moga2 coretan ni membolehkan kita sedar serta dapat mengenal Allah dengan lebih dekat dan tepat..mudahan2 menjadikan sebab Allah memberi hidayahNYA kepada kita bersama@semua...mungkin kita menjadi bertakwa ...رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...InsyaAllah...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
DENGAN RASA RENDAH HATI...MOHON PIHAK BERWAJIB SERTA BERKUASA...LAKSANAKAN HUKUM ALLAH...SAMPAI BILA....WANITA NAK JADI BAHAN NAFSU LELAKI....TAK KAN KITA NAK TERUS BERDEGIL DENGAN HUKUM ALLAH...SAPE KITA....TERUKNYA MANUSIA AKHIR ZAMAN....BENAR KATA RASULLULLAH SAW ....AKU HANYA JAMIN ISLAMNYA,...SETELAH AKU WAFAT 300 TAHUN ....
4 lelaki nafi sula wanita
KLANG: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita dengan menusuk kemaluan mangsa dengan sebatang kayu, dalam semak dekat Bandar Putera di sini, pada Februari tahun lalu.
Tertuduh, Melvin Isaac Jude Thaddeus, 21, Y K Gahenjindran, 24, P Thubasshan, 22, dan P Aravinteram, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
Mengikut pertuduhan, mereka melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 35 tahun di dalam semak di Jalan Kebun Nenas 2H/KS7, Bandar Putera, di sini antara jam 6.45 pagi dan 8.30 pagi, 11 Februari 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Cabul kanak-kanak: Rayuan ustaz ditolak
31/01/2011 3:52pm
ALOR SETAR – Seorang guru agama kelu apabila Mahkamah Tinggi Alor Setar mengekalkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 kerana mencabul seorang kanak-kanak di sebuah rumah yang dijadikan pusat Qiraati lima tahun lepas.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin menolak rayuan Nasruddin Niamat, 36, bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 13 Okt 2009.
Mohd Azman berkata keputusan Majistret Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 adalah mematuhi prosedur mahkamah.
Guru agama itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.
"Walaupun rayuan awak ditolak, ini bukan keputusan akhir kerana awak masih ada peluang. Awak boleh buat rayuan di Mahkamah Rayuan,” kata Mohd Azman.
Menurut kertas pertuduhan, Nasruddin dituduh mencabul kehormatan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah bilik yang dijadikan kelas mengaji al-Quran di sebuah rumah di Lorong Teratai 1, Taman Berjaya, Jalan Pegawai pada 9.45 pagi, 8 Jun 2006.
Dalam rayuannya, tertuduh yang mempunyai seorang isteri dan empat anak, memberi alasan kanak-kanak itu masih di bawah umur dan tidak dapat memberi keterangan selain tidak memahami kepentingan mengangkat sumpah.
Timbalan Pendakwa Raya Norhayati Ibrahim mengendalikan kes itu manakala tertuduh diwakili peguam Rahmatullah Baharuddeen. - Bernama
DUNIA
Gambar separuh bogel Rihanna di Internet
LOS ANGELES - Beberapa akhbar dan laman hiburan kelmarin menyiarkan gambar penyanyi lagu Umbrella, Rihanna, dalam keadaan separuh bogel.
Gambar yang tersebar itu menunjukkan Rihanna sedang merakamkan gambarnya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit di hadapan cermin besar.
Dalam gambar itu, dia yang hanya memakai seluar dalam berwarna hitam manakala tangannya menutup payu daranya.
Selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya, Chris Brown, Rihanna yang berusia 22 tahun itu, dia dikatakan mula rapat dengan seorang bintang sukan.
Bagaimanapun identiti bintang sukan yang menerima gambar separuh bogel itu tidak diketahui.
Perkosa anak saudara
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup merogol anak saudaranya yang menumpang sementara di rumahnya di Taman Datuk Senu, di sini, pagi semalam selepas membawa gadis itu dari kampung untuk satu sesi temu duga.
Difahamkan, bapa mangsa yang juga abang kepada suspek meminta pertolongannya untuk menumpangkan anak perempuannya itu yang berusia 19 tahun sepanjang menjalani temu duga kerja itu.
Sebaik tiba di rumah suspek, mangsa yang keletihan tidur dalam satu bilik.
Menurut sumber, ketika tidur mangsa dikejutkan dengan kehadiran suspek yang berusia lingkungan 30-an itu.
“Difahamkan, lelaki terbabit mempunyai kunci pendua bilik berkenaan yang membolehkan masuk itu walaupun dikunci dari dalam.
“Suspek cuba menanggalkan pakaian mangsa,” katanya.
Sumber berkata, tersentak dengan tindakan itu, mangsa cuba mempertahankan kehormatannya sebelum berlaku pergelutan antara mereka lebih 10 minit “Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu, namun rayuannya tidak diendahkan suspek sebaliknya lelaki itu menjadi lebih agresif.
“Mangsa yang dipukul kemudian dirogol. Selepas 10 minit kemudian, suspek sekali lagi mahu merogol mangsa.
“Bagaimanapun, mangsa mendakwa mengalami pendarahan pada bahagian kemaluannya menyebabkan suspek membatalkan niatnya itu,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang berjaya meloloskan diri dari rumah suspek meminta bantuan seorang jiran untuk menghubungi ahli keluarganya di kampung.
“Seorang lagi bapa saudaranya berusia lewat 30-an yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas mengambil mangsa di rumah suspek sebelum membawanya ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.
Difahamkan, mangsa masih trauma dengan insiden itu dilaporkan sedang berlindung di rumah ibu saudaranya dan dikatakan akan pulang ke kampung selepas siasatan selesai dilakukan pihak berkuasa.
Suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 1 tengah hari, hari yang sama selepas polis menerima laporan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.
BILA MANUSIA SUKA MEMBACA NOVEL DENGAN CERITA KHAYALAN CINTA DAN PERKARA2 KEUNTUNGAN DUNIA@KEJAYAAN DUNIA.....CERITA2 KARTUN....FANTASI DLL..... HINGGA LUPA ATAU MENGABAIKAN DARI MEMBACA PERKARA YANG DAPAT MENGINGATI ALLAH SERTA ALAM AKHIRAT...HINGGA TERLEPAS PANDANG DIRI NI HAMBA ALLAH YANG AKAN MATI MENEMUINYA DAN AKAN DIHISAB AMALAN DIDUNIA...
SYAITAN TAK BOLEH GUGAT ORANG YANG IKHLAS DLM BERAGAMA...ITU JANJ I ALLAH SWT..
Tazkirah Remaja
Bersama Mohd.Zawawi Yusoh
Syaitan sukar gugat mereka beriman
HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah syaitan.
Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.
Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita.
Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi.
HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah syaitan.
Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.
Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita.
Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian di atas muka bumi ini, seorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan.
Ini kerana selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan di dalam al-Quran sebagai perkara penting untuk diingati.
Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Mereka diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa Allah sepenuhnya. Syaitan juga hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah.
Mereka ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Mereka hanya boleh bertindak dengan izin Allah.
Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkannya.
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah S�d ayat 85).
Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, mereka hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan
sebenarnya.
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr ayat 39-40)
Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya.
Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl ayat 99-100)
Ingatlah, syaitan mahu kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan kita melakukan kejahatan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.
Syaitan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini di dalam al-Quran seperti berikut: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah ayat 168-169)
Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh membuatkan manusia lupa hari kiamat.
Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan
kepada Allah.
Syaitan menjanjikan (menakut-nakut) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 268)
Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini "...dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia." (Surah an-Nas ayat 4-5).
Sebagaimana diterangkan oleh ayat itu, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka.
"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka bagus apa yang selalu mereka
kerjakan." (Surah al-An'am ayat 43)
Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Quran.
Dengan membelakangi Allah, mereka lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab.
Lupa diri sendiri jika lupakan Allah
MANUSIA sering lupa. Ia menjadi kelemahan manusia yang menyebabkan hilang fokus terhadap amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan.
Lupa juga berlaku kerana isteri ramai, asyik memikirkan cara untuk mengelak daripada dimarahi dan strategi sebagai penyelamat daripada diserang.
Namun, punca lupa yang paling menakutkan ialah apabila banyak lupa kepada Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah, nanti Allah akan membuatkan kamu lupa diri kamu sendiri."
Lupa diri sendiri menurut ulama antara maksudnya ialah lupa pada hari akhirat. Ada yang lupa amalan dosa yang dilakukan hingga tidak terasa untuk bertaubat.
Selain itu, mereka lupa tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak, sehinggakan lupa fungsi hidup, lupa sebagai seorang pekerja, lupa tugas, lupa tanggungjawab dan amanah, lupa pada janji dan sebagainya.
Disebabkan terlalu banyak lupa, kita mesti selalu mengingati Allah dengan memberi peringatan serta melakukan analisis (muhasabah) terhadap diri sendiri.
Nasihat Imam al-Ghazali yang sangat mendalam, semoga ia menjadi bahan muhasabah kita. Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Imam al-Ghazali bertanya (pertama): "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah 'mati'. Sebab itu sudah janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Lihat Surah Ali-Imran ayat 185).
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab China, bulan, matahari dan bintang.
Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah 'masa lalu.'
Walau bagaimana hebat sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita perlu menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan ketiga: "Apa yang paling besar di dunia ini?" Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.
Tetapi, katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah 'nafsu' (sila rujuk Surah al-A'raaf ayat 179). Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.
Pertanyaan keempat: "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah.
Imam al-Ghazali berkata semua jawapan itu namun yang paling berat adalah 'memegang amanah.' (lihat Surah al-Ahzab ayat 72).
Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Bagaimanpun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima: "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah 'meninggalkan solat.'
Gara-gara keletihan dengan tugasan seharian kita meninggalkan solat. Pertanyaan keenam ialah: "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.
Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah 'lidah manusia.' Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.
Sembelih sifat binatang
SELAMAT menyambut Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Takbir berkumandang dan suasana ziarah menziarahi masih rancak diadakan.
Majlis ibadat korban ternakan masih menjadi tarikan terutama kanak-kanak dan remaja untuk melihat dari dekat binatang ditarik, diikat dan disembelih tapi bagaimana pengagihan daging korban berlangsung?
Namun, dalam kemeriahan itu ramai terpaksa menyambutnya dengan perasaan pahit dan ujian banjir, rumah masih bersepah dan berselerak akibat banjir yang menimpa saudara kita di utara tanah air.
Sama-sama kita doakan mereka diberikan kesabaran dan tabah menghadapi ujian Allah itu. Pembaca budiman, disebabkan penulis dari pantai timur, sering kali apabila hendak balik kampung beraya, orang Kuala Lumpur sering kali berkata raya haji di Terengganu dan Kelantan lebih meriah dan 'lebih besar' dari Aidilfitri.
Macam tidak meriah kerana lagu hari raya pun tidak diputarkan di corong radio tambahan pula cuti raya haji hanya sehari saja. Suasana pada zahirnya kadang-kadang berbeza.
Penulis terpanggil untuk berkongsi idea apa yang lebih besar dan meriah dalam sambutan perayaan tidak kira sama ada Aidilfitri atau Aidiladha.
Sebenarnya dalam Islam dua hari raya itu sangat besar maknanya kerana ia dirayakan bersempena ibadat rukun Islam.
Aidilfitri didahului dengan ibadat puasa manakala ibadat haji mengiringi Aidiladha. Kedua-duanya besar cuma Aidiladha 'lebih' dari sudut falsafah dan tuntutan.
Tetapi kedua-duanya sangat berkaitan. Aidiladha juga dipanggil ibadat korban manakala Aidilfitri ialah 'bersih' iaitu kembali kepada fitrah.
Orang tidak boleh berkorban kalau belum bersih hati dan nurani. Jadi siapa yang berjaya dibersihkan dengan ibadat berpuasa pada Ramadan dulu akan sanggup berkorban bukan saja bahagian korban daging tapi juga berkorban serba serbi untuk ke Makkah menunaikan haji.
Berkorban binatang bukan saja menyembelih binatang tetapi sampai ke peringkat 'menyembelih' sama sifat kebinatangan yang bersarang dalam jiwa.
Jika hari raya puasa jumlah rayanya cuma sehari iaitu satu Syawal tetapi yang menjadi sebulan itu disebabkan adanya rumah terbuka.
Aidiladha pula kerana besarnya pengorbanan yang dituntut, hari raya diwartakan Allah sebanyak empat hari iaitu 10 Zulhijjah diikuti dengan hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Begitu juga jumlah hari bertakbir untuk Aidilfitri hanya satu malam dan setengah pagi iaitu tidak sunat lagi bertakbir selepas imam selesai baca khutbah raya.
Manakala Aidiladha bertakbir selama empat hari empat malam. Aidilfitri diharamkan puasa hanya satu Syawal saja tetapi Aidiladha selama empat hari diharamkan berpuasa.
Sebenarnya kemeriahan sambutan hari raya bukan diukur dengan memakai baju baru dan bukan juga berapa ramai orang pulang kampung tetapi bergantung kepada jiwa baru, peribadi baru dan akhlak untuk berkorban demi agama.
Cinta Allah adalah cinta hakiki
CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau.
Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.
Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta.
Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan.
Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.
Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.
Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.
1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.
Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."
Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."
Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.
Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.
Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.
Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.
Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.
Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam.
Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.
Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.
Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah:
1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.
2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.
3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.
4. Tidur sekejap waktu tengah hari.
Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.
Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.
Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama.
Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah.
Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan membalas semula cinta kita.
Orang beriman hanya makan untuk hidup
CARI makan - demikian rutin kehidupan manusia, tidak kira makan waktu pagi, petang, siang, malam ataupun tengah malam.
Apabila hidup nak makan, sesetengah kita tidak peduli lagi sama ada makanan itu halal atau haram.
Orang beriman makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan. Jawapan mengenai hidup untuk makan atau makan untuk hidup berkait rapat dengan keimanan dan kepercayaan seseorang.
Adakah dunia ini satu-satunya kehidupan? Atau di sana, selepas kematian pasti ada alam lain yang kekal abadi? Mereka yang kufur hidup untuk makan.
Ini diterangkan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan orang yang kafir makan dan minum serta berseronok sebagaimana berseronoknya binatang dan nerakalah tempat kembali mereka".
Realitinya, tanpa kita sedari kebanyakan manusia hidup untuk makan. Bukan lagi makan untuk hidup!
Malah, ada manusia sanggup membunuh demi mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perut yang lapar.
Manusia tidak lagi memikirkan dosa membunuh yang pasti akan diterima selepas mati. Manusia sanggup menipu, menindas, mencuri, meragut, merompak dan menyamun kerana mahu makan asalkan dapat makan.
Sepanjang masa manusia 'berperang' untuk mendapatkan tanah yang subur yang boleh membekalkan mereka bahan makanan harian.
Allah memerintahkan manusia untuk mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang-orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan kepada kamu". (Surah al-Baqarah ayat 172)
Perintah yang sama juga ditujukan kepada Rasul menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Wahai sekalian Rasul, makanlah daripada makanan yang baik (halal) dan lakukanlah amalan solihin". (Surah al-Mukminin ayat 51)
Halal dan haram itu adalah ketetapan Allah yang mencipta manusia bagi menguji sejauh mana ketaatan mereka kepada Pencipta.
Mereka yang merentasi ujian itu, pasti berjaya. Sementara itu, bagi mereka yang gagal pasti ke neraka menjadi makanan api yang tersedia marak membara.
Justeru, ada kalanya manusia diuji dengan sedikit ketakutan dan kelaparan.
Allah berfirman yang bermaksud: "...Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar". (Surah al-Baqarah ayat 155)
Orang yang bersabar ialah orang meyakini wujudnya hari pembalasan.
Justeru, Allah menjelaskan dalam ayat seterusnya bermaksud: "Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan; Kita milik Allah dan kepada kita pasti kembali". (Surah al-Baqarah ayat 156)
Orang yang tidak sabar pasti gagal dalam ujian. Berapa ramaikah manusia yang mampu bersabar menghadapi ujian ini? Perut lapar yang perlu diisi menjadikan manusia lupa bahawa dia akan mati.
Dia lupa bahawa segala perlakuannya akan dihitung serta dipertanggungjawabkan. Malah, dia lupa pada seksaan Allah iaitu pohon Zakkum yang berduri sebagai makanan dan air panas menggelegak sebagai minuman orang yang berdosa.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya pohon Zakkum adalah makanan orang yang berdosa seperti air panas yang menggelegak di dalam perut".
Bagaimana pula dengan kita? Adakah bersedia untuk ke neraka?
Penutup tazkirah pada kali ini penulis ingin sentuh sedikit berkenaan fenomena hidup orang kita yang sudah tidak peduli lagi di mana mereka makan.
Bagaimana keadaannya jika ada segelintir kita yang pergi menikmati makanan di restoran bukan Islam? Mereka tidak kira kerana yang penting ia sedap dinikmati.
Adakah kita sanggup memperjudikan keimanan kita? Adakah kita fikir orang bukan Islam itu sanggup menjaga prinsip agama kita yang berbeza sungguh dengan agama mereka?
Adakah kita mahu mereka tolong jaga agama kita? Adakah mereka sanggup susah atas alasan mahu memastikan kita makan makanan halal?
Apalah sangat selera yang didorong oleh nafsu sehingga kita mengambil mudah semua ini? Rasanya soal makan kita masih belum sampai ke tahap darurat.
APA guna dipanggil kemajuan dan kemodenan sekiranya pemikiran, akhlak, cara hidup dan sifat mulia kemanusiaan semakin terhakis?
Kemajuan teknologi contohnya sepatutnya menjadikan sesuatu maklumat disebar untuk kebaikan tetapi disalah guna untuk tujuan yang salah.
Dalam mengejar kemajuan, akhlak murni perlu dijaga. Maka amat perlu sekali kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan.
Kemodenan yang hakiki ialah kebebasan akal menerawang mengenali. Cukup membimbangkan jika kita menikmati kemajuan dengan minda dan pemikiran yang beku dan jumud.
Hidup ini tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai mulia sejagat, sesuai di semua tempat di samping hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman.
Bukan saja bertahan, lama tapi berjaya menyisihkan cara hidup buatan manusia yang amat terbatas; sekejap ada dan sekejap tidak ada, kadang-kadang putik dan kadang-kadang berulat serta buruk.
Lebih mendukacitakan, adakah kita dipanggil moden sekiranya pemikiran masih dibayangi perkara dengan sial dan majal terhadap sesuatu yang langsung tidak punya kuasa?
Bukan sekadar terbelenggu, tetapi sudah percaya dan sudah termasuk sebagai rujukan dan penentuan dalam membuat sesuatu sebarang keputusan.
Bayangkan ada yang percaya kepada nombor membawa sial dan majal.
Dalam hal ini, Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah, yang bersabda yang bermaksud: "Tiada sial dan majal dalam Islam".
Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiada sial pada sesuatu burung".
Malah, mempercayai sial dan majal membawa kepada syirik sebaliknya Allah menggantikan dengan konsep tawakal.
Adakah wajar seseorang yang bersiap untuk ke tempat temuduga tiba-tiba sampai ke tempat itu, dia mendapati bilik temu duga berkenaan bernombor 13 lalu tidak meneruskan sesi temu duga terbabit kerana merasakan nombor itu membawa sial.
Begitu juga dengan perkahwinan, ada yang percaya berkahwin pada bulan Safar membawa sial. Ia amat bercanggah dengan prinsip agama.
Sesetengah daripada kita tidak jadi hendak membeli rumah semata-mata kerana dianggap sial. Dalam suasana payah hendak mendapat kerja dan pasangan, ada yang percaya dengan memakai gelang dia akan memberi 'semangat'.
Tidak kurang juga yang percaya kepada kuasa bunga dengan nama 'mandi bunga'. Bunga untuk hiasan dan kecantikan bukannya ada kuasa luar biasa.
Islam tidak pernah menolak kemajuan yang berasaskan kajian dan penemuan moden. Perubatan moden diharuskan. Namun begitu kuasa penyembuh hanyalah pada tangan Allah.
Doktor hanya merawat dan berikhtiar tetapi yang menyembuh hanyalah Allah. Kita boleh memilih doktor mana yang serasi untuk merawat kita, tetapi bukan dia yang menyembuh.
Jika betul ikhtiar dan ubat bertepatan dengan kehendak Allah maka sembuhlah apabila sampai masanya.
Menjadi kesalahan besar sekiranya seorang gadis atau wanita sanggup berbuat apa sahaja, terpaksa menyerah maruah dan diri demi menagih cinta dari kekasihnya. Fikirnya jika tidak ikut kehendak si dia nanti tidak dicintai pula dan ada risiko ditinggalkan.
Yang menentukan jodoh bukannya manusia. Manusia hanya merancang kerana yang menentukan adalah Allah.
Kekolotan minda akidah remaja inilah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah yang akhirnya mereka sendiri yang merana.
Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan, amalan memberi rasuah membawa syirik. Ia bukan sekadar dosa besar, sebab yang membawa kepada syirik kerana anggapan pemberi rasuah 'jika aku tidak beri, maka pasti tidak dapat'.
Ini yang rosak iman kerana anggapan pemberi rezeki sudah beralih daripada Allah kepada manusia. Bagi melariskan kedai perniagaan pekedai mula guna pelaris termasuk ayat seribu dinar.
Peniaga mungkin terlupa bagaimana nabi menjalankan perniagaan, untung besar tetapi tidak guna pelaris. Begitu juga sahabat nabi, Abd Rahman bin Auf buat untung besar tanpa menggantung apa-apa ayat.
Tiada rahsia khusus kerana kejayaan sesuatu itu adalah berpunca daripada ilmu, usaha keras, kemahiran serta tawakal kepada Allah.
Ikrar jauhi maksiat bersungguh-sungguh
BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.
Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya.
Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar.
Beberapa bulan lalu, di Indonesia berlakunya letupan gunung berapi. Lihat saja bagaimana penduduknya bertempiaran lari kerana takut kepada lava panas yang keluar daripada Gunung Merapi.
Malah, ada yang tidak sempat melarikan diri, terkorban dengan kesan yang cukup menyayat hati apabila mendapat kecederaan parah di seluruh anggota badan akibat terkena debu panas.
Panasnya lava tidak sama dengan kepanasan api neraka. Sebagaimana disebut dalam hadis panas api neraka melebihi 70 kali ganda kepanasan dan tahap bakaran api di dunia.
Bayangkan kalau Allah percikkan satu asap api neraka apalah agaknya berlaku kepada kita? Ya Allah selamatkan kami semua.
Kita semua melakukan dosa. Apalagi penulis yang sangat banyak silap dalam hidup ini, sudah banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, sudah tidak mahu buat lagi, sudah menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku kadang-kadang hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun.
Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang.
Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata "Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi".
Ada pula yang berkata, "Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita.
Pernah berlaku pada zaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila diadili dia di dapati bersalah dan dihukum potong tangan. Dia kemudian membela diri dengan berkata, "Aku buat ini (mencuri) kerana Allah yang sudah tentukan". Kemudian Saidina Umar menyatakan hukuman kepada lelaki ini disamping potong tangan dia juga kena sebat 40 rotan, sahabat hairan kenapa ditambah hukuman terhadapnya? Umar berkata hukuman sebat 40 rotan itu di tambah kerana menyalahkan dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah.
Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.
Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah Al-Mulk ayat 2)
Kalau ada yang kata, aku sudah banyak pahala tak apalah buat dosa sekali sekala, memang bohong, bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua.
Hatta ada manusia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan. Mungkin benar kita sudah buat baik dan pahala, tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah?
Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?
Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.
Benarlah firman Allah yang bermaksud: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah
Al-'Asr ayat 1-3).
Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.
Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.
Anak-anak belajar daripada ibu bapa
ADA kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram.
Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.
Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.
Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.
Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.
Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru.
Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa.
Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.
Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak.
Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.
Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman.
Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?
Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar.
Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.
Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna.
Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak.
Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.
Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah.
Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan.
Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya.
Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.
Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.
Baginda mengatakan: "Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu)."
Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.
Usah campak diri dalam kebinasaan
KESIHATAN adalah nikmat paling berharga yang perlu dijaga. Kebanyakan kita sekarang tidak begitu peka terhadap aspek pemakanan.
Asalkan sedap dimakan hing�ga tidak menghiraukan kesan mudarat kepada kesihatan jika mengambil makanan secara berlebihan khususnya yang bergula dan berlemak.
Apabila sudah disahkan menghidap penyakit berkaitan berada pada tahap kronik barulah seseorang merasakan bahawa kesihatan itu adalah harta yang amat bernilai.
Selepas sesuatu yang berharga sudah tiada, barulah seseorang itu menghargai nilaiannya.
Selepas diuji dengan kesakitan, baru kita berasa betapa beruntungnya nikmat yang dimiliki sebelum ini.
Adakah kita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat setiap hari? Seandai�nya kita ikut dengan teratur serta mengamalkan gaya hidup sihat, bersyukurlah kerana kita diberi kesedaran itu.
Sebagai Muslim, wajib kita menjaga amanah yang Allah ini. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan, al-Quran menyifatkan ia sebagai mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
Ramai yang tidak menghargai nikmat ini. Begitu juga halnya dengan musuh nombor satu negara iaitu dadah.
Kenapa begitu ramai yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah?
Tidak kurang juga hebatnya dengan ketagihan rokok, alkohol serta lumba haram yang membawa musibah, mudarat serta kecacatan.
Kita perlu bertekad untuk meninggalkan tabiat buruk berkenaan dan cuba pula mengajak orang lain menjaga kesihatan untuk terus kekal menjalani kehidupan yang berkualiti.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding orang beriman yang lemah”. (Hadis riwayat Imam Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w me�nyarankan umat Islam tidak kira individu mahupun masyarakat mementingkan kesihatan.
Setiap Muslim hendaklah berusaha sedaya upaya memperbaiki hidup selain menjadi manusia yang kuat.
Nikmat kesihatan yang baik saja mampu mengubah nasib serta dapat meraih kehidupan lebih baik. Badan yang sihat bukan untuk merompak, me�nyamun atau meragut.
Mampu berjaga malam hingga ke pagi bagi sesetengah orang mudah saja, tetapi untuk bersolat Subuh tidak dapat dilaksanakan.
Peluang sementara badan masih sihat inilah masanya untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Jangan terus leka dan beranggapan usia masih muda dan mempunyai banyak masa kerana kematian itu tidak mengenal usia.
Tidak semestinya kematian menjemput kita pada usia tua kelak.
Bukan juga bererti, kita perlu melupakan kenikmatan dunia. Kehidupan dunia adalah kurniaan Allah, selagi kita tidak melakukan amalan yang bercanggah dengan agama dan tidak melalaikan maka ambillah.
Alangkah bagusnya jika seorang yang hebat personalitinya, kerjaya, berkarisma, berpelajaran tinggi, mantap akhlak dan amalan agamanya.
Remaja yang hebat adalah golongan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Bolehkah kita menjadi cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama menjaga akhlak serta pekerti sebagai Muslim?
Taat dan hormat ibu bapa dan guru, jadilah rakan yang mudah didampingi ketika susah dan senang selain menjaga ibadat termasuk tidak meninggalkan solat wajib.
Zaman remaja bukan untuk mengejar keseronokan. Dunia ini hanya pinjaman dan penuh tipu daya justeru perlu berhati-hati.
Kelihatan dunia ini penuh dengan keseronokan tetapi pada akhirnya pasti ramai yang kecundang.
Kejar keberkatan rezeki halal
ALLAH menjamin rezeki makhluknya. "Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya." (Surah Hud ayat 6).
Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari.
Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya.
Islam menekankan setiap Muslim supaya bekerja keras mencari rezeki dengan menggunakan semua potensi dan kekuatan tulang empat kerat. Elakkan daripada meminta secara haram.
Ambillah iktibar daripada kisah sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang menceritakan berkenaan Hakim bin Hizam yang sering meminta-minta kepada Rasulullah.
Setiap kali dia meminta kepada Rasulullah, Baginda akan memberikannya. Namun setelah tiga kali dia datang meminta, Baginda bersabda: "Wahai Hakim, sesungguhnya harta di dunia ini memang indah dan manis, barang siapa yang mengambil harta di dunia dengan hati yang lapang yakni tidak bercampur dengan sifat ketamakan, nescaya akan dilimpahkan keberkatan dalam hartanya itu, tetapi barang siapa yang mengambil harta dunia dengan ketamakan, pasti tidak ada keberkatan dalam harta yang diperolehinya itu. Orang yang sedemikian ini adalah ibarat orang yang makan dan tidak pernah kenyang perutnya.
Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah iaitu orang yang menerima pemberian berkenaan."
Setelah Hakim mendengar akan teguran dan nasihat Rasulullah berkenaan sikapnya yang suka meminta-minta, sejak dari itu dia tidak lagi meminta-minta kepada sesiapa pun meskipun dia berada dalam kekurangan.
Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi oleh kita semua. Janganlah kita menjadikan sebab kekurangan hasil pendapatan sebagai alasan untuk meminta-minta bantuan semata-mata bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mencukupi.
Namun apa yang menyedihkan pada masa ini terdapat sebilangan orang yang
meminta-minta wang daripada keluarga, jiran atau rakan, ataupun ke rumah orang yang tidak dikenali.
Ada juga di antara mereka meminta-minta kepada pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan kewangan dan lebih mendukacitakan terdapat juga segelintir orang yang tanpa segan selalu meminta wang daripada orang ramai di tempat awam seperti di kompleks beli-belah atau restoran dengan alasan hasil pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup.
Rezekinya halal tetapi caranya tidak betul. Walaupun seseorang itu ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi orang miskin atau fakir, namun mereka tetap tidak digalakkan untuk meminta-minta.
Ini berdasarkan kepada sabda, dari Imran bin Husin berkata: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai." (Riwayat Ibnu Majah).
Renunglah, betapa orang miskin lagi tidak digalakkan meminta-minta, apatah lagi orang yang berkemampuan. Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa bersyukur dan reda ke atas rezeki yang dikurniakan Allah.
Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan haloba kepada harta benda sehingga sanggup mencari harta dengan cara meminta-minta.
Sebagaimana hadis riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Seorang yang terus-menerus meminta-minta kepada orang ramai, sehingga nanti dia akan datang pada hari kiamat dengan wajahnya yang hanya tinggal tulang, tidak ada lagi daging padanya."
Walaupun pada dasarnya perbuatan meminta-minta itu haram dan dilarang oleh agama, namun jika timbul sesuatu darurat atau keadaan terpaksa, maka ia menjadi harus.
Keadaan terpaksa atau darurat itu ialah seorang yang lapar meminta makanan untuk mengisi perutnya kerana dia bimbang jika tidak makan dengan segera, mungkin dia akan jatuh sakit atau mati.
Begitu juga orang yang tidak mempunyai sebarang pakaian, terpaksa meminta pakaian bagi menutup auratnya. Hal seperti ini mengharuskan seseorang itu meminta kepada orang lain selama mana peminta itu tidak berkuasa atau mampu membuat sebarang pekerjaan untuk menyara keperluannya.
Jika dia berupaya untuk bekerja tetapi malas maka tidaklah diharuskan ia meminta-minta daripada orang lain. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa orang yang bekerja mencari rezeki itu walaupun hasilnya hanya sedikit, itu adalah lebih baik daripada perbuatan meminta-minta.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Az Zuba'ir bin Al Aawam dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia pikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya, nescaya yang demikian itu adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi mahupun ditolak." (Riwayat Imam Bukhari).
Umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta tanpa sebab itu menjatuhkan maruah serta menjejaskan imejnya.
Malah perbuatan meminta-minta mencerminkan sikap yang negatif masyarakat kerana sentiasa bergantung ihsan dan bantuan daripada orang ramai atau pihak tertentu.
Justeru, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal serta sentiasa bersyukur, sabar dan reda dengan pemberian Allah.
Sama-samalah berdoa mudah-mudahan Allah meluaskan rezeki-Nya ke atas kita semua.
Terjemah al-Quran kepada tingkah laku
UMAT Islam perlu mendekati al-Quran bagi mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi iaitu dengan cara memperbanyakkan membacanya, mendengarnya, memahami isi kandungannya serta menjadikannya sebagai sumber hukum.
Al-Quran adalah sumber rujukan terbaik dalam kehidupan. Dalam kekalutan manusia hidup tanpa panduan, al-Quran datang dan mengajar manusia bagaimana hendak mengurus kehidupan.
Segala-galanya terdapat di dalam al-Quran. Ada secara terperinci dan ada secara umum, yang diperjelaskan hadis. Al-Quran kitab suci yang tetap akan terpelihara daripada sebarang gangguan dan campur tangan manusia.
Ini ditegaskan Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan menjaganya.” (Surah al-Hijr ayat 9).
Kandungan al-Quran yang sama seperti dulu sepatutnya dihayati generasi kini agar jenis manusia serupa dilahirkan, iaitu manusia generasi al-Quran.
Inilah kejayaan utama Rasulullah iaitu menterjemahkan al-Quran daripada ayat yang dibaca kepada perbuatan dan tingkah laku. Lahirlah generasi al-Quran yang bergerak dan berada di mana-mana.
Allah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dan memeliharanya dengan baik. Sejak diturunkan tidak ada satu perkataan atau ayat yang berubah dan ia kekal terpelihara sehingga ke hari kiamat.
Setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad akan disampaikan kepada sahabatnya. Ramai di kalangan sahabat yang terus menghafalnya. Selain itu, baginda menyuruh menulis setiap ayat di atas pelepah kurma, batu atau tulang. Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman barulah al-Quran dikumpul dan ditulis semula dalam bentuk buku yang dinamakan mushaf yang kita pusakai sehingga ke hari ini.
Oleh itu al-Quran selayaknya mendapat layanan istimewa iaitu berupa penghayatan berkenaan melakukan suruhannya serta menjauhi larangannya.
Membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama saja, malah menjadikannya sebagai buku panduan hidup. Seperkara yang perlu diketahui ialah penemuan baru yang selari dengan penyataan al-Quran malah ia telah lama dinyatakan di dalam al-Quran.
Kalau kita boleh berbangga dengan penemuan sains semestinya kita perlu lebih takjub dengan kecanggihan al-Quran yang mendahului zaman.
Al-Quran menyatakan pengembangan alam yang berkaitan dengan bidang sains. Firman Allah yang bermaksud: “Dan langit kami bangunkan dengan kekuasaan kami sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.”
Ayat berkenaan menceritakan mengenai pengembangan alam, di mana Allah sebut ribuan tahun dahulu.
Teori Big Bang contohnya sudah lama disentuh di dalam al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya”. (Surah al-Anbia’ ayat 30).
Cuba bayangkan hakikat yang ditemui pada abad 20 ini sudah dijelaskan oleh al-Quran sejak 1400 tahun dulu. Segala penemuan ini selari dengan penyataan ayat al-Quran.
Tidak hairanlah sekiranya orang Islam mendahului bangsa lain dari sudut ketamadunan. Ini kerana al-Quran berada di hati mereka untuk memakmurkan alam ini.
Hasil kehebatan al-Quran itulah terbentuknya tamadun di Sepanyol, Turki, Iraq, India, Afrika manakala Barat mempelajari daripada Islam seterusnya mengembangkannya mengikut acuan mereka.
Keajaiban kasih sayang
SUDAH hampir seminggu anak-anak kita bersekolah. Pelbagai gelagat kita lihat ketika memulakan alam baru persekolahan; ada yang menangis, ketawa, tak kurang yang ibu ayah terpaksa menunggu di kelas demi ilmu dan kasih sayang.
Tetapi, suasana sebegini semakin kurang kita temui sebab anak sudah matang dengan pendidikan prasekolah yang dilaluinya.
Penulis sendiri masih teringat kenangan lama ketika ibu dan ayah tersayang memimpin tangan ke sekolah masa kecil dulu. Tingginya harapan mereka dan kini selepas berjaya, ibu ayah pula tiada berdaya, semuanya dalam kenangan hanya titisan air mata dan kesayuan menjadi kenangan. Terima kasih buat ibu ayah.
'Ya Allah, sayangilah ibu ayah kami sebagaimana mereka berdua menyayangi dan mendidik kami sewaktu kami kecil'.
Doa sebegini sangat perlu dibaca setiap hari supaya Allah mengekalkan kasih sayang kita pada anak-anak.
Mendidik dengan cinta dan sayang berbeza dengan mendidik dengan sumpah seranah serta maki hamun. Kasih sayang akan memberi semangat dan pendorong dalam menghadapi kerenah dan perangai anak-anak.
Bayangkan jika ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak, mereka akan melihat anak itu seperti mereka melihat kayu dan batu.
Bahkan mereka mungkin akan menganggap anak sebagai beban yang menyusahkan.
Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang tugas sukar dan meletihkan. Terima kasih dan syukur tidak terhingga kepada-Mu Ya Allah atas nikmat kasih sayang ini.
Bayangkan bebanan ibu ketika melahirkan anak yang terpaksa berdepan dengan sakit yang tidak terperi, darah yang tumpah dan tidak bermaya.
Namun, apabila melihat bersih dan suci wajah bayi yang dilahirkannya maka akan hilang segala derita dan bebanan yang ditanggung.
Itulah ajaibnya kasih sayang yang mampu mencipta semangat dan daya juang yang luar biasa ibu bapa terhadap anak-anak.
Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina semangat dalam mendidik anak. Setiap anak berbeza gelagat dan kerenahnya.
Bagi ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya.
Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja.
Allah s.w.t menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya. Mendidik anak tidak selalunya rata dan mendatar saja kerana ada kalanya kita menerima ujian di luar jangkaan.
Jadi kasih sayang mengukir ketabahan dan kegigihan buat ibu bapa. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti.
Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka ketika berkomunikasi, luahkan rasa sayang dan harapan, teruskan usaha mendidik secara berterusan dengan penuh kesabaran.
Soalan penulis kepada semua pembaca budiman, pernahkah anda menatap wajah orang yang anda sayangi itu? Contohnya ibu, ayah, suami dan isteri.
Jika tidak pernah cubalah pandang-pandang dan perhatikan wajah orang yang banyak berbakti kepada kita itu kerana ketika sedang tidur, itulah wajah yang paling jujur.
Wajah ketika tidur menceritakan segala-galanya. Tanpa kata, tanpa suara seolah dia berkata: "Betapa lelahnya aku hari ini, demi anak-anak dan keluarga aku sanggup melakukan segala-galanya".
Renung dan tataplah wajah orang yang kita sayang itu ketika dia menutup mata ketika tidur sebelum mereka menutup mata buat selama-lamanya.
Jangan lupa pesanan kudus daripada langit ketika mendidik anak-anak: "Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia yang sombong dan ingkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala".
GUA MUSANG: Seorang janda berusia 28 tahun nyata tidak serik melakukan maksiat apabila dua hari berturut-turut dicekup khalwat bersama pasangan berlainan dalam serbuan di rumah kosong di Kampung Lembaga, awal pagi kelmarin, malah lebih mengejutkan seorang lagi janda berusia 29 tahun turut ditemui dalam bilik di rumah berkenaan bersama temannya.
Serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan sepasukan Skuad Amru bersama Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Penolong Penguatkuasa Agama Jajahan, Husnie Adabi Abdul Kadir.
Dua pasangan itu dipercayai menceroboh masuk ke rumah terbabit menerusi tingkap berikutan tindakan pemiliknya mengunci pintu.
Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, serbuan dilakukan pasukan penguatkuasanya selepas menerima maklumat orang awam berhubung kehadiran dua pasangan bermadu kasih dalam rumah berkenaan.
Menurutnya, pegawai penguat kuasa juga terpaksa memanjat rumah itu menerusi tingkap untuk melakukan pemeriksaan terhadap kediaman berkenaan, namun tidak sempat menahan teman lelaki dua wanita terbabit yang meloloskan diri.
“Sebaik memasuki rumah terbabit, kami menemui dua janda termasuk seorang daripadanya pernah ditangkap khalwat sehari sebelumnya di Kampung Jerek Kaling.
“Pagi ini (kelmarin), janda yang tinggal di Kampung Sungai Terah sekali lagi dicekup berkhalwat dengan teman lelaki lain pula, namun lelaki itu melarikan diri manakala wanita berkenaan tanpa segan silu mengakui kerap menukar teman lelaki,” katanya.
Menurut Anuar, kedua-dua janda itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut serta dibebaskan dengan ikat jamin.
Beliau berkata, walaupun teman lelaki masing-masing berjaya meloloskan diri, tetapi dua janda itu tetap didakwa berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, 5 April depan.
Kedutaan nafi laporan
KUALA LUMPUR: Bohong! Maklumat itu adalah palsu, kata jurucakap Kedutaan Malaysia di Mesir ketika ditanya mengenai kesahihan beberapa kes rogol dan mati ditembak membabitkan pelajar Malaysia.
Menurutnya, rakyat negara ini diminta jangan mempercayai apa yang tersebar dalam blog itu.
“Setakat maklumat yang ada, hanya seorang pelajar cedera terkena tembakan peluru getah. Pihak kita berharap pihak keluarga jangan mempercayai khabar angin ini,” katanya.
'Dagang' tengah laut
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
TAHAN...Norzaid melihat pendatang yang duduk berhimpit di dalam sebuah bot pom-pom yang ditahan, semalam.
PELABUHAN KLANG: Sindiket penyeludupan pendatang asing dikesan menggunakan taktik berurusan di tengah laut sama ada untuk membawa masuk atau keluar pendatang bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.
Kegiatan licik itu bagaimanapun terbongkar apabila cubaan 24 rakyat Indonesia termasuk tiga wanita untuk keluar dan masuk ke negara ini gagal apabila dua bot yang dinaiki mereka ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) di perairan laut, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, dekat sini, awal pagi semalam.
Semua pendatang asing berusia antara 18 dan 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi ketika proses pemindahan penumpang membabitkan bot pom-pom dan sampan.
Daripada 24 pendatang itu, 16 daripadanya mahu pulang ke negara asal dibawa dengan sampan ke tengah laut untuk dipindahkan ke bot pom-pom, manakala lapan penumpang dari bot pom-pom baru tiba ke negara ini dan akan menaiki sampan untuk ke darat.
Turut ditahan dalam operasi khas hasil maklumat awam itu ialah tiga tekong rakyat Indonesia dan seorang tekong darat warga tempatan.
Pegawai Pemerintah, Markas Operasi, PGM Wilayah 1, Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Mohamad, berkata bertindak atas maklumat, dua bot ronda dan sebuah bot samaran bersama 12 anggota membuat pemantauan sebelum melihat pergerakan membabitkan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.
“Pada masa sama sebuah sampan dari pantai bergerak ke arah bot terbabit untuk melakukan pertukaran penumpang.
“Susulan itu, bot kami menghampiri kedua-dua bot terbabit sebelum disedari dua tekong dan cubaan mereka terjun ke laut untuk melarikan diri gagal,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Pangkalan PGM Pulau Indah, di sini, semalam.
Norzaid berkata, modus operandi itu yang terbaru dikesan PGM kerana kebiasaannya suspek menggunakan sebuah bot saja dan ia dilakukan di daratan.
“Hasil soal siasat mendapati pendatang asing itu membayar RM400 seorang untuk keluar dan masuk di negara ini secara haram.
“Semua pendatang asing akan dituduh mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 manakala tiga tekong yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 56 (1)(c) akta sama,” katanya.
Warga asing seluk saku penumpang LRT
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya berwaspada berikutan muncul beberapa geng seluk saku lelaki warga asing yang menjadikan kawasan stesen dan gerabak transit aliran ringan (LRT) sebagai ‘lubuk emas’ untuk melakukan jenayah itu.
Kumpulan penjenayah terbabit yang berkeliaran pada waktu puncak dikesan menyasarkan wanita.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, dua penyeluk saku warga asing diberkas polis bantuan selepas dikesan melakukan aktiviti seluk saku terhadap penumpang di Stesen LRT Dang Wangi, di sini. Sumber polis Kuala Lumpur berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dua anggota polis bantuan yang meronda berhampiran stesen berkenaan terserempak dua suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan mereka.
“Suspek mengaku baru mencuri telefon bimbit milik seorang penumpang di stesen itu. Suspek ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
“Siasat awal mendapati kedua-dua suspek berusia 43 dan 52 tahun terbabit berasal dari Tanjung Pinang, Riau adalah rakan karib,” katanya.
Dalam kejadian berasingan, dua sahabat berusia 29 dan 31 tahun ditahan selepas didapati menyamun seorang pelajar kolej warga Indonesia secara berkumpulan.
Kedua-dua suspek yang tidak bekerja menyamun telefon bimbit bernilai RM340 dan wang tunai RM17 milik mangsa berusia 17 tahun di Stesen LRT Jalan Sultan Ismail, di sini.
Sementara itu, jurucakap Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), berkata syarikat berkenaan sedia maklum mengenai kejadian samun yang berlaku dan sentiasa bersedia membanteras kegiatan itu dengan pemantauan daripada anggota polis bantuan dan pegawai keselamatan syarikat.
Tauke besi buruk ditikam dengan gunting
AMPANG: Malang buat seorang pemilik kedai besi buruk apabila terpaksa menerima 18 jahitan di kepala selepas ditikam dengan gunting oleh seorang lelaki yang cuba menyamunnya di kawasan perindustrian ringan, Kampung Baru Ampang, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Sabtu lalu, mangsa seorang diri dalam kedainya di kawasan berkenaan dan mahu menutup perniagaannya sebelum dia didatangi seorang lelaki yang kononnya mahu menjual besi buruk.
Menurut sumber polis, sebelum itu, lelaki terbabit berjumpa mangsa pada pagi hari sama dan berjanji membawa barang untuk dijual kepada mangsa pada sebelah petang.
“Seperti dijanjikan, lelaki terbabit datang ke kedai itu dengan membawa beg kononnya untuk menunjukkan ‘barang’ yang mahu dijualnya.
“Bagaimanapun, sejurus membuka beg, dia mengeluarkan gunting dan menikam kepala mangsa hingga berlumuran darah,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu yang menyangkakan mangsa sudah lemah menarik rantai emas dipakainya bagaimanapun berlaku pergelutan.
“Dalam keadaan kepala berlumuran darah, mangsa melawan dan merampas gunting dipegang lelaki terbabit.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit berang sebelum mencapai sebatang paip dan cuba menghayunkan ke arah mangsa,” katanya.
Sumber berkata, mangsa sekali lagi dapat menepis hayunan paip berkenaan menyebabkan lelaki terbabit meninggalkan tempat kejadian.
“Beberapa pekerja di kilang berhampiran yang melihatkan kekecohan itu menghubungi polis.
“Susulan laporan itu, seorang lelaki berusia 30-an ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan,” katanya.
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Zatul Iffah Zolkiply
am@hmetro.com.my
LAPOR...Julia menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: “Hubungan intim dengan pasangan sejenis menyebabkan saya sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami,” luah pengarah sebuah syarikat berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Julia.
Selain melakukan hubungan terlarang, Julia menghabiskan wang ringgit dan harta benda lebih RM500,000 kepada seorang ‘pengkid’ sedangkan dia masih isteri orang dan mempunyai tiga anak kecil.
Julia mendakwa layanan pengkid dikenali sebagai Az, 40-an, berasal dari utara tanah air itu membuatkan dia leka dan merasa disayangi lebih daripada kasih sayang dicurahkan suaminya.
“Hubungan kami ibarat suami isteri apabila menghabiskan masa setiap hari sejak lima tahun lalu hingga saya mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.
“Disebabkan kealpaan menjalani kehidupan bersama Az yang bekerja sendiri, rumah tangga saya yang dibina bersama suami atas dasar cinta selama tujuh tahun lalu musnah,” katanya ketika di temui di Bangsar, semalam.
Menurutnya, hatinya terpaut dengan pengkid terbabit kerana memahami jiwanya dan pandai mengambil hati selain belaian romantik yang tidak diberi bekas suami.
“Sejak mengenali pengkid terbabit, hidup saya berubah 100 peratus dan sanggup memberinya sebuah rumah bernilai lebih RM300,000 serta pelbagai barangan mewah lain sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian pada anak-anak.
“Kami mendiami kondominium di kawasan elit dan sentiasa bersama termasuk bertemu pelanggan, makan dan tidur sekatil. Bagi saya, saat bersamanya ketika itu detik yang paling bahagia dan bermakna menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya walaupun sedetik.
“Saya juga tidak berpeluang menjenguk suami dan anak-anak kerana akan berasa ‘panas’ apabila berada di rumah sendiri dan mengikut segala kehendaknya,” katanya yang terpaksa menyerahkan hak jagaan tiga anak kepada ibunya.
Katanya, semua perkara yang mahu dilakukan perlu mendapat kelulusan Az termasuk bertemu pelanggan lelaki dan jika ‘kekasihnya’ itu nampak dia bersama lelaki lain, dia akan diugut menyebabkan perniagaan dibinanya ada kalanya berdepan masalah.
“Semua benda yang dilakukan perlu dirujuk kepada pengkid itu terlebih dahulu. Jika saya ingkar, dia akan memukul dan menendang saya sedangkan bekas suami tidak pernah melakukan perbuatan itu.
“Saya juga wajib memberi wang saku kepadanya RM10,000 setiap bulan selain menaja kos pelancongan luar negara dan membeli barangan berjenama lain. Pendek kata, pengkid itu hanya memesan dan saya akan membayarnya,” katanya.
Katanya, sejak menjalin hubungan, semua wangnya dipegang pengkid terbabit termasuk kad kredit dan kad bank.
“Az juga marah jika saya mahu memberi wang kepada ibu di kampung kerana beranggapan hanya dia layak menerima wang saraan setiap bulan.
“Sebelum ini saya pernah terfikir untuk menjauhkan diri daripadanya, tapi tak berjaya kerana berasa kasihan kepadanya dan kembali semula selepas sehari berpisah.
“Saya tersedar sepenuhnya Julai tahun lalu selepas berubat dengan beberapa ustaz dan cuba menjauhkan diri daripadanya hingga menyebabkan dia tidak puas hati dan membuat pelbagai ugutan termasuk cubaan menjatuhkan perniagaan serta maruah saya,” katanya.
Sejak meninggalkan pengkid itu, Julia berkata Az berusaha memusnahkan hidupnya hingga menimbulkan ketakutan menyebabkan dia membuat laporan polis tiga kali di ibu kota.
“Saya harap dia tidak akan mengganggu hidup saya lagi kerana saya mahu kembali hidup normal. Cukup saya menghambakan diri kepadanya sehingga tersasar daripada landasan agama.
“Apa yang saya tahu, Az kini sudah menemui cinta baru dengan seorang wanita kaya untuk dijadikan mangsa. Dia dan rakan-rakannya sanggup mengikis harta wanita kaya untuk kepentingan diri,” katanya.
Kemaruk layan pucuk muda
Oleh Ramli Hussin
am@hmetro.com.my
PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak, awal pagi semalam.
Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam.
Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya.
Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Ismail berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai yang dikumpulkan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat yang didakwa membabitkan seorang wanita warga emas bersama pasangannya.
“Berikutan aduan yang diterima, rumah itu diserbu penguat kuasa agama yang mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita warga emas dalam keadaan berkemban beberapa minit kemudian.
“Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat kuasa mencurigainya,” katanya.
Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya.
“Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja.
Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Hangus dalam bah
Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my
MUSNAH...rumah mangsa hangus dalam kebakaran di Kampung Paya Dalam, semalam. Gambar kecil Jofri yang sedih selepas kejadian itu
SEGAMAT: Tidak cukup ditimpa musibah dengan rumah ditenggelami banjir sedalam 0.4 meter, kediaman seorang lelaki musnah dalam kebakaran Kampung Paya Dalam di sini, kira-kira jam 4.30 pagi semalam.
Kejadian malang itu menimpa Jofri Md Dol, 40, apabila rumahnya terbakar dipercayai berpunca daripada api lilin selepas bekalan elektrik ke kediamannya itu diputuskan atas faktor keselamatan.
Lebih tragik, jentera pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba tidak jauh dari rumah mangsa tidak dapat memberikan bantuan kerana tersekat air banjir menyebabkan rumah Jofri musnah.
“Walaupun cuba memadamkan api menggunakan air banjir namun kediaman yang berusia 60 tahun ini tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, Jofri tidur seorang diri bagi mengawal keselamatan rumah yang dinaiki air manakala bapa, Md Dol Abu Bakar, 84, dan ibu, Kuntum Limat, 66, berada di pusat penempatan sementara mangsa banjir di Balai Raya Kampung Paya Dalam.
Ibu bapanya dipindahkan ke sana berikutan banjir menenggelamkan kediaman mereka sejak tiga hari lalu.
“Saya terjaga selepas terdengar bunyi objek terbakar dan terkejut mendapati api marak di ruang tamu, saya cuba memadamkannya menggunakan air banjir tetapi api semakin menjulang.
“Saya bergegas ke pusat penempatan sementara yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah dan memaklumkan kepada ibu bapa serta jiran,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Jofri, apabila mereka kembali, api hampir memusnahkan rumah walaupun ketika hujan renyai manakala pasukan bomba yang tiba kira-kira 10 minit kemudian gagal memberi bantuan kerana jentera gagal memasuki lokasi disebabkan jalan ditenggelami air.
Jofri berkata, kebakaran bukan berpunca daripada litar pintas tetapi berkemungkinan akibat lilin yang dipasang di ruang tamu.
“Saya memasang lilin berikutan bekalan tenaga elektrik dipotong Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bimbang ada penduduk terkena renjatan elektrik akibat banjir.
“Lilin dipasang kerana saya bimbang dengan ancaman haiwan berbisa ular dan kala jengking,” katanya yang menganggarkan kerugian kira-kira RM60,000 akibat kebakaran itu,” katanya.
Menurut Jofri, jika banjir surut sekalipun, mereka sekeluarga terpaksa menumpang di rumah saudara sementara menunggu rumah baru siap dibina.
KUALA LUMPUR – Seorang bapa kepada sembilan anak dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun tiga bulan, hujung tahun lalu.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu berjalan secara berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Januari, 2011.
Tertuduh yang bekerja di sebuah kedai makan, didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun tiga bulan itu di dalam bilik di rumahnya dalam empat kejadian berasingan iaitu pada jam 4 petang, awal November 2010, jam 10 malam pertengahan November 2010, jam 3 petang Disember 2010 dan jam 2 petang 23 Jan 2011.
Tertuduh kelihatan tenang ketika menerima hukuman mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan.
Mengikut fakta kes, tiga kejadian rogol yang dilakukan secara paksa terhadap anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu telah disaksikan oleh ibu mangsa.
Bagaimanapun perbuatan tersebut gagal dihalang selepas lelaki itu bertindak memukul isterinya. – Bernama
NEGARA
Pelajar trauma dicabul dalam longkang
KUALA LUMPUR – Seorang pelajar trauma apabila dia dicabul seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang berjoging dalam satu kejadian di kawasan sebuah universiti di Lembah Klang, Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika pelajar berusia 22 tahun tersebut diterkam dari belakang oleh seorang lelaki ketika dia sedang berjoging pada pukul 7 pagi.
“Selepas menutup mulut mangsa, suspek terus menolaknya ke dalam longkang sebelum merampas telefon bimbit gadis itu. Suspek kemudian membuka baju dan seluar mangsa sebelum memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu.
“Suspek yang bagaikan dirasuk kemudian cuba memasukkan sebatang ranting untuk ditusuk ke kemaluan mangsa tetapi gagal selepas mangsa melawan sebelum dilepaskan,” kata beliau kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, suspek turut mengugut akan membunuh mangsa jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum melarikan diri.
Menurut sumber itu, mangsa yang mengalami luka di seluruh badan kemudian keluar dari longkang tersebut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh orang awam yang menemuinya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
NEGARA
'Tolong selamatkan kami'
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.
Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.
Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.
"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan.
NEGARA
Kapal, pesawat jadi penyelamat
LAPANGAN Terbang Kaherah sesak apabila orang ramai tidak sabar untuk meninggalkan Mesir dengan menaiki pesawat semalam.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.
“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.
Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.
“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok (hari ini) mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas itu,” katanya.
NEGARA
Lebih 60,000 mangsa dipindah
KUALA LUMPUR – Seramai 60,389 mangsa banjir membabitkan 13,826 keluarga di seluruh negara dipindahkan ke 356 pusat pemindahan sehingga pukul 8 malam tadi.
Keadaan banjir di Johor menunjukkan penurunan dengan seramai 42,111 mangsa daripada 10,095 keluarga berada di 238 pusat pemindahan berbanding sebelah pagi iaitu 45,000 mangsa daripada 11,104 keluarga berada di 267 pusat pemindahan.
Daerah Segamat masih mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 20,025 orang membabitkan 4,855 keluarga, diikuti Kluang dengan 6,840 orang daripada 1,756 keluarga.
Di Negeri Sembilan, seramai 1,549 mangsa banjir daripada 368 keluarga masih berada di 16 pusat pemindahan setelah beberapa pusat pemindahan ditutup petang semalam selepas banjir mulai surut.
NEGARA
Penyamun stesen minyak dijel 66 tahun
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my
ABDULLAH (kanan) dan Mohd. Azrul diiiring keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas dijatuhi hukuman penjara 66 tahun semalam.
ALOR SETAR - Dua rakan karib terpaksa mensia-siakan hidup mereka di penjara setelah dijatuhi hukuman penjara 66 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap 10 kesalahan merompak sembilan stesen minyak di sekitar kawasan ini tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Abdullah Mat Daud, 25, dan Mohd. Azrul Aswaar Mohd. Shafie, 22, dari Pokok Sena dekat ini bernasib baik apabila Hakim Norsharidah Awang memerintahkan hukuman itu dijalankan serentak selama 10 tahun dan 21 sebatan mulai dari tarikh tangkapan.
Menurut fakta kes, tertuduh melakukan 10 rompakan dengan bersenjatakan parang dan pistol tiruan di beberapa stesen minyak di antara 6 Jun 2010 hingga 1 Oktober 2010.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Tiga polis dituduh miliki syabu
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my
IPOH – Seorang anggota polis dan dua polis bantuan serta seorang mekanik berhadapan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengedar syabu seberat 55.3 gram, Januari lalu.
Kesemua yang dituduh ialah Koperal Abdul Rahman Mohamed, 44, Lans Koperal Mohd. Zul Fadli Zulkifli, 25, Lans Koperal Nor Aqmal Faiz Mohd. Powzi, 23, dan Idris Md. Ishak, 37.
Mereka didakwa memiliki dadah berkenaan di sebuah rumah di Laluan Pengkalan Indah, Taman Medan Saujana Perdana di sini pada pukul 1 petang, 21 Januari lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang hanya menganggukkan kepala ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Akmal Mustafa Kamal.
Noor Akmal menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan dari Jabatan Kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md. Yusof mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Penduduk kampung nafi kumpulan agama bawa ajaran sesat
TELUK KUMBAR - Penduduk sebuah kampung di sini menolak dakwaan bahawa terdapat sebuah kumpulan agama yang dikaitkan dengan ajaran sesat di situ.
Rata-rata mereka memberitahu, kumpulan seni bina bela diri yang dianggotai pemuda dalam lingkungan 19 tahun ke atas itu mengikut amalan keagamaan dan ilmu persilatan yang tidak terpesong.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Taufik, 30-an mendakwa, tiada unsur khurafat atau ajaran sesat diterapkan dalam setiap ilmu persilatan itu termasuk pada sesi pembacaan kitab suci al-Quran.
Tegasnya, kejadian seorang lelaki, Shamsul Kamal Mohd. Shafeeuddeen, 24, yang didakwa bekas pengikut sebuah kumpulan agama maut terjatuh dari tingkat lima di sebuah flat di Bukit Gedung pada Sabtu lalu selepas mendengar namanya dipanggil oleh suara ghaib tiada kaitan dengan kumpulan itu.
"Jangan sesekali cuba memberi pandangan negatif terhadap kumpulan itu. Saya difahamkan, selain mengajar ilmu persilatan, ahli-ahli kumpulan ini juga mahir merawat pesakit yang diganggu makhluk halus," katanya.
NEGARA
Dua beradik bersalah dera amah
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
CHONG KIN ketika keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA - Selepas tujuh tahun dibicarakan, dua beradik akhirnya diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas empat tuduhan mendera dan mencabul bekas pembantu rumah mereka, seorang warga Indonesia, dengan memasukkan biskut, pisang dan hujung botol dalam kemaluan mangsa, lapan tahun lalu.
Wong Chong Kin, 37, dan Wong Chong Ling, 35, disabitkan bersalah di akhir pendakwaan setelah Majistret Mohammad Ibrahim Mohammad Ghulam mendapati wujud kes prima facie terhadap mereka berdua.
Chong Lin bagaimanapun tidak hadir semalam kerana kurang sihat serta telah menyerahkan sijil cuti sakit kepada mahkamah.
Kedua-dua wanita itu dituduh secara berasingan mendatangkan cedera parah terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 18 tahun dalam dua kejadian di rumah No. 38, Jalan BS 5/17A, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pada November 2004.
Satria GTI jadi sasaran pencuri
Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
KERETA Proton Satria GTI kini menjadi sasaran pencuri kerana harga komponennya yang mahal. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Pemilik kereta Proton Satria GTI dinasihatkan lebih berhati-hati ketika meletakkan kenderaan masing- masing kerana siasatan polis mendapati kenderaan berkenaan kini menjadi sasaran utama penjenayah untuk dilarikan.
Difahamkan, selain mudah untuk dicuri, harga alat ganti yang melambung di pasaran dan kualiti sistem keselamatan yang rendah menjadikan penjenayah begitu rakus untuk melarikannya berbanding kereta import.
Pegawai Turus Cawangan Risikan Jenayah (D4) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Muhammad Ismail Muhammad Yusof berkata, sepanjang tahun lalu, polis menerima sebanyak 738 laporan kecurian kereta.
Katanya, daripada jumlah itu, hampir 70 peratus kenderaan yang hilang terdiri daripada kereta nasional termasuk 60 buah daripadanya adalah Proton Satria GTI.
“Siasatan mendapati, kereta-kereta itu dicuri kerana permintaan yang tinggi terhadap alat gantinya selain sistem keselamatan kereta tempatan yang rendah berbanding kereta import.