Thursday, February 24, 2011

CORETANKU 362

SIASAT...JANGAN TAK SIASAT...DAN JANGAN PILIH BULU...SAPE TERLIBAT ...DAKWA...JANGAN BERPILIH2...AKHIRAT TAK SELAMAT JUGA...

Harakahdaily
TEMERLOH, 24 Feb: PAS akan menggunakan pendekatan mesra rakyat sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.
Sehubungan itu, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Hassanuddin Salim menyeru seluruh pengundi di dalam Dun Kerdau supaya menjalani PRK ini dengan semangat kasih sayang.
“Kita sebagai rakyat Dun Kerdau, kita ambil pendekatan dengan semangat Islam dan kasih sayang,” ujarnya ketika berucap selepas diumumkan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di pekarangan Kompleks PAS Kerdau, dekat sini, malam ini.
Beliau yang pernah bertanding pada PRU ke-12 lalu di Dun Kerdau menambah, PAS dan Pakatan Rakyat akan mendekati para pengundi dengan roh Islam semasa berkempen nanti.
Ini, ujarnya sesuai dengan penduduk di Kerdau yang hidup dalam suasana harmoni.
Justeru, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang berkata, jika berlaku sebarang provokasi sepanjang kempen PRK Kerdau bukanlah daripada PAS dan Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu tempatan dijangka mewarnai pilihan raya kecil ini.
Justeru, katanya yang juga Naib Presiden PAS, pihaknya akan menggunakan isu tempatan termasuk kemudahan rakyat semasa berkempen nanti.
Ini, tambahnya kerana banyak janji BN pada pilihan raya kecil Dun Sanggang beberapa tahun lalu masih belum diselesaikan.
"Banyak janji BN gagal dalam kempen dahulu gagal ditunaikan," ujarnya pada sidang media selepas berakhir majlis pengumuman calon PRK Kerdau yang disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Permulaan baik, anak muda sertai PAS di Kerdau
Hashim Abdullah
TEMERLOH, 24 Feb: Penyertaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau mendapat sambutan awal yang amat menggalakkan apabila seramai 15 orang pemuda Kampung Telok Sentang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS.
Borang permohonan keahlian anak-anak muda itu diserahkan sendiri Ketua PAS Cawangan Telok Sentang, Abu Bakar Bakri kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena ceramahnya di kampung tersebut malam tadi.
Menurut Abu Bakar penyertaan golongan muda itu akan menambahkan semangat dan keyakinan PAS cawangan untuk berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihanraya umum yang akan datang.
“Bersyukur kepada Allah di atas penyertaan golongan muda yang memberangsangkan ini dan kami menerima banyak permohonan yang dalam proses pengumpulan maklumat dari golongan muda kampung yang berada di luar,” katanya.
Turut menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Speaker pohon ketepi keputusan kerusi P Klang
Feb 24, 11 8:08pm

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim, telah memfailkan permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Jumaat lepas yang mengekalkan kedudukan Badrul Hisham Abdullah sebagai Ahli DUN Pelabuhan Klang.

Writ itu difailkan menerusi Tetuan Tommy Thomas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam semalam.

Dalam afidavit menyokong permohonannya, Teng, 48, berkata beliau mengalami ketidakadilan yang terlampau akibat penghakiman ingkar tanpa hujahan oleh peguamnya.

Cara pendengaran kes dilakukan khususnya atas dasar 'ex-parte' (sebelah pihak) sama sekali tidak adil, katanya.

Pada 18 Februari lalu, Hakim Datuk Zaleha Yusof memutuskan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong dan Badrul Hisham kekali sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Zaleha membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar hujahan saman pemula Badrul Hisham terhadap Teng yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu berkuat kuasa 16 Jan lalu.

Zaleha juga memerintahkan Teng membayar kos sebanyak RM40,000.

Speaker DUN Selangor itu mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham kemudian memfailkan saman pemula 24 Jan lalu bagi memohon deklarasi bahawa beliau masih menjadi wakil rakyat bagi kawasan Pelabuhan Klang dan mempunyai hak untuk menghadiri persidangan DUN Selangor.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa kerusi tersebut tidak kosong.

Teng memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu pada 11 Feb lalu dengan alasan selaku Speaker DUN negeri, beliau memiliki kekebalan di bawah Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tindakan undang-undang.

- Bernama



SPRM siasat Exco Perak?
Harakahdaily
IPOH, 24 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah diberikan maklumat bahawa salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak baru-baru ini," kata Mohd Munir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Kami juga difahamkan bahawa Exco yang terbabit dalam siasatan SPRM tersebut merupakan ‘orang lama’ yang penting di dalam barisan kepimpinan Datuk Seri Zambry," katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Perak mendesak Datuk Seri Zambry untuk mengesah dan menjelaskan isu tersebut bagi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya. Isytihar harta
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri.

Perkara tersebut bagi membuktikan bahawa semua Exco kerajaan negeri bersih daripada amalan rasuah dan perkara tersebut adalah penting untuk menilai mana-mana pihak agar menunjukkan latar belakang yang bersih.

"Pemuda PAS Perak menunggu respon Datuk Seri Zambry bagi membuktikan perkara tersebut, jika Datuk Seri Zambry gagal mengisytiharkannya sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor, akan menunjukan persepsi bahawa mereka tidak bersih sepertimana yang didakwa," kata Naib Ketuanya, Salman Haji Saleh.

Pemuda PAS Perak, katanya, yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia bagi membuktikan dengan cara mengisytiharkan harta mereka pada bila-bila masa.

Pemuda PAS juga yakin Umno/Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan pelbagai alasan bagi melaksanakan perkara tersebut, katanya.


Protes anti-Taib di Ottawa, London, Isnin depan
Feb 24, 11 3:26pm

Kempen bagi menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semakin mendapat momentum menjelang pilihan raya negeri itu dengan tua demonstrasi dirancang di Ottawa dan London Isnin depan.

Protes itu adalah anjuran Dana Bruno Manser Fund (BMF), sebuah kumpulan pejuang hak pribumi yang berpangkalan di Switzerland, dengan kerjasama pertubuhan alam sekitar antarabangsa, termasuk adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown.

NONERewcastle Brown adalah pengasas laman sesawang Sarawak Report, yang sebelum ini seringkali mendedahkan dakwaan salah-laku dan rasuah Taib serta empayar perniagaannya.

Menurut kenyataan BMF, protes di Kanada dan United Kingdom itu akan diketuai oleh pemimpin pribumi dari Malaysia dan akan diadakan di luar dua syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib di Ottawa dan London.

Kedua-dua syarikat itu - Sakto Corporation di Kanada dan Ridgeford Properties Ltd di London adalah 49 syarikat yang telah disenarai-hitamkan oleh BMF baru-baru ini.
Pemimpin dalam buangan

Protes di Ottawa, dijadualkan pada jam 12pm (Eastern Time, GMT-5), akan diketuai oleh Mutang Urud, seorang pemimpin pribumi dari Sarawak yang tinggal dalam buangan di Kanada sejak awal 1990an.

baram residents demoMutang pada Februari 1992 telah ditangkap dan dikenakan hukuman kurungan berasingan oleh kerajaan Taib kerana mengendalikan Persatuan Penduduk Pribumi Sarawak (SIPA).

Beliau pernah berucap pada Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-47 di New York pada 10 Disember 1992 berhubung nasib pribumi Sarawak yang ditindas.
Protes di London yang dijadualkan pada jam 9.30am (GMT) akan diketuai oleh Rewcastle Brown dan Peter John Jaban.

NONEPeter, seorang penduduk pribumi Sarawak adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah stesen radio bebas gelombang pendek yang bersiaran dari London. Ia memfokus pada cerita-cerita aktivis Sarawak dan perjuangan masyarakat pribumi mempertahankan hak tanah mereka dan juga mendedahkan kepincangan pentadbiran Taib.

Pilihan raya Sarawak disebut-sebut akan diadakan pada April ini kerana hayat dewan undangan negeri itu akan berakhir Julai depan.




Lima pelajar UPM akan diambil keterangan
Feb 24, 11 7:10pm

Polis telah mengenal pasti lima pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terbabit dalam mencetuskan kekecohan di bangunan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di Serdang semalam.

Mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias.

upm scuffle 230211Beliau berkata pihak pentadbiran dan pengawal keselamatan universiti telah membuat dua laporan polis.

"Polis akan menyiasat insiden semalam di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengadakan rusuhan," katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Razak turut meminta pihak luar supaya tidak memanipulasi perkara tersebut dan berharap pihak universiti dan mahasiswa dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 200 pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam bagi memprotes tindakan HEP UPM yang telah menarik balik kemenangan 11 calon Pro-M dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan.

NONEPembatalan itu menyebabkan pelajar kumpulan Pro-M berhimpunan di hadapan bangunan pendtadbiran UPM bagi meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan sebab pembatalan tersebut.

Pintu kaca ke bangunan HEP dilaporkan pecah sementara lima pengawal keselamatan cedera dalam kejadian itu.

- Bernama



Kerdau: MB nafi calon BN beli ijazah
Feb 24, 11 5:00pm

Sekalipun tempoh kempen dan hari penamaan calon bagi DUN Kerdau belum bermula, calon BN sudah pun menjadi penyokong dan parti pembangkang.

NONESyed Ibrahim Syed Ahmad dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui Bernama bagi mengulas perkara berkenaan.

"Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna.

"Biarlah rakyat tahu sendiri," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau adalah lulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.

Syed Ibrahim mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

azlanBeliau diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lepas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika ditemui hari ini turut kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.

"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac depan.



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam penindasan yang berlaku sepanjang pilihanraya kampus baru-baru ini dan mendesak agar satu suruhanjaya bebas dibentuk bagi menyiasatnya.

Penindasan ini berlaku di beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk insiden membakar kain rentang, kes menyimbah cat ke kereta calon serta penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur hasutan yang diterima calon, khususnya Pro-Mahasiswa (Pro-M).

Terkini, pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) pula telah membatalkan kemenangan beberapa calon Pro-M dalam pilihan raya kampus di universiti tersebut.

Walaupun menerima bantahan khususnya daripada pihak pelajar khususnya Pro-M, pihak universiti masih enggan membuat penjelasan sehinggalah ia mengundang campurtangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Kami berpendirian bahawa pihak UPM telah menyalahgunakan kuasa dengan menindas hak asasi mahasiswa," kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung dalam satu kenyataannya.

Selain itu, berlaku juga insiden di mana pegawai keselamatan pihak universiti (UPM) telah bertindak keras terhadap mahasiswa-mahasiswa yang berhimpun secara aman sehingga mengundang kecederaan apabila pintu kaca pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) pecah akibat insiden tolak-menolak antara kedua-dua pihak.

Bagi Suaram, sebagai wadah pemangkin kesedaran demokrasi dan hak asasi manusia di kalangan mahasiswa, pihak universiti tidak sepatutnya bertindak secara keras dan memutusakn sesuatu perkara tanpa perbincangan dan penglibatan pelajar.

Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas demokrasi di kampus dan telah mengabaikan hak asasi manusia, katanya.

Tindakan pihak Universiti yang hanya tahu berjanji tanpa sebaran inisiatif bagi merubah sistem demokrasi di kampus hanya akan meruntuhkan kualiti dan status universiti tersebut, tambah beliau.

Menurutnya, Deklarasi Hak Asasi Manusia dalam artikel ke-19 dan ke-20 menyatakan hak seseorang untuk bebas bersuara dan hak untk berhimpun serta berpersatuan.

Sementara itu, Perlembagaan Persekutuan dalam artikel ke-10 juga member jaminan kepada hak individu untuk berkumpul dan bebas menyatakan pendapat, tambah beliau.

Menurut Yap Heng Lung, pihak universiti sebagai institusi pengajian tinggi seharusnya memahani dan mematuhi artikel yang termaktub dalam perlembagaan deklarasi dan perlembagaan tersebut.

Insiden keganasan dan ketidakadilan yang berlaku di UPM adalah disebabkan proses pengurusan pihak universiti yang kurang telus dan adil malah berada di bawah kawalan kerajaan pemerintah.

Hal ini menyebabkan kumpulan mahasiswa yang bersifat kritikal dan berfikiran progresif selalu ditindas dalam kampus.

"Suaram menuntut pihak pengurusan UPM menghentikan penyalahgunaan kuasa dengan menggunakan pengawai keselamatan kampus untuk bertindak keras terhadap mahasiswa sehingga membawa kepada kecederaan kepada mahasiswa.

"Pengawai keselamatan langsung tidak mempunyai kuasa untuk bertindak keras malahan mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan mahasiswa serta mengawal keadaaan pada masa tersebut," katanya.

Pihak universiti, katanya, harus menarik balik surat bantahan tersebut dan mengambil tindakan terhadap pengawai keselamatan yang bertindak keras termasuk mengambil langkah untuk meletak jawatan pengawal keselamatan tersebut.


Hajjah Ilani Isahak meninggal dunia
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Bekas anggota Parlimen Kota Bharu, Hajjah Ilani Isahak (gambar - Themalaysianinsider) meninggal dunia jam 6.05 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas sekian lama diwadkan kerana kanser payu dara.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama Kebangsaan telah dimasukkan ke HUKM selepas dikesan mengidap kanser payudara tahap ketiga beberapa bulan lalu.

Ketika dikunjungi Harakahdaily Isnin lepas, Hajjah Ilani, menjelang umurnya 58 tahun bulan depan, sudah agak sihat dan boleh duduk di atas kerusi selepas beberapa hari terlantar di atas katil wad pengawasan tinggi itu.

Namun, beliau sudah tidak berapa bercakap berbanding karektor asal beliau dan hanya melemparkan senyuman kepada para tetamunya.

"Maaflah kurang bercakap," kata Hajjah Ilani kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menziarahi beliau ketika itu.

Adik beliau, Dr Amir Farid juga berada di sisinya ketika itu.

"Tak apalah, dia sudah banyak sangat bercakap sebagai ahli politik sebelum ini," kata Dr Amir bergurau tentang kakaknya itu kepada Datuk Mustafa.

"Kami menjaga ibu secara bergilir-gilir," kata anak sulungnya kepada Harakahdaily.

Hajjah Ilani adalah antara anggota Parlimen popular apabila menang di Kota Bharu dalam pilihan raya umum 1990. Ketika itu beliau bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46.

Jenazah beliau akan dibawa ke rumahnya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail tengahari ini dan dijangka akan dikebumikan tengahari ini juga.
Sementara itu, PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah di atas perginya Hajjah Ilani.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau kenal dengan Hajjah Ilani sejak sekian lama termasuk kenal rapat dengan keluarga beliau khasnya Dr Amir Farid.

"Takziah kepada keluarganya, alhamdulillah sempat ziarah beliau ketika di hospital. Kita tidak boleh melawan takdir dan harap semua keluarganya bersabar menerimanya," kata Mustafa.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail juga mengucapkan takziah kepada keluarga Hajjah Ilani.

"Al-Fatihah, Datuk Ilani Ishak meninggal dunia dan takziah kepada keluarga allahyarhamah. Moga ruh dicucuri rahmat," kata Wan Azizah melalui Twitternya.


MP Nibong Tebal masuk parti KITA
Lee Way Loon & Zakaria Hazlan
Feb 24, 11
11:33pm

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penyertaan ahli parlimen Nibong, Tebal Tan Tee Beng ke dalam parti itu.

NONEBercakap dalam satu akhbar bersama Tan di Petaling Jaya hari ini, Zaid berkata, KITA membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi tidak pernah mendapat peluang untuk berbuat demikian.

Manakala Tan pula, ketika menjawab soalan media, berkata bbeliau menyertai KITA kerana beliau percaya parti itu benar-benar mahu membawa perubahan.
Menjawab soalan wartawan sama ada beliau masih boleh dipercayai selepas berulangkali melompat parti - pertamanya meninggalkan Gerakan untuk sertai PKR dan sekarang menyertai parti KITA - Tan menafikan dia seorang pelompat parti.

"Saya tidak lompat, saya dipecat oleh Gerakan, bersama-sama dengan ayah saya yang juga merupakan ahli pengasas (dari Gerakan).

"Apabila saya dipecat, saya tidak menyertai mana-mana pihak sehingga 2007. Hanya ketika itu saya menyertai PKR," katanya.
Tan juga mengingatkan wartawan bahawa beliau tidak menyertai mana-mana parti politik selepas meninggalkan PKR.

"Saya menarik diri dari PKR, saya tidak melompat!" tegas Tan.

Zaid kemudian mencelah, bahawa beliau juga pernah dituduh sebagai katak, tetapi beliau tidak melompat parti, sebaliknya dipecat oleh Umno kerana membantah penggunaan ISA terhadap rakyat.




Gempa bumi di NZ: Seorang rakyat Malaysia hilang
Feb 24, 11 6:52pm

Seorang pekerja wanita rakyat Malaysia dilapor hilang di Christchurch berikutan kejadian gempa bumi Selasa lalu dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Ketua bilik operasi Malaysia di Chirstchurch, Ayauf Bachi, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berumur 30-an itu daripada rakan-rakanya pada hari kejadian.

Wanita yang berasal dari Sarawak itu bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar itu, dan keluarganya telah dihubungi bagi memaklumkan mengenai kehilangannya, katanya kepada Bernama ketika dihubungi untuk perkembangan terkini rakyat Malaysia di sana.

Beliau berkata Pasukan Pertahanan Awam New Zealand yang mengetuai usaha mencari dan menyelamat mereka yang masih terperangkap dan hilang dalam malapetaka itu, telah dimaklumkan mengenai kehilangan wanita berkenaan.

Ayauf, yang juga Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, berkata terdapat 636 rakyat Malaysia di Christchurch, termasuk 390 penuntut dan pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 40 penuntut dalam empat kumpulan hari ini untuk mengetahui bantuan yang perlu disalurkan.

Daripada empat kumpulan itu, tiga kumpulan datang sendiri ke bilik operasi yang ditempatkan di sebuah bangunan hotel di Christchurch, manakala pihaknya turut melawat satu lagi kumpulan yang mengandungi 12 penuntut yang rumah mereka rosak dan pada masa ini tidak dibenar memasukinya.

Ayauf berkata 12 penuntut terbabit kini menumpang dengan kawan-kawan dan usaha sedang dijalankan untuk memberi bantuan sewajarnya kepada mereka.

Angka kematian dalam gempa bumi bermagnitud 6.3 Selasa lalu meningkat kepada 98 orang, dengan 300 orang dilapor hilang.

Gempa itu yang paling teruk melanda New Zealand sejak gegaran bermagnitud 7.8 yang mengorbankan 256 orang di wilayah Hawke''s Bay pada 1931.

Gegaran pada September tahun lalu bermagnitud 7.1 pula memusnahkan 100,000 rumah tetapi tiada yang terkorban.

New Zealand terletak pada "Gegelang Api Pasifik", satu kawasan seismik dan volkanik luas yang menganjur dari Chile ke Jepun di sebelahnya dan ke Indonesia di sebelah lagi.

- Bernama

CORETANKU 361

JANGAN BANGGA DENGAN PERBUATAN TAK BERMORAL...RAKYAT MENILAI....JIKA ITU HAK KELANTAN PULANGKANLAH...JANGAN SAMPAI SENGSARA DIAKHIRAT NANTI...

Zaid Zakaria: Pakatan sudah sedia hadapi PRU 13
Zaid Zakaria

PAS baru sahaja selesai mengadakan konvensyen mengenai isu Melayu untuk menyatakan janji tidak mengabaikan kepentingan Melayu dalam perjuangan politiknya.
Perhimpunan yang diadakan di Shah Alam, Selangor itu memberi isyarat kepada orang Melayu bahawa PAS tidak mengabaikan orang Melayu seperti didakwa oleh seteru utamanya Umno.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut dengan tegas tentang pegangan PAS dalam hal Melayu.
Pada masa yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan dengan tegas bahawa masa depan orang Melayu ialah dengan menyokong perjuangan Islam, dan bukan terpedaya dengan fahaman ketuanan Melayu seperti dibawa Umno.
Pada masa yang sama, Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Kota Sarang Semut, Kedah, sebagai perhimpunan menegaskan semangat perjuangan dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tahun ini.
Dengan tekad mempertahankan negeri Kedah yang dikuasai Pakatan Rakyat, Pemuda PAS sudah memulakan momentum untuk diteruskan bagi menghadapi pilihan raya.
Parti Keadilan Rakyat, PKR, pula telah membina momentum melalui cetusan semangat revolusi di dunia Arab yang sedang menyaksikan satu persatu domino mula tumbang.
Melalui ucapan-ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejatuhan diktator di Tunisia dan Mesir dan masa depan demokrasi di Asia Barat, sentimen yang sama dapat dicetuskan di sini.
Menurut Anwar dalam satu ucapannya, Mesir dan Malaysia mempunyai persamaan dari segi sistem yang dikuasai elit pemerintah.
Dalam satu ucapannya, Anwar mengutuk tindakan diktator-diktator terbabit yang melarikan harta berbilion dolar Amerika Syarikat sedang pada masa sama ramai rakyat yang menderita.
Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, apa yang berlaku jauh beribu batu boleh sampai ke depan masa dalam masa sesaat.
Maklumat yang diperolehi boleh menyentuh sentimen rakyat di negara ini yang berdepan masalahnya sendiri yang merasakan tidak diendahkan oleh pemerintah.
DAP, satu lagi anggota PR kelihatan terus kukuh, sama ada di Pulau Pinang yang menjadi tonggak kekuatannya mahupun di negeri-negeri lain.
Parti ini juga merupakan parti yang tidak tewas dalam pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum ke-12, malah memenangi kerusi Sibu pada Mei lalu.
Apa yang berlaku di Asia Barat mungkin dianggap sesetengah pihak sebagai tidak ada kena-mengena, dan realiti di sana dengan di negara ini berbeza.
Tetapi sekurang-kurangnya tumbangnya pemimpin zalim di Tunisia dan Mesir mampu menyampaikan isyarat kepada rakyat di negara ini bahawa perubahan bukan sesuatu yang mustahil.
Walaupun tidak dengan apa yang disaksikan di Asia Barat, tidak ada apa yang menghalang rakyat negara ini membuat perubahan melalui peti undi.
PR sendiri tentu tidak mahu melihat suasana seperti di Asia Barat itu berlaku di negara ini sehingga menyebabkan timbul suasana yang tidak menentu, selagi masih banyak ruang perubahan boleh dimanfaatkan.

Pakatan tak perlu kabinet bayangan, kata Anwar
Feb 24, 11 10:36am

Pakatan Rakyat tidak perlu membentuk kabinet bayangan kerana jawatankuasa Parlimen yang telah ditubuhkan sebelum ini sudah memenuhi kriteria berkenaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Tidak perlu dibentuk kabinet bayangan kerana kita telah pun mendahului dengan wujudnya jawatankuasa ini yang meneliti isu-isu mengikut portfolio kerja masing-masing," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan 'Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat' bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di Kuala Lumpur, petang semalam.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini yang mencabar parti pembangkang supaya memperlihatkan bayangan Kabinet mereka kepada rakyat sekiranya mereka begitu berhasrat untuk memerintah negara.

azlanKatanya, cadangan Najib itu adalah bukti Umno perakui dan khuatir visi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.

"Secara positif saya melihat pertama kali pimpinan Umno, dulu hanya menolak saja kemungkinan Pakatan mengambil alih Putrajaya, sekarang, pertama kalinya mereka akui ada kemungkinan Pakatan akan ambil alih dan mereka nak tahu siapa barisan pimpinan kita dan menteri-menteri kita," katanya.

"Pilihan kita sekarang ialah membentuk jawatankuasa parlimen yang mengandungi tokoh-tokoh parlimen dan lain-lain bagi meneliti isu mengikut portfolio kerja dan juga institusi, dan ini telah berjalan, laporan telah dibuat dan beberapa aspek diketengahkan," katanya.

Menurut ketua umum PKR itu, maklumbalas dan cadangan jawatankuasa tersebut yang diteliti, digubal sehingga terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat yang memperincikan program mereka dalam 100 hari pertama selepas menawan Putrajaya.

NONEDitanya berkenaan kecekapan jawatankuasa ini, beliau berkata Buku Jingga itu merungkapkan bukti kukuh kecekapan jawatankuasa berkenaan kerana semua pelan dan saranan yang diterbitkan dalam buku tersebut adalah susunan program yang menyeluruh.

"Bagaimana kita mampu menerbitkan Buku Jingga? Ia merupakan satu pelan yang komprehensif digubal dengan maklumbalas daripada jawatankuasa tersebut, jadi kalau kata kerja mereka tak memuaskan tak benar," katanya.



Dinsman: Menunggu kelahiran buku politik Lutfi
Dinsman
Berakhirnya 1998, Tahun Reformasi itu, tiada lagi buku politik hasil tangan Ahmad Lutfi Othman, hinggalah ke hari ini, November 2010. Padahal dalam tahun 1998 itu saja kita sempat membaca tidak kurang tiga buah buku politik hasil karangannya – Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?, Anwar Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dan Malaysia Tanpa Anwar. Sehangat dan serancak semangat dan suasana Reformasi 1998 itu, sehangat dan serancak itulah pula minda dan tangan Ahmad Lutfi bekerja menghasilkan buku politik semasa. Dan sehangat itulah juga isi kandungan buku-buku tersebut, walaupun tidak semestinya membawa jeritan yang sama. Setebal masing-masing 240, 320 dan 320 muka surat, diterbitkan dalam tempoh kurang setahun itu pastilah ia bukan suatu hal yang biasa. Itu sesuatu yang luar biasa, ‘kan!

Tambahan pula pada waktu itu juga dia menjadi Editor majalah Tamadun - sebuah majalah yang mendapat permintaan tinggi pada waktu itu, disebabkan laporannya mengenai fenomena Anwar Ibrahim dan Reformasi. Keluaran September 1998 misalnya (yang lewat dicetak kerana hendak mengisi cerita terbaru Anwar Ibrahim dan Reformasi) mencapai edaran 150 ribu naskah, setelah terpaksa diulang cetak sebanyak tiga kali. Padahal sebelum itu majalah itu hanya dicetak 30 ribu naskah sahaja. Orang mencari Tamadun (dan juga Harakah) waktu itu untuk mendapatkan maklumat terbaru, benar dan berani, mengenai Reformasi dan cerita mengenai Anwar.

Memang itu satu fenomena. Fenomena Reformasi. Dan Ahmad Lutfi Othman yang sedang mencipta nama sebagai penulis buku politik semasa paling prolifik dan diminati waktu itu, berasa tidak cukup sekadar menangkap dan merakamkan fenomena itu di dalam buku dan Tamadun – majalah yang bukan miliknya. Maka pada ketika bahang Reformasi sedang marak membakar itu dia mengambil keputusan berhenti daripada penerbitan Tamadun, dan melancarkan penerbitan sendiri – majalah dwibulanan Detik dan bulanan remaja Wasilah. Demikianlah, barangkali, maka dia berhenti menulis buku. Untuk tumpukan perhatian kepada penerbitan majalahnya.

Dan apabila mencebur diri dalam kancah penerbitan akhbar/majalah, yang mengkritik kerajaan pula, kerenahnya bukanlah kepalang. Daripada urusan perniagaan hingga kepada berurusan dengan pihak berkuasa dalam penerbitan akhbar/majalah, ia meminta perhatian yang cukup besar. Dan apabila minatnya begitu kuat untuk menerbitkan akhbar/majalah sendiri, Ahmad Lutfi Othman sebenarnya bukan sekadar berminat untuk menjadi penerbit akhbar/majalah. Minatnya lebih daripada itu.

Sewaktu di universiti lagi dia memang seorang pejuang. Tidak pernah mengikuti kursus untuk menjadi penulis pun. Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Gurney itu dia mengambil kursus sarjana muda Kejuruteraan Awam. (Entah macam manalah kemudiannya boleh menjadi penulis dan wartawan yang sepertinya itu). Dia aktif dalam kegiatan mahasiswa, sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UTM. Sudah melancarkan konfrantasi terbuka terhadap Anwar Ibrahim (menteri Umno-BN) sejak waktu itu lagi.

Maka apabila dia menjadi pengusaha akhbar/majalah dan menerbitkan majalah sendiri, tetapi terpaksa menyewa permit orang lain kerana kerajaan Malaysia enggan memberikan permit kepada orang sepertinya (walaupun berpuluh kali dia memohon permit majalah dan akhbar), jiwa pejuangnya pun sempat membentuk dirinya menjadi pejuang hak kebebasan menerbitkan akhbar dan majalah. (Sesuatu yang amat jarang terjadi). Dan Detik yang mula diterbitkan sebulan sekali sejak November 1998 dan menjadi dua kali sebulan sejak pertengahan 1999 itu hanya sempat terbit 17 kali sahaja, sebelum diharamkan. Barangkali kerana satu terbitannya yang menyiarkan wawancara dengan Anwar Ibrahim yang diseludup dari penjara. (Keluaran itu dicetak 100 ribu naskah). Namun walaupun diharamkan, Lutfi tidak pernah undur. Dia terus terbitkan edisi tabloid "tak berkala"nya, satu demi satu, dengan pelbagai nama, hinggalah kira-kira 50 judul.

Melihat kembali kisah-kisah itu sahaja pun kita tidak akan hairan lagi mengapa selepas Malaysia Tanpa Anwar itu (akhir 1998 atau awal 1999?) tidak ada lagi karya Ahmad Lutfi Othman yang berupa buku politik semasa. Dia telah beralih ke medan lain, yang barangkali memberikan lebih kepuasan kepada jiwanya – jiwa seorang pejuang yang mahu menegakkan yang hak dan memerangi yang batil dan mungkar. Maka tidak lama berada di medan baru itu dia pun bertemu pula sesuatu yang dijadikannya target perjuangannya – menyiasat, membongkar, mendedahkan dan melapor kepada polis dan BPR (Badan Pencegah Rasuah, sekarang SPRM), di samping laporan akhbar, majalah dan video, terhadap amalan-amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. Waktu itu dia semacam obses dengan isu rasuah Khir Toyo itu, hinggakan dalam satu pilihan raya kecil di Perlis pun, juga di Anak Bukit dan Pendang, Kedah, dia menyebarkan maklumat rasuah Khir Toyo ini dalam kempen-kempen pilihan raya di kawasan berkenaan. Barangkali tidak ada orang lain yang sedemikian komitednya dengan sesuatu isu yang diperjuangkan, seperti halnya Ahmad Lutfi dalam isu tersebut.

Dan pada waktu itulah juga, dia mengalami sakit – yang bukan saja membataskan dan menyempitkan pergerakannya, tetapi juga menyiksanya dengan sejenis penyakit yang doktor pun gagal mengubatinya – dan ini berlangsung selama bertahun-tahun mulai 2001. Syarikat penerbitannya pun akhirnya terpaksa ditutup, (saya pun di situ waktu itu), sebahagiannya disebabkan timbunan hutang yang tak dibayar orang kepadanya begitu besar (kalau sejuta pun, untuk perusahaan seperti itu, tentulah sangat besar, 'kan!). Kisah kembaranya mencari orang yang boleh mengubati penyakitnya pun – "luar biasa" juga. Maka bertahun-tahun jugalah dia tak dapat menulis. Pengalaman pahit yang memanjang itu – tentulah ada hikmah yang besar juga di sebaliknya.

Pertengahan 2004 dia kembali ke persada kewartawanan, dengan menerima tawaran menjadi Editor mingguan Siasah. Dan bermula Februari 2006 menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Harakah hingga kini. Dia pun mulai menulis semula. Kolumnya "Catatan Hujung" sangat diminati pembaca. Ada pandangan dan pemikiran yang agak lain, khasnya dalam hal politik. Sudut pandangannya kadang-kadang yang kita tak terfikirkan. Kesegarannya, dan keberaniannya. Maklumatnya dan ingatannya mengenai peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan politik Malaysia, dengan kejadian-kejadian rasuah, penyelewengan, penipuan, kezaliman, begitu luas dan rinci. Dia mengingatkan hal-hal yang orang mungkin terlupa. Dia boleh jadi orang PAS, tetapi pandangannya kadang-kadang ada yang tidak menyenangkan orang-orang PAS tertentu. Komitmennya terhadap perjuangan PAS memang tidak perlu dipersoalkan, tetapi kadang-kadang ternampak dia seperti lebih memihak kepada profesionalisme kewartawanan.

Selalu juga, dalam saya berjalan-jalan dan bertemu orang-orang baru, apabila menyentuh hal penulis dan penulisan, ada yang memberitahu "saya minat dengan tulisan Ahmad Lutfi Othman". Dan ada yang bertanya, "kenapa dia tak menulis buku lagi?" Ya, stail atau gaya penulisannya yang tersendiri itu, menyebabkan tulisan rencana politik pun boleh menjadi sedap dibaca, dan diminati, macam tulisan kreatif. Itulah kelebihan tulisannya, di samping analisisnya yang tajam, dan kemampuannya membaca masa depan, menyebabkan “Catatan Hujung”nya (yang diterbitkan semula dalam buku ini) selalu dinantikan.

Namun tidak ramai orang tahu – kesihatannya tidaklah sesihat orang yang sihat. Sesekali gangguannya tetap juga memeritkan. Begitupun, seorang aktivis yang pernah aktif dengan pelbagai gerakan itu, Ahmad Lutfi Othman tidak akan berpuas hati dengan hanya melihat hasil kerjanya di lembar-lembar akhbar sahaja. Dia memanfaatkan posisi Ketua Pengarang Harakah itu untuk melancarkan beberapa gerakan kebajikan, seperti mengaktifkan tabung bantuan ISA dan menjelajah negara mencari mangsa-mangsa kezaliman ISA untuk diberikan bantuan, di samping Tabung Kebajikan Harakah yang biasa. Dan pada awal tahun ini doktor mengesahkan bahawa dia memang tidak sihat. Saluran jantungnya tersumbat dan perlu dibersihkan. Mulanya dikira cukup dengan jalan angioplasti, tetapi setelah tiga kali angioplasti didapati dia memerlukan pembedahan sebenar. Alhamdulillah, beberapa bulan setelah pembedahan itu pembaca Harakah pun menjadi ceria dan gembira menyambut kembalinya “Catatan Hujung” ke halaman 31. Tetapi ... rupa-rupanya derita yang dianggap sudah berakhir itu entah bagaimana masih juga belum berakhir. Dia masih perlu diperhatikan lagi oleh doktor bedahnya.

Dalam mesejnya kepada saya meminta tulis sepatah dua kata pengantar ini dia berkata: "Harap dapat semangat untuk tulis buku kembali." Sebenarnya bagi saya itu bukanlah harapan dia, tetapi itulah harapan masyarakat pembaca negara ini yang sangat memerlukan tulisan analisis politiknya yang bukan saja bernas, tajam dan segar, tetapi juga yang "berani berkata dan bertindak benar" walau apa pun risikonya, selagi ia tidak menyalahi panduan Allah dan Rasul-Nya. Semoga Allah mengurniakan dia kesihatan! Amiin ...

-----------
Tulisan ini merupakan kata pengantar Dinsman dalam buku Catatan Hujung, Ahmad Lutfi Othman, terbitan Kemilau Publika, yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.


Jaminan PAS kepada Melayu
Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my

Sekitar tujuh abad yang lalu, orang-orang Melayu di Nusantara, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, majoritinya beragama Hindu.

Selepas itu Islam mula tersebar dengan kunjungan Laksamana Cheng Ho di Kelantan dan Terengganu. Parameswara di Melaka turut memeluk agama Islam.

Walaupun Melayu itu bangsa dan Islam agama, tetapi sejak kedatangan Islam, secara umumnya identiti orang-orang Melayu sangat sinonim dengan Islam.

Sehingga dikatakan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Begitu kuatnya jalinan dan gabungan Melayu-Islam, sehingga ia berjaya membentuk suatu identiti yang tersendiri.

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu berpaksi budaya dan bahasa, selain menjadi rakyat yang setia kepada Raja yang memerintah.

Kehadiran Islam di Nusantara mengangkat martabat bangsa Melayu. Menjadikan mereka bangsa yang mulia dan disegani. Sinonimnya Islam dengan Melayu bak kata pepatah 'irama dan lagu terpisah tiada.'

Namun bangsa Melayu, sama juga bangsa-bangsa yang lain. Ia mempunyai kepimpinan dan kepimpinan itulah yang mencorakkan hala tuju sesuatu bangsa.

Era bangsa Melayu yang bangkit menentang penjajah British untuk memerdekakan Malaya kebanyakannya dipelopori oleh ilmuan agama dan golongan bangsawan yang kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Ilmuan dan bangsawan inilah sebenarnya yang benar-benar memperjuangan masa depan agama, bangsa dan negara.

Namun, amat malang bagi orang Melayu, apabila atas nama nasionalisme, British menaja sebuah parti yang kononnya memperjuangkan masa depan orang Melayu.

Penjajah menganiaya, menangkap, membunuh dan membuang daerah ulama-ulama yang bangkit menentang penjajahan, manakala golongan berpendidikan Barat ditabalkan menjadi peneraju dalam negara.

Umno yang diberi mandat meneraju negara mula melaksanakan dasar-dasar yang menuruti kehendak penjajah. Mereka menggubal Perlembagaan yang mengetepikan kepentingan bangsa Melayu dari sudut Islam. Umno menghapuskan sistem pembelajaran jawi yang menjadi asas pendidikan Melayu sejak ratusan tahun kepada ejaan rumi.

Umno mengubah sejarah di sekolah-sekolah, bahawa kononnya mereka adalah pejuang tulen nasionalis Melayu yang membebaskan negara dari penjajahan British. Walhal tercatat pada sejarah dunia, bahawa Umno mendapat tampuk kuasa dalam negara secara red-carpet.

Akibat dari penipuan dan pemesongan sejarah di peringkat awal inilah yang sebenarnya berjaya membentuk minda orang-orang Melayu, bahawa Umnolah pejuang tulen Melayu, jika tiada Umno, tiadalah Melayu akan berjaya.

Fahaman khurafat ini seharusnya dihapuskan. Lihatlah apa pencapaian Melayu selepas lima puluh tahun Umno berkuasa? Yang kaya raya dan mendapat laba besar adalah segelintir orang Melayu yang akrab dengan Umno.

Pemimpin-pemimpin Umno hidup mewah kaya raya kerana apa? Kerana mereka mengamalkan rasuah, mengamalkan nepotisme dan kronisme. Mereka memperkayakan diri dan keluaga dengan meratah 'titik peluh rakyat'. Wang rakyat dan kekayaan ekonomi negara dimilik peribadikan pemimpin-pemimpin Umno.

Justeru akibat laba dan lalai, mereka mengetepikan kemuliaan agama Islam, memperjudikan nasib bangsa, malah sampai ke peringkat menggadai kedaulatan negara.

Maka, pada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno sudah tidak layak lagi menjadi payung kepada orang-orang Melayu.

PAS sedia menampilkan diri menjadi pengganti Umno di kalangan orang-orang Melayu. Betapa PAS yang ditunjangi majoriti Melayu yang istiqamah dengan Islam, begitu yakin ianya mampu memberikan jaminan terbaik kepada orang-orang Melayu.

Pada Konvensyen Pengupayaan Bangsa 19 Februari 2011 di Shah Alam, PAS menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang-orang Melayu, mudah-mudahan Melayu yang peka akan berfikir untuk menolak Umno dan menggantikannya dengan PAS. Insya-Allah.



Kerdau: MB sanggup bantu tampal 'isyarat tangan'
Feb 24, 11 12:09pm

Apa isu di Kerdau?
Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.

NONE"Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin" katanya.

Adnan berkata BN akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah mereka.

Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab. Selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu "isyarat tangan" yang dianggap lucah yang dikaitkan dengan beliau semasa kempen pilihan raya kecil Sanggang pada tahun 2000, Adnan secara sinis berkata PAS dialu-alukan menggunakan "isu lama" itu.

Secara berseloroh, Adnan berkata beliau sendiri sanggup membantu PAS menampal gambar beliau menunjukkan "isyarat tangan" itu di pokok-pokok sekitar Kerdau.

NONEDalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, BN akan diwakili Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau dan juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang.

Berdasarkan calon BN yang disifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang "bukan sahaja boleh menang tapi cemerlang itu", Syed Ibrahim, dilihat tidak akan menerima "serangan peribadi" daripada parti lawan.

Dalam tinjauan rambang Bernama, beberapa penduduk dan pengundi menyifatkan pemilihan Syed Ibrahim sebagai keputusan terbaik memandangkan beliau bukanlah nama asing bagi penduduk kawasan berkenaan.

Malah beliau dilihat dekat di hati warga peneroka terutamanya di tiga kawasan Felda - Felda Jengka 22, 23, dan 24, yang hampir separuh pengundi di kawasan DUN itu datangnya dari kawasan berkenaan.

Syed Ibrahim sering mengadakan ceramah agama di masjid-masjid di Kerdau sekaligus memperlihatkan beliau seorang yang berkualiti sebagai pemimpin akar umbi.

azlanNaib Ketua Umno Cawangan Kerdau, Abdul Rahman Abdul Rashid, juga menegaskan tiada isu besar di Kerdau kerana kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program pembangunan di situ sejak dahulu lagi.

Beliau berkata semua kampung tradisonal termasuk kawasan Felda mempunyai
rangkaian jalan bertar, balai raya, dewan, masjid dan surau.

Malah, sebuah perkampungan Orang Asli disitu juga telah dibekalkan dengan kemudahan elektrik dan air paip 24 jam.

Mengenai pemilihan Syed Ibrahim, Abdul Rahman berkata ia adalah pilihan tepat kerana Syed Ibrahim mampu menjadi wakil rakyat yang baik untuk membantu penduduk di situ.

Setiausaha PAS Pahang Roslan Zainal berkata sekalipun Kerdau dilihat sebagai kubu kuat BN, PAS yakin akan mendapat sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

"PAS telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan, dan sebahagian besar adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah dan penjawat awam," katanya.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supportersBeliau berkata sekalipun BN beranggapan PAS tidak dapat membangkitkan isu-isu tempatan, parti itu akan mengutarakan beberapa isu nasional untuk menarik pengundi.

"Berdasarkan trend politik sekarang serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan tetap mendapat sokongan pengundi kawasan berkenaan. Apa pun kita tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional," kata Roslan.

Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, daripada BN pada 12 Feb lepas. Dalam pilihan raya umum lepas, beliau menewakan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.

- Bernama

PAS mampu buat kejutan di Kerdau
Hafiz Baqi dan Khairil Abd Rahim
Bagi sesetengah aktivis PAS di Pahang, pilihan raya kecil (di negeri itu) bagi mereka lebih baik tiada daripada ada.
Selepas beberapa pilihan raya kecil silih berganti dan berpindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, sesetengah aktivis PAS dari negeri itu kalau ditanya bila pula di Pahang, jawapan mereka boleh dikatakan hampir sama: "Harap-harap jangan ada Yang Berhormat Pahang meninggal dunia."
Beberapa faktor dipercayai menjadi sebab timbulnya kebimbangan seperti itu dalam kalangan aktivis PAS Pahang.
Salah satunya ekoran kecemerlangan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam pilihan raya umum lalu iaitu ketika di negeri-negeri lain, BN dikejutkan dengan pencapaian luar biasa parti-parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Rakyat.
Selain itu, kewujudan tanah-tanah rancangan Felda yang begitu banyak di Pahang, sosio-budaya masyarakat khususnya masyarakat Melayu tradisonal negeri itu dan prestasi PR Pahang yang dikatakan kurang memberangsangkan turut menjadi faktor tambahan mengapa ada kalangan aktivis PAS Pahang tidak gembira jika berlaku pilihan raya kecil di negeri mereka.
Bagaimanapun bagi aktivis-aktivis tersebut, PRK tidak boleh lagi menjadi mimpi ngeri atau iguan buruk kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh membuang undi manakala 26 Febuari sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya Kerdau - sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terletak dalam Parlimen Kuala Krau, Pahang.
Kerusi Dun Kerdau kosong ekoran Adunnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang 12 Februari lalu akibat serangan jantung selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya.
Malangnya, ketika ada kebimbangan aktivis PAS Pahang jika berlakunya pilihan raya kecil di negeri mereka, PAS negeri itu bukan sahaja perlu berhadapan dengan “sekadar pilihan raya kecil” tetapi satu yang dilihat sangat penting khususnya kepada PAS dan juga PR.
Kerdau ditakdirkan ketika graf prestasi BN dalam pilihan raya kecil berada dalam situasi menaik setelah mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam beberapa pilihan raya terakhir sebelum ini.
Kurang sebulan lalu, BN baru sahaja meraikan kemenangan mereka di Tenang, Johor dengan majoriti yang lebih besar menewaskan calon PAS.
Situasi yang sama turut dihadapi oleh PAS Melaka yang bakal berhadapan dengan satu lagi PRK di Dun Melimau pada tarikh yang sama.
Justeru, sama ada bersedia atau tidak, Kerdau dan Merlimau boleh dikatakan menjadi benteng terakhir kepada PAS untuk menyekat momentum BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti dengan jumlah yang besar untuk dijadikan mesej politik kepada rakyat Malaysia sebelum pilihan raya umum akan datang.
Dalam menghadapi situasi ini, Kerdau sebenarnya mempunyai potensi sangat baik kepada PAS untuk melaksanakan misi tersebut berbanding Merlimau yang dikatakan lebih sukar untuk PAS membuat kejutan dalam tempoh dua minggu sahaja lagi.
Dun Kerdau wujud hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun 2003.
Jika sebelum ini Kerdau dalam Parlimen Temerloh, kini di bawah Parlimen Kuala Krau. Istimewanya Dun Kerdau ialah kerana kawasannya meliputi kedua-dua belah tebing Sungai Pahang.
Di sebelah pekan Kerdau kawasan mengundi menjajar sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Desa Murni hingga ke Kuala Tekal. Sementara di seberang sebelah lagi Sungai Pahang, kawasannya menganjur dari Kampung Badok hingga ke Rumpun Makmur di seberang pekan Kuala Krau.
Walaupun timbul kebimbangan dalam kalangan aktivis PAS ekoran senario politik di Pahang, Kerdau sebenarnya menyediakan medan terbaik kepada PAS untuk memberi tentangan paling sengit kepada BN dalam Dun yang mereka kuasai dan negeri yang dikatakan antara kubu kuat mereka.
Daerah itu sendiri menyediakan banyak kelebihan kepada PAS yang hanya perlu dilihat lebih halus dari pelbagai aspek untuk digarap dengan baik seterusnya dijadikan bahan kempen pilihan raya, ia termasuklah aspek geografi, sejarah dan sentimen masyarakatnya.
Kisah stesen keretapi Kerdau, bangunan usang pekan Kerdau dan perkembangan mutakhir kampung-kampung tradisi serta penduduknya dalam daerah itu sebenarnya langsung tidak memberi kelebihan kepada BN sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun.
Manakala isu-isu tempatan yang dikatakan paling signifikan dalam sebuah pilihan raya kecil berbanding isu-isu bersifat nasional atau antarabangsa juga tidak kurang banyaknya di Kerdau.
Beberapa projek gagal di Gunung Senyum yang terletak dalam Dun Kerdau seperti 100 ekar tanaman nangka madu, projek ayam kampung dan ladang durian misalnya cukup kuat untuk dimanfaatkan memujuk pengundi supaya mengangkat calon daripada PR pula sebagai wakil rakyat mereka.
Begitu juga dengan masalah harian penduduk yang sudah berlarutan sehingga melampaui belasan tahun. Masalah air, rumah terbengkalai dan jalan rosak sentiasa menjadi perbualan dari masa ke semasa penduduk kawasan ini.
Selain itu, tiga kawasan Felda dan sebuah Fecra yang terdapat dalam Dun Kerdau tidak lagi dilihat sebagai benteng kebal BN khususnya dalam mendapatkan undi orang Melayu yang mendominasi 90 peratus pengundi daerah itu.
Lebih dari itu, kewujudan penempatan masyarakat peneroka ini sewajarnya menjadi kelebihan besar kepada PAS yang selama ini mengangkat isu Felda sebagai agenda penting dalam perjuangan parti.
Melalui Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah serta Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diterajui salah seorang pimpinan pusat PAS tentulah tidak sukar kepada PAS dan PR menyusun isu demi isu sepanjang tempoh 10 hari yang diberikan oleh SPR.
Tambahan pula, Pahang merupakan antara kawasan Felda yang menjadi tumpuan Anak selama badan itu ditubuhkan.
Difahamkan, kebangkitan masyarakat Felda yang diuruskan oleh Anak dalam menuntut hak-hak mereka lebih ketara di Pahang berbanding negeri lain - selain sebahagian besar aktivis anak sendiri merupakan kalangan peneroka ataupun anak-anak peneroka di Pahang.
Justeru, BN yang akan diwakili Umno sudah pasti tidak mampu duduk dengan selesa sehingga 6 Mac depan dengan pelbagai beban isu yang perlu dijawab mereka dan PAS pula mampu membuat kejutan sekiranya dapat mengunakan semaksimanya segala sumber dan jentera yang mereka ada bersama sekutunya, PKR dan DAP.
Sementara itu, dalam tinjauan awal Harakahdaily, Pekan Kerdau sudah mula sibuk dengan petugas-petugas parti yang melaksanakan kerja-kerja awal pilihan raya. Pekan Kerdau dan kawasan-kawasan sekitarnya sudah mula bergentayangan dengan petugas-petugas parti yang bertanding.
Bilik-bilik hotel yang berhampiran (bandar Temerloh dan Mentakab) sudah penuh tempahannya sementara warung-warung makan sudah mula luar biasa larisnya.
Penyokong-penyokong parti bertanding dijangka akan berkunjung ke sini lebih ramai lagi dalam masa terdekat ini kerana lokasinya hanya sekitar 5 kilometer daripada susur keluar Tol Temerloh, melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Kali terakhir berlaku pilihan raya kecil di situ ialah pada tahun 2000, ketika itu pekan Kerdau termasuk dalam Dun Sanggang yang kematian Adunnya Datuk Abdullah Kia.
Kerdau mempunyai jumlah pengundi seramai 9,082 orang berdasarkan buku daftar pengundi terbaru SPR. Daripada jumlah tersebut terdapat 8,182 orang pengundi Melayu (90.09 peratus), Cina 466 orang (5.13 peratus), India 166 (1.82 peratus) dan Orang Asli 268 (2.95 peratus).
Terdapat 13 Unit Pusat Mengundi di Kerdau meliputi kawasan pinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama serta tiga Tanah Rancangan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25.
Pada pilihan raya umum 2008 BN menang dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN mendapat 4,135 undi berbanding calon PAS Hasanuddin Salim yang memperoleh 2,520 undi.
Walau bagaimanapun keputusan tersebut dilihat satu kejayaan buat PAS kerana merendahkan undi BN sebanyak 950 undi daripada majoriti 2,565 undi yang diperolehi BN pada 2004.

Kelantan vs Petronas: Keputusan mencelah 22 Mac
Feb 24, 11 3:01pm

Kerajaan Persekutuan mahu menjadi sebagai pencelah dalam saman yang difailkan kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai royalti minyak.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 22 Mac untuk mendengar permohonan kerajaan untuk menjadi pencelah dan dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman itu.

Hakim menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam Alan Gomez yang mewakili kerajaan negeri Kelantan, peguam Rishwant Singh yang mewakili Petronas dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili kerajaan semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Nov lalu, antara alasan yang dikemukakan oleh kerajaan Malaysia ialah kerajaan Malaysia wajar dijadikan defendan dalam kes ini, supaya semua perkara yang dipertikaikan boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan dan selengkapnya.

Ia juga agar persoalan dan isu-isu perundangan yang berbangkit atau berhubung dengan relif yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan adalah adil dan sesuai diputuskan antara kerajaan Malaysia dan Petronas.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak.

Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.

Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas.

Zunar: Contohi Bob Lokman, buang budaya takut
Zunar
Saya mengucapkan syabas dan mengalu-alukan penyertaan pelakon/pencipta lagu Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman ke dalam Pakatan Rakyat melalui PAS.

Seperti dimaklum, iklim seni dan budaya di Malaysia berada ditahap paling lekeh dalam soal hak asasi dan hak berpolitik. Karyawan dan aktivis seni sering dimomokkan tentang risiko yang akan ditanggung sekiranya menyokong atau menyertai Pakatan Rakyat.

Pelakon diugut disenarai-hitamkan oleh stesen-stesen TV, penyanyi dipulau oleh syarikat rakaman, aktivis teater pula dilarang mementaskan karya di Istana Budaya dan sebagainya.

Telah puluhan tahun momokan ini membelenggu fikiran golongan artis ia turut memandulkan kreativiti golongan artis. Ia memerlukan seorang yang berjiwa besar untuk merentas jalan memecahkannya dan Bob Lokman telah membuktikan.

Apa yang perlu sedari oleh golongan artis ialah tiada siapa berhak menghalang mereka untuk berpolitik.

Dengan menyertai Pakatan Rakyat Bob Lokman telah melaksanakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk menyertai parti pilitik pilihannya.

Beliau akan tetap berhadapan risiko dan aparat pemerintah dan saya percaya perkiraan itu telah diteliti beliau sebelum membuat keputusan.

Saya berharap lebih ramai golongan karyawan tampil mengikut jejak langkah Bob Lokman kerana hanya dengan cara itu ia berupaya merobek budaya takut yang menghantui mereka.

Bahkan mutu seni budaya negara yang selama ini suram akan kembali subur sekiranya ia dikerjakan oleh mereka-mereka yang berfikiran bebas.

Selamat berjuang Bob Lokman. Apa yang saya harapkan, beliau akan terus giat memperkembangkan karya-karya seni dengan lebih bernutu setelah menjejak kaki ke 'daerah perjuangan'.
Karya-karya Shahnon Ahmad, A Samad Said, Dinsman, Hishamuddin Rais, Meor, Pyan Habib dan sebagainya diangkat dan dihormati setelah mereka memilih berjuang bersama rakyat.

Mengapa Pakatan mesti selamat ekonomi Melayu
Dr. Dzulkefli Ahmad
Ini sebahagian dari sebab mengapa PAS mesti mengambil peranan menjelaskan kepada rakyat mengapa orang Melayu khususnya bahkan negara akan terus ketinggalan, andainya PAS/Pakatan Rakyat tidak dedahkan lantas segera menyelamatkan negara.

Kerana pengabaian dan pengkhianatan terhadap Melayulah maka PAS terpaksa mendepani kebejatan pengurusan kewangan pembangunan tempang ini. Umno mendodoikan Melayu dengan Ketuanan Melayu-Umno tetapi sebenarnya memperkayakan segelintir kroni dan memangsakan rakyat teramai khususnya orang Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammed Arif, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selepas 3 dekad perlaksanaan DEB dan penyelewangannya, 75% daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah paras RM2,000 sebulan ialah kaum bumiputera.

Sementara itu terdapat 40 peratus dari rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan isi-rumah kurang dari RM1500 sebulan. Tegasnya, Melayu kaum yang menjuarai kelompok berpendapatan rendah.

PM Najib sendiri mengakui bahawa dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan untuk kaum Bumiputera, pegangan saham itu menjunam kepada hanya RM2 bilion kerana kelompok yang diberikan saham ini menjualnya ke pasaran saham (The Sun, 30 Jun 2009: PM Frees Up Economy).

Dalam ucapan yang sama Najib mendedahkan bahawa yang menerima saham bumiputera ini bukanlah orang Melayu biasa tetapi Datuk Sri dan Tan Sri kata beliau.

Inilah secebis kisah tentang kebanggaan pegangan 30 peratus ekuiti Melayu yang diperjuangkan Umno sekian lamanya, yang antara lainnya menjadi punca mengapa ekuiti Melayu itu berada pada tahap 19 peratus.

Melayu manakah yang kaya-raya serta kelompok jutawan-bilionair dan bagaimana kekayaan mereka itu mereka perolehi?

Kepupusan tanah rezab Melayu, contoh pengkhianatan Umno kepada orang Melayu berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 hektar pada tahun 1995.

9 ribu hektar tanah rezab Melayu ditukar menjadi di Selangor ditukar menjadi bukan tanah rezab Melayu. Apakah nasib 39000 penduduk di Kampong Baru ketika Rancangan Pembangunan KL 2020 dilaksanakan?

Hutang awam (kerajaan Pusat) telah meningkatkan ke paras 53.7 peratus KDNK atau RM362 bilion, sementara hutang isi-rumah bagi menunjukkan tahap ’stress’ kepada rakyat awam telah sampai ke peringkat 76.6 peratus (RM 466 bilion) KDNK (2010) berbanding 63.9 peratus KDNK tahun lalu (2009), yang tertinggi di Asia.

Bagaimana pula dengan hutang tak berbaya (NPL) dalam waktu terdekat nanti? Peratus Melayu dan golongan bawah 35 tahun?

Defisit Belanjawan telah memasukki tahun ke 13 dan dianggarkan akan terus melebar tahun 2011 (5.6-6%) sekaligus menjadi risiko tentang penarafan negara dan risiko kebankrapan seperti negara Greece dan Ireland.

Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli dan pendapatan boleh berbelanja rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Gaji purata bagi pekerja Malaysia hanya menokok sebanyak 2.6 peratus antara 2000-2010 berbanding gaji purata seluruh dunia yang meningkat pada kadar 3.2% (Sumber Bank Dunia).

Rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga kos barangan keperluan harian akibat inflasi samada dari luar (inflasi diimpot) mahu pun akibat dari tekanan inflasi akibat penarikan semula subsidi atas bahan bakar petrol dan diesel, gula dan gas. Subsidi RM9 bilion keal kepada IPP.

Paling mutakhir laporan Global Investment Integrity (GFI, 2000-2009) melaporkan sebanyak RM888 bilion mengalir keluar secara haram (illicit outflow) dan Malaysia duduk ditangga ke-5 teratas dalam pengaliran dana secara haram ini sekaligus menafikan negara menggunakan wang ini untuk pembangunan dan pelaburan untuk rakyat.

Sedikit waktu dahulu The Star melaporkan bahawa negara mengalami kebocoran sistem penghantaran akibat rasuah dan pengurusan timpang dan tiris sebanyak RM28 bilion setahun mengikut Laporan Ketua Audit Negara.

Pembabitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Umno samada yang masih memegang jawatan mahupun telah menjadi mantan, tetap mengesahkan kritikan kami bahawa Umno sememang sarat dengan amalan rasuah seperti yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir.

Senarai semakin panjang dan jumlah semakin meningkat pada setiap perlakuan. Begitu juga hal-hal projek terbengkalai ada-ada sahaja penglibatan orang politik yang memangsakan rakyat lemah.
Dakwaan terhadap pimpinan tertingginya bersabitan komisyen perolehan kapal selam scorpene masih lagi dalam siasatan di Mahkamah Perancis. Apakah ini juga termasuk dalam statistik GFI?

Pembangunan ekonomi negara dalam kerangka pemikiran PAS (dan Pakatan) akan dipacu secara mampan dengan sentiasa menjadikan pengembangan ekonomi berteraskan-rakyat atau ’people-centric development’ dan tidak sekadar projek mega yang mengutamakan kroni dan pihak tertentu atau ’crony-centric’.

(Bersambung)

CORETANKU 360

INGAT MATI...SAMPAI BILA NAK BERKUASA...KITA MEMINJAM ATAU MENGGUNA HAK ALLAH...ALLAH BOLEH AMBIK BILA2...BERTAUBAT DAN BERTAQWALAH




Pakatan Rakyat anjur bantahan anti-Gaddafi esok
Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Feb 24, 11
6:08pm

Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

NONESekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.

Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

NONEPerhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian.

Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya.

NONE"Semua orang patut hadir esok bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa,” kata Mohamad.

Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu.

Mereka membakar potrait diktator yang telah berkuasa lebih empat dekad lalu pada protes lebih dua jam itu sebelum diarahkan oleh polis supaya bersurai.

Tentera bedil masjid

HANGUS...seorang lelaki di kawasan kenderaan yang musnah terbakar   di Tobruk, Libya.
HANGUS...seorang lelaki di kawasan kenderaan yang musnah terbakar di Tobruk, Libya.
BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.
Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.


Tentera

Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.

Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar ‘membebaskan’ Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.


Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya ‘pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.’
“Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan,” katanya.

Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam.
Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.

“Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu.

Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.

“Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini,” katanya.

Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.

“Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik,” katanya.

Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean.

“Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain,” katanya.

Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu. — Agensi

upahan Gaddafi bedil masjid


BEBERAPA penunjuk perasaan berdiri di depan sebuah bangunan tentera upahan yang musnah di Benghazi, Libya semalam.


BENGHAZI, Libya - Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi membedil sebuah masjid di Zawiya, dekat Tripoli semalam.
Menurut beberapa saksi, sebuah menara masjid itu dibedil dengan menggunakan peluru berpandu antipesawat selain ditembak dengan senjata automatik.
Serangan itu ditujukan kepada sekumpulan penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan masjid berkenaan.
Gaddafi turut menyatakan dalang kebangkitan rakyat di Libya adalah disebabkan oleh ketua pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat, Osama bin Laden yang memimpin pergerakan Al-Qaeda.
Beliau membuat kenyataan itu menerusi telefon kepada sebuah stesen televisyen di negara tersebut.
Sementara itu, penduduk tempatan telah memusnahkan sebuah bangunan yang digunakan oleh tentera upahan Gaddafi bagi memerangi penentangan di bandar Benghazi, timur Libya.
Bangunan tersebut rosak teruk dengan banyak dindingnya kini pecah.
Terdapat juga tulisan berupa kecaman terhadap Gaddafi antaranya Libya kini bebas dan Hapuskan Muammar.
Seorang peguam di sini berkata, satu jawatankuasa keselamatan telah ditubuhkan oleh orang awam pada Isnin lalu selepas bandar ini jatuh ke tangan penduduknya.
Menurutnya, jawatankuasa itu telah menangkap 36 tentera upahan dari Chad, Niger dan Sudan yang diupah oleh tentera Gaddafi untuk berperang di bandar ini.
Beberapa traktor dan jentera pengorek telah digunakan untuk memusnahkan bangunan itu.
"Walaupun mereka (pemerintah) membawa semua tentera upahan dari seluruh dunia, kami tetap akan teguh berdiri dan berperang demi negara kami," kata seorang penduduk Aowath Hussein Sady, 45,
"Rakyat Libya kini bersatu," tambahnya.
Menurut salah seorang penduduk, Gaddafi membelanjakan banyak wang untuk membiayai pemberontakan di Uganda, Burkina Faso dan Chad ketika penduduk Libya ramai yang miskin.
Gaddafi kini berdepan dengan kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya semalam hampir 42 tahun.
Kebangkitan rakyat itu didorong oleh kejayaan rakyat Mesir berhimpun di Kaherah sehingga mengakibatkan Presidennya Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.
Kelmarin, Menteri Luar Itali, Franco Frattini menganggarkan angka kematian di Libya akibat pertempuran antara tentera dengan penunjuk perasaan mencecah sehingga 1,000 orang.
- Agensi

Keganasan rejim Libya didedah

2011/02/25

pix_gal0
Gaddafi izin tentera tembak sesuka hati

PARIS: Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli.

Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita.
“Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun,” kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya.

Awalnya, angka korban itu didedahkan oleh ketua protokol Muammar Gaddafi, Nouri el-Mismari, sambil menambah lebih 600 daripada mangsa terbunuh di Tripoli.
Mismari yang berkunjung ke Perancis lewat tahun lalu atas alasan kesihatan, berkata pemberontakan itu setakat ini menyebabkan ‘lebih 1,000 orang maut di seluruh Libya’ namun tidak menjelaskan sumber anggaran.

Selasa lalu, rejim Libya berkata, 300 orang terkorban dalam bantahan, namun Persekutuan Hak Asasi Antarabangsa (IFHR) pula melaporkan sekurang-kurangnya 640 orang maut.

“Keadaan ini amat serius, rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun. Ini adalah kebangkitan menamatkan pemerintahan Gaddafi. Malah, sokongan kepada Gaddafi tidak sampai lima peratus,” kata Mismari.
Anggota puak yang menyokongnya tidak ‘berjuang untuk Gaddafi tetapi untuk diri mereka,’ tambahnya.

Mismari juga mendakwa, askar upahan yang melakukan pembunuhan terhadap rakyat Libya secara besar-besaran.

“Mereka tembak membabi buta sementara tentera udara tidak akan menembak rakyat,” katanya lagi.

“Gaddafi amat bertuah jika mati. Jika tidak, rakyat mahukan beliau dibicarakan seperti Saddam Hussein.”

Rejim Gaddafi kehilangan kawasan meluas di timur Libya terhadap pemberontakan itu, ia muncul kelmarin ketika Barat bersiap sedia untuk mengeluarkan rakyatnya secara besar-besaran daripada ‘pertumpahan darah’ di negara Afrika Utara itu.

Katanya, Gaddafi memakai baju kalis peluru di sebalik pakaiannya dan alat perlindungan di bawah serbannya ketika berucap di televisyen Selasa lalu apabila beliau mengarahkan pasukan keselamatan menyuraikan pemberontakan. – Agensi

Gaddafi arah serang balas penentang


2011/02/25

BENGHAZI: Anggota keselamatan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, melancarkan serangan balas semalam, ketika kumpulan pemberontak terus meningkatkan ancaman terhadap kedudukan beliau dengan menawan beberapa bandar penting berhampiran ibu negara, Tripoli.

Kebimbangan terhadap kemungkinan perang saudara besar-besaran di negara Afrika Utara itu mendorong pelbagai negara termasuk Kanada dan China menyewa feri dan pesawat untuk membawa keluar rakyat mereka, walaupun masalah komunikasi berlaku dan keganasan berterusan.
Beribu-ribu warga asing memenuhi lapangan terbang Tripoli dengan harapan dapat meninggalkan Libya yang kacau bilau, manakala mereka yang berjaya keluar menyifatkan keadaan semakin buruk dengan makanan dan bekalan air kian berkurangan.

Pemimpin dunia mengecam serangan balas berdarah dilakukan Gaddafi bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang memecah-belahkan Libya, manakala Presiden Amerika Barack Obama ketika membuat ulasan pertamanya, mengecam tindakan itu sebagai ‘memalukan’ dan ‘tidak boleh diterima sama sekali’.

Obama juga mengarahkan pentadbirannya bersedia dengan pelbagai pilihan termasuk kemungkinan mengenakan sekatan yang boleh membekukan aset dan melarang pegawai Libya melakukan perjalanan ke Amerika.

Satu lagi cadangan yang semakin mendapat sokongan ialah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan zon larangan terbang ke atas Libya bagi menghalang negara itu menggunakan pesawatnya untuk menyerang penunjuk perasaan.

Pesuruhjaya PBB Bagi Hak Asasi Manusia Ravi Pillay, berkata, jika laporan serangan itu disahkan, ‘perlindungan segera perlu diberikan kepada rakyat Libya’.
Pembangkang sudah menguasai bandar utama di timur termasuk Benghazi, manakala laporan bahawa bandar Misrata dan Zuara di Barat juga jatuh ke tangan mereka membawa pemberontak semakin hampir ke kawasan dikuasai Gaddafi.

Pasukan yang setia kepada Gaddafi, semalam menyerang militia anti kerajaan yang menguasai Misrata dan membunuh beberapa pemberontak dalam pertempuran berhampiran lapangan terbang bandaraya itu.

“Briged yang pro-Gaddafi berjaya menguasai lokasi terbabit, tetapi kami masih berusaha untuk mengusir mereka. Pertempuran masih berlaku sekarang,” kata saksi kepada Reuters.

Keganasan juga melanda bandar Az-Zawiyah 50 kilometer ke barat Tripoli. – Reuters

Tentera Gaddafi bedil masjid

PENUNJUK perasaan antikerajaan berdiri di atas kereta kebal sambil mengangkat senjata meraikan kejayaan mereka menawan bandar Shahat di timur Libya, semalam. - REUTERS


BENGHAZI 24 Feb. - Tentera Libya yang setia kepada Muammar Gaddafi hari ini membedil menara sebuah masjid dengan peluru berpandu antipesawat udara dan senjata automatik selepas berpuluh-puluh penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan masjid itu.
Ramai penunjuk perasaan yang berkhemah di dalam dan luar masjid itu terbunuh atau cedera dalam serangan ke atas bandar Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli, menurut seorang saksi yang tidak dapat menyatakan angka sebenar.
Tentera dan militia yang pro-Gaddafi bertindak balas dengan ganas apabila pemimpin veteran itu menyaksikan cengkamannya semakin longgar, selepas Zawiya dan bandar serta pekan lain yang dekat dengan ibu negara jatuh ke tangan pemberontak.
Setelah hampir seluruh bahagian timur negara ini dikuasai oleh penunjuk perasaan, mereka berikrar pula untuk 'membebaskan' Tripoli, di mana Gaddafi bertahan dengan pasukan militia meronda di jalan raya dan kereta kebal berkawal di pinggir ibu negara.
Saksi berkata, serangan ke atas masjid itu berlaku pada 9 pagi ini (3 petang waktu Malaysia), sehari selepas seorang pegawai Gaddafi bernama Abdullah Megrahi datang ke Zawiya dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya 'beredar atau mereka akan menyaksikan pembunuhan beramai-ramai'.
"Kami memberitahunya kami tidak akan berganjak, sama ada kami mati atau mencapai kemenangan," kata saksi itu.
Pihak berkuasa sebelum itu menggesa penunjuk perasaan menyerahkan senjata mereka dan menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat mengenai para pemimpin protes.
Sementara itu, Gaddafi semakin hilang penguasaan ke atas beberapa wilayah hari ini selepas kawasan yang terlepas daripada kawalannya semakin meluas di sebelah timur negara ini termasuk beberapa bandar berhampiran ibu negara Tripoli.
Terdapat empat lokasi strategik yang akan menjadi kunci penentu sama ada Gaddafi mampu terus bertahan atau sebaliknya iaitu ibu negara Tripoli, bandar padang pasir tempat kelahiran Gaddafi di Sirte di sebelah timur dan terminal minyak di Teluk Sirte di Ras Lanuf serta bandar Marsa el-Brega .
Bandar, Benghazi tempat bermula pemberontakan sejak lapan hari lalu telah jatuh ke tangan penunjuk perasaan antikerajaan.
''Kita tahu...Benghazi pada dasarnya telah mengisytiharkan merdeka daripada Tripoli,'' kata penaganalisis Peter Zeihan yang berpangkalan di Stratfor Amerika Syarikat.
Satu laporan dalam Facebook menyatakan berlaku pertempuran di Garyan kira-kira 100 kilometer di sebelah selatan Tripoli.
Wartawan asing melaporkan sukar untuk mendapatkan pengesahan apa yang sebenarnya sedang berlaku di Libya sekarang. - AP/Reuters

Operasi minyak di Libya dihenti

NEW YORK 24 Feb. - Operasi pengeluaran minyak di Libya mula terhenti secara perlahan-lahan semalam ekoran syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara itu berterusan.
Eni, syarikat dari Itali yang merupakan firma minyak terbesar di Libya dan firma minyak dari Sepanyol, Repsol berkata, mereka telah menggantung beberapa operasi pengeluaran mereka di negara itu.
Syarikat minyak Total dari Perancis, BASF dari Jerman dan OMV dari Australia turut menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan atau menghentikan pengeluaran di negara di utara Afrika itu.
Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilaporkan telah mengarahkan perkhidmatan keselamatan untuk mensabotaj kemudahan minyak, menurut Time Magazine, semalam.
Menurut Eni, saluran paip bawah Laut Mediterranean dari Libya ke Itali yang membekalkan 10 peratus gas ke negara Eropah itu turut telah dihentikan.
Sementara itu, beberapa buah negara sedang berusaha mengeluarkan rakyat mereka dari negara bergolak itu.
Sebuah pesawat milik Ireland mendarat di Tripoli semalam untuk membawa pulang rakyat Ireland di Libya, tetapi dihalang pengawal keselamatan Libya.
Menurut Kementerian Luar Ireland, pesawat tersebut kemudian terbang pulang ke Malta setelah berada selama empat jam di sana.
Kedutaan China di Libya pula berusaha menguruskan pemindahan rakyatnya di negara itu menerusi udara, laut dan darat hari ini. Penerbangan pemindahan pertama dijangka tiba di China, hari ini.
Kedutaan China di Tunisia berkata, kedutaan tersebut menguruskan 30 buah bas untuk memindahkan seramai 2,900 rakyat China yang terkandas di pusat pemeriksaan sempadan Ras Jedir dan akan membawa mereka ke Girba, sebuah kawasan peranginan di Tunisia, sebelum membawa mereka pulang menggunakan pesawat.
Sementara itu, pejabat Luar Negara Britain memberitahu bahawa sebuah pesawat dijadual tiba di Tripoli hari ini untuk memindahkan kira-kira 300 rakyatnya di Libya dan pesawat kedua akan tiba tidak lama lagi. - AGENSI

Gaddafi arah serangan di Lockerbie?

LIBYA 24 Feb. – Bekas menteri keadilan Libya berkata, beliau mempunyai bukti pemimpin Muammar Gaddafi terlibat mengarahkan serangan ke atas jet syarikat penerbangan Pan American 103 yang meletup di Scotland pada 1988 mengakibatkan 270 orang terbunuh.
Pendedahan itu dibuat ketika pemberontakan rakyat Libya semakin memuncak menuntut Gaddafi meletakkan jawatan.
Semalam, Mustafa Abdel-Jalil yang meletakkan jawatan sebagai protes terhadap tindakan kekerasan rejim Gaddafi terhadap penunjuk perasaan antikerajaan berkata, Gaddafi mengarahkan Abdelbaset al-Megrahi meletakkan sebutir bom di dalam jet itu yang membunuh semua 259 orang di dalam pesawat tersebut dan 11 orang lagi di darat.
Al-Megrahi, 58, adalah satu-satunya individu yang dihukum ekoran kejadian pada 21 Disember, 1988 ketika jet itu dalam perjalanan dari London ke New York.
Dia dipenjarakan pada 2001, tetapi dibebaskan atas dasar peri kemanusiaan pada 2009 kerana tenat akibat kanser.
“Saya mempunyai bukti Gaddafi mengeluarkan arahan dalam serangan di Lockerbie.
“Untuk menyembunyikan rahsia itu, Gaddafi melakukan segala usaha untuk mendapatkan al-Megrahi dikembali ke Libya dari Scotland,” kata Mustafa.
– Agensi

Gaddafi tuduh al-Qaeda punca rusuhan

TRIPOLI 24 Feb. - Pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi hari ini menuduh rangkaian al-Qaeda berada di sebalik rusuhan yang berlaku di negara itu.
"Hasutan ini dipimpin oleh al-Qaeda," kata Gaddafi melalui kenyataan telefon yang disiarkan di televisyen negara itu.
"Jika kamu ingin membunuh antara satu sama lain, silakan," tambah Gaddafi.
Media negara itu melaporkan ketika ini jumlah korban akibat kejadian tersebut semakin meningkat dan penunjuk perasaan sudah berjaya mengawal beberapa bandar di sebelah utara. - Dpa

Tiga bekas menteri rejim Hosni Mubarak diejek

ZUHEIR Garranah (kanan), Ahmed al-Maghrabi (kiri) dan Ahmed Ezz duduk di dalam lokap semasa menunggu kes perbicaraan mereka bermula di sebuah mahkamahdi Kaherah, kelmarin. - AFP


KAHERAH 24 Feb. - Tiga bekas anggota kanan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak diejek oleh beratus-ratus orang yang menjerit 'pencuri' dan 'kamu merompak wang kami' apabila mereka dihadapkan ke mahkamah semalam untuk menghadapi tuduhan rasuah.
Tiga bekas pegawai tinggi yang hadir di Mahkamah Jenayah Kaherah semalam ialah bekas Menteri Perumahan, Ahmed Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Zuheir Garana dan jutawan keluli, Ahmed Ezz yang merupakan anggota kanan parti pemerintah.
Mereka memakai pakaian banduan dan duduk di dalam kandang besi sementara seorang hakim mengeluarkan perintah membekukan harta mereka.
"Saya tidak mahu dijadikan kambing hitam. Saya tidak bersalah," teriak Maghrabi dari kandang pesalah.
Ezz dan Garana turut mendakwa mereka tidak bersalah.
Ketiga-tiga mereka, yang menghadapi pelbagai tuduhan termasuk pengubahan wang haram, menyalahgunakan kuasa dan menghabiskan kekayaan negara adalah antara kira-kira 12 bekas menteri dan ahli perniagaan yang sedang disiasat.
Penunjuk perasaan yang menyingkirkan Mubarak selepas 18 hari mengadakan tunjuk perasaan menentang rejimnya, sering kali membangkitkan rasuah meluas dalam kerajaannya sebagai pendorong utama di sebalik pemberontakan mereka.
Kemarahan rakyat terhadap bekas anggota kanan rejim Mubarak begitu ketara, semalam.
Semasa kenderaan yang membawa Maghrabi, Garana dan Ezz lalu di jalan-jalan di Kaherah menghala ke mahkamah, berpuluh-puluh kereta mengekorinya sambil membunyikan hon dan penduduk berteriak 'itu dia pencuri'.
Apabila mereka tiba di mahkamah, lebih 500 orang yang menunggu di luar menjerit ke arah mereka, 'pencuri' dan 'kamu merompak wang kami'. - AP