KUALA LUMPUR, 15 Okt: Peserta XPDC dakwah membantah konsert artis gay, Adam Lambert, malam tadi berjaya melepasi halangan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk berkumpul di hadapan perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil.
Peserta berkumpul beramai-ramai sambil melaungkan "Tolak Adam Lambert" dan "tolak homoseksual" di samping mengedarkan risalah kesedaran yang mendedahkan kehidupan gay Adam Lambert.
Wakil mahasiswa, yang dihantar meninjau di dalam stadium melaporkan bahawa suasana sangat teruk sehingga ada yang pengsan kerana sesak nafas.
Peminat-peminat juga berkelakuan sangat teruk umpama diserang histeria.
Pakaian juga terlalu menjolok mata terutamanya penari-penari.
Nasrudin Hasan yang mengetuai peserta pada malam tadi berkata, konsert itu sangat bertentangan dengan nilai-nilai hidup Melayu dan Islam kerana umum mengetahui budaya gay yang dibawa oleh Adam Lambert.
"Selain mempromosi muzik, beliau turut mempromosi budaya gay, budaya yang bertentangan dengan gaya hidup oleh fitrah manusia.
"Kita tak mahu negara menghadapi kehancuran disebabkan konsert pada malam ini," kata ketua DPPP itu.
Menurut beliau, DPPP tidak menolak hiburan tetapi biarlah hiburan itu membina dan tidak melalaikan.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar yang turut hadir mengecam kerajaan kerana memberi kebenaran konsert Adam Lambert diadakan di negara ini.
"Di parlimen kerajaan berbahas dan bercakap soal keruntuhan moral (tetapi) pada masa yang sama memberi kebenaran kepada punca keruntuhan moral.
"Pemimpin negara mesti bertanggungjawab jika konsert malam ini mengahasilkan artis yang seperti ini (Adam Lambert)," tambahnya.
Peserta XPDC turut memijak dan mengoyak poster artis American Idol itu sebagai simbolik bantahan penganjuran konsert berkenaan.
Peserta mula beredar kira-kira jam 10.30 malam.
Sebelum itu, lebih 200 anggota Pemuda PAS dan mahasiswa menyertai ekspedisi dakwah membantah konsert penyanyi homoseksual Amerika itu.
Nasrudin Hassan mengetuai solat hajat selepas solat Maghrib.
Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta yang menyertai ekspedisi tersebut sebelum bergerak ke stadium kira-kira jam 7.30 malam
Konsert: Gamis bimbang masa depan rakyat
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa depan Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.
Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.
(Gambar: Aksi penari-penari Adam Lambert malam tadi.)
Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.
Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.
Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya.
Seramai 300 orang ahli Gamis dari seluruh negara mula berkumpul di Stadium Putra mulai jam 6 petang,
Mereka turut menunaikan solat hajat bersama-sama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum bergerak ke tempat konsert bagi menyebarkan risalah dan berucap sebelum kelima-lima orang wakil tersebut dibenarkan masuk ke dewan konsert
Konsert 'gay': PAS, siswa berhimpun di stadium |
| Abdul Rahim Sabri
Okt 14, 10
10:20pm |
|
|
Kira-kira 200 anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam malam ini antara yang hadir ke konsert artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert.
Bagaimanapun, kehadiran mereka bukan untuk berpesta, sebaliknya bagi menyatakan bantahan terhadap artis tersebut, antaranya dengan mengoyak dan memijak poster artis American Idol itu.
Sejak 7.30 malam, mereka berkumpul di sebuah surau, kira-kira 300 meter dari Stadium Bukit Jalil - tempat program itu berlangsung.
Mereka kelihatan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berarak beramai-ramai ke stadium berkenaam.
Dipimpin Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, mereka bertakbir dan melaungkan pelbagai slogan anti artis tersebut, antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert".
Kehadiran mereka disambut kira-kira 30 anggota FRU yang mengawal sekitar pintu masuk bagi mengelakkan kumpulan tersebut menyerbu ke dalam stadium.
Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku apabila mereka mematuhi arahan polis yang tidak membenarkan sebarang poster dan kain rentang dipamerkan terlalu hampir dengan stadium berkenaan.
Sementara itu, sebelum memijak poster Lambert, Nasrudin sempat berucap ringkas menggunakan alat pembesar suara.
Katanya, mereka menentang program tersebut kerana ia menentang norma ketimuran, ajaran agama, "lucah, tidak bertamadun dan tidak sesuai dengan naluri manusia".
Bagaimanapun, kumpulan mahasiswa dipimpin Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Abdul Razak Osman tetap berkumpul di perkarangan stadium berkenaan walaupun anggota PAS telah beredar.
Mereka bahkan menghantar lima wakil bagi meninjau di dalam stadium.
Kita-kira jam 9.45 malam tadi, kira-kira sejam selepas itu, Abdul Razak yang turut masuk ke dalam stadium keluar dan memberitahu media bahawa daripada aspek pakaian, Adam Lambert didapati "OK".
Bagaimanapun, menurutnya, penari yang mengiringinya agak seksi.Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata perhimpunan itu disuraikan kira-kira 10 malam dan tiada sesiapa yang ditahan.
"Perhimpunan terbabit tidak mendapat sebarang permit namun kita tidak menahan sesiapa berikutan ia dijalankan secara aman dan tiada kekacauan timbul serta mereka patuh apabila diarahkan bersurai," katanya kepada pemberita di kawasan perhimpunan.
Kira-kira 120 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan berkawal di hadapan dan sekitar stadium.
Perhimpunan tersebut turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan beberapa badan bukan kerajaan |
|
No comments:
Post a Comment