Wednesday, December 29, 2010

CORETANKU 290

MEMANG ANAK TAK BERSALAH...SEMUA ORANG TAU...TAPI PERLAKU@PENZINA YANG BERSALAH....BAGAIMANA PULA PENGUBAL UNDANG2 NEGARA ATAU PIHAK YANG BERKUASA...YANG TIDAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH....SAMALAH TIADA PENGUATKUASAAN HUKUM ALLAH....FIKIR2 SAPE YANG SALAH...BAGAIMANA IA TERJADI BEGITU HINGGA HUKUM ALLAH TAK JALAN...JIKA DAH DIJALANKAN HUKUM ALLAH...MAKNANYA KITA DAH TAAT PERINTAH ALLAH...SURUHAN JALANKAN HUKUM ALLAH...SAMA SURUHAN HUKUM2 YANG LAIN...SELAGI KUASA DITANGAN ORANG2 ISLAM...JANGAN SAMPAI KITA MASING2 NAK BERLEPAS TANGAN DIHADAPAN ALLAH....TUNGGU HUKUMAN ALLAH...DISITU CONFIRM SAPE BETUL DAN SAPE SALAH.....

Anak luar nikah tidak bersalah



ISU mengenai anak luar nikah sering kali dipaparkan media hari demi hari. Ramai yang menganggap faktor ini biasa, malah tercetusnya idea untuk sekolah untuk anak luar nikah yang menjadi kesimpulan bagi apa yang dikhabarkan.
Persoalannya di sini, apakah ia banyak memberi manfaat yang baik atau sebaliknya pada jangka masa yang lebih panjang?

Jika kita lihat pada arak, ia diharamkan Islam kerana banyaknya kemudaratan daripada manfaat.

Jika sekolah untuk anak luar nikah ditubuhkan, apa manfaat yang kita boleh lihat dan kesannya adakah banyak ke arah positif atau negatif?


Pandangan manusia berbeza-beza, bagaimanapun, adakah wajar bagi kita melabel seorang individu seterusnya membuatkan masyarakat memandang serong pada anak-anak yang tidak bersalah ini


Secara zahirnya, jika dilihat daripada sudut prosedurnya, ia mudah memasukkan anak yang tidak berbin atau binti ke sekolah khas untuk golongan ini, namun ini memberi persepsi yang buruk kepada masyarakat yang sering terdedah dengan perzinaan yang dianggap perkara biasa terutama di kalangan remaja.

Jumlah statistik anak luar nikah yang semakin menjadi-jadi dari hari ke hari bukan lagi menjadi tabu yang patut dirisaukan.

Malah, jumlah yang terlalu ramai memberi peluang kepada remaja yang berkecimpung dalam aktiviti tidak bermoral ini meletakkan anak mereka nanti pada tempat yang sudah disediakan.

Sikap malu pada Allah untuk melakukan maksiat akan terhalang daripada melakukannya.

Namun, apabila sikap malu sudah ditarik sedikit demi sedikit, semakin banyak maksiat dilakukan.

Kesimpulannya, kita perlu melihat sesuatu yang berlaku dengan melihat kepada punca akarnya supaya segala-galanya boleh dibanteras.

Kita perlu mengetahui peranan kita iaitu mengapa kita diciptakan di dunia ini dengan lebih serius memikirkan masalah akhlak yang semakin runtuh dalam masyarakat kita.

Akibat terlalu banyak hiburan, manusia akan lebih mudah leka, malah semakin ligat melakukan maksiat tanpa menyedari kesan buruk pada masa akan datang.

KHAIRIAH AMINUDDIN RIA
Kuala Lumpur

CORETANKU 289

SAPE NAK MENGAKU SALAH...ATAU BERZINA...ATAU MEMPERKOSA....ATAU MELETAKAN@MENUMPANGKAN ANAK...DIKHUATIRI ANAK LUAR NIKAH......LAWAK2 MAKIN BANYAK SYAITAN BISU...TAK BERANI BICARA UNDANG2 ISLAM@HUKUM ALLAH

‘Saya tidak kenal dia’

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Helah seorang remaja perempuan kononnya dia tinggal seorang diri di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Pegawai, di sini, tidak menjadi apabila teman lelakinya yang berjaya ditangkap di luar bilik hotel berkenaan mengaku mereka datang bersama.
Bagaimanapun, remaja perempuan itu bermati-matian mengaku tidak mengenali lelaki itu dan cuba berlakon seolah-olah langsung tidak mengenali lelaki terbabit ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam serbuan kira-kira jam 3 petang, kelmarin.

Remaja berusia 18 tahun itu akhirnya ‘kantoi’ apabila dompet dan topi keledar lelaki berusia 23 tahun itu berada di dalam biliknya menyebabkan dia akhirnya terpaksa mengaku lelaki itu adalah teman lelakinya.
Dia yang bakal memulakan pengajian di sebuah universiti tempatan bulan depan turut memberi alasan hubungan mereka tidak direstui keluarganya memandangkan lelaki itu hanya bekerja sebagai pesawah.

Berikutan itu, mereka mengambil keputusan untuk menyewa di hotel bajet itu untuk melepaskan rindu.

Ketua Operasi Jaik, Mohd Nasir Md Dali berkata, remaja perempuan itu berasal dari Alor Janggus, dekat sini manakala lelaki terbabit yang berasal dari Jalan Putra, Mergong, di sini, memberi alasan datang ke hotel murah itu untuk singgah berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka untuk bercuti ke Pulau Pinang.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu, anggotanya ternampak seorang lelaki keluar dari sebuah bilik dalam keadaan tergesa-gesa dan cuba masuk ke dalam sebuah bilik kosong untuk bersembunyi.

“Lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan dan dia kelihatan tercungap-cungap ketika disoal siasat sebelum mengaku tinggal remaja perempuan di sebuah bilik.

“Mereka gagal menunjukkan bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Nasir berkata, ketika ditahan, pasangan itu berpakaian lengkap.

Beliau berkata, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang awam dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Nafi perkosa dalam tandas



TELUK INTAN: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap tuduhan merogol seorang gadis berusia 18 tahun di dalam sebuah tandas awam wanita di pusat makanan Glutton Square, Jalan Pasar, di sini lapan bulan lalu.
Mohamad Khairi Bahauddin, 28, dari Pasir Panjang Laut, Sitiawan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Faiz Dzyiauddin selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Tertuduh didakwa merogol mangsa di dalam tandas berkenaan kira-kira jam 1 hingga 2 pagi pada 19 April 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya Mohamad Suffian Jaafar memohon mahkamah agar tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

Faiz bagaimanapun membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin selepas mendengar pengakuan tertuduh yang meminta dirinya dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 19 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes Mohamad Khairi yang tidak diwakili peguam.




Geram putus tunang

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

AMPANG: Berang kerana putus tunang selain menemui pengganti, seorang lelaki sanggup bertindak di luar dugaan apabila cuba merogol bekas tunangnya itu di rumah sewa wanita terbabit di Jalan Pandan Indah, di sini, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, cubaan lelaki itu gagal apabila dia hanya sempat meraba tubuh wanita terbabit selepas bekas tunangnya itu menjerit sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai juruteknik berusia lingkungan 20-an menunggu mangsa keluar dari rumah sewanya sebelum dia tiba-tiba meluru dan memarahi mangsa kerana memutuskan pertunangan.
Menurut sumber polis, ketika kejadian, mangsa keluar dari rumah kerana mahu membuang sampah, namun terkejut apabila mendapati bekas tunangnya menunggu di depan rumahnya.

“Lelaki berkenaan memarahi mangsa kerana tidak berpuas hati selepas wanita itu memutuskan ikatan pertunangan selain cemburu mangsa mempunyai teman lelaki baru.

“Lelaki berkenaan merangkul pinggang mangsa sebelum menolaknya masuk ke dalam rumah dan terus mencium leher serta pipi bekas kekasihnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa cuba melawan, namun lelaki itu menjatuhkannya dan dia sekali lagi cuba mencium mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa sempat melarikan diri ke dalam bilik, namun lelaki itu yang masih tidak berpuas hati terus mengekorinya sebelum meraba kemaluannya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terselamat apabila dia menjerit membuatkan lelaki itu panik sebelum melarikan diri.

“Mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakan serumah dan juga teman lelakinya sebelum dia membuat laporan polis.

“Berikutan itu, polis menjalankan siasatan lanjut dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 20-an dan bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat swasta mengikat tali pertunangan dengan lelaki berkenaan pertengahan tahun lalu dan berpisah empat bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat wanita berkenaan dan kes masih disiasat.



Ibu kandung ‘Boy’ diminta tampil



KUALA LUMPUR: “Saya merayu ibu kandung kepada bayi lelaki ini yang dipanggil ‘Boy’ menemui saya bagi memudahkan proses pendaftaran kelahirannya,” kata Khatijah Mohd Baki, 63.
Menurut Khatijah, ibu kepada bayi lelaki yang kini sudah berusia 10 bulan itu menghilangkan diri selepas menyerahkan anaknya itu untuk dijaganya, Mei lalu.

“Wanita berusia 30-an itu meninggalkan bayi berkenaan kepada saya ketika Boy masih berusia empat bulan.
“Sekiranya dia mahu saya terus menjaga bayi ini, sila serahkan dokumen kelahiran untuk memudahkan proses pendaftaran.

“Dia boleh menghubungi saya di talian nombor pada bila-bila masa,” katanya.

Sehubungan itu, Khatijah juga membuat laporan di Balai Polis Setapak mengenai tindakan wanita terbabit untuk melindungi dirinya daripada sebarang tindakan yang mungkin diambil terhadapnya.

CORETANKU 288

 

MEMANG SUDAH JADI TREND@CARA ...ANAK LUAR NIKAH DIBUANG..CARI KELUARGA ANGKAT ATAU JUAL...APA PERANAN JABATAN AGAMA DENGAN PERLAKSANAAN HUKUM ALLAH

Jumpa bayi dalam kedai tak siap

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di sebuah bangunan kedai dalam proses pembinaan dan tidak berpenghuni, di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, di sini, semalam.
Dalam penemuan kira-kira jam 10 pagi itu, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan dengan keadaan berbalut kain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohammed berkata, bayi itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui bangunan berkenaan dan mendengar tangisan bayi.
“Orang awam itu yang terkejut sebaik melihat bayi yang ditinggalkan di lantai bangunan tidak berpenghuni itu menghubungi polis.

“Hasil maklumat berkenaan, sepasukan polis pergi ke kawasan kejadian dan memeriksa bayi itu sebelum menghantarnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi terbabit baru saja dilahirkan sebelum diletakkan di bangunan terbabit.

Bagaimanapun, bayi lelaki itu masih belum diketahui bangsanya dan siasatan masih dijalankan berhubung penemuan terbabit bagi mengenal pasti individu tidak bermoral yang mungkin berniat mahu membuang bayi itu.

“Siasatan awal kami belum dapat mengenal pasti bangsa bayi itu. Tunggu sehingga siasatan lanjut dijalankan selain memeriksa keadaan berhampiran bangunan itu sama ada mempunyai bukti lain seperti CCTV atau tidak,” katanya.
Arjunaidi berkata, polis sudah mengambil keterangan orang awam yang menemui bayi terbabit.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atau balai berdekatan

CORETANKU 287

HIDUP SEKALI JE DI DUNIA...LAKUKAN DAN AMALKAN PERKARA2 YANG MENYEBABKAN KITA DIGULUNGKAN DALAM GULUNGAN ORANG2 SOLEH....DAH MATI..... DAH TAK BOLEH MENYESAL ATAU MOHON HIDUP KEMBALI....JADI...INSAFLAH SERTA BERTAUBATLAH....

Warga emas tinggal keseorangan

KOTA BHARU - Biarpun tinggal di dalam rumah kecil yang diibaratkan sebuah bangsal, namun warga emas, Minah Awang Chik, 72, sering mengajak cucu datang ke rumahnya bagi menghilangkan kesunyian.

Bagi Minah, bangsal berkenaan menjadi tempat beliau berteduh malam dan siang, tetapi tempat berkenaan memberi ketenangan dalam hidupnya.

“Sudah 10 tahun makcik tinggal di rumah kecil ini yang tidak mempunyai bilik dan dengan keadaan ini, makcik duduk, tidur dan menjadikan ia dapur untuk memasak makanan.

“Kadang-kadang makcik menumpang tidur di rumah anak-anak berdekatan rumah, tetapi makcik tahu anak-anak makcik juga orang susah, anak ramai, makcik lebih selesa duduk sendiri,” katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di Kampung Kenali Kubang Kerian, di sini.

Beliau berkata, lima anaknya yang ada hanya bekerja kampung dan tinggal berdekatan rumah, malahan mereka mempunyai ramai tanggungan dan menyara diri masing-masing.

Menurutnya, setelah berpisah dengan suaminya, Mat Nor Yaacob, 70-an, 13 tahun lalu, kini keluarganya yang lain kebanyakan tinggal di Pahang, beliau memilih untuk tinggal di rumah (bangsal) pusaka ibunya.

“Tanah ini diberikan nenek mereka ke atas nama cucu mereka (anak saya), jadi saya menumpang tinggal di sini dan memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM80 sebulan,” katanya.

Menurutnya, anak cucunya sentiasa menjenguknya, namun jauh di sudut hati, tambahan pula beliau kini menghidap penyakit tua yang sering batuk dan demam, beliau mengharapkan sinar bagi menghadapi hidup tahun baru.

Mereka yang ingin membantu beliau diminta menghubungi anaknya, Mohd Norzi Mat Nor (017-9895055) atau berkunjung ke kediamannya di Kampung Kenali, 16150 Kubang Kerian, di sini






Remaja diculik, dirogol

KUALA TERENGGANU – Gara-gara masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh abangnya dengan wanita lain, seorang gadis berumur 16 tahun bukan sahaja diculik, malah turut dirogol oleh tiga lelaki dalam satu kejadian di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payong, Marang, kelmarin.

Kejadian bermula apabila rumah mangsa yang didiami bersama ibunya yang berusia 53 tahun didatangi dua lelaki yang secara tiba-tiba meluru masuk setelah pintu dibuka dan terus melarikan mangsa.

Berikutan bimbang dengan keselamatan anaknya itu, ibu mangsa bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa dilarikan oleh dua lelaki tidak dikenali dan dibawa ke sebuah rumah kosong di Pasir Panjang, di sini, sebelum dirogol oleh mereka termasuk seorang rakan abangnya.

“Bagaimanapun, pada hari sama, kakak mangsa menerima panggilan daripada seorang perempuan kira-kira jam 10 pagi yang memaklumkan akan menghantar mangsa kembali ke rumah. Namun selepas sejam dia menerima satu lagi panggilan memaklumkan akan membawa mangsa dan abangnya dengan selamat.

“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya mengesan perempuan yang menghubungi kakak mangsa dan berjaya menahan gadis berusia 14 tahun di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, pada hari sama beberapa minit kemudian,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Menurut Manoharan, berdasarkan soal siasat ke atas gadis yang ditahan itu, polis terus menyerbu sebuah kedai runcit di kampung sama tempat gadis berkenaan ditahan, hingga membawa kepada kejayaan menangkap dua lagi suspek lelaki pada jam 12.10 tengah hari.

“Tidak lama selepas tiga suspek berjaya ditahan, polis menerima panggilan yang memaklumkan mangsa dan abangnya telah dibebaskan oleh seorang lagi suspek, yang juga abang mangsa.

“Berikutan itu, suspek telah berjaya ditahan berdekatan tempat kejadian bersama-sama abang mangsa yang berusia 31 tahun yang juga seorang peniaga rokok,” katanya.

Menurutnya, tiga suspek iaitu seorang berusia 27 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bekerja sebagai buruh; seorang peniaga rokok berusia 20 tahun, dari Kuala Lipis, Pahang dan seorang peniaga kedai runcit, 26, dari Bachok, Kelantan, termasuk abang mangsa ditahan reman selama empat hari bermula semalam, manakala gadis yang berusia 14 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin polis.

“Dua suspek berusia 26 dan 27 didapati positif dadah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 376 Kanun yang sama kerana merogol,” katanya.



'Tolonglah, dia adik saya'

DUNGUN –“Ini macam motor adik saya. Bagaimana keadaan dia encik? Kenapa tak panggil ambulans? Tolonglah, kenapa biar dia dekat situ? Encik, tolonglah, dia adik saya.

Itulah kata-kata yang mampu diucapkan Mohd Badrul Yusuf, 24, sebaik melihat adiknya, Hafsah Yusuf, 22, terbujur kaku di atas jalan raya sebelum dia terus longlai, tidak dapat menahan sebak melihat tragedi menyayat hati menimpa orang tersayang itu.

Mohd Badrul yang secara kebetulan melalui lokasi kemalangan itu sama sekali tidak menduga, motosikal Honda EX5 yang terbabit dalam kemalangan jalan raya itu, milik adiknya.

Setelah melihat keadaan motosikal yang tidak mengalami kerosakan, Badrul pada awalnya menyangka adiknya tidak mengalami kecederaan serius, namun hatinya lebur lalu terus longlai apabila diberitahu mayat yang terbujur di atas jalan raya itu adalah adik kandungnya


ARTIS..KERJAYA YANG MERAGUKAN DALAM HUKUM SYARAK...LEBIH2 MASALAH AURAT DAN PERGAULAN BEBAS....DUA PERKARA NI JELAS LANGGAR HUKUM SYARAK.....



Irma Hasmie Tak Mahu Terserempak Dengan Nabil 

Irma Hasmie
KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie,28, tidak mahu terserempak dengan bekas kekasihnya, Nabil Ahmad buat masa ini.
Irma yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu berkata, selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan berhadapan dengan peristiwa itu.
“Kalau boleh tak naklah terserempak tapi kalau jadi juga, saya pun tak tahu nak buat apa,” katanya.
Hubungan Irma dan Nabil terputus di tengah jalan apabila pelakon wanita itu dikatakan memperoleh beberapa bukti kononnya Nabil turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Malah isu hubungan itu menjadi semakin panas apabila tersebar gambar yang dikatakan milik Nabil dengan seorang wanita sedang bercium.
Jelas Irma, selepas hubungan mereka putus beberapa bulan lalu, dia tidak pernah lagi bertemu atau terserempak dengan Nabil dalam mana-mana majlis rasmi.
Nabil Ahmad
Irma berkata, sekiranya ditakdirkan juga dia terserempak dengan bekas kekasihnya itu, Irma berjanji akan bertindak profesional dan melayan Nabil seperti rakan artis yang lain.
“Saya belum pernah jumpa dia selepas kami putus. Harap-harap buat masa ini tak terserempaklah. Tapi kalau terserempak juga, kita kenalah profesional. Insya-Allah, Irma boleh menghadapinya,” katanya.
Menurut Irma, jiwanya pada waktu ini semakin tenang dan dia amat bersyukur dalam tempoh perkenalan singkat mereka Allah telah memberi petunjuk Nabil bukan calon suami yang sesuai untuknya.
Tambah Irma lagi, walaupun Nabil pernah menyuarakan harapan untuk berbaik semula tetapi hatinya sudah tertutup untuk lelaki itu.
Ditanya apakah perbezaan selepas dia putus cinta dengan Nabil dan pelakon Farid Kamil, kantanya kedua-dua mempunyai pengalaman berbeza.
“Putus cinta dengan Farid tak seteruk putus cinta dengan Nabil. Tapi Irma dapat hadapi kedua-duanya dengan baik,” jelasnya.
Tidak mahu memikirkan soal lelaki buat sementara waktu, ujar Irma dia sekarang mahu memberi sepenuh tumpuan dalam bidang sen


SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa

PETALING JAYA: Agak mengejutkan apabila orang yang di sayang meninggalkan kita buat selama-lamanya. Yang hidup pastikan mati… itu adalah janji tetapi perginya mereka, sedikit pun tidak di lupa.

1. AHMAD C ( Lahir 1932 - 14 Januari 2010)
Pelakon veteran, Mohamad Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ahmad C meninggal dunia pukul 12 tengah hari di Hospital Kota Tinggi, Johor Bahru akibat masalah jantung yang dialaminya sejak dua tahun lalu.
Antara filem yang pernah mengangkat namanya sebagai pelakon berbakat ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertuaku, Ali Baba Dan 40 Penyamun, Raja Bersiong dan banyak lagi.
Beliau juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar tahun era 50-an bersama P Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah.

2. LYANA SULAIMAN (Lahir 1978 – 20 Januari 2010)
Adik kepada aktres Zarina Zainuddin, Lyana Sulaiman, 32, meninggal dunia di rumah ibunya di Ipoh, Perak pukul 11 pagi akibat penyakit misteri.
Lyana adalah seorang ahli perniagaan dan juga bekas pelakon di era 90an. Allahyarham pernah membintangi filem Panggilan Pulau (1994) arahan Ahmad Fauzee.
Selepas mengundurkan diri daripada bidang seni, Lyana dan ibunya bergiat aktif dalam perniagaan jamu.

3. DR. ANUAR NOR ARAI (Lahir 1943 - 21 Januari 2010)
Dr. Anuar Nor Arai, 66, merupakan seorang pengkaji filem dan pengarah yang pernah mencipta sejarah dalam bidang perfileman tanah air kerana mengarah filem dengan durasi terpanjang selama lima jam berjudul Johnny Bikin Filem.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.25 petang di Pusat Perubatan Selangor kerana menghadapi komplikasi paru-paru di sisi isterinya, Zahrah Ibrahim serta tiga anaknya iaitu Mazura, 39, Zuraira, 37, dan Ifa Mutiara, 36.
Selain aktif menulis skrip dan mengarah filem sejak tahun 1980-an, Allahyarham atau nama sebenarnya Anuar Mohd. Nor @ Arai juga merupakan Timbalan Rektor di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

4. AHMADI HASSAN (Lahir 1947 - 17 Februari 2010)
AHMADI HASSAN
Penyanyi nasyid era 70-an, Ahmadi Hassan, 63, meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru kira-kira pukul 6 petang akibat penyakit buah pinggang.
Beliau dikenali ramai dengan panggilan Pak Chat iaitu watak yang dipegangnya menerusi drama radio yang begitu popular pada 70-an, Fajar Di Bumi Permata.
Allahyarham berasal dari Padang Menora, Seberang Perai, Pulau Pinang, meninggalkan tujuh anak menerusi dua perkahwinannya serta lima cucu.

5. YANIE MENTOR (14 November 1985 - 21 Mac 2010)
Penyanyi Siti Suriane Julkarim atau dikenali sebagai Yanie, 25, meninggal dunia pada pukul 1.15 tengah hari di Hospital Keningau, Sabah akibat ketumbuhan paru-.paru.
Allahyarhamah menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari lalu.
Yanie merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun.

6. DIN BERAMBOI (22 Disember 1966 - 2 April 2010)
DIN BERAMBOI (tengah)
Pelawak Din Beramboi atau nama sebenarnya Meor Ahmad Fuad Meor Badri,44, meninggal dunia pada 2 April 2010 pukul 4.30 pagi di Hospital Selayang akibat demam denggi berdarah.
Allahyarham meninggalkan seorang balu bernama Suhaini Che Man dan tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq, 12, Nir Aina Syuhada,6.
Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam di Hospital Selayang selepas dimasukkan ke ICU kerana penyakit itu.

7. ACHIK SPIN (1 Julai 1982 - 17 April 2010)
Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu.
Achik meninggalkan seorang balu, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, dan dua orang cahaya mata, Puteri Saffiya, 3. dan Puteri Sofia 10 bulan.

8. SITI ROHANI WAHID (Lahir 1957 - 11 Julai 2010)
Siti Rohani Wahid 53, yang juga isteri kepada pengarah, M. Jamil, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya.
Menantu pelakon wanita veteran popular, Datuk Sarimah Ahmad ini meninggal dunia akibat kanser payu dara.
Allahyarhamah membintangi beberapa buah filem, Sepi Itu Indah, Jauh Di Sudut Hati, Bujang Selamat, Gila-Gila Remaja, dan Momok The Movie.

9. MARIAM BAHAROM (Lahir 1935 – 9 Ogos 2010)
Seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum 75, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya, Yishun, Singapura.
Mariam, bekas pelakon veteran di Studio Malay Films Production di Jalan Ampas, meninggal dunia kerana sakit tua.
Mariam pernah berlakon dalam filem seperti “Aloha” (1950), “Dewi Murni” (1950), “Kembar” (1950), “Aladdin” (1952), “Kipas Hikmat” (1955), “Abu Hassan Penchuri” (1955) dan “Antara Dua Darjat” (1960).

10. M.RAFIEE (Lahir 1924 – 16 September 2010)
Pelakon M. Rafiee Haji Khair, meninggal dunia 7.51 malam pada 16 September selepas lebih seminggu dirawat kerana sakit tua di Hospital Besar Changi (CGH).
Beliau pernah membintangi filem Madu Tiga dan Seniman Bujang Lapok bersama Allahyarham P. Ramlee. M.Rafee juga diingati dengan ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.

11. M.RAJOLI (26 Jan 1988 - 17 September 2010)
Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.
M.RAJOLI
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Bagaimanapun terdapat sedikit persengketaan antara isteri pertamanya Hassimah Mat Din dengan isteri kedua Wan Chik Daud yang menjadi kontroversi.

12. YUSOF CHONG (Lahir 1947 - 5 September 2010)
Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Yusof Chong, 63, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini, kira-kira 3.30 petang Ahad akibat komplikasi penyakit, termasuk sakit jantung dan darah tinggi.
Allahyarham dirawat di hospital itu sejak lima sebelum meninggal dunia setelah mengalami komplikasi penyakit tersebut.

13. YALAL CHIN ( Lahir 1943 -16 Oktober 2010)
Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin, 67, meninggal dunia kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.
Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.

14. SHAMRIN FOTOGRAF ( Lahir 1965 - 11 November 2010)
SHAMRIN
Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.
Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

15. TONY CASTELLO (Lahir 1946 - 13 Disember 2010)
Pelakon filem Anakku Sazali, Tony Castello atau nama Islamnya Mohd Nor Abdullah, 64, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang, Isnin di Hospital Changi, Singapura.
Pelakon yang terkenal dengan watak Sazali dalam filem itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi, Chua Chu Kang, Singapura.
Tony meninggalkan tiga anak, seorang hasil perkahwinannya dengan wanita Amerika Syarikat manakala dua lagi dengan wanita Singapura. Manakala seorang isteri warga Filipina.
Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan tentu sekali nama mereka tetap segar dalam ingatan kita buat selama-lamanya. Al-fatihah

CORETANKU 286

JANGAN SEPTEMBER 2011 BANYAK ANAK LUAR NIKAH ATAU ORANG BUANG ANAK....


JANGAN AWAL2 TAHUN DAH BUAT MAKSIAT...MUNGKAR SERTA LAWAN HUKUM ALLAH...


GEJALA NEGATIF TAHUN BARU
SEMPENA sambutan tahun baru pada 31 Disember ini, banyak acara akan diadakan termasuk Konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur anjuran bersama AmBank (M) Bhd. (AmBank) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.

Kita tidak mahu perayaan tahun baru dicemari dengan budaya samseng dan pelbagai gejala negatif seperti pengambilan alkohol, pergaduhan, penyalahgunaan dadah, lepak, lumba haram, vandalisme, ragut dan samun. Kita harap sambutan tahun baru tidak diambil kesempatan untuk melakukan perbuatan sumbang dan berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan, berpakaian menjolok mata, berkhalwat dan mencabul kehormatan.

Sesungguhnya, tindakan liar yang dicetuskan semasa menyambut sesuatu perayaan amat memalukan dan mengaibkan imej negara. Adalah diharapkan semua pihak bertanggungjawab menyambut tahun baru dengan cara beradap dan beretika.


Monday, December 27, 2010

CORETANKU 285

ADAT BERTANDING....ADA MENANG ADA KALAH...TIADA BENARLAH COGANKATA...SUKAN BOLEH BUAT MUHIBAH...CERDAS FIKIRAN DAN LAIN2 YANG BERBENTUK POSITIF....MALAH BEGINI JADINYA...BOLEH BERMUSUHAN...TAK PUAS HATI...MEMBERONTAK DLL...PERMAINAN NI TIPU DAYA SAJA...SILAP2 JADI JUDI...MELALAIKAN HINGGA LUPA SOLAT DAN MENJAGA LARANGAN2 LAIN...DARI SEGI HUKUM SYARAK....

NEGARA


Ramai lepas geram dalam Twitter

KUALA LUMPUR - Sebilangan warga Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan mereka, telah membuat tuduhan di Twitter bahawa Malaysia meraih kemenangan secara tidak adil selepas penyokong di Kuala Lumpur mengganggu pemain Indonesia dengan menggunakan sinaran laser.
Sekurang-kurangnya empat daripada 10 ayat dan frasa utama yang digunakan itu mengecam Malaysia sejurus selepas pasukan tuan rumah mengalahkan Indonesia 3-0 pada final pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin.
Dalam masa sejam, perkataan seperti 'malaysiacheatlaser' (malaysiatipulaser) menduduki tangga pertama carta topik Twitter.
Perkataan lain yang digunakan adalah 'Use Laser' (guna laser, 'Curang' (tipu) dan juga 'Support Garuda' (sokong Garuda) yang merujuk kepada skuad Indonesia.


NEGARA


Pekung laser Indonesia terdedah


SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.



KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.
Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya. Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.
"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.


NEGARA


Tutup stadium angkara peminat


PEMINAT bola sepak Indonesia memanjat pagar Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin untuk membeli tiket perlawanan akhir pusingan kedua Piala Suzuki AFF 2010 esok.



JAKARTA - Bimbang aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 dipindahkan ke venue lain, pihak pengurusan Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di sini semalam bertindak mengkuarantin stadium itu dengan menutupnya selama dua hari bermula semalam.
Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Kompleks Sukan GBK, M. Nigara berkata, larangan itu turut melibatkan sesi latihan skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia yang sepatutnya dijadualkan hari ini.
"Sesi latihan bagi menguji padang yang lazimnya diadakan sehari sebelum perlawanan terpaksa dibatalkan.
"Ia bagi membolehkan proses baik pulih rumput yang rosak teruk akibat dipijak dan dirosakkan para penyokong yang merusuh ketika pembelian tiket semalam (kelmarin).
"Kami akan melakukan kerja-kerja membaik pulih secepat mungkin bagi memastikan ia dapat memenuhi tahap piawaian untuk melangsungkan final kedua Rabu ini (esok)," kata Nigara semalam





tk..copypaste blog yg beri comment


Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak


Kecederaan ketika bermain bola sepak adalah perkara biasa bagi pemain bola sepak profesional mahu pun amatur. Namun risikonya lebih tinggi terhadap mereka yang agak jarang atau hanya sesekali bermain bola sepak.


Kematian mengejut di padang pula merupakan keadaan yang jarang berlaku namun telah mencatatkan beberapa kes antaranya pemain kelab Seville dari Sepanyol, Antonio Puerta, 22, yang meninggal dunia secara mengejut ketika sedang beraksi dalam satu perlawanan Liga Sepanyol menentang kelab Getafe pada 2007. Tentulah memeranjatkan apabila seorang atlit profesional yang masih muda dan tidak mempunyai sejarah berpenyakit menghembuskan nafas hanya kerana bersukan.





Cedera di Padang Bola

Kecederaan ketika perlawanan bola sepak biasanya melibatkan bahagian buku lali, lutut, bahu dan tulang belakang. Ia bergantung kepada berapa agresif seseorang itu bermain. Jika pemain itu terlalu memaksa terutamanya ketika keletihan, ia boleh menyebabkan kecederaan.

Kecederaan seperti ini sebenarnya boleh dielakkan dengan mengambil beberapa langkah. Antaranya, memastikan tahap kesihatan tubuh sebelum turun ke padang dan mengambil langkah perlindungan yang sewajarnya. Contohnya dengan memakai 'guard'. Sebelum bermain, lakukan pemanasan badan dan regangan. Pastikan diri tidak mengalami sebarang kecederaan atau penyakit serius. Bermainlah mengikut kemampuan dan stamina sendiri serta jangan terlalu memaksa.

Kecederaan Buku Lali

Kecederaan buku lali merupakan kecederaan paling kerap berlaku kepada pemain ketika di padang. Ia berlaku bila wujud satu bahagian tajam di sudut tertentu apabila tekanan diberikan kepada tulang tersebut. Ia seterusnya menyebabkan tisu menjadi bengkak dan sakit, lalu pesakit mudah terpelecok ketika berjalan atau berlari.

Selain itu, ia boleh juga berlaku apabila ligamen antara buku lali terkoyak atau terkepit di bahagian depan. Ini menyukarkan pesakit untuk berlari. Kebiasaannya ia disebabkan tekanan pada sendi terutamanya ketika menggelecek dan ini selalu berlaku kepada pemain tengah.

Satu lagi keadaan yang menyebabkan kecederaan di bahagian buku lali ialah apabila serpihan ligamen terkoyak atau tersepit di celah sendi. Apabila ini terjadi, rawatan yang dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang berkenaan dan diperkemas melalui pembedahan arthroskopi sendi.

Kecederaan pada buku lali mudah dirawat. Proses penyembuhan mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Selepas itu pesakit tadi boleh bermain seperti biasa. Peluang kecederaan jenis ini akan berulang adalah amat tipis melainkan berlakunya ligamen terkoyak dan longgar yang menyebabkan ia perlu diperbaiki (reconstruct).

Kecederaan Lutut

Kecederaan yang paling biasa berlaku adalah ligamen cruciate terkoyak. Ia boleh berlaku apabila pemain jatuh dengan kaki terlipat. Biasanya ia bukan disebabkan oleh perlanggaran tetapi pemain terjatuh sendiri seperti terpelecok.

Bunyi seperti 'prak' boleh didengari dengan jelas daripada pemain yang mengalami keadaan ini. Kesan daripada itu, menyebabkan lutut pemain membengkak serta merta dan dia tidak boleh meneruskan perlawanan.

Pesakit juga mengalami masalah menuruni anak tangga atau bukit dan tidak boleh berjalan laju kerana rasa seperti lutut 'tertinggal'. Keadaan ini berlaku kerana kaki yang mengalami kecederaan tidak berupaya menongkat atau menampung badan. Namun, ia tetap boleh digerakkan dan melakukan gerakan lain seperti menendang.

Kecederaan lutut perlu menjalani rawatan mekanikal yang memerlukan pembedahan arthroskopi ligamen reconstruction bagi menggantikan urat untuk menstabilkannya. Urat daripada bahagian lutut pesakit yang masih baik digunakan atau pun menggunakan urat daripada perkhidmatan derma organ.

Pesakit mengambil masa selama 6 hingga 12 bulan untuk sembuh. Selepas sembuh, mereka mungkin mengalami masalah sampingan seperti tidak berani melompat.

Selain itu, kecederaan lain di bahagian lutut adalah maniskus yang mana ia berlaku antara 2 tulang. Apabila ligamen terkoyak, ia menyebabkan lutut melekat dan tidak boleh digerakkan serta berasa sakit. Kecederaan jenis ini memerlukan pemeriksaan klinikal dan pengimejan resonan magnetik (MRI). Ia boleh dirawat juga dengan kaedah memperbaiki dan memperkemas bahagian yang berkenaan.

Kecederaan Bahu

Biasanya ia berlaku kepada penjaga gol terutamanya ketika menangkap bola. Ia juga boleh terjadi kepada pemain yang berlanggar sesama sendiri lalu jatuh bertongkatkan tangan. Keadaan ini berlaku apabila urat di bahu terkoyak atau terkepit. Biasanya pemain tidak berasa sakit ketika kejadian namun ia perlahan-lahan terasa selepas 2 atau 3 hari.

Apabila urat di bahagian ini terkoyak, pesakit tidak boleh mengangkat atau menongkat tangan. Jika tersepit pula, mereka tidak akan merasa sakit ketika bermain namun merasainya ketika berehat. Pesakit akan merasa lenguh bahu, kebas tangan dan kadang-kadang rasa sakit dari bahagian siku hingga pergelangan tangan, dada, tulang belikat dan tulang belakang.

Apabila urat terkepit di bahu, otot akan menjadi lemah manakala kedudukan bahu akan jatuh ke bawah dan ke depan sedikit.

Kecederaan Tulang Belakang

Kecederaan bahagian ini berlaku apabila pemain jatuh terduduk menyebabkan hentakan kuat (hyperflexion). Ini menyebabkan disk pecah lalu menekan tulang menjadikan salah satu daripadanya patah. Bila ia menekan saraf, keadaan disk tergelincir (disc slip) akan berlaku. Disebabkan saraf yang terdapat di bahagian tulang belakang ialah saraf ke bahagian kaki, pesakit akan berasa lenguh dan sakit di bahagian salah satu kaki.

Sekiranya pecahan yang terjadi agak besar, lama-kelamaan ia menyebabkan simptom spinal stenosis. Ia menyebabkan tisu di bahagian tulang belakang menebal dan menekan saraf. Apabila ini berlaku, pesakit akan merasa sakit setiap kali berada dalam satu posisi untuk tempoh yang lama. Setelah dia mengubah posisi, barulah akan berasa lega. Pesakit yang mengalami masalah ini perlu menjalani pembedahan untuk memastikan saraf tidak terhimpit.

Sekiranya pecahan disk terlalu kecil, pesakit hanya perlu mengambil ubat tahan sakit dan menjalani rawatan fisioterapi.

Mati Mengejut di Padang

Serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan sahaja pemain bola sepak malah sukan yang melibatkan impak tinggi seperti ragbi, badminton dan tenis. Kebiasaannya ia berlaku kepada aktiviti yang memerlukan pecutan kemudian berhenti secara mengejut.

Punca-puncanya :

1) Hipertropik kardiomiopati – Penebalan otot jantung disebabkan oleh kegiatan sukan yang berterusan dan/atau masalah kelainan genetik. Ia berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu kegiatan lebih daripada biasa seperti tenaga yang dikerah sepenuhnya ketika perlawanan. Masalah ini juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik daripada kecil. 26% daripada kematian mengejut yang berpunca daripada masalah ini berlaku kepada ahli sukan.

2) Komotio kordis – Berlaku ketika perlanggaran terutama di bahagian dada. Jika dilihat, pemain tidak mengalami kecederaan namun jantungnya telah bergegar. Peratus survival hanya 15%.

3) Ketidaknormalan arteri koronari – Kelainan perjalanan pembuluh darah jantung sejak lahir; risiko mendapat iskemia dan aritmia. Keadaan ini menyebabkan darah tidak cukup lalu pemain boleh rebah.

4) Miokarditis – Keradangan otot jantung contohnya disebabkan oleh jangkitan virus; risiko mendapat kegagalan jantung dan aritmia.

5) Sindrom Marfan – Kelainan genetik di mana terdapat kelemahan pada dinding pembuluh darah aorta dan risiko dinding tersebut pecah. Biasanya berlaku kepada mereka yang bersusuk tubuh tinggi seperti pemain bola keranjang.

6) Kardiomiopati ventrikal kanan arithmogenik – Kelainan genetik melibatkan masalah rentak jantung ventrikular.

7) Arteri koronari rentang – Kelainan otot jantung menyebabkan pembuluh darah koronari terhimpit semasa degupan jantung.

8) Stinosis injap aortik – Penyempitan injap jantung aortik disebabkan masalah kongenital (injap bikuspid) atau komplikasi jangkitan rheumatik.

9) Penyakit arteri koronari artherosklerotik – Pembunuh perubatan nombor satu yang mana terdapat penyempitan/penyumbatan pembuluh darah koronari. Kejadian serangan jantung atau rentak jantung (ventrikular artmia) boleh berlaku spontan terutamanya dalam keadaan stres fizikal atau emosi. Lazimnya terjadi pada seseorang yang mempunyai risiko seperti sejarah keluarga, merokok dan sebagainya. Kebelakangan ini semakin ramai pesakit pada usia muda (lelaki dan perempuan) mengalami masalah ini disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.

10) Sindrom Long QT – Masalah genetik menyebabkan masalah rentak ventrikular yang tidak normal.

11) Arteri serebral pecah – Masalah aneurysm pembuluh darah otak yang tidak diketahui ada yang pecah semasa dalam keadaan stres.

Ahli sukan berusia 35 tahun ke atas terdedah kepada risiko serangan jantung lebih tinggi. Namun ia juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang seperti paras kolestrol atau menghidap penyakit jantung koronari.

Kajian yang dilakukan American Health Association (AHA) menunjukkan ahli sukan mempunyai 2.5 kali ganda risiko serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak bersukan. Dua kes dilaporkan berlaku daripada setiap 100,000 pemain.

Ujian ECG

Bagi negara Itali dan Amerika Syarikat, mereka mempunyai ujian penyaringan persediaan untuk atlit sebelum terlibat dengan sesuatu perlawanan. Biasanya ia memerlukan ujian ElektroKardioGram (ECG). Setelah dipastikan kesihatan berada di tahap sepatutnya, barulah pemain tersebut dibenarkan bermain. Jika pemain itu bermasalah di peringkat ujian ECG, mereka perlu pula menjalani ujian selanjutnya iaitu ujian stres.

Selain persediaan pemain, adalah digalakkan semua orang terutamanya mereka yang berada di padang supaya tahu melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR).

Di Malaysia, kesedaran tentang pentingnya CPR amat rendah. Sebenarnya bantuan CPR boleh meningkat peratus survival mangsa hingga 43% berbanding 22% dengan hanya menunggu mangsa dibawa ke hospital.

Sebagai tambahan, alat Automated External Defibrillatoraed (AEB) patut dimiliki oleh semua stadium bagi memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang rebah akibat serangan jantung. Alat ini mudah dibawa dan digunakan. Sesiapa saja boleh melakukannya. Peratus survival bagi penggunaan AED adalah kurang 25% dalam masa 4 hingga 5 minit selepas serangan manakala kurang 10% dalam masa lebih 10 minit.

CORETANKU 284

JANGAN ANGGAP ORANG SEKELILING BUTA AGAMA...TAK TAHU DAN TAK BELAJAR BAB ZAKAT....WANG ITU MILIK YANG BERHAK DALAM ASNAB..BUKAN MILIK KITA@PUSAT ZAKAT


DUIT BERJUTA2 DIKUTIP...TIAP HARI KUTIP...NI WANG ZAKAT...BUKAN WANG PUSAT ZAKAT...SEBAGAI AMIL SAJA...TUGAS AMIL MEMBANCI YANG BERHAK....MENGHANTARNYA@MEMBERINYA....MENGURUSKAN KIRA2NYA...ITU SEBAB MASUK DALAM ASNAB...HANYA DAPAT 1/8 SAJA...JANGAN CUBA AMBIL LEBIH....DIAKHIRAT PIHAK TAK JUJUR JAWAB SAJA...DIHADAPAN ALLAH SWT....JANGAN BEKERJA DIPUSAT ZAKAT...BAB ZAKAT TAK MAHIR....JANGAN MENGURUSNYA TAK IKUT SYARAK...IA AKAN MENGUNDANG DOSA..SABIT... AKHIRAT MASUK NERAKA.....

Nekad beri anak dalam kandungan

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

SEMPIT...Shahrul bersama isteri, Aishah Ismail dan anak mereka di bilik tidur yang disewa di Kota Damansara.
SEMPIT...Shahrul bersama isteri, Aishah Ismail dan anak mereka di bilik tidur yang disewa di Kota Damansara.
KUALA LUMPUR: “Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,” rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga.
Shahrul Rahman, 33, berkata dia nekad mengambil tindakan itu selepas mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib sama.

Katanya, kehidupannya bermula dengan baik selepas mengahwini isterinya, Aishah Ismail, 26, pada 2006 dan dikurniakan tiga anak berumur antara tiga tahun hingga enam bulan. Selain itu, katanya, dia mempunyai seorang anak tiri hasil perkahwinan isterinya dengan suami terdahulu yang kini berusia enam tahun dan tinggal bersamanya sejak berusia empat bulan.
Namun, episod sedih hidupnya bermula selepas perniagaannya sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian.

“Hidup saya menjadi susah dengan bebanan hutang yang semakin bertambah. Saya meminjam daripada bank untuk memulihkan kembali perniagaan, namun tidak berhasil.

“Keadaan bertambah kusut apabila saya membuat pinjaman daripada ceti haram (along) untuk digunakan sebagai modal pusingan perniagaan, tapi segala-galanya tidak menjadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Runsing memikirkan masalah dihadapi, Shahrul berkata, dia pernah cuba membunuh diri dengan menelan 60 ubat tidur dan minum cecair peluntur, namun digagalkan isterinya yang menyedari tindakannya itu.

“Tidak cukup dengan itu, saya juga pernah terdorong untuk menukar agama kerana terpengaruh seorang rakan yang hidup senang selepas berhijrah menganuti agama lain. Mujur saya masih ingatkan Allah. Jika tidak saya pun tak pasti apa akan berlaku,” katanya

Shahrul berkata, kehidupannya tidak banyak berubah selepas itu dan pernah satu ketika dia sekeluarga mengisi perut dengan menjadikan ubi kayu yang ditanam di belakang kantin sekolah sebagai menu hidangan.

“Saya sedih dan tertekan apabila melihat anak-anak hanya minum air sejuk dan terpaksa mengharungi hidup yang sukar hanya kerana saya tidak mampu memberi kesenangan kepada mereka.

“Anak kedua dan ketiga tidak pernah minum susu seperti kanak-kanak lain. Saya hanya mampu memberikan air sejuk sebagai minuman. Mujur anak-anak tidak memilih sebaliknya makan dan minum apa yang diberikan,” katanya.

Menurutnya, anak keempatnya sudah diserahkan kepada seorang penjawat awam selepas dua hari dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, dan sebagai ganjaran, dia diberikan wang sagu hati RM2,000.

“Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya hati melihat anak yang tersayang berada dalam pangkuan orang lain, tapi apa boleh buat, hanya itu yang terdaya.

“Isteri saya juga seperti tertekan dan menerima hakikat kami terpaksa menyerahkan anak untuk dijaga keluarga lain,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur sejak sebulan lalu, hanya mampu membawa keluarganya tinggal menumpang sebuah bilik di rumah rakannya di Kota Damansara.

“Setiap hari hidup isteri dan anak-anak terkurung dalam bilik itu. Di situ mereka main, tukar baju dan tidur. Ikutkan hati ingin saja saya mencari rumah sewa yang luas sedikit, tetapi saya tidak mampu. Gaji saya sebagai pengawal keselamatan hanya RM780 sebulan,” katanya.

Shahrul berkata, dia bertambah tidak keruan apabila mendapati isterinya mengandung lagi bulan lalu dan dia bimbang dengan nasib menimpa keluarganya akan menjejaskan kehidupan anak yang bakal lahir nanti.

“Isteri berkali-kali mendesak saya supaya digugurkan saja kandungannya itu, tapi saya tidak tergamak untuk melakukan sedemikian kerana anak tidak bersalah, tapi saya yang perlu membela nasib keluarga.

“Sebab itu saya buat keputusan untuk serahkan anak ini kepada keluarga yang mahu menjaganya. Saya juga mohon supaya keluarga barunya akan menjaga anak ini dari dalam kandungan lagi termasuk membiayai rawatan dan pemeriksaan sehingga dia lahir,” katanya.

Katanya, dia berharap anak yang bakal lahir akan selesa dengan kehidupannya bersama keluarga baru dan hubungan kekeluargaan mereka tidak akan terhenti di situ saja.

“Kepada keluarga baru yang akan mengambil anak ini, saya hanya mohon satu perkara iaitu jangan putuskan hubungan kekeluargaan kami. Saya reda dengan apa yang berlaku dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya