Tuesday, March 1, 2011

CORETANKU 365

KESUDAHAN KITA MATI...MASUK SYURGA ATAU NERAKA...TAPI JIKA JAHAT...SAMSENG..SAPU WANG RAKYAT..DAPAT WANG SECARA BATIL...BUAT AMALAN2 NERAKA..NERAKALAH


Sedarkan BN dengan pilih calon PAS

Hafis Baki

TEMERLOH, 1 Mac: Memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil ini akan membuka mata pemimpin kerajaan negeri dan Pusat untuk membangunkan Kerdau dengan lebih baik lagi.

Demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya dekat sini.

(Gambar: Tuan Ibrahim berbincang dengan Dr Dzulkefli dan Abdul Wahid menjelang sidang media harian)

Katanya, memilih calon PAS untuk pilihan raya kecil ini tidak akan merugikan apa-apa kepada BN atau Umno kerana ia sekejap sahaja menjelang pilihan raya umum.

"Sudah pasti, kerajaan akan memberikan perhatian penuh kepada Kerdau kerana takut kalah juga dalam pilihan raya umum nanti dengan membangunkan kawasan ini dan dengan itu rakyat Kerdaulah yang untung," katanya.

Kata beliau, wakil PAS yang akan berperanan sebagai pembangkang dalam DUN akan lebih berfungi menjadi pemantau dan menegur salah laku kerajaan dalam menguruskan negeri yang di pimpin oleh Datuk Seri Adnan Yaakub sebagai Menteri Besar itu.

Katanya, di bawah Adnan pentadbiran negeri Pahang penuh dengan kebejatan dan ketempangan pengurusan sehingga negeri itu bergelut dengan bermacam masalah.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang ketika menyangkal dakwaan Adnan kononnya PAS tidak ada isu dalam PRK ini berkata, kerajaan negeri Pahang di bawah Adnan berhadapan dengan saman berjumlah hampir RM300 juta oleh syarikat-syarikat balak atas dakwaan perlanggaran perjanjian kontrak.

"Wakil BN sudah pasti tidak akan menegur perkara-perkara seperti ini, lebih-lebih lagi kalau wakil dalam DUN itu bekas pembantu kepada Menteri Besar," katanya dalam sidang media di markas besar PAS Kerdau hari ini.

(Gambar: Tuan Ibrahim di kawasan PPAR yang terbengkalai)

Dalam konteks Kerdau pula kata beliau, tindakan rakyat di situ memilih calon PAS akan memberi impak yang baik kepada pembangunan di Kerdau yang selama ini terpinggir dari arus pembangunan.

Beliau memberi contoh DUN Triang yang dimenangi pembangkang (DAP) sejak beberapa penggal lalu, lebih membangun berbanding DUN-DUN lain sekitarnya yang di menangi BN.

"Rakyat di sana menikmati kemudahan asas yang lebih baik, pembangunan yang rancak dan aktiviti ekonomi mereka berkembang," kata beliau.

Tuan Ibrahim menyifatkan pemimpin BN tidak mengambil berat masalah melibatkan rakyat di kawasan-kawasan yang mereka menangi.

Beliau mendedahkan bagaimana dalam DUN Kerdau sendiri terdapat janji pemimpin BN yang tidak dikotakan walaupun sudah melampaui puluhan tahun seperti janji untuk menyelesaikan masalah air di kampung Orang Asli Paya Sendayan.

"Janji itu dibuat ketika pilihan raya kecil Sanggang (ketika itu Kerdau dalam DUN Sangang) pada tahun 2000, tapi sehingga hari ini Orang Asli di sana masih bergelut dengan masalah air.

"PRK kali ini Perdana Menteri terpaksa sekali lagi datang menjanjikan peruntukan RM9.25 juta untuk menaiktaraf loji air di Batu Sawar bagi mengatasi masalah air di sana," kata beliau.

Selain itu Tuan Ibrahim turut mendedahkan butiran sebuah projek perumahan untuk rakyat dalam DUN Kerdau yan terbengkalai sejak 20 tahun lalu.

(Gambar: Lihatlah keadaan rumah PPAR ini, kata Tuan Ibrahim kepada Dr Dzulkefli Ahmad ketika melawat projek terbengkalai itu)

Pihak media kemudiannya di bawa untuk melihat sendiri projek tersebut yang terletak di Paya Taram dalam program tinjauan isu-isu di Kerdau yang di susun oleh PAS.

Seperti mana pilihan raya -pilihan raya sebelumnya, sekali lagi pemimpin BN iaitu Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan yang dimiliki Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.

Penduduk Kerdau pertama kali mendengar janji pemimpin BN untuk menyelesaikan masalah perumahan tersebut pada tahun 1990 - ketika pilihan raya umum ke-8

Projek perumahan untuk rakyat di Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.

Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000 bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.


Interlok: Bertenang, anjur dialog rasional

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Enam NGO menyeru supaya suatu penyelesaian rasional yang segera diambil sebelum terlewat berhubung novel Interlok demi kepentingan kesejahteraan negara, keharmonian antara kaum dan khasnya kepentingan pelajar.

Demikian dinyatakan Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG), National Interlok Action Team (Niat), Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor (KLSCAH), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Budayawan Bertindak, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kenyataan bersama, hari ini.

“Kami juga sebulat suara menggesa supaya semua pihak, baik kerajaan, parti-parti politik maupun pelbagai organisasi yang mewakili pelbagai kaum di negara kita, menghadapi dan menangani kemelut ini dengan penuh kewarasan dan bijaksana,” ujar mereka.

Untuk mencapai tujuan itu, kata mereka semua pihak mestilah duduk semeja, bergabung tenaga untuk mencari penyelesaian dengan penuh kesabaran, hikmah dan bertanggungjawab.

Untuk mencari kejernihan itu, semua pihak perlulah segera bertenang, agar seluruh isu ini dapat ditangani dengan dada yang tenteram dan kepala yang dingin.

“Dalam konteks ini, kami menyeru agar pemimpin-pemimpin pelbagai pihak yang terlibat, segeralah tampil untuk meredakan keadaan,” kata mereka lagi.

Kenyataan itu menambah, sebagai pemimpin bertanggungjawab kepada massa yang mereka pimpin, maka mereka hendaklah segera menyeru para pengikutnya supaya bertenang dan mengetepikan segala sentimen yang tidak diingini.

“Untuk membawa mesej bahawa yang waras itu jauh lebih unggul dan perlu disemai dalam kalangan masyarakat, oleh itu mestilah diutamakan, maka kami telah memutuskan suatu forum terbuka terdiri daripada penulis-penulis dan budayawan pelbagai kaum diadakan pada masa terdekat, sebagai inisiatif bersama untuk mengupas hakikat yang tersirat mengikut pendekatan yang tersebut di atas,” ujar kenyataan itu lagi.

Berikut adalah kenyataan penuh mereka.

Sebagai satu kumpulan NGO pelbagai kaum, kami yang terdiri daripada LLG, Niat, Suaram, KLSCAH, Paksi dan Budayawan Bertindak dalam dialog tertutup di Pejabat LLG di Bangunan UCST, Kuala Lumpur pada malam 24 Februari 2011:

Menyedari sepenuhnya hakikat bahawa cadangan Interlok dijadikan buka teks KOMSAS Tingkat 5 (1), telah tersasar menjadi kontroversi yang begitu rumit dan meresahkan, seolah-olah kita telah mencapai jalan buntu.

Demi kepentingan kesejahteraan negara, keharmonian antara kaum, dan khasnya kepentingan pelajar, kami dengan ini menyeru supaya suatu penyelesaian rasional yang segera diambil sebelum terlewat.

Kami juga sebulat suara menggesa supaya semua pihak, baik kerajaan, parti-parti politik maupun pelbagai organisasi yang mewakili pelbagai kaum di negara kita, menghadapi dan menangani kemelut ini dengan penuh kewarasan dan bijaksana.

Untuk mencapai tujuan itu, semua pihak mestilah duduk semeja, bergabung tenaga untuk mencari penyelesaian dengan penuh kesabaran, hikmah dan bertanggungjawab.

Untuk mencari kejernihan itu, semua pihak perlulah segera bertenang, agar seluruh isu ini dapat ditangani dengan dada yang tenteram dan kepala yang dingin.

Dalam konteks ini, kami menyeru agar pemimpin-pemimpin pelbagai pihak yang terlibat, segeralah tampil untuk meredakan keadaan. Sebagai pemimpin bertanggungjawab kepada massa yang mereka pimpin, maka mereka hendaklah segera menyeru para pengikutnya supaya bertenang dan mengetepikan segala sentimen yang tidak diingini.

Untuk membawa mesej bahawa yang waras itu jauh lebih unggul dan perlu disemai dalam kalangan masyarakat, oleh itu mestilah diutamakan, maka kami telah memutuskan suatu forum terbuka terdiri daripada penulis-penulis dan budayawan pelbagai kaum diadakan pada masa terdekat, sebagai inisiatif bersama untuk mengupas hakikat yang tersirat mengikut pendekatan yang tersebut di atas.

Kami juga bersama-sama mengecam tindakan penangkapan peserta perhimpunan aman Parti Hak Asasi Manusia (HRP) pada 27hb Feb 2011 di KLCC kerana telah mencabul hak kebebasan bersuara mereka.

2. Isu Pokok yang telah dibangkitkan

Niat (National Interlok Action Team) misalnya membangkitkan hakikat bahawa novel Interlok ini tidak memenuhi semangat yang telah diseru oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah perpisahannya bahawa tidak ada satu bangsa pun yang lebih mulia atau hina kerana latar belakang keturunannya.

Di samping itu novel ini gagal memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di bawah panduan penulisan buku teks KBSM, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Mengikut NIAT lagi, novel Interlok ini tidak sesuai dijadikan teks sastera di sekolah menengah kerana sifatnya yang menghina, mengelirukan/tidak tepat faktanya, menyalahi nilai-nilai agama dan juga budaya sesetengah kaum di negara ini.

Paksi dan Budayawan Bertindak menegaskan sekali lagi bahawa karya kreatif seperti novel tetaplah karya kreatif dan oleh kerana itu, mestilah dilihat sedemikian. Namun begitu, akibat sepak terajang hodoh politik yang melampaui batas-batasnya yang waras terhadap novel ini, Paksi dan Budayawan Bertindak berpendapat bahawa masalah yang timbul sekarang ini sudah berada di luar kawalan pemahaman sastera dan budaya semata-mata.

Berdasarkan hakikat ini, maka Paksi dan Budayawan Bertindak menggesa seluruh warga sastera dan budaya tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit dan juga fahaman politiknya supaya segera bangun dan bersatu menentang tindakan campur tangan politik dalam isu ini.

LLG dan juga KLSCAH berpendapat oleh kerana novel ini khusus menggambarkan sejarah imigran, dan penulisnya cuba melalui interaksi tiga keluarga (iaitu keluarga Seman, keluarga Cing Huat dan keluarga Maniam) untuk mensimbolikkan hubungan tiga kaum besar di negara ini dengan persembahan yang agak stereotaip, justeru keabsahan sejarahnya agak diragui. Tambahan pula banyak kelemahan dan nilai-nilai negatif ketiga-tiga kaum tersebut telah disentuh, maka sudah barang tentu mudah sekali menimbulkan kontroversi memandangkan sentimen perkauman di negara kita sekarang masih tebal. Justeru itu, kedua-dua NGO ini berpendapat bahawa novel ini sama sekali tidak sesuai untuk dijadikan buku teks.

Demi kesejahteraan dan masa depan negara, LLG dan KLSCAH menyeru agar semua pihak berlapang dada dan waspada dengan pendirian masing-masing agar tidak diperalat oleh pihak tertentu. Sehubungan itu, ‘sikap tegas’ yang terlalu emosional hendaklah dielakkan, agar segala sentimen yang tidak diingini bisa digantikan dengan kewarasan menangani isu sulit ini semata-mata berasaskan kepada penilaian sama ada karya terbabit dapat memenuhi kriteria-kriteria yang sedia wujud untuk memilih sebuah buku teks menurut permintaan pendidikan dan kepentingan pelajar.



Umno terdesak, ganggu ceramah PAS

Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 1 Mac: Umno disifatkan makin terdesak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau apabila bertindak mengganggu ceramah PAS setelah ceramah dianjurkan parti itu tidak mendapat sambutan.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.

“Malam kelmarin semasa ceramah Mohammad Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.

“Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.

“Saya difahamkan di markas mereka juga ada satu ceramah oleh pemimpin Umno, tapi oleh kerana kurang mendapat sambutan berbanding program PAS, mereka arahkan anak muda datang mengganggu,” ujarnya.

Menurut Suhaimi, selepas beberapa pemuda PAS menghampiri penunggang motosikal berkenaan, mereka pun lari dan kemudian datang lagi mengganggu.

DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi termasuk tiga kawasan Felda. Pemuda PAS Pahang menjadikan Jengka 23 sebagai pusat operasinya.

Tambah Suhaimi, selama ini tema kempen oleh calon PAS ialah berkasih sayang dan menolak provokasi, tetapi diambil kesempatan oleh Umno untuk menimbulkan provokasi dan suasana yang tidak selesa kepada penyokong PAS.

“Kita masih punya beberapa hari lagi untuk berkempen dan saya harap pihak berkuasa tidak berdiam diri kerana kita tidak mahu berlaku suasana yang tidak harmoni atau kekecohan dalam kempen pilihan raya ini,” katanya kepada Harakahdaily.



5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry
Harakahdaily

PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010.

Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010.

Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.

Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS.

Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu.

“Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31).


Ekoran laporan PAS, SPRM janji siasat Ali Rustam
Hazayani Zakaria

JASIN, 1 Mac: PAS Melaka mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengotakan janjinya untuk tidak “pilih bulu” dalam siasatan berhubung dakwaan salah guna wang zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (Maim) oleh kerajaan negeri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari memberitahu, beliau telah dipanggil SPRM semalam untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat Rabu lalu mengenai perkara itu.

Beliau memberi keterangan beserta bukti-bukti kepada SPRM dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari semalam.

Adly berkata, selepas mengambil semua keterangannya, pihak SPRM berjanji untuk menyiasat secara menyeluruh tanpa mengira jawatan mengenai dakwaan salah guna wang zakat berjumlah RM13.85 juta itu, termasuk menyiasat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Janji daripada SPRM, mereka akan telus untuk siasat dakwaan ini, tak pilih bulu dan akan siasat dari atas sampai ke bawah.

“Jadi harap SPRM dapat kotakan janji. Saya sendiri akan pergi ke SPRM dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan siasatan yang dibuat,” kata beliau pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Merlimau, dekat sini, hari ini.

Laporan yang dibuat itu membabitkan empat perkara iaitu penggunaan wang zakat RM13.85 juta oleh kerajaan negeri, penyerahan hak milik tanah Maimn kepada Regal Merger Sdn Bhd (RMSB) walaupun kontrak telah tamat, penjualan tanah oleh RMSB kepada pihak ketiga dan keengganan Maim mengambil tindakan terhadap RMSB.

Kegagalan Ali Rustam sebagai pengerusi Maim menguruskan tanah berkenaan telah mengakibatkan kerugian kepada Maim.

Projek pembangunan secara usahasama dengan RMSB telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004.

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usahama ini telah mengakibatkan Maim mendahulukan wang zakat untuk membina kpmpleksnya.


Umno BN diminta hentikan politik samseng
Hazayani Zakaria

JASIN, 1 Mac: PAS sekali lagi mengingatkan Umno BN agar menghentikan sebarang provokasi dan berkempen secara sihat di Merlimau.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad mengingatkan demikian ekoran penemuan beberapa kain rentang berunsur fitnah terhadap PAS di sekitar kawasan ini awal pagi tadi.

Kain rentang fitnah itu bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Petugas kita jumpa banner ni pagi tadi berhampiran lampu isyarat Merlimau pasir dan depan Politeknik kononnya kita yang buat.

"Kita harapkan mereka hentikan kerja ini dan bertanding secara sihat. Kita bagi peringatan, bertanding dalam bentuk yang sihat," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini hari ini.

Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari juga mengingatkan perkara yang sama berikutan tindakan cuba membakar pentas ceramah DAP dan cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dekat sini dipecahkan awal pagi tadi, dipercayai dilakuakn oleh Umno BN.

"Kita minta Umno BN hentikan politik samseng. Sebelum ini ada cubaan bakar pentas DAP, awal pagi tadi cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dipecahkan.

"Kita minta perbuatan ini dihentikan sebelum PAS sendiri mengambil tindakan kepada mereka yang buat perkara ini. Kita minta pihak polis tegas, SPR tegas, dan BN jangan buat provokasi," katanya.

Tambahnya, provokasi sedemikian hanyalah cubaan menakut-nakutkan pengundi agar tidak memilih Pakatan Rakyat.

"Politik samseng ini sudah mula digerakkan Umno untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-oleh akan berlaku perkara buruk. Kita tak mahu dalam sistem demokrasi rakyat ditakutkan begini," katanya.

Awal pagi tadi, petugas di bilik gerakan DAP dekat sini menyedari kereta penduduk setempat yang diletakkan di hadapan bilik gerakan dipecahkan cerminnya (kanan).

Sehubungan itu, ketua publisiti DAP yang juga Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menasihatkan pemilik kenderaan berkenaan membuat laporan polis.

Khoo yang ditemui selepas itu menyatakan rasa kesal dengan tindakan jahat yang menakutkan pengundi itu.

"Kita amat kesal dengan perbuatan ini. Jika Umno BN benar-benar yakin mereka boleh menang besar di sini, kenapa guna taktik kotor? Bertandinglah dengan baik," katanya.


Kenapa Zambry takut isytihar harta
Harakahdaily

IPOH, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal komen yang telah diberikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas saranan mengisytiharkan harta semua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai sendiri kedudukan sebenar harta setiap Exco Kerajaan Negeri tersebut.

Sepatutnya, kata beliau Zambry sebagai orang nombor satu menunjukkan contoh yang baik dikalangan semua Exco Kerajaan Negeri serta sebagai bukti bersihnya setiap Exco sedia ada.

“Siapakah yang mentadbir kerajaan negeri sekarang?

“Kenapa cuba memburukkan orang lain sedangkan perkara tersebut adalah untuk menunjukkan ketelusan kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, DPPN Pk kesal sikap berdalih Zambry di dalam perkara itu.

Justeru, DPPN Pk mendesak agar Zambry dan semua exco mengisytiharkan harta mereka dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini dikatakan seorang Exco Kerajaan Negeri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepatutnya Zambry berusaha membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta.

“Tetapi Datuk Seri Zambry bersikap angkuh dan tidak mengambil ikhtibar langsung,” ujarnya lagi.

DPPN Pk, tegasnya memberikan tempoh seminggu kepada Zambry untuk mengisytiharkan harta beliau dan seluruh Exco Kerajaan Negeri.

Tambahnya, jika Zambry dan Exco Kerajaan Negeri gagal mengemukakan atau mengisytihar harta untuk dinilai oleh rakyat, maka memang benarlah persepsi yang berlegar di kalangan rakyat ketika ini bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah di kalangan mereka yang tidak bersih.

CORETANKU 364

APA PUN YANG HENDAK KITA LAKUKAN WAJIB BERLANDASKAN ISLAM...JIKA INGIN SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT...ALLAH TAK RUGI APA2 JIKA KITA MENOLAK ATAU BERDEGIL

Hadapi pilihanraya dengan akhlak Islami
Nasrudin Hassan Tantawi
1. Kita adalah mewakili Gerakan Islam yang menyertai politik berpilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk meloloskan Islam dari kepungan jahiliyah moden hari ini mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun selama mana cara dan kaedah itu diizinkan oleh syara' . 2. Justeru itu, penyertaan dan penglibatan kita dalam pilihanraya bukanlah didorong oleh rasa ingin berpilihanraya semata atau didesak keinginan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh semata, sebaliknya ia adalah didokong oleh prinsip untuk menjulang Islam dan segala syariatnya agar menempati ruang yang selayaknya sebagai cara hidup [ way of life ] pula mengatasi kedudukan ideologi ciptaan manusia.
3. Bertolak dari nokhtah ini, partisipasi kita dalam seluruh kegiatan politik tanahair hari ini adalah satu ibadah atau pengabdian diri kita kepada Allah swt. Justeru itulah, kita bertanggungjawab pula untuk memastikan setiap langkah kita dalam sebarang aktiviti politik ini, samaada dalam aspek menggaris matlamat, melakar objektif, merencana strategi dan mengurus operasi, segalanya mestilah berlandaskan syariat dan akhlak Islami.
4. Tindakan yang dihambat emosi, dihasut nafsu dan dirasuk dendam adalah suatu yang mesti dielakkan dalam gerak langkah kita berkempen dan mencari sokongan politik. Bahkan apa yang wajar dan sayugianya ialah setiap pimpinan dan ahli PAS mempamerkan qudwah yang unggul dan uswah yang luhur mencerminkan bayangan akhlak terpuji didikan Rasul saw.
5. Jauhkan diri dari politik maki hamun dan caci nista biapun saat mendepani provokasi luarbiasa dari pihak lawan. Kekalkan rentak berakhlak sekalipun dilatari kebingitan melampau yang mencabar rasa dan cita kita sepanjang tempoh perjuangan, khasnya di saat mendepani detik pilihanraya umum atau kecil.
6. Bukankah Allah swt mewahyukannya kepada kita semua :
فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك فاعف عنهم و استغفر لهم و شاورهم في الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين
Maka dengan sebab Rahmat [yang melimpah] dari Allah swt [kepadamu Wahai Muhammad], Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka [sahabat-sahabat dan pengikutmu], dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka [mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu], dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan [peperangan dan hal-hal keduniaan] itu. kemudian apabila Engkau telah berazam [Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu] maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Surah Aali Imran : 159
7. Ayat ini sebahagian dari strategi penting yang perlu dilaksana dan dihayati untuk menghasilkan kesan mendalam dalam urusan kempen kita sepanjang tempoh pilihanraya. Sementara umum mengetahui bahawa pilihanraya adalah berkait dengan undi yang ingin diperolehi dari rakyat atau pengundi. Maka ia memerlukan satu pendekatan yang lunak dan meyakinkan pengundi untuk mereka hampir dengan kita lalu memberikan undinya kepada kita.
8. Pilihanraya bukan medan peperangan untuk menghunus senjata tajam seumpama pedang guna memenggal leher lawan dan menebas betis penghalang, tetapi pilihanraya adalah gelanggang untuk memenangani hati pengundi agar memberi peluang serta kepercayaan kepada kita untuk memimpin dan mewakili mereka dalam satu - satu kawasan pilihanraya yang ditandingi.
9. Akhlak menjadi senjata berkesan di medan pilihanraya justeru ia berkait dengan usaha konsisten untuk memenangi hati pengundi. Memenangi pilihanraya, kita perlukan undi dari semua pihak sekalipun bukan dari kalangan kita. Maka hal ini hanya boleh dicapai apabila kita berjaya memenangi hati dan meyakinkan mereka untuk memberi sokongan kepada kita. Hanya akhlak mulia [ Islami ] yang boleh memenangi hati manusia. Caci nista pula menjauhkan kita dari mereka dan menjarakkan mereka dari kita.
10. Kawal diri dan kekang emosi terutama saat berdepan provokasi. Marilah kita bina suasana politik baru yang berteraskan politik Rasulullah saw. Terutama pada hari perarakan penamaan calon dan hari akhir sewaktu merayu undi, sekali lagi saya seru agar elakkan diri dari melontarkan kalimah dan slogan yang tidak mencerminkan ketinggian budi dan akhlak muslim. Berwatak matanglah dalam memimpin slogan serta aksi tanpa mencemuh pihak lain. Pilih slogan yang boleh menaikkan semangat juang dengan penuh hemah.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Suhaimi Mokhtar: Ghadafi menunggu saat tumbang
Suhaimi Mokhtar
Seluruh Rantau Timur Tengah kini menyaksikan revolus i kebangkitan rakyat yang pada saat ini sedang melanda ibya, Yaman, Algeria, Morocco, Bahrian, Jordan, Kuwiet, Djubuti dan lain-lain negara. Revolusi kebangkitan ini akan melanda seluruh jazerah Arab sehingga ke Saudi Arabia. Rantau ini memang selamanya sentiasa bergolak sejak wujudnya regim haram zionis Yahudi dibumi Palestin pada
1948.

Rantau itu menyaksikan peperangan demi peperangan antara regim zionis dengan negara-negara Arab barisan hadapan, iaitu Mesir, Jordan dan Syria. Pada 1979 Revolusi Islam Iran telah menumbangkan regim Shah Iran yang mati dalam buangan dan terbentuknya kerajaan yang di pimpin oleh Imam Khoemaini yang kembali dari buangan di Peranchis.

Rantau yang sentiasa bergolak itu kini mencipta sejarah baru apabila rakyat negara-negara ini bangkit memperjuangkan hak dan kebebasan mereka dengan menebus maruah setelah berada dibawah pemerintahan diktator, kukubesi, zalim dan menindas.

Kebangkitan revolusi rakyat dinegara-negara ini berkelangsungan setelah 32 tahun Revolusi Islam Iran.Di permulaan revolusi Iran,Imam Khoemaini pernah menganjurkan hasrat untuk mengexport revolusi kenegara-negara umat islam lain.Agaknya Imam Khoimeini mampu meramalkan apa yang sedang berlaku sekarang ,apabila menyebut untuk mengexport revolusi ke negara umat islam.

Hasrat ini tidak tercapai segera,tetapi ia mengambil tempat 32 tahun emudian.Sama ada revolusi kebangkitan rakyat dinegara-negara rantau Timur Tengah kini ada hubung-kaitnya dengan revolusi Iran tidak penting, tetapi hakikatnya dunia sedang menyaksikan satu kebangkitan besar rakyat diseluruh jazerah Arab yang bakal nanti menjangkau keseluruh bumi umat islam seluruh dunia.

Raja Abdullah, Saudi Arabia sekembalinya dari bercuti sakit diluar negara telah mengumumkan peruntukan berbilion dollor untuk rakyatnya dan Sultan Oman juga mengumumkan peruntukan kenaikan gaji untuk rakyatnya. Semuanya ini bagi membendung kebangkitan revolusi rakyat merebak kenegara mereka.

Apa pun yang dipanggil mengikut tanggapan dan kecenderungan masing-masing tentang kebangkitn revolusi rakyat ini. Ia adalah kebangkitan islam yang menyeluruh diseluruh negara umat islam.Kebangkitan ini berkelangsungan selepas kejatuhan Iraq,Afghanistan yang sehingga kini masih ditakluki dan dijajah oleh negar a kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.

Umat islam melihat konflik dan penentangan rakyat Palestin dari pimpinan Hamas dan rakan-rakannya yang berpaksikan islam terhdap regim zionis Yahudi tidak sampai kemana-mana pun. Rakyat Palestin terus sengsara dan menderita dibumi yang ditakluki regim zionis yang didukung dan dijulang oleh AS dan sekutunya serta negara talibarut mereka.

AS dan barat berkerjasama dengan PLO dan Fatah dan regim-regim Arab yang bersekongkol dengannya untuk kononnya membahagikan bumi Palestin dengan melahirkan Negara Palestin dalam peta damai dua negara yang beriringan antara satu dengan lain.

Kebangkitan revolusi rakyat dibumi-bumi umat islam di rantau Timur Tengah ini, walaupun mempunyai faktor-faktor segera seperti penggangoran dan kemiskinan,isu kebebasan bersuara dan hak asas manusia,kekejaman dan kezaliman serta lain-lain,tetapi faktor kebangkitan islam dan isu konflik Palestin tetap mendasari hakikat perjuangan kebangkitan revolusi rakyat ini.

Semua negara-negara yang menjadi medan pertumpahan darah ini adalah negara-negara sekutu yang bersekongkol dengan AS dan barat.Negara-negara ini bersama dengan negara kuasa AS dan barat dalam peperangan menentang keganasan atau ‘war on terror’ yang dimulakan oleh mantan Presiden Bush sejak 2001 selepas perisistiwa 9/11 atau 11 September apabila menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York diranapkan dengan rempuhan kapalterbang penumbang,

Umat islam menyaksikan pembunuhan beramai-ramai di Iraq, Afghanistan, Pakistan, Somalia dimana negara-negara kuasa ini terlibat secara langsung menakluki dan menjajah negara umat islam atau mereka melancarkan perang melalui proxy mereka.

Kebangkitan revolusi rakyat ini adalah kebangkitan rakyat terhadap dasar-dasar negara kuasa, sekutu mereka dan negara perkakas mereka.Selepas kejatuhan Ben Ali di Tunisia yang diikuti oleh Hosni Mubarak diMesir,kini Muammar Ghadafi yang memerintah selama 42 tahun sedang berada diamabang kejatuhannya.

Negara-negara yang tumbang ini adalah negara yang menjadi talibarut AS dan barat.Libya yang pada satu ketika merupakan negara anti AS dan mempunyai masaalah dengan AS dan barat tetapi mutakhir ini Muammar Ghadafi telah menerima kunjungan Tony Bliar di Tripoli, ibunegara Libya, semasa Bliar masih Perdana Menteri (PM) Britian.

Mereka mencapai kesepakatan dalam beberapa perkara antaranya penjualan petrol dan gas oleh Libya kepada Britain dan pembelian senjata oleh Libya dari Britain.

Revolusi rakyat di Tunisia berakhir dengan mudah,di Mesir berlangsung selama 18 hari, barulah akhirnya Mubarak meninggalkan takhta kuasanya,tetapi di Libya ,Muammar Ghadafi mahu terus memperthankan takhta kuasa yang dinikmatinya selama 42 tahun. Ghadafi menyatakan mahu mati syahid dibumi Libya yang bererti dia tidak akan menyerahkan takhtanya tanpa mempertahankannya.Mubarak hanya mampu mengatakan mahu mati dibumi Mesir dan akhirnya menyerah kalah kepada kehendak rakyat.

Ghadafi dalam ucapannya di seluruh negara berucap dalam nada marah-marah dan anaknya pula mengancam bahawa Libya akan menghadapi satu perang saudara sebelum segala-galanya berakhir. Dan kini Libya benar-benar berada dalamp erang saudara.Berapa lama ia berlangsung bergantung kepada iltizam rakyat Libya dan kemampuan Ghadafi mempertahankan regimnya.

Kini revolusi rakyat Libya telah menguasai sebahagian besar bumi Libya di timur dan di barat termasuk Benghazi,bandaraya kedua terbesar dan sokongan terhadap Ghadafi mulai berkurangan apabila ramai para diplomat dan pegawai-pegawai tentera telah menyebelahi revolusi rakyat. Ketakutan rakyat Libya telah hilang seperti juga berlaku sebelumnya,ketakutan rakyat Tunisia dan Mesir telah hilang terhadap regim masing-masing.

Ghadafi kini bertahan di Tripoli dan hanya masa akan menentukan pengakhiran regimnya kerana arus kebangkitan rakyat tidak mampu dipertahankan, tetapi Ghadafi melihat perwatakannya dia akan mempertahankanya sehingga keakhir hayat. Ghadafi kini menyalahkan Al-Qaeda terhadap apa yang berlaku di Libya dan sebelumnya dia menyalahkan kuasa luar yang menimbulkan huruhara di Libya.

Rakyat Negara-negara yang dilanda kebangkitan revolusi ini sebenarnya telah jemu dan bosan dengan pemerintahan zalim dan penindasan yang dilakukan. Walaupun terdapat unsur tempatan dalam kebangkitan yang mewarnai revolusi rakyat ini, tetapi hakikatnya banyak persamaan iaitu regim-regim ini bersikap zalim dan menindas terhadap rakyat masing-masing menyebabkan rakyat bangkit berjuang.

Kejayaan Revolusi di Libya tidak semudah di Tunisia dan Mesir kerana Ghadafi dan anaknya, Saiful Islam Ghadafi tidak akan menyerahkan kekuasaannya tanpa mempertahankannya. Setakat ini beribu nyawa rakyat termasuk tentera telah terkorban. Ghadafi menggunakan segala tektik dan tipu helahnya bagi mempertahankan kuasa-nya,termasuk menggunakan tentera upahan dari Afrika untuk menyerang mereka yang berdemonstrasi dan berkumpul di dataran hijau,ditengah-tengah bandaraya Tripoli.

Apa yang berlaku dirantau Timur Tengah memperlihatkan kegagalan perang menentang keganasan, kegagalan polisi AS dan barat dirantau stratijik yang sentiasa bergolak itu. Dengan tumbangnya satu demi satu regim kejam di rantau itu,maka landskap politik dirantau itu akan berubah dan AS serta barat akan terpaksa mencari pendekatan baru untuk terus menjaga kepentingannya dirantau penting dunia itu.

Pengaruh AS dan barat dirantau itu tidak sama lagi.Dengan perubahan politik yang bakal berlaku,tenaga-tenaga islam ,sama ada Ikhwan Muslimin atau pergerakan islam lain akan muncul sebagai tenaga politik baru dirantau itu.

Revolusi di Libya menyelubungi kebangkitan yang tidak kurang hebat dan besar yang berlaku di negara-negara seperti Bahrian,Yaman,Algeria dan lain-lain .Kebangkitan dinegara-negara ini juga memakan korban yang besar dan pemerintah regim –regim negara ini juga berdegil cuba mempertahankan regim masing-masing seperti Presiden Ali Abdullah Salleh yang cuba mempertahankan regimnya di Yaman.

Semua regim-regim ini hanya menungga masa sahaja lagi untuk tumbang satu demi satu.Walau bagaimana sekali pun percubaan mereka untuk mempertahankan takhta masing-masing,pemimpin-pemimpin zalim yang suka menindas ini akhirnya akan kecundang dan dikalahkan oleh kebangkitan revolusi rakyat.

Haris Zalkapli: Isu Ikhwan, Najib berlebihan bina imej moderat
Haris Zalkapli
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menerima kecaman ramai apabila didakwa mengaitkan gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin dengan terorisme dalam satu wawancara di Turki.
Walaupun tidak secara eksplisit menyebut Ikwan dan Yusuf al-Qaradawi ialah teroris, sudut beliau memberikan pandangan itu jelas sekali meletakkan Ikhwan dan al-Qaradawi dalam kedudukan sangat negatif.
Walau bagaimanapun, implikasi kata-kata Najib itu memberi maksud Ikhwan ialah teroris, kerana kumpulan itu, menurut Najib sendiri, boleh terlibat dalam politik Mesir dengan syarat menolak keganasan.
“Saya tidak kata Ikhwan al-Muslimin ini kumpulan pengganas. Saya kata mereka boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat mereka menolak keganasan dan fahaman ekstremisme,” kata Najib dilapor akhbar kerajaan.
Najib melalui kenyataan ini menuduh Ikhwan menyokong keganasan, dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam proses politik.
Realiti kaitan Ikhwan dengan pelbagai kumpulan jauh lebih kompleks daripada yang dilihat di permukaan.
Ikhwan mempunyai hubungan dengan Hamas di Palestin, yang dilabel pengganas oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Tetapi Ikhwan juga dikecam hebat oleh al-Qaeda, melalui seorang pemimpinnya Ayman al-Zawahiri, kerana terlibat dalam pilihan raya di Mesir.
Pandangan Najib seperti dilapor media berhaluan kanan AS, National Review itu kelihatan tidak berdasarkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang Ikhwan dalam politik Mesir.
Sebagai media konservatif di AS, mudah untuk difahami pemilihan sudut itu oleh National Review.
Pandangan menyeleweng dan laporan media berhaluan kanan yang dikenali sangat kritikal terhadap Islam itu sememangnya mudah untuk menghasilkan akibat seperti disaksikan ini.
Kenyataan Najib itu sangat mudah dibaca sebagai satu usaha berlebihan untuk membina imej “moderat,” dengan terlalu menerima satu wacana dominan Barat yang sangat kritikal terhadap Ikhwan dan Islamis.
Islamis dikait sebagai secara alami sebagai tidak selari dengan demokrasi dan perlu membuktikan kelayakan mereka untuk menyertai proses demokrasi.
Kenyataan itu, ketika media memunculkan gambar berharga beliau bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan boleh membawa satu mesej positif pada mata Barat.
Pertemuan dengan pemimpin popular Turki itu mampu meningkatkan imej Muslim moderat Najib dan Malaysia melalui kaitan dengan Turki (dan pada masa sama menyaingi pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin negara itu).
Tetapi, dalam politik domestik dan sebahagian dunia Islam, mesej yang dimunculkan melalui ucapan Najib itu memberi implikasi negatif.
Walau bagaimanapun, kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tidak lama dulu lebih mendedahkan tahap pemahamannya terhadap isu berkaitan Ikhwan.
Mengulas laporan mengenai dakwaan pembiayaan wang dari Arab Saudi kepada Anwar dan Ikhwan (yang disebut Muslim Brotherhood, berdasarkan laporan media dan diterjemah oleh sebuah akhbar pro-Umno sebagai Persaudaraan Islam), Zahrain menggesa siasatan dilakukan, dengan mengaitkannya dengan keselamatan negara.
Pandangan Zahrain itu, yang diterbitkan dalam blognya, turut mendedahkan pemahaman yang amat sedikit – atau hampir tiada – tentang Ikhwan al-Muslimin dalam politik Mesir.
Tanpa sebarang ulasan mendalam, Zahrain telah menyifatkan Ikhwan dengan sangat negatif, selari dengan pandangan-pandangan di Barat yang terus mengaitkan Ikhwan dengan terorisme dan kumpulan al-Qaeda.
Sekiranya kenyataan Najib boleh disifatkan sebagai usaha berlebihan untuk memenangi sokongan Barat, kenyataan Zahrain kelihatan semata-mata berdasarkan usaha untuk menyerang Anwar.
Kedua-duanya jelas sekali tidak berdasarkan pemahaman tentang kompleksiti gerakan Ikhwan al-Muslimin.
Kenyataan-kenyataan Najib dan Zahrain itu memperlihatkan sikap-sikap oportunis dalam politik yang mendedahkan kelemahan sendiri.
Bagi Najib, hal ini semakin menjelaskan kesukaran mengimbangi tuntutan antarabangsa dengan sensitiviti politik di dalam negara.


Saman ekor: Ketahui hak anda
Zulhazmi Shariff
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)




Seruan untuk pengundi Merlimau dan Kerdau
Nik Abdul Aziz Nik mat
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat
Salam Sejahtera.
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Maksud Al-Quran, al-An’am 6:162)
Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi, sanak-saudara dan kaum keluarga warga Dun Merlimau dan Dun Kerdau berada dalam selamat dan sejahtera dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Tuan-puan dan Saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan pilihan raya kecil N.27 Merlimau, Melaka dan N.28 Dun Kerdau, Pahang ini, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk menyampaikan seruan ingatan kepada diri saya dan pengundi sekalian yang berkebetulan berlaku dalam bulan sambutan Maulidur Rasul 1432H. Maka, ambillah pengajaran daripada sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat bukannya laknat kepada sekalian alam. Mengamalkan ajaran Nabi baik dari segi ibadatnya, mahu pun segenap urusan hidup (mauamalat) adalah pelengkap kepada mencapai keberkatan di akhirat nanti. Oleh kerana itu, kita kena bergantung kepada Islam di dalam segala-gala segi perjuangan hidup. Ajaran Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menerima perjuangan atas nama bangsa Arab, yang diterima hanyalah perjuangan atas nama keimanan yang hakiki terhadap Allah, Rasul dan hari akhirat. Selari dengan firman Allah:
“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Maksud Al-Quran, At-Taubah 9:19)
Justeru Islam mengutamakan iman bukannya perbuatan. Atas kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah, maka setiap apa yang kita buat hendaklah berserta dengan niat yang tulus di atas dasar keimanan.
Oleh itu, menghadapi pilihan raya kecil ini, saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”
Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air. Ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan. Dan kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Bagi PAS di Kelantan, kejayaannya adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan kepada Tuhan), mas’uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat. Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.
Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat terus berpegang teguh kepada agama. Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang:
“Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).”
Maknanya kerajaan Negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama––bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati. Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.
Justeru Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini. Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah––dinar emas dan dirham (sistem kewangan Islam zaman Nabi Muhammad SAW), dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam.
Tuan-puan dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.
Islam mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya. Setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS.
Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Oleh sebab amalan itulah, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini. Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Maksudnya, kita hendaklah menerima Islam dan ke-Esaan Tuhan dengan tulus ikhlas. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun hendaklah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Malangnya, ajaran seperti ini tidak diajar oleh perjuangan sekular dan kebangsaan Umno. Oleh itu, terimalah sistem Islam yang sentiasa benar dan adil untuk semua kaum.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam–tidak tali kebangsaan) dan janganlah kamu bercerai-berai .”
(Maksud Al-Quran, Ali-Imran 3:102-103),
Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Maka, menolak perjuangan Umno-BN adalah satu tindakan betul yang sekaligus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.
Oleh itu, saya penuh yakin bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat, Haji Yuhaizad bin Abdullah (Dun Merlimau) dan Hassanuddin bin Salim (Dun Kerdau) adalah calon-calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi. Mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat. Dengan ini saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi, terutamanya pengundi Melayu, Cina dan India, dan khasnya pengundi peneroka yang budiman lagi bijaksana, bersama-samalah kita mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat. Bulatkan hati, dengan lafaz ‘Bismillah...nama Tuhan yang Esa’ undilah Bulan pada hari Ahad, 6 Mac 2011 nanti. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat dan jangan hiraukan ugutan dan sogokan pihak Umno-BN.
Selamat mengundi. Semoga dengan ‘sepangkah undi,’ tuan-puan dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
“Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat”
*PAS UNTUK SEMUA *
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
merangkap Mursyidul Am PAS.


Anda mampu mengubahnya
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia semalam (23/2/2011) terus menggesa semua pemandu dan pemilik kenderaan yang dikatakan memiliki saman tertunggak supaya segera menjelaskannya pada atau sebelum 28/02/2011. Kegagalan menjelaskan saman-saman tertunggak ini akan menyebabkan pemegang lesen memandu dan pemilik kenderaan disenarai hitam dan dihalang daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bermula 1/3/2011.
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) amat kesal dengan kenyataan berbaur ugutan daripada Ketua Pengarah JPJ tersebut. Sebagai seorang penjawat awam, beliau tidak sepatutnya mengugut rakyat yang belum didapati bersalah melakukan kesalahan supaya membayar denda kepada pihak berkuasa.
KASE memohon Ketua Pengarah JPJ dan Kementerian Pengangkutan merujuk kepada kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.
KASE sedia maklum alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut tetapi berpendapat bahawa alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes tersebut adalah salah dan menghina Mahkamah. JPJ beranggapan bahawa kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut hanya terpakai kepada pemohon di dalam kes tersebut adalah salah. Alasan JPJ bahawa kes tersebut diputuskan sebegitu kerana isu saman di dalam kes tersebut mempunyai keraguan juga adalah tidak tepat.
KASE ingin memperbetulkan anggapan JPJ dan seterusnya memaklumkan rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut adalah berdasarkan pemakaian Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 yang digunakan oleh JPJ ke atas semua pemilik kenderaan untuk menyekat urusniaga dalam memperbaharui cukai jalan. Yang Arif Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut:-
The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant.
“Perkara yang belum selesai” hendaklah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang telah dibawa ke mahkamah dan yang dituduh tidak hadir membela diri. Ini takrifan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Justeru apa alasan JPJ dan Kementerian Pengangkutan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang mempunyai Saman Ekor yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah? Tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanyalah semata-mata untuk memaksa mereka mengakui kesalahan dan seterusnya membayar kompaun. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadialan segajat di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tindakan ini juga disebut di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut.
The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty.
Ini juga diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bakri di dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada 30/6/2010.
Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan jawapan Timbalan Menteri ini dengan jelas membuktikan bahawa tindakan menyenarai hitam dan menghalang pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu ini semata-mata bertujuan memaksa pengguna dan rakyat mengakui kesalahan dan membayar kompaun. Ini suatu bentuk paksaan dan penindasan terhadap rakyat yang semakin hari semakin dihimpit dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan pendapatan yang tidak seberapa.
Justeru KASE mendesak Kemnterian Pengangkutan dan JPJ untuk menghormati keputusan Mahkamah seterusnya menarikbalik tindakan menyenarai hitam dan menghalang pengguna memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
Kepada rakyat Malaysia amnya dan pengguna-pengguna yang dinafikan hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, KASE ingin menjelaskan bahawa anda semua dijamin hak oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan menggunakan harta benda termasuk kenderaan. Tindakan JPJ menghalang anda memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Jika anda dinafikan hak memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu, JPJ perlu memberikan alasan bertulis kepada anda di atas penafian itu. JPJ tiada hak menafikan rakyat menggunakan harta mereka. Sebarang perlaksanaan undang-undang perlulah mengikut undang-undang bukan dengan sewenang-wenangnya. Bagi rakyat yang dinafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, mereka boleh menuntut gantirugi di Mahkamah terhadap JPJ di atas kehilangan penggunaan kenderaan mereka yang dijamin oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. KASE sentiasa bersedia untuk membantu golongan tertindas ini samada melalui khidmat nasihat atau tindakan undang-undang terhadap JPJ.
Akhirnya KASE ingin menegaskan bahawa pendirian KASE menentang tindakan senarai hitam dan Saman Ekor ini bukan bermaksud KASE menggalakkan pemandu kenderaan tidak mematuhi undang-undang. Undang-undang dan peraturan jalanraya hendaklah dipatuhi semua pihak termasuk pihak berkuasa yang menguatkuasakannya. Apa yang ditentang oleh KASE adalah penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Justeru kepada pengguna-pengguna jalanraya yang teraniaya, sama-samalah kita teruskan bantahan agar saman ekor yang lama dihapuskan. Bantah terus bantah sehingga kerajaan dan JPJ menghapuskannya. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
Datuk Mahfuz Omar,
Pengerusi
Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Isu pluralisme digembar-gemburkan oleh sesetengah media dalam negara ini. Apakah tujuan sebenar, saya kurang pasti. Namun, apa pun dalam dunia terbuka hari ini, isu-isu pemikiran memang tidak dapat dielakkan. Cumanya, dalam membahas isu sebegini, ada yang ikhlas, ada yang berpolitik dan ada yang mengambil kesempatan tertentu.

Jika kita lihat isu ‘Valentine’s Day’, ramai yang membantah atas alasan ia tiada dalam Islam. Menariknya,‘hari ibu’, ‘hari bapa’, ‘hari buruh’, hari pesakit aids dan seumpamanya juga tiada dalam ajaran Islam tapi tidak dibantah. Jika ada yang menyatakan ‘Valentine’s Day’ memberikan kesan negatif kepada masyarakat, sambutan tahun baru dan kemerdekaan pun apa kurang.

Betapa ramai yang mengambil kesempatan pada malam-malam tersebut untuk bermaksiat. Namun, tidak kuat sangat bantahan terhadapnya. Ya, kita bersetuju dengan bantahan sambutan Valentine’s Day untuk orang Islam, namun kita mesti memberikan justifikasi yang jelas. Apabila ada agenda yang tidak jelas, masyarakat akan kehairanan terhadap banyak asas tindakan yang dikaitkan dengan Islam ini.

Saya melihat ada seorang dua yang menulis tentang pluralisme di media tertentu dan seminar mereka ini diwar-warkan oleh media tertentu. MB Kelantan turut dikaitkan dengan pluralisme. Menariknya, ada yang lantang tentang pluralisme ini dalam masa yang sama menganut dan mengiktiraf ‘wahdatul wujud’ ala Ibn ‘Arabi iaitu kesatuan antara Tuhan dan makhluk dalam makam kerohanian. ‘Wahdatul wajud’ ini kepercayaan yang dikongsi oleh banyak agama dalam pelbagai tafsiran. Tidaklah pula mereka menganggap diri mereka telah jatuh ke lembah pluralisme agama. Maka, sekali lagi pelbagai persoalan timbul tentang isu pluralismeyang dibangkitkan oleh kelompok tarekat ini.

Lebih daripada itu, mereka tidaklah lantang ketika tokoh-tokoh politik yang ‘membela’ mereka melakukan upacara ritual agama lain dalam perayaan tertentu. Sebaliknya mereka yang memuja dan memuji tokoh-tokoh politik dengan pelbagai nas agama.

Pluralisme dan Relativisme

Adakah ‘pluralisme agama’ ini kufur atau tidak? Sebenarnya, ini tidak dapat dijawab melainkan kita terlebih dahulu jelas apakah yang seseorang itu faham dari pluralisme agama atau ‘religious pluralism’ tersebut. Jika dia memahami pluralisme itu menganggap semua agama itu sama nilaian di sisi Tuhan, kebenaran itu dikongsi secara bersama atau kebenaran itu relative maka itu pastinya bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada kekufuran. Ini bererti kefahaman pluralisme ini menyamai kefahaman relativisme.

Namun, jika dia menganggap bahawa pluralisme bererti mengiktiraf kepelbagaian agama, cuba memahami lebih mendalam antara satu sama lain dan bersikap bertolak ansur tanpa menggadaikan prinsip-prinsip akidah Islam terutamanya hanya Islam sebagai agama Allah, maka itu tidak membawa kepada kekufuran. Di sini bererti, kefahaman pluralisme ini tidak sama dengan relativisme yang menganggap kebenaran adalah sesuatu yang relatif.

pluralisme.jpg
Maka, isu pluralisme ini bergantung kepada tafsiran pihak yang berbicara. Setiap pihak mempunyai kefahaman yang tersendiri tentang hal ini. Diana L. Eck (Harvard University) menyatakan pluralisme tidak sama dengan relativisme. Pluralisme tidak menuntut seseorang meninggalkan identiti dan tanggungjawab. Juga tidak semesti bersetuju dengan semua yang diperkatakan oleh pihak yang lain. Namun bersetuju untuk berbincang, memberi dan mendengar pandangan pihak lain.
Katanya:
“pluralism is not relativism, but the encounter of commitments. The new paradigm of pluralism does not require us to leave our identities and our commitments behind, for pluralism is the encounter of commitments. It means holding our deepest differences, even our religious differences, not in isolation, but in relationship to one another..pluralism is based on dialogue. The language of pluralism is that of dialogue and encounter, give and take, criticism and self-criticism. Dialogue means both speaking and listening, and that process reveals both common understandings and real differences. Dialogue does not mean everyone at the “table” will agree with one another. Pluralism involves the commitment to being at the table with one’s commitments” (http://pluralism.org/pages/pluralism/what_is_pluralism)
Apa yang penting bukan istilah-istilah ini tetapi kepercayaan atau akidah seseorang muslim berkaitan hal ini. Jika dia percaya semua agama adalah berkongsi kebenaran yang sama, atau kebenaran itu sesuatu yang subjektif, boleh dilihat pada dimensi yang berbeza, maka itu pluralisme yang kufur. Jika dia menganggap hanya Islam agama wahyu yang diiktiraf di sisi Allah, namun kepelbagaian agama adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, manusia mesti belajar memahami antara satu sama lain, berbincang dengan cara yang baik, sudi untuk berdialog dan menyemakkan sikap dan tindakan, maka ini tidak kufur. Bahkan itulah yang dilaksanakan oleh sarjana Islam yang terbilang.
Prinsip Islam
Isu ini hendaklah ditangani dengan asas ilmu, bukan dengan fanatik, atau kepentingan politik. Realiti atau hakikat Islam dan kehidupan masyarakat manusia itu hendaklah difahami. Di sini saya sebutkan beberapa asas penting untuk kita fahami;
i. Seorang muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh para nabi sebelum baginda. Firman Allah (maksudnya):
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).
Maka, muslim tidak percaya semua agama sama di sisi Allah di sudut kebenaran dan wahyu. Ini soal akidah. Namun bukanlah bererti Islam membezakan manusia di sudut keadilan dan hak kemanusiaan.
ii. Pun begitu, Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dan hak mereka untuk berpegang dengan apa yang mereka yakin. Maka Islam menegaskan: (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:
“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikianlah ajaran Islam. Jika ibubapa pun tidak boleh memaksa agama anak sendiri, inikan pula orang lain.
islam.jpg
iii. Islam tidak memusuhi pengikut agama lain hanya kerana perbezaan agama. Bahkan muslim disuruh berbuat baik kepada mereka yang tidak menzahirkan permusuhan kepada Islam. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).
iv. Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada agama lain dan pengikutnya seperti mengiktiraf halalnya sembelihan Yahudi dan Kristian dan keizinan berkahwin dengan wanita mereka. Ini disebut dalam Surah al-Maidah ayat 5. Demikian Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada golongan paderi Kristian. Firman Allah:
“..demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong” (Surah al-Maidah: 82)
v. Islam melarang penganutnya menzalimi penganut agama lain. Perbezaan tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Firman Allah (maksudnya) :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8).
vi. Islam menggalakkan dialog dalam suasana yang harmoni dan baik. Firman Allah (maksudnya).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125)
Maka isu pluralisme hendaklah ditangani dengan ilmu, bukan fanatik atau kepentingan politik, tetapi hendaklah realitik dengan asas Islam dan kehidupan manusia.

CORETANKU 363

SEMUA NAK MENANG DAN MEMERINTAH@JADI PEMIMPIN...KEMPENLAH...JANGAN SAMPAI FITNAH..MENGADU DOMBA....MENYALAH GUNA KUASA SERTA MENGHINA ISLAM SERTA ULAMAK HAQ....

Kerdau: Perang risalah tak setenang di permukaan
Jimadie Shah Othman
Mac 1, 11
6:25pm

Setenang-tenang air di lautan, jangan disangka tiada buaya.

Begitulah boleh diibaratkan tentang keadaan kempen dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau yang sudah masuk hari keempat.

Walaupun sekali imbas, kempen kedua-dua calon bertanding - Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN dan Hassanuddin Salim daripada PAS - nampak tidak terlalu agresif, perkara sebaliknya berlaku dalam perang psikologi sesama mereka.

NONEDalam pusingan pertama ini, nampaknya BN lebih berjaya menarik perhatian dan memancing emosi sejumlah 8,999 pengundi di kawasan DUN itu melalui risalah tertentu.

Selain tabloid Suara Kerdau, Debat Rakyat, Khabar Pahang yang memuatkan penjelasan tentang isu yang dibangkitkan lawannya, terdapat juga majalah yang memaparkan 105 kejayaan Felda dan bahan kempen yang menghentam Hassanuddin dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Debat Rakyat misalnya memfokuskan tentang trend sokongan pada BN dalam 14 pilihan raya kecil sebelum ini dan menjawab hujah dalam dasar bersama Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS.

20 takrifan PAS


Bagaimanapun terdapat juga ruangan nakal dalamnya, seperti teka silangkata yang secara tak langsung mempermain-mainkan dan sinis kepada pembangkang dan pemimpinnya.

Akhbar 28 halaman itu antaranya meminta pembaca meneka jawapan dan mengisi tempat kosong bagi beberapa kenyataan seperti:

  • Anwar bijak ______ pengikutnya walaupun kebenaran terbongkar.
  • PKR janji ______ kuasa tetapi berebut kuasa.
  • Parti perkauman paling teruk di Pulau Pinang.
  • Dulunya PAS guna ______ untuk kempen parti. Sekarang PAS untuk sewa.
  • PARTI KELENTONG RAKYAT.
NONETabloid tanpa nama penerbit dan pencetak itu juga memberikan 20 takrifan kepada PAS dengan menggandingkannya dengan gambar pemimpin Pakatan.

Antaranya Putar Alam Semulajadi (dengan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim), Pemimpin Ajaran Sesat (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Puas Aku Sekarang (Lim Guan Eng), Perosak Akhlak Saja (Elizabeth Wong) dan Pelawak Ala Senario (Mohamad Sabu).

Suara Kerdau pula mengambil pendekatan memperkenalkan calon BN dan melaporkan aktiviti mereka sekitar pilihan raya kecil ke-15 itu dan menjawab kritikan PAS.

Manakala Khabar Pahang lebih untuk menceritakan usaha pembangunan oleh kerajaan BN di negeri Datuk Bahaman itu.

Sementara itu, di pihak PAS pula kelihatan tidak begitu rancak dengan risalahnya berbanding BN. Bagaimanapun bahan yang diedarkannya kelihatan lebih ilmiah dan kurang beremosi.

Timbulnya 'buaya' dalam lautan tenang


Bermula dengan pengedaran Buku Jingga dan ringkasannya pada hari pertama kempen, PAS juga mengambil inisiatif mengeluarkan bertajuk Gerhana dalam Pemerintahan Umno/BN Negeri Pahang.

Buku setebal 53 halaman itu, yang juga dikenali sebagai "Buku Kuning" di kalangan petugas PAS bagaimanapun menghimpunkan semula Laporan Audit Negara terhadap agensi kerajaan di Pahang yang didakwa berlaku banyak kelemahan.

NONEMenyedari betapa getirnya undi Melayu di kawasan di mana 88.79 peratus pengundinya daripada kaum itu, PAS juga menerbitkan risalah menjelaskan 15 peristiwa yang menempelak Umno dan BN sebagai "memperlihatkan seolah-olah mereka tidak belajar adab dan tatasusila Melayu".

Ia antaranya menyenaraikan 15 'insiden' pemimpin Umno dan Raja-raja Melayu semenjak tahun 1920 lagi apabila pengasas Umno Datuk Onn Jaafar didakwa dibuang dari Istana Johor kerana mengkritik Sultan dalam isu harta.

Belum ada tabloid kelihatan dikeluarkan oleh pihak PAS, mungkin kerana mereka lebih bergantung kepaada ceramah yang diadakan saban malam bermula 26 Februari lalu apabila kedua-dua calon disahkan bertanding.

Bagaimanapun, memasuki hari keempat berkempen, 'kepanasan' itu dilihat mula naik ke permukaan apabila BN mula mendirikan lebih banyak papan besar ala papan iklan di pelbagai tempat strategik di jalan-jalan dalam kawasan seluas 273 km persegi itu.

Manakala PAS pula mula menyaingi lautan biru bendera BN dengan kehijauaan benderanya. Banyak lagi 'buaya' dalam lautan tenang timbul keluar ke permukaannya apabila tempoh berkempen masuk pusingan kedua tidak lama lagi.


Hata didakwa 'berniat jahat' terhadap Utusan
Hazlan Zakaria
Mac 1, 11
8:43pm

Ketua pengarang kumpulan Utusan Aziz Ishak hari ini mendakwa wartawan kanannya Hata Wahari mempunyai niat jahat terhadap akhbar tersebut.
Dakwaan itu ditimbulkan dalam siasatan dalaman ke atas Hata yang juga presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), ekoran kenyataan yang dibuat oleh wartawan berkenaan sebelum ini.
Hata berkata, Aziz mengakui bahawa dakwaan itu berdasarkan persepsi terhadapnya.
"Dia berkata ini semua berdasarkan persepsinya. (Aziz berkata) semua kenyataan yang saya keluarkan mempunyai niat jahat terhadap Utusan.
"Saya bukan cakap mengenai Utusan saja, tapi juga mengenai akhbar lain," kata Hata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Hata juga berkata, Aziz tidak menjelaskan kenyataan yang didakwa menunjukkan "niat jahat" itu.
"Tapi dia tetap katakan, berdasarkan persepsi dia, saya ada niat jahat terhadap Utusan.
"Dia kata kenyataan saya bertentangan dengan polisi syarikat yang perlu menunjukkan aspirasi terhadap BN dan Umno dalam laporan beritanya," tambahnya.
Katanya, Aziz telah memberi kenyataan tersebut pagi ini dalam siasatan yang dijalankan di pusat latihan syarikat itu di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Utusan diwakili dua orang wakilnya yang menjalankan pendakwaan.
Hata berkata, beliau melakukan pemeriksaan balas ke atas Aziz dalam siasatan yang bersambung semula petang ini.
Hata mewakili dirinya dalam pendengaran hari ini memandangkan beliau dihalang untuk menggunakan khidmat wakil NUJ untuk pembelaan.
Aziz merupakan saksi pertama yang dipanggil dalam siasatan dalaman ke atas Hata hari ini.



Pekida nafi pasang kain rentang hentam PERKASA
Elissa Helmy
Mac 1, 11
6:01pm

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Jasin hari ini membuat satu laporan polis menafikan pihaknya terbabit dalam pemasangan kain rentang yang menghentam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Kain rentang itu tertera lambang Pekida dengan tulisan 'PERKASA baru setahun jagung, jangan nak jadi hero Melayu, sini Melaka bukan Kelantan'.

NONELaporan itu dibuat oleh Pengerusi Pekida Daerah Jasin, Datuk Abdul Rahim Abu di balai polis Merlimau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Abdul Rahim menyifatkan perbuatan itu sebagai satu fitnah untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan terhadap PERKASA dan untuk melaga-lagakan ahli kedua-dua pertubuhan orang Melayu itu.

Katanya, kain rentang itu dipasang di hadapan Maybank Merlimau, hadapan stesyen minyak BHP Jalan Muar, Merlimau, Taman Debunga, di sebelah bilik gerakan pilihanraya Merlimau Timur dan di hadapan Merlimau Point.

"Pada 27 Februari lalu, lebih kurang jam 8 malam di Merlimau, saya telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman mengenai kain rentang yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pekida dan PERKASA merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai orang Melayu dan Pribumi dan menjadikan matlamat kami
untuk menyatupadukan orang Melayu keseluruhannya. Kami bukan pendakyah. Ramai juga ahli kami dalam PERKASA.

"Kami membuat laporan untuk menyatakan fakta sebenar dan mahu pihak polis bertindak serta melakukan siasatan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menyebar dan memasang kain rentang tersebut," katanya.

NONEAbdul Rahim menyatakan demikian ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini. Hadir sama ialah Abd Rahim Osman serta puluhan pengikut Pekida dan PERKASA.

Sementara itu, PERKASA Melaka juga turut membuat satu laporan polis di balai yang sama.

Ketika ditemui Abd Rahim berkata, PERKASA tidak ada sebarang masalah dengan mana-mana pertubuhan dan dalam konteks hubungan PERKASA-Pekida, kedua-dua pertubuhan itu adalah saudara se-Islam.

"Matlamat kami sama iaitu untuk agama, bangsa, negara dan tanahair dan kita tidak bertentangan, kita seiringan serta sehaluan.

"Ini adalah satu usaha tangan ghaib dan satu tindakan bacul yang dianggap bagaikan baling batu sembunyi tangan.

"Ini adalah satu perbuatan yang tidak baik dan bertujuan untuk melaga-lagakan antara ahli Pekida dan Perkasa," katanya.

Laporan polis itu adalah yang kedua dibuat PERKASA Melaka sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau. Laporan pertama dibuat pada 24 Februari lalu apabila ada pihak mengedarkan risalah yang mendakwa pertubuhan itu bertindak rasis.



Permintaan PIBG SMK Kerdau dilulus serta merta
Jimadie Shah Othman
Mac 1, 11
5:26pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan serta-merta permintaan ibu bapa dan guru bernilai jutaan ringgit bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau hari ini.

Permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau.

NONEMuhyiddin akur kepada kesemua permintaan itu, ataranya pembinaan blok tambahan bagi memuatkan bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, untuk dewan baru, Muhyiddin meminta supaya ibu bapa tunggu terlebih dahulu.

"Antara bilik darjah dan dewan (mahu) mana dahulu?"
Hadirin menjawab: bilik darjah.

"Jadi, bilik darjah dululah. Dewan kemudianlah," kata Muhyiddin.

Sekolah itu juga akan diperluaskan dan dimasukkan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

"Ada sekolah tersenarai ada yang tidak (dalam RMK10). Tetapi bila dah desak, kita masukkanlah," kata Muhyiddin sambil tersenyum.

Selain itu, Muhyiddin juga berjanji 18 sekolah di parlimen Kuala Krau akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta.

NONEBagaimanapun, tambahnya, ia akan dibiayai oleh peruntukan Jabatan Perdana Menteri.

"Lepas itu bincang-bincanglah nak agihkan macam mana," katanya sambil disambut senyum lebar kira-kira 300 ibu bapa dan pendidik.

Sebelum itu, ketika Yahya membacakan satu persatu permintaan kepada Muhyiddin di pentas, kedengaran gelak-ketawa kecil daripada hadirin.

Mungkin ada yang menganggap permintaan jutaan ringgit itu amat besar atau mengambil kesempatan.

Tetapi seakan-akan dapat membaca fikiran itu, Yahya berseloroh: "Bila lagi (mahu minta)?"
Sekali lagi dewan gamat dengan tertawa hadirin.



Undi pos naik mendadak di Perak
Mac 1, 11 8:24pm

Sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.

chan ming kai @ zeng min kai 02Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (kanan)
berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.

"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.

Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.

Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.

Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.

"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.

Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.

pertambahan undi pos di perakChan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos.

Sebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi.

"Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan.