Tuesday, October 26, 2010

CORETANKU 126

jika akal tiada bertunjang agama...kuatkuasa undang2 Allah tiada...ni lah kesannya

Budak diperkosa

KUALA LUMPUR: Misteri kesan darah yang ditemui pada seluar dalam seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terjawab apabila dia disahkan dirogol salah seorang daripada ahli keluarga pengasuhnya di Sentul Pasar, di sini kelmarin.
Kejadian itu disedari ibu mangsa berusia lewat 20-an, ketika hendak memandikan anaknya selepas mengambilnya dari rumah pengasuh, kira-kira jam 8 malam.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu dihantar ke rumah pengasuhnya itu sejak enam bulan lalu.

Menurut sumber, ketika memandikan anaknya, mangsa mengadu sakit pada kemaluan


nafsu ciptaan Allah...jangan nafikan sifat Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui....hukumNYA wajib dilaksanakan....

Lelaki Bangladesh dicekup bersama janda

KULIM: Perbuatan mencurigakan beberapa lelaki warga asing yang sering memasuki rumah seorang jiran berstatus janda akhirnya terjawab apabila rumah berkenaan diperiksa Penguat kuasa, Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK).
Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.

“Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga,” katanya.

Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya

Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.

Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.
Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.

“Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.

“Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin,” katanya.

Pasangan itu dipercayai bekerja di kilang yang sama dan mulai menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka dibawa ke balai polis Lunas untuk membuat laporan dan akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 seorang,” katanya


apabila tiada agama...sanggup derhaka kepada ibu...sia2 ibu mengandung ...anak yang  begini....

Tumbuk ibu sampai koma

Oleh Suhaidi Mohamed Amin
am@hmetro.com.my

KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.

“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, mangsa mula sedar pada awal petang semalam dan menunjukkan tanda pulih.

Abdullah berkata, pemeriksaan imbasan yang dilakukan terhadap wanita berkenaan di HTAA bagaimanapun menunjukkan tidak berlaku sebarang pendarahan dalam otak dan dia dirujuk semula ke HK untuk rawatan lanjut

“Susulan itu polis menahan reman seorang lelaki yang juga anak ketiga mangsa berumur 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sementara ibunya sedang mengemas rumah.

Abdullah berkata, suspek dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 6 November depan dan inginkan kepastian daripada ibunya mengenai perkembangan persiapan perkahwinan seperti kelengkapan pelamin, barangan hantaran dan jamuan.

Ugut bunuh, bakar rumah emak



AMPANG: Seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh dan membakar rumah didiami ibunya hanya semata-mata mahu rumah itu yang terletak di Kuala Ampang, di sini dijual.
Akibat perbuatan anak derhaka terbabit, ibu malang berkenaan yang baru bersara daripada perkhidmatan kerajaan melarikan dan menumpang di rumah saudara kerana khuatir anak kandungnya itu akan bertindak di luar dugaan.

Malah, anaknya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu sanggup menakut-nakutkan ibunya apabila membawa sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya yang enggan menjual rumah itu.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, ketika mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi anak lelakinya itu yang berusia lingkungan 30-an.

“Dalam keadaan marah, anaknya mengamuk dengan menyepak perkakas rumah dan turut mengugut akan membunuh ibunya itu jika enggan menjual rumah dan memberikan wang yang diperolehi kepadanya. “Bagaimanapun, si ibu cuba mententeramkan keadaan dan menerangkan kepada anaknya itu yang dia kini dalam proses untuk menjual rumah berkenaan dan memintanya bersabar,” katanya.

Menurutnya, mangsa turut memberitahu akan mendapat hak sewajarnya selepas segala urusan jual beli rumah selesai kelak.


bila memilih jodoh tidak mengikut pendoman hadis serta panduan  Islam.....

18 tahun dibelasah suami

IPOH: “Saya tak pernah kenal erti kebahagiaan sejak berkahwin dengannya lebih 18 tahun lalu. Sudah kering air mata mengenangkan nasib diri kerana syurga rumah tangga diimpikan pada awal perkahwinan bertukar menjadi igauan ngeri,” kata seorang suri rumah, Salina, 39, yang mendakwa didera suaminya secara fizikal dan mental sejak 18 tahun lalu.
Ibu kepada tiga anak perempuan berusia lima, 16 dan 18 tahun itu akhirnya nekad membuka mulut kelmarin selepas tidak sanggup lagi menanggung sengsara diperlakukan seperti ‘beg pasir’ oleh suaminya yang berusia 40 tahun.

“Saya dilayan seperti hamba oleh suami. Malah, nasib saya juga seperti digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu apabila terpaksa mengerah kudrat dan menebalkan muka bekerja di kilang dan kedai makan bagi menyara perbelanjaan harian dan anak-anak kerana suami tidak lagi memberi nafkah.

“Sikap buruknya tak berubah. Dia hanya pulang ke rumah seminggu sekali dan setiap kali pulang, meminta wang daripada saya. “Jika tidak diberi, dia pukul saya malah dia juga pernah beberapa kali menghalau saya keluar dari rumah tapi disebabkan tiada tempat dituju dan memikirkan nasib anak, saya pulang semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Pengkalan, dekat sini, kelmarin

Salina berkata, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suaminya bertindak ganas memukul kepalanya dengan kerusi sehingga dia terpaksa melarikan diri ke rumah anak sulung tidak jauh dari rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.

Salina yang cedera di kepala dan menerima rawatan pesakit luar di sebuah hospital berkata, sebelum ini dia tidak berani melaporkan kejadian dia didera kepada polis kerana takutkan suami yang juga bekas askar tetapi dibuang kerja atas kesalahan disiplin pada 2002

No comments:

Post a Comment