Ariffin Idris turut diperintahkan untuk membuat satu surat bertulis tunjuk sebab mengapa dia perlu dilucutkan sebagai penjamin tertuduh bagi kes tersebut.
“Kamu telah masukkan akad di mahkamah, sebab itu janji kamu dan jika gagal kamu akan menjadi galang gantinya.
“Oleh itu, penjamin buat satu surat bertulis tunjuk sebab kenapa jaminan kamu perlu dilucutkan. Jika tidak ada alasan munasabah, kamu perlu bersedia untuk menjadi galang gantinya,” kata beliau.
Sementara itu, dalam prosiding sama, Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhamad Nazri Basrawi memberitahu mahkamah bahawa Ketua Pendakwa Syarie Selangor menolak surat representasi atau surat rayuan yang dihantar oleh peguam syarie, Boestaman Ahmad yang mewakili Abdul Rahman


KOMEN


JIKA TIDAK...MUNGKIN INI KESANNYA.....

1. WUJUD JURUNIKAH TANPA TULIAH
2. NIKAH DI SIAM ATAU NEGARA2 JIRAN
3. KAHWIN DENGAN WANITA INDONESIA
4. ZINA DAN BUANG ANAK
5. PEREMPUAN SIMPANAN
6. PELACURAN 
7. BOHSIA
8. DLL...

SATU LAGI...MUNGKIN KITA TERLEPAS PANDANG...JODOH NI KETENTUAN ALLAH...KITA SEKAT MACAM MANA PUN...KITA TAK KAN MAMPU MELAWAN TAKDIR ALLAH....

INGAT...KITA DIJADIKAN OLEH ALLAH BUKAN KITA YANG MENJADIKAN ALLAH SWT...TAK KAN KITA LEBIH BIJAKSANA MENGATUR HUKUM DARI ALLAH...INGAT...SYAITAN SENTIASA NAK MENYESATKAN KITA...AGAR KITA SENTIASA TAKBUR DAN MELAWAN ALLAH...LAWANLAH KALAU KITA NAK MEMILIH NERAKA ALLAH SWT.....