Saturday, September 11, 2010

CORETANKU 1

Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdullillah...segala puji bagi Allah...selawat dan salam keatas...junjungan besar Nabi Muhammad saw...serta sahabat2 serta isteri2 Baginda Rasullullah saw.Moga2 kita sentiasa dalam keampunan dan kerahmatan Allah swt.
InsyaAllah blog ini akan jadi coretan peribadi...yang tidak berbentuk copy paste seperti diblog2 lain.Tapi mungkin ada sedikit yang penulis copy paste sebagai bukti...pada sesuatu perkara.Mudahan2 juga, coretan penulis boleh menguatkan lagi keimanan serta ketakwaan kepada pelayar2 blog .InsyaAllah.Lebih2 kita dapat berkongsi pengalaman serta ilmu Allah.Kita yang mempunyai sedikit2 sisa2 hidup ini,hendak mengambil peluang ada sekali ni ...sahaja.Jangan kita persia-siakan hidup ini.Sepatutnya setiap saat dan detik kita mengumpul pahala dan memenuhi dengan amalan ibadah kepada Allah swt.

Memang ada diluar sana yang sibuk mengumpul kekayaan kerana inginkan kesenangan  dunia.Jika kita mencebur diri dalam bidang ini sudah tentu kita mempunyai banyak persaingan.Jadi marilah kita mencari jutawaan akhirat atau syurga Allah yang kekal abadi.Dimana keindahan serta keunikan malah kecanggihan yang tidak dapat digambarkan oleh manusia.Perkara mencari akhirat serta takwa...mungkin tiada persaingan...kalau ada pun sedikit...persaingan begini sangat digalakkan..masing2 berlumba2 mencari keredaan Allah.Cuma hendaklah kita berhati2 dengan hasutan syaitan...hingga boleh terjadi sifat riak...ujub dsbnya...atau yang lebih bahaya meninggalkan wajipan2 lain....seperti taat pada ibubapa atau suami bagi yang dah berkawin.Begitu juga tanggung kepada anak2 serta orang2 yang dibawah tanggungan kita.

Jadi ilmu itu wajib dituntut sebelum sesuatu amalan yang hendaklah dilakukan.Amalan yang dibuat tanpa ilmu menyebabkan amalan itu ditolak oleh Allah swt...sekian...InsyaAllah akan disambung..

No comments:

Post a Comment