Tuesday, March 15, 2011

CORETANKU 403

SEMUA PIHAK KENA MUHASABAH..NI KETENTUAN..DUNIA MILIK ALLAH...TAK BOLEH BUAT SESUKA HATI KITA...PENGAJARAN AKAN SAMPAI JUA..BERTAQWALAH...BERTAUBATLAH

PM Jepun sahkan loji bocor, paras sangat tinggi
Mac 15, 11 1:15pm

Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah.

NONEDalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.

"Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak," kata Kan.

Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.
NONEOperator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak.

"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang.

"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan.
Sampai ke Tokyo

Tahap radiasi dikatakan 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

NONEPagi tadi, AFP melaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.
Sementara itu, pejabat kedutaan Perancis di Jepun menganggarkan paras radioaktif yang bocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka mungkin sampai ke Tokyo dan kawasan persekitarannya dalam tempoh 10 jam.

Anggaran itu berdasarkan arah tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.
Jarak antara Tokyo dan kawasan loji itu adalah kira-kira 240 kilometer.

Kenyataan yang disiarkan pada laman web kedutaan Perancis bahasa Jepun itu menggesa semua warganya supaya berada dalam bangunan, menutup tingkap dan tidak panik.

- Agensi

Lagi letupan kilang nuklear

TOKYO - Sekurang-kurangnya 11 cedera dalam satu letupan besar reaktor unit ketiga kilang nuklear Jepun, semalam.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, seramai empat askar peribadi dan tujuh pekerja kilang cedera apabila reaktor unit 3 di kilang nuklear Fukushima Daiichi meletup.

Menurutnya, satu lagi reaktor kehilangan sistem pendingin tidak lama selepas itu, meningkatkan risiko berlaku letupan lain.

Sebelum ini, satu letupan hidrogen berlaku ke atas reaktor unit 1, di kilang nuklear yang sama, Sabtu lalu, sehari selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut Jepun.

"Setakat ini, seramai 210,000 orang dalam radius 20 kilometer dari kilang tersebut telah dipindah ke kawasan selamat," kata Edano.

Lelaki terselamat dihanyut tsunami


TOKYO - Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas dihanyutkan ombak tsunami sejauh 15 kilometer ke tengah lautan selepas dilihat berpaut pada sekeping kayu, menurut pegawai maritim Jepun, kelmarin.

Hiromitsu Shinkawa, 60, berjaya diselamatkan oleh Pasukan Maritim Jepun selepas dilihat terapung di atas sekeping bumbung di perairan Wilayah Fukushima, dua hari selepas tsunami landa negara itu.

Shinkawa dikatakan dihanyutkan bersama rumahnya selepas tsunami besar membadai timur laut Jepun berikutan gempa bumi 8.9 skala Ritcher yang melanda wilayah itu, Jumaat lalu.

Shinkawa ketika dijumpai, sedarkan diri dan berada dalam keadaan baik ketika diselamatkan dan mangsa dihantar ke hospital berdekatan dengan menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Saya melarikan diri selepas mengetahui tsunami akan datang tetapi saya berpatah balik untuk mengambil sesuatu di rumah sebelum saya dihanyutkan," katanya.

Kerajaan melaporkan sekurang-kurang 1,000 orang dipercayai kehilangan tempat tinggal dalam bencana itu dan polis menganggarkan lebih 215,000 orang menetap di kawasan kecemasan yang disediakan kerajaan untuk sementara waktu.

Tsunami beri kesan kepada pekerja

ROMPIN - Kementerian Sumber Manusia masih menunggu laporan sejauh mana pelabur Jepun di negara ini mengalami kesan kerugian berikutan gempa bumi besar dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kesan bencana alam itu secara tidak langsung memberi impak kepada ekonomi pelabur atau syarikat Jepun di negara ini.

Menurutnya, sekiranya pelabur dan syarikat terbabit terjejas akibat bencana itu, pekerja tempatan yang berkhidmat dalam sektor tertentu di negara ini turut akan merasa tempiasnya.

“Jepun sebagai antara negara kuasa ekonomi dunia turut melabur di negara ini dan keadaan ini juga boleh menyebabkan rakyat tempatan yang bekerja di syarikat milik negara itu turut terkena tempiasnya,” katanya.

Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, kebanyakan pelabur Jepun melabur dalam sektor perkilangan di negara ini.

Menurutnya, dalam menangani tempias krisis itu, kementeriannya telah merangka pelbagai strategi atau kaedah tertentu sekiranya krisis ekonomi melanda seperti dua tahun lalu.

“Maknanya kita di Malaysia perlu bersedia menerima kesan secara langsung dan tidak langsung susulan tragedi tsunami di Jepun kerana sebelum ini, kita juga pernah berhadapan dengan saat getir semasa krisis ekonomi melanda dunia," katanya.

Beliau berkata, antara inisiatif yang disediakan kementerian termasuk membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas serta memberi latihan semula kepada pekerja terbabit.

“Bagaimanapun situasi yang berlaku itu perlu dikaji dengan lebih mendalam kerana impak ekonomi dunia boleh terjejas jika ekonomi Jepun lumpuh,” katanya.

Jutaan mangsa hidup tanpa air


BEBERAPA anggota menyelamat melakukan gerakan mencari mangsa dekat sebuah kapal yang dihanyutkan ombak tsunami di bandar Higashimatsushima, timur laut Jepun semalam.


SOMA - Berjuta-juta penduduk di bahagian utara Jepun yang musnah dilanda gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu terpaksa hidup tanpa air, makanan atau peralatan pemanas badan dalam cuaca sejuk yang hampir beku.
Keadaan meruncing itu masuk malam keempat semalam.
Di bandar ini berhampiran Miyagi, negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana alam itu, rumah pembakaran mayat di situ tidak dapat menampung jumlah mayat yang dibawa masuk untuk dibakar.
"Kami telah mula membakar mayat tetapi kami boleh menangani cuma 18 mayat sehari. Kami merayu supaya bandar-bandar lain untuk membantu kami," kata seorang pegawai tempatan, Katsuhiko Abe.
Di Jepun, kebanyakan penduduknya memilih membakar mayat sebagai upacara pengebumian selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Namun, seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Yukio Okuda berkata, kerajaan semalam mengecualikan kelulusan itu bagi menyegerakan pembakaran mayat-mayat mangsa gempa bumi dan tsunami.
"Situasi semasa amat luar biasa dan banyak rumah mayat tidak dapat menampung jumlah mayat yang banyak Langkah tersebut adalah langkah kecemasan. Kami mahu membantu penduduk di kawasan gempa bumi sebanyak mana yang boleh," kata Okada.
Bencana berkembar yang melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu itu menyebabkan penderitaan yang sukar di bayangkan kepada rakyatnya.
Rakyat negara matahari terbit itu yang hidup makmur sejak perang Dunia Kedua, belum pernah mengalami penderitaan seperti yang berlaku sekarang.

SEORANG wanita kebingungan dan menangis semasa duduk di sebatang jalan raya apabila melihat kemusnahan di bandar Natori, Miyagi, timur Jepun kelmarin.


Banyak kawasan di timur laut Jepun terputus bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik dan petrol. Orang ramai terpaksa makan apa sahaja yang ada termasuk mi segera untuk mengalas perut ketika mereka masih bersedih kerana kehilangan orang tersayang dalam bencana itu.
"Orang ramai mengalami kekurangan makanan dan air.
Bantuan yang dijanjikan masih belum sampai," kata seorang pegawai kerajaan di negeri Iwate, Hajime Sato.
Beliau memberitahu, pihaknya menerima cuma 10 peratus daripada bekalan makanan dan bahan keperluan lain yang diperlukan oleh penduduk Iwate.
Bandar ini dilanda ratusan gegaran susulan sejak Jumaat lalu dengan gegaran susulan terbaru sekuat 6.2 pada skala Richter disusuli dengan amaran tsunami semalam. Ketika siren amaran dibunyikan, pihak tentera menangguhkan operasi menyelamat dan mengarahkan orang ramai supaya mencari perlindungan di kawasan tinggi.
Pasukan-pasukan penyelamat tiba di bandar ini untuk kali pertama pada Jumaat lepas bagi mengeluarkan mayat-ma yat mangsa yang tertanam di bawah runtuhan.
Banyak ambulans tiba dan sejumlah beg mayat disusun di kawasan terbuka sementara menunggu pekerja-pekerja penyelamat menyelongkar timbunan runtuhan untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus. Beberapa helikopter berlegar-legar di udara di bandar ini untuk memeriksa kemusnahan yang berlaku.
Kapal-kapal dihanyutkan ke tengah bandar sejauh satu kilometer manakala beberapa pegawai menjelaskan bahawa satu pertiga kawasan bandar ini yang dihuni oleh 38,000 orang dipenuhi dengan air manakala ribuan orang lagi didapati hilang. - Agensi


11 cedera loji nuklear Jepun meletup


LETUPAN berlaku di janakuasa nuklear Fukushima Daiichidi Fukushima, timur laut Jepun semalam.


FUKUSHIMA - Letupan hidrogen kedua menggegarkan loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di sini selepas pihak berkuasa Jepun berkerja keras untuk mengelakkan reaktornuklear loji berkenaan daripada melebur susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu pada Jumaat lalu.
Peleburan teras radioaktif di dalam reaktor nuklear loji itu boleh menyebabkan pencemaran radiasi yang mengancam keselamatan beribu-ribu penduduk sekitarnya.
Namun, beberapa pegawai berkata, dinding-dinding tebal yang mengelilingi teras radioaktif reaktor nuklear itu masih kukuh selepas letupan hidrogen tersebut, yang kedua sejak Sabtu lepas.
Kebimbangan besar kerajaan Jepun sekarang, adalah berlakunya kebocoran radiasi di loji nuklear tersebut yang terletak di Fukushima, 240 kilometer ke utara bandar ini.
Sejak hujung minggu lalu, jurutera-jurutera bertungkus-lumus berusaha untuk mengelakkan kebocoran radiasi di tiga reaktor nuklear loji berkenaan.
Dinding teras reaktor nombor 3 masih utuh selepas letupan berlaku, kata kerajaan tetapi ia memberi amaran agar orang ramai yang berada dalam zon perpindahan sekitar 20 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.
Pemilik loji tersebut, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, 11 orang cedera dalam letupan itu.
"Semua yang saya lihat menyatakan bahawa dinding bekas teras reaktor nombor 3 itu masih berfungsi dan ia mengelak radiasi daripada tersebar dan berita ini adalah berita baik," kata pakar nuklear Universiti Negeri San Diego State, Murray Jennex.
"Letupan ini bukan seperti letupan di loji nuklear Chernobyl, Ukraine. Loji Chernobyl tiada dinding penghadang apabila ia meletup pada 1986 dan menghamburkan bahan radioaktif ke udara," tambahnya.
Namun begitu, seorang pegawai Jepun berkata, terdapat 22 orang yang disahkan mengalami pencemaran radiasi sebelum letupan itu dan 190 lagi mungkin terdedah pada kebocoran tersebut.
KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik sebahagian janakuasa nuklearFukushima Daiichi meletup semalam.


Perkembangan tersebut turut menyebabkan beberapa kapal perang dan pesawat AS yang membawa bantuan kemanusiaan menjauhi kawasan Fukushima buat sementara waktu.
Pemerintah Ketumbukan Ketujuh Tentera AS menyatakan, tindakan itu merupakan langkah pencegahan bagi mengelak pencemaran radioaktif.
Sementara itu, di timur laut Jepun, hampir keseluruhan prasarana terutamanya jalan raya, landasan keretapi, bekalan elektrik dan pelabuhan kini lumpuh.
Anggaran awal kerugian yang ditanggung akibat malapetaka gempa bumi dan tsunami itu mencecah AS$170 bilion (RM516 bilion).
Kerugian besar itu, kata beberapa penganalisis ekonomi, boleh menyebabkan Jepun diambang kemelesetan ekonomi.
Kesan ekonomi itu dilihat semalam apabila bursa saham Jepun mengalami kejatuhan lebih enam peratus dengan nilai mata wang yen pula diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Dalam perkembangan berkaitan, pekerja-pekerja penyelamat mencari mangsa-mangsa yang tertimbus di bawah timbunan runtuhan di utara ibu negara Jepun, di sini.
Berjuta-juta penduduk Jepun kini terputus bekalan elektrik dan air.
Keadaan di negara matahari terbit itu amat teruk sehinggakan Perdana Menteri Naoto Kan menyifatkan Jepun kini mengalami krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua.
Beberapa pegawai memberitahu, sekurang-kurangnya 10,000 orang dikhuatiri terkorban di Jepun dalam bencana gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter itu yang disusuli ombak besar tsunami.
Semalam, agensi berita Kyodo News melaporkan sebanyak 2,000 mayat telah ditemui di dua buah pantai pesisiran pantai di Miyagi, timur laut Jepun. - Reuters

Imej ombak tsunami di bandar San Francisco


IMEJ menunjukkan ombak bergerak di Teluk San Francisco, Amerika Syarikat 13 jam selepas tsunami melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Bencana ombak tsunami setinggi 0.5 meter melanda Teluk San Francisco di sini yang dirakamkan selepas ia bergerak lebih 8,000 kilometer merentasi Lautan Pasifik, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Rakaman itu menunjukkan gelombang kecil tsunami melintasi Jambatan Golden Gate, 13 jam selepas Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter Jumaat lepas.
Di beberapa tempat di AS, tsunami yang lebih besar melanda bandar Crescent di negeri California apabila ombak setinggi lebih dua meter memusnahkan kawasan dermaga di bandar itu. - Agensi

2,000 mayat ditemui


ANGGOTA tentera Jepun mengusung mayat seorang mangsa di Kamaishi, Jepun utara, tiga hari selepas gempa bumi dan tsunami melanda pantai timur negara itu.
ANGGOTA tentera Jepun mengusung mayat seorang mangsa di Kamaishi, Jepun utara, tiga hari selepas gempa bumi dan tsunami melanda pantai timur negara itu.
TOKYO: Pasukan penyelamat semalam menemui 2,000 mayat di Miyagi, wilayah paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.
Stesen penyiaran NHK dan media lain memetik pegawai sebagai berkata, 1,000 mayat ditemui di pantai di Semenanjung Ojika.
Seribu lagi mayat ditemui di Minamisanriku, bandar yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda pantai Pasifik Jepun, lapor NHK yang memetik sumber pegawai negeri.

Bagaimanapun, sehingga petang semalam, angka rasmi kematian yang diberikan oleh Agensi Kebangsaan Polis kekal pada 1,647.


Bagaimanapun, Ketua Polis Miyagi berkata Ahad lalu, jumlah kematian pasti mengatasi 10,000 orang di wilayah itu saja. - AFP


11 cedera loji nuklear meletup



TOKYO: kerajaan Jepun semalam berkata, 11 orang cedera, seorang daripadanya parah, akibat letupan di sebuah loji nuklear.
Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, empat anggota tentera dan tujuh petugas loji cedera apabila Unit 3 loji Nuklear Fukushima Dai-ichi meletup semalam.
Tidak lama kemudian, sebuah lagi reaktor dalam loji itu kehilangan kapasiti penyejukan, meningkatkan kemungkinan akan berlaku satu lagi letupan.

Menurut Edano, seorang pekerja parah tetapi masih sedar sementara empat anggota tentera hanya cedera ringan dan sudah kembali bertugas. - Reuters

Makanan dari Jepun diuji

SINGAPURA: Pihak berkuasa republik ini semalam berkata, ia akan menguji makanan yang diimport dari Jepun untuk mengesan kemungkinan tercemar radiasi.
Taiwan juga merancang untuk bertindak serupa berikutan satu lagi letupan di sebuah loji nuklear di Jepun.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Lembaga Veterina dan Hasil Pertanian (AVA) akan mengawasi sumber yang dikeluarkan di Jepun dan ancaman pencemaran,” kata agensi kawalan makanan Singapura.
“Sampel akan diambil untuk ujian radiasi. Produk terbaru akan menjadi keutamaan dan AVA akan mengawasi keadaan dan perkembangan di Jepun.” Menurutnya, sebahagian besar import Jepun datang menerusi laut tetapi pengusaha restoran di Jepun sering menggunakan penerbangan untuk membawa masuk ikan mentah, sebahagian daripada bahan untuk sushi dan sashimi, bagi memastikan kesegaran dan kualitinya.

Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan juga berkata ia merancang menguji makanan dari negara itu.

Letupan berlaku di loji nuklear Fukushima 1, kira-kira 250 kilometer ke timur laut Tokyo, semalam selepas letupan pertama pada Sabtu lalu. - AFP

Gegaran kuat dijangka esok

Anggota tentera mengangkat mayat dari bawah timbunan kenderaan di bandar Higashimatsushima di wilayah Miyagi, kelmarin. - AFP


TOKYO 14 Mac - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, menggambarkan gempa bumi yang melanda negara ini sebagai krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.
Keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang lusa.
Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda.
Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagian timur laut, kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negara.
Lebih 100 perkhidmatan kereta api komputer di kawasan Tokyo dijadual ditutup separuh atau sepenuhnya, hari ini.
Panggilan telefon ke operator kereta api terbesar di negara ini, East Japan Railways Co. tidak berjawab disebabkan panggilan yang terlampau banyak.
Pembekal tenaga, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) awal hari ini mengumumkan pemutusan bekalan elektrik secara berjadual di Tokyo dan bandar raya sekitarnya untuk menjimatkan tenaga ekoran krisis di loji tenaga nuklear di kawasan gempa.
Sesetengah kedai kehabisan bekalan makanan berbungkus seperti mi segera, kari segera, tauhu, roti dan telur, sebahagiannya disebabkan masalah pengangkutan dan penghantaran, di samping pembelian panik oleh penduduk.
Turut mendapat permintaan tinggi ialah tauhu, dipercayai boleh membantu mengatasi keracunan radiasi kerana mengandungi iodin pada kadar yang rendah.
Namun tidak ada tanda berlaku panik di Tokyo, dengan kereta api komuter utama beroperasi dan pekerja pejabat keluar makan tengah hari seperti biasa. - Reuters

70 negara hantar pasukan bantuan ke Jepun

TOKYO 14 Mac - Pasukan penyelamat daripada beberapa negara hari ini mula menyertai usaha mencari mangsa gempa bumi dan tsunami yang terselamat, dalam usaha antarabangsa membantu Jepun menghadapi bencana alam itu.
Sebanyak 70 negara menawarkan pertolongan kepada Jepun, bukan sahaja daripada Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutunya, tetapi juga dari China yang mempunyai hubungan tegang dengannya, selain bandar Kandahar, Afghanistan.
''Kami menawarkan rakan kami, Jepun apa jua bantuan yang diperlukan, Amerika Syarikat akan bersama Jepun ketika mereka pulih dan membina semula negara itu,'' kata jurucakap White House, Jay Carney.
Beliau berkata, dua pasukan pencari dan penyelamat AS, bersama-sama 144 kakitangan dan 12 anjing telah memulakan tugas mereka hari ini bagi mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Agensi berita China, Xinhua melaporkan pasukan penyelamat China dengan 15 anggota juga berada di zon gempa bumi utama selepas menaiki penerbangan khas dari Tokyo, semalam.
China mengenepikan isu keganasan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, dengan Beijing tidak membuang masa melahirkan simpati atas bencana alam di Jepun itu.
''Saya mahu mengucapkan takziah atas kehilangan nyawa ekoran bencana alam ini dan melahirkan simpati kami terhadap rakyat Jepun.
''China juga sering dilanda gempa bumi dan kami berasa simpati terhadap rakyat Jepun ,'' kata Perdana Menteri China, Wen Jiabao pada sidang media di Beijing, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan terus menyediakan bantuan yang diperlukan oleh Jepun.
Korea Selatan pula berkata, pasukan penyelamat dengan 102 anggota telah berlepas ke Jepun hari ini dengan tiga pesawat tentera udara C-130.
Satu pasukan awal dari Korea Selatan seramai lima orang dan dua anjing telah berada di Jepun sejak Sabtu lalu. - Reuters

Risiko letupan loji nuklear ke atas kesihatan rendah

Kepulan asap menjulang ke udara dari kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas berlaku letupan di kompleks itu, semalam. - REUTERS


OSLO 14 Mac - Risiko ke atas kesihatan ekoran letupan reaktor nuklear di Jepun agak rendah dan angin diramal membawa bahan tercemar dari loji-loji terbabit ke Lautan Pasifik tanpa mengancam negara-negara lain, kata pakar.
Tokyo berusaha mencegah sebarang peleburan di tiga buah reaktor loji nuklear di Fukushima dalam satu insiden nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Tahap radiasi juga dilapor meningkat di loji atom Onagawa.
"Insiden ini bukanlah satu isu yang serius kepada kesihatan awam buat masa sekarang.
"Ia tidak akan menjadi seperti Chernobyl. Semasa letupan reaktor di Ukraine itu berlaku, ia beroperasi sepenuhnya dan tidak mempunyai sistem untuk mencegah pelepasan bahan radioaktif," kata Setiausaha Jawatankuasa Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kesan Radiasi Atom, Malcolm Crick.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kira-kira 140,000 penduduk telah dipindahkan dari sekitar Fukushima.
Crick berkata, peleburan sebahagian bahan radioaktif di loji Pulau Three Mile di Amerika Syarikat (AS) pada 1979 diklasifikasikan lebih serius berbanding insiden di Jepun berdasarkan skala antarabangsa walaupun ia hanya membebaskan jumlah radiasi yang kecil.
"Ramai orang berfikir mereka telah terdedah kepada bahan radioaktif selepas bencana Pulau Three Mile.
"Paras radiasi bencana itu boleh diukur tetapi dalam istilah kesihatan manusia, ia tidak mendatangkan sebarang ancaman," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, risiko ke atas kesihatan dari loji-loji atom Jepun terbabit masih rendah. - REUTERS

Pekan Yamamoto bak lautan lumpur

2011/03/15

SEORANG wanita duduk di tepi jalan  menangis melihat kediaman dan harta benda musnah akibat gempa, tsunami yang melanda   bandar  Natori, Miyagi.
SEORANG wanita duduk di tepi jalan menangis melihat kediaman dan harta benda musnah akibat gempa, tsunami yang melanda bandar Natori, Miyagi.
17,000 rumah terletak di pantai Pasifik musnah

YAMAMOTO: Di pekan yang dihanyutkan tsunami, Yamamoto di daerah Miyagi, ibu bapa kepada remaja berusia 18 tahun masih mencari bas mini yang membawa anak mereka.
Pasangan itu berkata, anak mereka berada dalam bas itu selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut Jepun.
“Anak kami berada dalam bas itu. Tolong keluarkan segera,” kata ibu bapa Mizuki Kanno sambil menjerit selepas mendapati bas mini itu hancur dan mayat anak mereka di dalam kenderaan itu. Menangis sambil meminta tolong hanyalah satu-satunya perkara yang mampu dilakukan Eiji dan Matsuko Kanno, masing-masing berusia 43 tahun.

Polis tempatan memberitahu mereka yang tiada apa yang boleh dilakukan kerana kekurangan peralatan.

Di pekan Yamamoto yang mempunyai kira-kira 17,000 rumah yang terletak di pantai Pasifik kini seperti lautan lumpur sepanjang beberapa kilometer.

Hanya tangga kelihatan di tapak di mana stesen Sakamoto dengan laluan JR Joban digunakan. Kebanyakan pokok rhu turut dihanyutkan. Hanya kelihatan sekarang ialah kenderaan lintang-pukang begitu juga rumah.
“Saya nampak ombak lumpur datang dan mula berlari,” kata penduduk berusia 37 tahun yang bekerja di pusat penjagaan kesihatan.

Beliau pada mulanya berfikir mahu berlindung di pusat perlindungan di pekan, tetapi mengubah fikiran berlari ke tempat lebih tinggi selepas menyedari pusat itu berada di kawasan rendah.

“Jika saya lari ke pusat bandar, saya pasti akan mati,” katanya.

Yoshiko Shoji berkata, beliau terselamat kerana bernasib baik.

Wanita berusia 72 tahun dari Wad Wakabayashi Sendai terjun dari rumahnya dengan berkaki ayam sebaik mendengar bunyi runtuhan. Beliau menarik tangan suaminya, Toyoji dan berlari sekuat hati melihat tsunami yang membawa pokok dan perabot.

Beliau bernasib baik kerana dapat menumpang kereta kenalan. Apabila beliau berpaling, lumpur sudah setinggi dua meter.

Polis tempatan berkata, mereka menjumpai kira-kira 200 hingga 300 mayat di wad.

“Lebih banyak nyawa mungkin dapat diselamatkan jika persatuan komuniti tempatan memutuskan lebih awal apa tindakan yang boleh diambil dalam situasi seumpama ini,” kata Shoji. – Agensi.

120 pesakit merintih di atas katil, kerusi roda di hospital

2011/03/15

TAKAJO: Dalam kegelapan dan kesuraman wad di Hospital Awam Senen, seramai 120 pesakit terbaring di katil masing-masing atau duduk di kerusi roda, merintih kesedihan.

“Tiada makanan,” kata seorang lelaki tua dengan pakaian pesakit sambil menangis.
Gempa bumi dan tsunami menjadikan warga emas penghuni hospital lebih merana. Tiada anggaran berapa hospital yang terbabit dalam kemusnahan ini.
Hospital Awam Senan di pekan Takajo, Miyagi mempunyai kira-kira 200 pesakit ketika kejadian gempa bumi berlaku yang turut menggoncang peralatan perubatan dan meruntuhkan sebahagian siling wad.

Semua makanan dan ubat disimpan di tingkat satu. Semuanya musnah atau hilang dalam tempoh 30 minit apabila pekan kecil Takako yang mempunyai penduduk seramai 12,000 dihanyutkan tsunami.

“Kami hanya memantau keperluan asas,” kata pihak pentadbiran, Ryoichi Hashiguchi.

Sehingga kini, empat pesakit mati, semuanya warga emas berusia 90 tahun dan pesakit kronik sebelum tragedi. Kira-kira 80 lagi pesakit dipindahkan ke pusat perlindungan berdekatan.
Tiada bekalan elektrik dan air. Dua hari pertama kakitangan dan pesakit terpaksa berkongsi mi beku dan sayur yang didapati daripada peti sejuk yang sudah rosak.

Jururawat membuka paket suntikan saluran darah dan membuang lumpur pada paket pil dengan alkohol untuk membersihkannya. Bau busuk daripada tandas selepas beberapa digunakan tanpa air sudah mula dibersihkan.

Tiada bantuan daripada kerajaan dua hari pertama selepas kejadian tetapi bola nasi diagihkan semalam.

Saudara pekerja hospital menyumbangkan penjana kuasa yang dipenuhi lumpur di mana dua lelaki cuba menghidupkannya.

Syarikat gas tempatan cuba menyediakan pembakar di luar untuk memanaskan makanan dan air.

Dari luar hospital yang kelihatan ditinggalkan, selut tebal memenuhi kawasan tempat letak kereta dan kereta kelihatan selonggok akibat tsunami.

“Saya minta maaf, kami tiada ubat,” kata kakitangan berulang kali kepada orang ramai dari pekan terutama orang tua yang berkunjung ke hospital itu. - AP.


Penyelamat bergelut cari mayat

2011/03/15

2,000 jasad ditemui semalam di dua pantai di wilayah Miyagi

SENDAI: Pekerja penyelamat, polis dan pihak berkuasa tempatan terus bertungkus lumus untuk mencari sejumlah besar mayat dan mengesahkan nasib berpuluh ribu penduduk hilang, ketika bekalan makanan dan air semakin berkurangan berikutan gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.
Kira-kira 2,000 mayat ditemui semalam di dua pantai di wilayah Miyagi. Penemuan berkenaan meningkatkan secara ketara jumlah kematian dalam gempa bumi dan tsunami terbabit di mana setakat ini polis mengesahkan sejumlah 1,647 kematian dan 1,720 penduduk hilang di seluruh kawasan terjejas di timur laut dan timur Jepun.
Kira-kira 1,000 mayat ditemui di pantai wilayah yang teruk terjejas di Miyagi, semenanjung Ojika, manakala sejumlah 1,000 lagi ditemui di bandar Minamisanriku di mana kerajaan tidak dapat menghubungi kira-kira 10,000 penduduk atau hampir separuh daripada penduduk bandar itu.

Angka kematian rasmi itu tidak termasuk kira-kira 200 hingga 300 mayat di Sendai, ibu kota Miyagi yang belum ditemui polis dan pekerja berikutan kesukaran untuk ke tempat yang dipenuhi dengan sampah sarap dan kemusnahan itu.

Kira-kira 450,000 penduduk dipindahkan sehingga Ahad di Miyagi dan lima wilayah lain tetapi bekalan air dan makanan serta minyak berkurangan di kebanyakan tempat, memaksa kerajaan memutuskan untuk menghantar bekalan melalui udara oleh helikopter Pasukan Pertahanan.

Nasib kira-kira 2,500 pelancong yang berada di kawasan dilanda gempa juga tidak dapat disahkan, kata agensi pelancongan Jepun.
Perdana Menteri Naoto Kan berkata dalam satu mesyuarat pagi semalam bahawa ibu pejabat bencana kerajaan setakat ini menyelamatkan kira-kira 15,000 penduduk.

Sebuah kapal Pasukan Maritim Pertahanan menyelamatkan 32 penduduk di pelabuhan Ishinomaki pada Sabtu, kata kementerian pertahanan dalam kenyataan berasingan.

Masalah komunikasi juga berterusan di kawasan yang teruk terjejas di Miyagi dan Iwate di mana 561,000 talian telefon dan 221,400 gentian optik dikendalikan Nippon Telegraph dan Telephone East Corp yang masih lagi tidak dapat disambungkan sehingga 6 pagi. – Agensi


Rakyat Jepun kembali kerja

2011/03/15
Penduduk sukar untuk hidup seperti biasa

TOKYO: Tokyo dan beberapa bahagian lain Jepun berhadapan dengan gangguan bekalan elektrik ketika seluruh penduduk kembali untuk bekerja dan meneruskan kehidupan seperti biasa semalam selepas negara Matahari Terbit itu dilanda gempa bumi dan tsunami besar Jumaat lalu.
“Ia bukanlah urusan seperti biasa,” kata penduduk Jepun, Mia Moore yang ditemuramah CNN.
Beliau berkata, pejabatnya sebuah firma perundangan tetap dibuka, tetapi pekerja dimaklumkan kehadiran mereka adalah mengikut pilihan sendiri.

“Saya berasakan tidak selamat ke sebuah pejabat yang kosong,” katanya sambil menerangkan gegaran susulan berterusan turut melanda bandar raya terbabit setiap beberapa jam.

“Beberapa kedai sudah dibuka, tetapi bekalan makanan seperti roti dan mi segera dan juga air minuman botol berkurangan.

“Kami biasa dengan gempa susulan di Tokyo, tetapi kali ini amat besar,” kata Simon Lockett, seorang lagi penduduk Jepun.
“Di Tokyo tiada lagi bekalan roti dan air minuman di kedai,” katanya lagi.

Berikutan letupan di loji nuklear Fukushima semalam, gangguan bekalan elektrik tidak dapat dielakkan di berapa bahagian di Tokyo untuk mengurangkan beban pada perkhidmatan kuasa terbabit.

Tokyo Electric Power berkata, syarikat itu berhadapan dengan kekurangan kira-kira 25 peratus kapasiti. Wilayah di utara dan timur Tokyo juga berkemungkinan berhadapan dengan terputus bekalan elektrik.

“Bekalan kuasa dijadualkan terhenti mulai 5 petang waktu tempatan,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano.

Kerajaan Jepun menggesa penduduk semalam untuk menjimatkan tenaga dengan hanya melakukan perjalanan penting berikutan perkhidmatan rangkaian kereta api juga turut terjejas.

East Japan Railway, syarikat kereta api terbesar Jepun yang menghubungkan Tokyo dengan kawasan teruk terjejas dengan gempa bumi dan tsunami juga membatalkan semua perkhidmatan berkelajuan tinggi, Shinkansen.

Tiga pengeluar kereta terbesar negara itu, Nissan, Honda dan Toyota juga menangguhkan pengeluaran di kebanyakan kilang mereka dengan Toyota mengumumkan hanya akan menyambung pengeluaran sehingga Rabu. – Agensi



Angka Kematian Rasmi Gempa Bumi Melebihi 2,400 Orang
TOKYO: Angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang, kata polis pada Isnin.
Agensi Polis Kebangsaan negara itu berkata, 2,414 orang disahkan maut dan 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu. Jumlah kematiah sehingga semalam ialah 1,647 orang. -AFP

Reaktor Nombor Tiga Meletup, 11 Tercedera
FUKUSHIMA: Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear meletup di sini semalam dan telah menyebabkan 11 orang tercedera dalam letupan itu.
Bagaimanapun letupan itu tidak melibatkan kebocoran radiasi seperti yang dibimbangi oleh pelbagai pihak.
Sebelum itu, pada sabtu, rektor nombor satu telah meletup di loji sama yang rosak selepas Jepun di landa gempa bumi dan tsunami dashyat pada Jumaat lalu.
Agensi berita Kyodo melaporkan, lebih 80,000 orang telah dipindahkan daripada zon itu dan menyertai 450,000 yang lain dan dipindahkan ke kawasan selamat.
Kebimbangan terhadap kebocoran itu juga telah menyebabkan pasukan bantuan dan kapal terbang tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu buat sementara waktu akibat letupan itu.
Sementara itu, negara seperti Korea Selatan, Hong kong, Singapura dan Filipin akan menguji terlebih dahulu semua makanan yang diimport dari negara itu untuk memastikan ia bebas daripada sebarang radiasi yang boleh mencemarkan produk makan yang dieskport.
Malaysia juga kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata akan memantau semua produk makanan yang masuk ke negara ini dengan rapi untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan memberi kesan kepada pengguna.
Tahap Radiasi Di Loji Nuklear Meningkat
TOKYO: Tahap radiasi lebih tinggi dicatatkan pada Selasa di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.
Tahap berkenaan dikesan di wilayah Ibaraki iaitu di antara Tokyo dan Fukushima, lokasi loji nuklear itu. Tiada maklumat lanjut setakat ini. Loji sejauh 250 kilometer di timur laut Tokyo itu mengalami tiga letupan gas hidrogen sejak Sabtu lalus selepas gempa bumi dan tsunami memusnahkan sistem penyejukan reaktor.
"Jurucakap berkata, agensi keselamatan nuklear negara berkenaan memberitahu ia sudah dimaklumkan oleh pengendali loji bahawa tahap radiasi di Ibaraki sudah meningkat.
"Tahap itu tidak menyebabkan risiko kepada kesihatan," kata jurucakap itu. -AFP 

CORETANKU 402

BERDAKWAH UNTUK MEMBESARKAN ALLAH..MENJAGA AKIDAH...TAAT PADA ALLAH..AGAR SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT AGAR MEMPEROLEHI KEREDAAN ALLAH

Berdakwah untuk mempopularkan Allah: Bob Lokman
TELUK INTAN - "Dulu orang panggil saya Bob sebab saya gemuk. Sekarang saya kekal dipanggil Bob yang bermaksud Bulan Oh Bulan," jelas Mohd. Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Bahagia dekat sini.
Lebih lima tahun beliau mencari hidayah dan akhirnya berubah setelah beliau diuji oleh Allah SWT dengan darah tinggi dan sakit jantung. Sejak itu, beliau banyak bertanya dengan guru-guru agama untuk mencari ilmu demi mencari kebenaran.
"Alhamdulillah, apabila saya diberikan sedikit ilmu oleh Allah maka hati saya telah terbuka untuk menyertai Parti Islam Semalaysia dengan mengisi borang ahli Pas."
"Maka, melalui Pas saya dapat berdakwah untuk mempopularkan Allah kepada orang ramai demi menebus kembali segala apa yang telah saya lakukan sebelum saya berhijrah," tambah beliau lagi.
Bagi beliau, taqwa merupakan perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap pejuang Islam.
"Oleh itu, saya menyeru kepada orang muda, sementara anda masih ada tenaga, fikiran cerdas dan masa yang lapang, isilah dada anda dengan ilmu agama untuk meningkat ketaqwaan dan iman dan berjuanglah menegakkan Islam selagi Islam belum tertegak dan berdaulat di negara ini," ujar beliau dengan penuh semangat.
Kehadiran orang ramai pada malam itu begitu memberangsangkan sehingga kawasan pekarangan Bilik Gerakan Pemuda Pas Kg. Bahagia yang sememangnya agak luas telah dipenuhi malah hingga ke tepi jalan raya.

Monday, March 14, 2011

CORETANKU 401

SEZARAH SAJA ALLAH TUNJUKKAN KEKUASAAN...ALLAH BOLEH MUSNAH DUNIA NI...HINGGA LENYAP..JANGAN SOMBONG...









Lebih 1,000 mati

KEADAAN bandar raya Sendai selepas dilanda gempa bumi dan tsunami.
KEADAAN bandar raya Sendai selepas dilanda gempa bumi dan tsunami.
TOKYO: Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun kelmarin.
Tsunami setinggi 10 meter itu memusnahkan Sendai, bandar raya di timur laut negara berkenaan, tempat 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan pantai.

“Apa yang menjadi tempat kediaman sebelum ini, musnah sama sekali,” kata Perdana Menteri, Naoto Kan selepas menaiki helikopter untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku.
Ombak besar berwarna hitam itu mendamparkan kontena, kereta dan sisa bangunan ke jalan raya di Sendai dan kawasan terbuka serta menyebabkan lumpur tebal melitupi kawasan yang amat luas.

Polis berkata, 413 orang disahkan mati, 784 hilang dan 1,128 cedera.

Bagaimanapun , jumlah itu dijangka meningkat.
“Jumlah korban dipercayai lebih 1,000. Kerosakan itu begitu besar dan saya percaya kami memerlukan masa untuk mengumpulkan maklumat,” kata Edano, jurucakap kanan Naoto.

Dalam pada itu, lebih 215,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan di timur dan utara negara itu semalam.
Agensi Polis Kebangsaan Jepun berkata, jumlah itu termasuk lebih 100,000 orang yang berlindung di Fukushima, di utara dan penduduk yang diarah berpindah dari kawasan sekitar dua loji nuklear.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang kehilangan tempat tinggal dipercayai lebih ramai. Beribu-ribu rumah di bandar tepi pantai musnah, termasuk di bandar Ofunato yang menyaksikan lebih 300 rumah dihanyutkan air.

Sementara itu, lebih 50,000 anggota tentera dan pegawai penyelamat lain dikerah untuk menyertai gerakan mencari dan menyelamat.

Lebih 300 pesawat dan 40 kapal, termasuk satu armada 20 kapal penggempur diarah belayar ke kawasan pantai Pasifik Pulau Honshu yang turut terjejas teruk akibat bencana itu.

Di Watari, wilayah Miwagi, helikopter tentera digunakan untuk menyelamat sekumpulan pelajar dan penduduk yang terperangkap di atas bumbung sebuah sekolah rendah.

Lebih lapan juta kediaman terputus bekalan elektrik. Hubungan telefon, termasuk telefon bimbit juga terputus.

Bekalan gas ke lebih 300,000 rumah turut terjejas, bermakna ramai penduduk terpaksa menghabiskan malam mereka dalam kesejukan.

Pihak berkuasa Jepun juga mengumumkan, sebuah kapal yang sebelum ini dilapor hilang, ditemui di laut dan semua 81 orang yang berada di dalamnya diselamatkan dengan menggunakan helikopter.

Gempa berukuran 8.9 magnitud itu yang melanda pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit menggegarkan bangunan di bandar raya Tokyo, kawasan bandar terbesar dunia dengan penduduk berjumlah 30 juta orang.

Bagaimanapun, dengan gempa bumi kecil yang sering berlaku di seluruh Jepun, negara itu adalah antara yang terbaik dalam membuat persediaan untuk berdepan dengan bencana sebesar kelmarin. - AFP

PM Jepun arah operasi menyelamat mega


DUA orang berjalan semalam dekat beberapa buah kereta yang dihanyutkan ombak tsunami di Miyako, timur Jepun.


TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan (gambar) semalam mengarahkan operasi menyelamat besar-besaran melibatkan lebih 50,000 anggota tentera selepas gempa bumi kuat dan ombak besar tsunami mengorbankan lebih 1,000 orang di timur laut Jepun.
Beliau memberitahu, sekitar 200 pesawat tentera dan 25 buah kapal akan dihantar ke timur laut Jepun, bahagian yang paling teruk terjejas dalam malapetaka itu.

Dua gerabak kereta api musnah akibat dipukul ombak tsunami di bandar Shinchi, Jepun semalam.


"Saya mengarahkan operasi besar-besaran kerana menyedari betapa dahsyat kemusnahan yang dicetuskan oleh tsunami kali ini," kata Kan selepas meninjau kawasan-kawasan yang musnah dengan menaiki helikopter.

ORANG ramai dipindahkan dengan menggunakan helikopter di Sendai, timur laut Jepun semalam.


"Sebahagian besar rumah di pesisir pantai musnah sama ada dihanyutkan ombak tsunami atau hangus dalam kebakaran," tambahnya.
Angka kematian rasmi bencana tersebut setakat ini kekal melebihi 574 orang dengan 1,115 lagi masih hilang manakala 1,128 yang lain cedera.
Namun, pihak berkuasa percaya, beribu-ribu orang maut akibat terperangkap di bawah runtuhan atau lemas dihanyutkan tsunami.

BANGUNAN-BANGUNAN dilitupi lumpur di bandar Ri kuzentakata, negeri Iwate, utara Jepun semalam.


Polis Jepun menyatakan, antara 200 hingga 300 mayat telah ditemui di Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa terletak di timur laut Jepun.
Menurut pihak berkuasa, lebih 220,000 orang kini tinggal di lebih 1,350 penempatan sementara di lima negeri di timur laut Jepun dengan lebih 1 juta kediaman terputus bekalan elektrik dan air.






SEBUAH kapal kargo terdampar di tengah bandar Kesennuma, timur laut Jepun semalam selepas dihanyutkan tsunami.


Namun, pihak berkuasa berkata, banyak lagi mayat dipercayai tertimbus dalam timbunan runtuhan.
Setakat semalam, pekerja-pekerja penyelamat belum tiba di beberapa kawasan yang paling teruk terjejas akibat malapetaka tersebut.
Bahagian timur laut Jepun mengalami kemusnahan paling dahsyat dengan beberapa bandar diratakan selepas gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu menggegarkan Jepun kelmarin dan mencetuskan gelombang tsunami setinggi 10 meter yang melanda daratan.
Sementara itu, masyarakat antarabangsa mula menghantar pasukan bantuan semalam bagi membantu mangsa-mangsa bencana di Jepun.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lewat kelmarin mengumumkan empat pasukan penyelamat dari Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang dalam perjalanan ke negara matahari terbit itu. - Agensi

Gegaran kuat selepas gempa


TOKYO: Satu gegaran selepas gempa berukuran 6.8 magnitud melanda pantai timur Jepun awal pagi semalam, kata pakar gempa Amerika Syarikat.
Ia berlaku kurang 24 jam selepas satu gempa bumi besar melanda negara itu dan menyebabkan tsunami.

Menurut agensi Kaji Buimi Amerika, gegaran selepas gempa itu berlaku pada kedalaman 24 kilometer dan berpusat 174 kilometer ke tenggara bandar raya Sendai, kawasan paling teruk mengalami kemusnahan apabila tsunami setinggi 10 meter berlaku kelmarin. - AP

Tsunami ragut satu nyawa di AS


LOS ANGELES: Tsunami akibat gempa bumi di Jepun meragut satu nyawa di Amerika Syarikat.
Ombak setinggi 2.4 meter memukul pantai California dan Oregon, 12 jam selepas gempa melanda di Jepun.

Seorang lelaki berusia 25 tahun, disahkan mati selepas hanyutkan ke Lautan Pasifik berhampiran muara Sungai Klamath di Del Norte County.
Beberapa negara benua Amerika turut mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi bencana itu, tetapi tidak ada kejadian buruk dilapor berlaku. - AFP

Loji nuklear meletup


TOKYO: Satu letupan dan kebimbangan mengenai peleburan satu daripada loji nuklear Jepun mendedahkan skala bencana yang dihadapi negara itu selepas gempa bumi dan tsunami menyebabkan lebih kira-kira 1,000 orang dikhuatiri terbunuh.
Asap tebal kelihatan berkepul-kepul di loji nuklear Fukushimam No 1 kira-kira 250 kilometer ke timur laut Tokyo selepas letupan di loji berkenaan memusnahkan tembok dan bumbungnya.

Letupan itu dilapor menyebabkan beberapa pekerja cedera. Kerajaan Jepun mengesahkan letupan itu dan pembocoran radiasi serta berkata, ia akan menyiasat punca letupan itu.
Agensi berita Kyodo memetik Suruhanjaya Keselamatan Jepun sebagai berkata, sesium radioaktif dikesan berhampiran kawasan itu.

Menurut laporan, kegiatan radioaktif meningkat 20 kali ganda di luar.

“Loji itu mungkin mengalami proses peleburan,” lapor agensi berita Kyodo dan Jiji sebelum letupan berlaku sementara rangkaian televisyen NHK memetik agensi suruhanjaya berkenaan sebagai berkata, tiub logam yang mengandungi bahan api uranium mungkin sudah cair.

Sistem penyejukan loji terbabit rosak akibat gempa bumi besar yang melanda wilayah berkenaan 24 jam sebelum itu, memaksa pihak berkuasa bergegas memulihkan keadaan dan memindahkan lebih 45,000 penduduk yang mendiami lingkungan 10 kilometer.

Beribu-ribu lagi turut dipindahkan dari kawasan berhampiran loji kedua, Fuku- shima No 2, yang turut mengalami kerosakan pada sistem penyejukannya.
Sebahagian daripada rod nuklear dikatakan terdedah untuk seketika semalam selepas paras air penyejuk menurun dan sebuah kereta bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air masuk ke dalam reaktor.

Pegawai Suruhanjaya Keselamatan Nuklear, Ryohei Shiomi berkata, penduduk yang berada di luar sekitar 10 kilometer dari loji itu tidak akan terjejas jika letupan berlaku.

Kebanyakan 51,000 penduduk yang tinggal di kawasan bahaya sudah dipindahkan. - AFP

Loji nuklear meletup



TOKYO - Ketika pihak berkuasa Jepun melaporkan lebih 80,000 orang dikhuatiri terkorban akibat gempa bumi dan tsunami terburuk dalam tempoh 140 tahun kelmarin, penduduk negara matahari terbit itu kini berdepan pula dengan kebocoran radioaktif yang boleh membawa maut.

SEJUMLAH bangunan yang musnah akibat tsunami diselubungi lumpur di bandar Minamisanriku, utara Jepun semalam.


Kebimbangan tersebut tercetus apabila sebuah akhbar di sini melaporkan bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) meletup semalam.
Keadaan mencemaskan itu memaksa kerajaan Jepun memindahkan 45,000 penduduk ke tempat lain yang lebih selamat.

Syarikat kereta henti pengeluaran


TOKYO: Syarikat pembuat kereta semalam menghentikan pengeluaran di kilang pemasangan yang dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.
Seorang pekerja Honda mati selepas dihempap tembok yang runtuh di kilang syarikat itu.

Lebih 30 yang lain turut cedera apabila sebahagian siling kilang kaji selidik syarikat berkenaan di Tochigi, turut runtuh.
Pengeluaran di dua kilang Honda lain dihentikan tetapi disambung semula tidak lama selepas itu, menurut kenyataan syarikat. Toyota Motor Corp syarikat pembuat kereta terbesar dunia menutup dua kilang pemasangannya di Iwate dan Miyagi. Bagaimanapun, tidak ada laporan mengenai kecederaan yang berlaku di kalangan pekerjanya.

Nissan Motor Co pula menghentikan pengeluaran di lima kilangnya di timur laut Jepun selepas dua pekerjanya cedera ringan. - AFP

Ratu porno selamat dalam gempa bumi







MIYABI


JAKARTA - Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.
Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.
Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat.
"Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun.


Lagi bala di Jepun
TOKYO - Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpamaan paling tepat untuk menggambarkan situasi di Jepun apabila negara termaju Asia itu kini berhadapan dengan ancaman radiasi apabila sebuah loji nuklear meletup, semalam, selepas rosak akibat dilanda gempa bumi, kelmarin.

Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat di lima reaktor nuklear selepas kebocoran radiasi berlaku apabila sistem penyejukan gagal berfungsi sejurus dilanda bencana itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan sebelum itu mengesahkan sedikit bahan radioaktif terpaksa dilepaskan ke udara bagi mengurangkan tekanan di dalam reaktor itu semasa melawat kawasan bencana dan loji tersebut, awal pagi semalam.

Ribuan penduduk yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer dari loji di Fukushima itu dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga dan kerajaan Jepun mengagihkan iodin kepada penduduk untuk digunakan sebagai pelindung badan jika terdedah kepada radiasi .

Jepun mengumumkan masih terlalu awal untuk menentukan tahap kemusnahan atau angka korban selepas kawasan utara negara itu dilanda gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter, kelmarin.

Sehingga kini, 300,000 rakyat negara itu berteduh di rumah perlindungan sementara manakala 10,000 penduduk sebuah kampung di Miyagi dilaporkan hilang.

Angka korban yang disahkan setakat ini adalah 637 orang namun laporan media menyebut jumlah itu mungkin mencecah 1,700 orang.

Gegaran terkuat yang melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun itu menyebabkan 50 negara lain turut mengeluarkan amaran tsunami.

Jepun yang dilanda tsunami setinggi 10 meter sejurus gempa berlaku turut merasai lebih 125 gempa susulan sehingga semalam.

Puluhan ribu pekerja di Jepun juga terkandas dan terpaksa bermalam di jalanan di ibu negara Tokyo selepas perkhidmatan keretapi negara itu tergendala akibat gempa.

Lebih 1,300 terkorban


PENDUDUK berjalan melalui jalan yang dipenuhi kayu-kayan dan pelbagai serpihan kesan daripada tsunami yang tercetus oleh gempa bumi di bandar Sendai, Miyagi di Jepun, semalam. Sendai adalah bandar terdekat dengan pusat gempa. - REUTERS


TOKYO 12 Mac - Lebih 1,300 orang terkorban selepas gempa bumi paling kuat pernah dirakamkan di Jepun mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara ini.
Ketika gegaran susulan terus melanda Jepun hari ini, termasuk satu yang berukuran 6.8 pada skala Richter, kerajaan mentaksir tahap kerosakan akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang berlaku selepas tengah hari semalam.
Bilangan kematian dijangka mencecah angka jauh melebihi 1,300 orang, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano.
Pihak berkuasa menemui beratus-ratus mayat, manakala lebih 1,000 orang masih hilang dan ramai lagi cedera, lapor media.
Kerajaan bimbang lebih banyak gegaran susulan kuat boleh mendatangkan lagi kemusnahan, sementara Agensi Meteorologi mengeluarkan amaran tsunami seterusnya untuk banyak kawasan pantai di negara ini.
Agensi itu berkata, lebih 100 gegaran susulan telah berlaku, kebanyakannya lebih kuat daripada 6.0 pada skala Richter.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) di Washington melaporkan, sekurang-kurangnya lima gegaran susulan melebihi 5.5 pada skala Richter direkodkan dalam tempoh sejam sekitar tengah hari ini (11 pagi waktu Malaysia), termasuk gegaran sekuat 6.8 pada skala Richter dekat pantai timur Honshu, pulau terbesar di Jepun.
Akhbar perniagaan Nikkei berkata, kira-kira 210,000 penduduk dipindahkan di timur laut Jepun, manakala beribu-ribu lagi yang terkandas di Miyagi masih menantikan bantuan.
Pasukan penyelamat mencari mangsa di celah-celah runtuhan bangunan di banyak bandar yang ditenggelami air.
Askar dan pasukan penyelamat lain dikejarkan ke bahagian timur laut negara ini, manakala bantuan antarabangsa juga dihantar ke kawasan bencana, termasuk 140 anggota penyelamat dari Amerika Syarikat (AS) dan 48 anggota dari New Zealand.
Kerajaan Jepun mengerahkan 50,000 anggota pasukan pencari dan penyelamat, dan menghantar 190 pesawat udara dan bot ke kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami.
Beribu-ribu rumah musnah, beberapa jambatan runtuh, perkhidmatan bas dan kereta api terhenti dan banyak jalan ditutup, sementara rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan talian tetap turut terjejas.
Di bandar Rikuzen Takata, antara kawasan paling teruk dilanda bencana, kira-kira 5,000 daripada 8,000 rumah musnah. - dpa


Loji nuklear meletup







GAMBAR dipetik dari klip video menunjukkan asap tebal keluar dari loji reaktor nuklear Fukushima 1 selepas meletup kesan daripada gempa bumi kuat yang melanda Fukushima di Jepun, semalam. - REUTERS


FUKUSHIMA 12 Mac - Empat orang cedera hari ini dalam satu letupan di loji tenaga nuklear Fukushima I yang rosak akibat gempa bumi semalam.
Bumbung sebuah bangunan yang menempatkan reaktor di loji tersebut dipercayai runtuh dalam letupan itu, lapor stesen penyiaran NHK.
Seorang jurucakap kerajaan menggambarkan situasi itu sebagai 'berkemungkinan menjadi sangat serius' tetapi menggesa penduduk supaya bertenang, lapor NHK.
Pengendali loji nuklear tersebut, Tokyo Electric Power (Tepco) berkata, empat pekerja cedera dalam kejadian tersebut.
Sepasukan juruteknik telah bertungkus lumus untuk melepaskan tekanan suhu dari reaktor di loji itu untuk mengelakkan kecairan reaktor.
Bahan radioaktif caesium yang biasanya menandakan kecairan reaktor telah dikesan di kawasan sekitar loji tersebut di Fukushima, 240 kilometer ke utara Tokyo.
Paras radiasi yang meningkat dikesan di kawasan loji Fukushima I dan ukuran radiasi di dalam loji itu didapati 1,000 kali lebih tinggi daripada biasa berikutan gempa bumi semalam.
Kerajaan Jepun sebelum itu memberi amaran mengenai kebocoran bahan radioaktif di reaktor nuklear yang rosak apabila gempa bumi kuat dan tsunami melanda kawasan pantai di timur laut negara ini, tetapi menyifatkan risiko pencemaran radiasi sebagai kecil.
Pakar berkata, ancaman berlakunya kebocoran radiasi yang meluas akan dapat dibendung selagi binaan luar reaktor itu masih utuh.
Penduduk dalam lingkungan tiga kilometer dari loji tenaga nuklear Fukushima II diarah berpindah hari ini dan pihak berkuasa meluaskan arahan perpindahan kepada penduduk yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari reaktor Fukushima I yang mula mengalami kerosakan sistem pendingin semalam.
Agensi berita Jiji memetik pihak berkuasa nuklear sebagai berkata, kemungkinan besar batang sumber tenaga nuklear di reaktor Fukushima I sedang mencair atau telah cair sama sekali.
Menurut pakar, jika kecairan berlaku, itu bermakna reaktor tersebut semakin panas dan sekiranya peningkatan suhu tidak disekat, termasuk dengan melepaskan stim yang mengeluarkan sejumlah kecil radiasi, kemungkinan kebuk tekanan reaktor akan retak.
Namun risiko pencemaran dapat diminimumkan selagi struktur luar reaktor masih utuh, kata pakar, tetapi perkara yang dikhuatiri ialah sama ada gempa bumi telah melemahkan struktur luar itu.
Pegawai dan pakar Jepun memberi jaminan, kebocoran radiasi yang berlaku adalah sangat kecil dan mereka menolak kemungkinan berulangnya malapetaka nuklear seperti Chernobyl di Rusia.
"Bencana seperti Chernobyl tidak mungkin berlaku di sebuah reaktor air ringan. Kerosakan sistem pendingin menyebabkan peningkatan suhu tetapi ini juga akan menghentikan reaktor," kata profesor di Universiti Tokyo, Naoto Sekimura. - dpa/Reuters

Jepun minta bantuan PBB

GENEVA 12 Mac - Jepun meminta pasukan mencari dan penyelamat asing untuk membantu mencari mangsa gempa bumi besar dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu semalam.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lebih 68 pasukan penyelamat dari 45 negara telah menawarkan bantuan mereka.
"Jepun telah meminta bantuan pasukan mencari dan penyelamat antarabangsa," kata jurucakap Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB, Elisabeth Byrs di Geneva.
Menurut beliau, sekurang-kurangnya empat pasukan telah diminta iaitu dari Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).
Permintaan Jepun itu telah dibuat sebelum gempa sekuat 5.8 skala Richter melanda barat laut Jepun awal pagi Sabtu lalu.
Menurut agensi berita Jiji, Presiden AS, Barack Obama berkata kepada Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam, pihaknya akan menyalurkan bantuan "tidak kira dengan apa cara sekalipun".
"AS sudah bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Jepun di mana ketika ini mereka sedang dilanda ujian yang sangat besar... jalinan persahabatan di antara kedua-dua negara ini begitu kuat, dan hanya menguatkan tekad kita untuk berdiri bersama rakyat Jepun ketika mereka menghadapi tragedi besar ini," kata Obama dalam satu kenyataan.
Pasukan Tentera Udara AS menerbangkan pendingin bagi menggantikan pendingin loji nuklear Fukushima yang mengalami kerosakan, kata Setiausaha Negara, Hillary Clinton.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso dan Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy juga turut menyuarakan perpaduan mereka.
Pasukan kecemasan Rusia ERMACOM menawarkan 40 anggota termasuk tiga ekor anjing pengesan, sementara itu Malaysia juga telah mempersiapkan pasukan pertahanan awamnya dan Poland turut menawarkan pasukan bombanya. - Reuters

California turut terkena tsunami

CRESCENT CITY, California 12 Mac - Berjuta-juta penduduk di seluruh kawasan Pasifik sempat melarikan diri ke kawasan tanah tinggi selepas menerima amaran tsunami yang lebih awal.
Kini mereka hanya perlu membersihkan kemusnahan akibat ombak besar yang turut memusnahkan kabin dan merosakkan kapal mereka.
Tsunami besar yang dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di Jepun melanda seluruh Pasifik semalam, termasuk pelabuhan dan pangkalan kapal di Hawaii serta Pantai Barat negara ini dan menyebabkan bot-bot berlanggar antara satu sama lain dengan sesetengahnya dihanyutkan di ke laut.
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah dua pekan di tepi pantai di sepanjang sempadan Oregon-California dan kerosakan akibat bencana itu dianggarkan berjuta-juta dolar.
Pusat kecemasan membunyikan siren amaran kepada orang ramai di pantai barat AS lebih nyaring daripada biasa dan semakin kuat selama beberapa jam selepas ombak besar melanda.
Dalam tempoh 10 minit selepas Jepun digegarkan dengan gempa bumi terkuat yang dicatat negara itu, pusat itu telah mengeluarkan amaran. - AP

SEBUAH kilang terbakar selepas gempa bumi dan tsunami melanda Sendai, timur laut Jepun kelmarin. Jepun mengesahkan kemusnahan di sepanjang pantai dengan banjir dan kebakaran akibat bencana itu yang mengakibatkan kira-kira 1,700 terbunuh. Angin dikhuatiri burukkan lagi kes kebocoran Fukushima

TOKYO: Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Jepun memberi amaran, angin di loji nuklear Daiichi 1 Fukushima yang mengalami kebocoran radioaktif, bertiup dari selatan dan boleh menjejaskan kesihatan penduduk di bahagian utara negara itu. Agensi perkhidmatan kaji cuaca itu menyatakan, arah angin mungkin berubah dalam tempoh terdekat dan dijangka bertiup dari barat menghala ke laut.

Loji nuklear bocor



Angin dikhuatiri burukkan lagi kes kebocoran Fukushima

TOKYO: Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Jepun memberi amaran, angin di loji nuklear Daiichi 1 Fukushima yang mengalami kebocoran radioaktif, bertiup dari selatan dan boleh menjejaskan kesihatan penduduk di bahagian utara negara itu.
Agensi perkhidmatan kaji cuaca itu menyatakan, arah angin mungkin berubah dalam tempoh terdekat dan dijangka bertiup dari barat menghala ke laut.


“Arah angin adalah faktor utama yang akan menentukan sejauh mana kerosakan alam sekitar berpunca daripada kebocoran yang berlaku, selepas Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami setinggi 10 meter semalam,” kata seorang pegawai agensi itu.

Pegawai berkenaan berkata pihaknya meramalkan cuaca sepanjang hari ini cerah, manakala angin bertiup dari arah barat sebelum menghala ke selatan.

“Kami akan terus memantau arah angin untuk membuat penilaian lanjut terhadap kesan kebocoran daripada loji berkenaan,” katanya.

Walaupun kebocoran radiasi ini sudah dijangka, profesor di Universiti Tokyo, Naoto Sekimura berkata bencana radioaktif yang besar tidak mungkin berlaku.
“Kejadian seperti Chernobyl adalah mustahil di reaktor air ringan ini.
Kehilangan penyejuk bermaksud suhu akan meningkat tetapi turut menghentikan loji.

“Malah, dalam senario yang teruk kebocoran radioaktif bermakna kerosakan peralatan tetapi bukan letupan besar. Jika pengedaran dilakukan dengan berhati-hati, kebocoran hanya sedikit dan bukannya melebihi jarak lingkungan tiga kilometer,” katanya.

Agensi berita Kyodo melaporkan pihak berkuasa mula memindahkan 20,000 penduduk dari zon sekitar loji Daini.

Perdana Menteri, Naoto Kan yang membuat tinjauan udara di loji itu menggunakan helikopter sebelum ini mengarahkan penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari sebuah lagi loji, Daiichi mengosongkan kawasan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata jumlah kebocoran radiasi mungkin kecil.

“Mungkin material radioaktif di loji reaktor bocor di luar tetapi jumlahnya dijangka kecil dan angin meniup ke arah laut dapat membantu,” katanya pada sidang akhbar. – AP/Reuters

Internet mudahkan kesan mangsa

Beribu-ribu carian dikemaskini dalam Google

TOKYO: Pencarian di halaman internet seperti Google dan Twitter serta pelbagai halaman tempatan dilaporkan berkesan untuk mencari orang tersayang berbanding merempuh kemusnahan berikutan tsunami yang memusnahkan Jepun.
Ketika air mulai surut semalam, anggota keluarga dan rakan yang dalam kebimbangan menggunakan komputer untuk mendapatkan maklumat mengenai kenalan atau saudara mereka yang tiada khabar berita selepas ombak besar yang memusnahkan Sendai.
Khidmat pencarian orang melalui gergasi web global, Google dikatakan meningkat lebih 33,000 rekod yang meninggalkan mesej bagi orang yang mencarikan maklumat mengenai rakan atau ahli keluarga mereka.

Halaman web berkenaan mengemas kini beribu-ribu maklumat dalam bahasa Inggeris dan Jepun setiap beberapa minit.

Satu pencarian rawak terhadap nama biasa Jepun ‘Sato’ menghasilkan beratus-ratus keputusan, kebanyakan adalah mereka yang tinggal di Sendai, bandar raya yang berhadapan dengan beribu-ribu mayat hanyut.

Gunduzhan menghantar satu mesej mencari Aki Sato, seorang doktor gigi dari Sendai yang belajar di Universiti Ohu di Koriyama. Satu gambar menunjukkan seorang wanita cantik juga dihantar melalui halaman web ini.
“Mencari Aki Sato,” tulis kiriman itu. “Kali terakhir dihubungi selepas gempa bumi tetapi sebelum tsunami”.

Sementara itu, satu lagi kiriman mencari Farima Sato yang menghasilkan berita baik. “Mak ok. Beliau dalam perjalanan pulang ke rumah”.

Palang Merah Jepun dan Antarabangsa juga mewujudkan halaman web yang hampir sama.

Penduduk di Jepun dan luar negara boleh mendaftar nama mereka melalui halaman web atau merujuk kepada senarai manakala mereka di Jepun boleh memaklumkan keluarga dan rakan mereka bahawa mereka selamat dengan menyediakan maklumat untuk dihubungi.

“Beribu-ribu penduduk di Jepun dan di mana-mana terputus hubungan dengan ahli keluarga mereka kerana gempa bumi dan tsunami berkenaan,” kata Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam satu kenyataan.

Satu khidmat dikongsi melalui Twitter membenarkan orang ramai untuk menderma kepada Palang Merah melalui mesej teks dan derma mereka dimasukkan ke dalam bil telefon. – AFP

Rakyat Saudi belum sedia berontak

RIYADH: Rakyat Arab Saudi inginkan pembaharuan dari segi politik dan ekonomi tetapi kegagalan ‘Hari Kemarahan’ yang digesa diadakan oleh aktivis siber menunjukkan mereka belum bersedia untuk memberontak.
Tidak ada laporan mengenai keganasan di negara itu selepas solat Jumaat kelmarin selepas pasukan keselamatan melancarkan operasi besar-besaan bagi menghalang penduduk negara itu menyambut desakan menerusi laman Facebook untuk menunjuk perasaan.

“Saya berpendapat penduduk Saudi bersedia untuk berubah tetapi tidak bersedia untuk memberontak.
“Ini menjelaskan kenapa gesaan supaya diadakan tunjuk perasaan gagal,” kata aktivis hak asasi manusia, Fuad al-Farhan.

Tunjuk perasaan itu dirancang selepas solat Jumaat tetapi kebanyakan masjid lengang tanpa sebarang tanda akan berlaku kekacauan.

Ketegangan hanya berlaku di Al-Qatif, bahagian timur negara itu apabila sekumpulan kecil penduduk menunjuk perasaan menuntut pembebasan tahanan Syiah. - AP

Rakyat Arab Saudi belum sedia protes

Gesaan tunjuk perasaan tak dapat sambutan

RIYADH: Rakyat Arab Saudi sememangnya dahagakan perubahan politik dan ekonomi tetapi kegagalan ‘Hari Kemarahan’ yang digesa aktivis siber kelmarin, menunjukkan mereka tidak bersedia memberontak, kata penganalisis.
Tiada rusuhan dilaporkan di negara itu kelmarin, selepas pasukan keselamatan melancarkan gerakan besar-besaran menghalang penunjuk perasaan daripada mematuhi gesaan Facebook untuk berhimpun di jalanan.

“Saya berpendapat penduduk Arab Saudi bersedia berubah tetapi belum bersedia memberontak. Ini menunjukkan mengapa gesaan untuk bantahan gagal,” kata aktivis hak asasi kemanusiaan, Fuad al-Farhan.

Perhimpunan mendesak perubahan demokratik di negara pemerintahan beraja itu sepatutnya bermula selepas solat Jumaat kelmarin, tetapi masjid kosong tanpa tanda rusuhan, sebaliknya hanya pasukan keselamatan kelihatan berkawal.

Bagaimanapun media melaporkan keadaan tegang berlaku di wilayah timur Al-Qateef, di mana tiga penunjuk perasaan Syiah ditembak mati dan cedera dalam usaha polis menyuraikan demonstrasi, Khamis lalu.

Satu demonstrasi menuntut perubahan dan pembebasan tahanan Syiah juga berlaku pada Jumaat, kata seorang saksi, tetapi tiada laporan mengenai rusuhan.
Farhan menjangkakan gesaan mengadakan protes lain melalui aktivis secara online untuk menggunakan cara sama pada 20 Mac ini.

Penganalisis berkata kebanyakan panggilan untuk demonstrasi yang haram di Arab Saudi adalah berdasarkan luar negara dan tidak mendapat sebarang sokongan tempatan.

Ulama Arab Saudi juga me-nyokong tindakan menghentikan rancangan bantahan berkenaan dan menasihatkan rakyat tidak menyertainya kerana menyifatkannya bertentangan dengan Islam dan menyebabkan huru-hara. – AFP