Friday, October 8, 2010

CORETANKU 89

KEJADIAN BEGINI BAGAIKAN LUMRAH DAN SERING BERLAKU..ADAKAH TAK SALAH KALAU SAYA KATAKAN..SEBAB MENAFIKAN HUKUM ALLAH..TUAN2 TAHU SAPE DAN TUDINGKAN JARI...MEREKA NI CARI NAHAS

Buruh mengaku rogol adik


KOTA BHARU – Buruh binaan berusia 21 tahun dipenjara 18 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol adik kandungnya di Pasir Puteh, 22 September lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan hukuman terhadap, Muhamad Rosli Rosdi berjalan mulai tarikh tangkapan 26 September lalu.

Muhamad Rosli mengaku salah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, pada jam 10 malam, tarikh berkenaan.

Buruh binaan yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak berusia setahun dan tiga tahun itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Dalam penghakimannya, Rofiah berkata, Muhamad Rosli melakukan kesalahan keji terhadap adik kandungnya yang baru berusia 14 tahun dan merosakkan keharmonian keluarganya dan mangsa.

“Sepatutnya abang yang patut melindungi adik di rumah yang menjadi tempat paling selamat bagi seorang adik, namun sebaliknya berlaku.

“Walaupun tertuduh mengaku bersalah dan mendakwa insaf atas perbuatannya mahkamah perlu mengambil kira kepentingan masyarakat dalam kes ini.

“Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 13 sebatan mulai tarikh tangkapan terhadap kamu,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman memohon mahkamah mengenakan hukuman berat bagi menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan peringatan kepada masyarakat.

“Ini kerana kes sumbang mahram semakin meningkat, terutama di Kelantan. Walaupun tertuduh mengaku bersalah kepentingan masyarakat perlu diutamakan dalam kes jenayah ini.

“Kesalahan ini keji dan dosa yang sukar dimaafkan mana-mana agama, sepatutnya sebagai abang yang sudah berkeluarga tertuduh menjadi teladan baik kepada adiknya,” katanya.

Dalam fakta kes, Muhamad Rosli memanggil adiknya masuk bilik pada hari kejadian lalu dia menanggalkan seluar dan tuala yang dipakainya.

Tertuduh kemudian memegang mangsa dengan kuat dan merogolnya, mangsa yang kesakitan tidak melawan sebab takut.

Berikutan kejadian itu, pada 26 September lalu, adik mangsa bertindak lari dari rumah dan ke Masjid Sri Aman Pasir Puteh kerana takut dirogol tertuduh seperti apa yang berlaku terhadap kakaknya itu.

Adik mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum bapa mereka membuat laporan polis.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan di hospital mendapati terdapat beberapa koyakan lama pada kemaluan mangsa


Pelajar 14 tahun jadi mangsa seks beberapa lelaki

SETIU - Gara-gara terlalu mudah mempercayai lelaki, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bukan sahaja menjadi mangsa rogol teman lelakinya, malah kehormatannya turut diragut beberapa lelaki lain sejak awal tahun sebelum keluarganya bertindak membuat lapo-ran polis.

Perkara itu terbongkar selepas ibu bapa gadis sunti terbabit mendapati anaknya tiada di rumah dipercayai bermalam bersama teman lelakinya di Kampung Bukit, Sungai Tong, selain gagal tiba di rumah sebelum kedua orang tuanya bangun daripada tidur.

Dalam kejadian Jumaat lalu, teman lelaki mangsa, seorang buruh berumur 24 tahun mengambil mangsa di rumah sekitar jam 2 pagi sebelum menghantar semula pada jam 7 pagi, hari sama selepas dipercayai merogol mangsa.

Bagaimanapun, mangsa yang tinggal di Kampung Pak Kancil enggan pulang ke rumah, sebaliknya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran kerana bimbang perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya terbongkar dan diketahui keluarga.

Namun, selepas hampir 12 jam bersembunyi di kawasan hutan tersebut mangsa berjaya dikesan ahli keluarganya sebelum kedua ibu bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu kira-kira jam 7 malam.

Ketika disoal siasat, mangsa mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki berbeza termasuk teman lelakinya.
Sehubungan itu, polis kini sedang giat memburu beberapa suspek termasuk suspek utama iaitu teman lelakinya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa pihaknya berjaya menahan tiga lelaki dalam lingkungan usia 20-an sejak menerima laporan itu.

“Dua pemuda ditahan di sebuah kedai di Sungai Tong, Selasa lalu, manakala seorang lagi pemuda ditahan kelmarin, bagi membantu siasa-tan dan polis kini sedang giat memburu suspek utama berumur 24 tahun yang juga teman lelaki mangsa,” katanya.

Shaik Othman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol gadis bawah umur

No comments:

Post a Comment