Sunday, September 26, 2010

CORETANKU 51

mgkin sukar mdapatkannya...dzaman la ni..ikhtiar..pandu dgn cadangan yg baik ni...

Memilih sahabat baik dan beriman

Sahabat umpama penyuluh yang menerangi kegelapan. Di dalam kitab Hidayatul Salikin Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.

”Orang Yang Berakal"

Jika kita berkawan dengan orang kurang berakal ( jahil ) mungkin akan menyebabkan perkelahian. “Seteru yang berakal itu terlebih baik daripada kawan yang tidak berakal.” Seteru akan menegur kita apabila kita melakukan kesalahan. Perkara ini akan membolehkan kita membaiki kesalahan kita. Manakala sahabat yang tidak berakal akan mendiamkan diri walaupun kita melakukan kesalahan.

"Baik Peribadi Dan Perangainya" ( Akhlaknya)

Jangan bersahabat dengan orang yang jahat perangainya. Begitujuga orang yang sangat pemarah, derhaka kepada ibu bapa, tidak solat, tidak puasa dan orang yang meringan-ringankan agama.

"Orang Yang Soleh"

Jangan berkawan dengan orang yang fasik. Fasik ialah orang yang mengekalkan dosa besar dan dosa kecil. Seorang yang takutkan Allah S.W.T. tidak akan mengekalkan dosa besar atau dosa kecil. Sabda Nabi s.a.w: “Jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan jangan engkau makan melainkan dengan orang-orang yang bertaqwa.” ( Abu Daud dan At-Tarmizi)

"Jangan Bersahabat Dengan Orang Yang Sangat Kasih Pada Dunia"

Barangsiapa yang bersahabat dengan orang seperti ini adalah umpama racun yang akan membunuhnya kerana tabiat kawan itu akan menjadi ikutannya. Sabda Nabi s.a.w: “Sangat kasih kepada dunia itu kepada segala kejahatan dan kesihatan.” ( Ibnu Abid-Dunya dan Al-Baihaqi )Maksud kasih kepada dunia di sini ialah perkara-perkara yang bertentangan dengan suruhan atau larangan Allah S.W.T. dan Nabi SAW walaupun ia seorang peniaga, tetapi di dalam perniagaannya itu mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Allah dan Rasul-Nya SAW serta ia mengingati Allah, dikira agama (ibadatnya). Sebaliknya jika ia beribadat atau beramal tidak mengikut kehendak Allah dan Rasul SAW atau ia lalai daripada Allah dan mengingati dunia, ibadat itu dinamakan dunia, walaupun pada asalnya ibadat itu adalah agama. Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang melakukan sesuatu perbuatan ( amalan ) yang bukan daripada perintah kami, maka ia adalah ditolak.

”Orang Yang Benar Perkataannya ( Jujur )"

Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian akan membawa kepada kebinasaan dunia.Sabda Nabi s.a.w: “Tiga perkara barangsiapa yang ada salah satu daripadanya, maka ia munafik meskipun ia berpuasa dan solat. Apabila bercerita, ia berbohong, apabila berjanji nescaya ia menyalahi janjinya, apabila diberi amanah, ia khianat.”

Siapakah Sahabat Yang Baik??

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”

KESIMPULANNYA

Setelah kita mengenal sifat-sifat bagi memilih sahabat janganlah kita terjebak dengan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Di dalam sebuah hadis ada diterangkan bahawa 4 perkara yang merosakkan hati manusia:Bertanding ( berbahas ) dengan orang yang bodoh.Memperbanyakkan dosa.Bercampur gaul dengan perempuan yang bukan mahram.Menggauli orang-orang yang telah mati. Baginda s.a.w ditanya: “Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang telah mati.” Jawab Baginda s.a.w: “Ia adalah seorang hartawan yang hartanya telah menyombongkan dirinya.”

( Rujukan himpunan Kitab Fadilat Zikir m/s: 142 oleh Maulana Zakaria Saharanpur )

No comments:

Post a Comment