Saturday, October 9, 2010

CORETANKU 91

MEMANG SEMUA ORANG KATA HAK PERIBADI...HAK ISLAM PERLU DI AMBIL BERAT JUGA...JAGALAH LARANGAN ALLAH..JANGAN SAMPAI KATA DIAKHIRAT NANTI...TAK DE ORANG TEGUR....SEBAGAI ORANG ISLAM TENTU TAHU HARAM DAN YANG TAK HARAMNYA...SENDIRI MAU INGATLAH.....

Halim Othman Tangguh Kahwin

KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Suria FM, Halim Othman mengakui kesibukan sebagai penyampai radio Suria FM menjadi salah satu punca dia menanguhkan perkahwiannnya pada 2010.
Kata Halim, sejak menyertai Suria FM dia terlalu fokus dan menumpukan segala perhatiannya kepada kerja sehingga terpaksa mengambil keputusan tersebut.
"Setelah bekerja semula saya rasa terlalu teruja dan meletakkan pekerjaan kepada tempat paling utama. Kami terlalu banyak agenda dan perancangan yang diaturkan bagi meningkatkan Suria FM.
"Jadi saya rasa tahun ini tidak sesuai untuk melakukan perkara yang agak besar bagi saya. Insya-Allah ia akan dilakukan pada tahun hadapan," katanya.
Sebelum ini, lelaki berusia 45 tahun ini mengakui sudah bertemu pasangan yang sesuai dan bakal mengikat hubungan mereka secara rasmi pada Jun lalu.
Namun disebabkan kesibukan, dia dan keluarga kekasihnya itu telah mencapai kata sepakat menangguhkannya dan menerima keputusan tersebut.
"Kami sudah berbincang dan menunda kepada satu tarikh yang baru iaitu dalam tahun hadapan.
"Saya mahu majlis tersebut dijalankan dengan keadaan yang tenang dan tidak secara tergesa-gesa dan kelam kabut," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Suria FM dan Red FM.
Tambah Halim, fokus utama terarah kepada tanggungjawabnya membawa Suria FM ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Biarpun ramai yang menganggap dia sudah tidak sehebat dulu, dengan pencapaian terbaru Suria FM secara tidak langsung membuktikan namanya masih berbisa.
"Ketika dibawa masuk, matlamat utama saya untuk bekerja habis habisan untuk capai sasaran ini. Maklumlah ketika itu saya sudah dua tahun berhenti dan tidak menyangka masih ada pengikut dan pendengar setia.
"Pada saya idea membawa rancangan yang digemari merupakan satu cara yang mampu tarik perhatian pendengar selain hanya sekadar celoteh kosong sahaja," katanya



Linda Jasmine Borong Barang Hari Jadi Anak Di AS

Linda dan suami Que ketika bercuti ke Amerika Syarikat, baru-baru ini.
KOREOGRAFER Linda Jasmine dan suaminya, aktor Que Haidar memilih untuk membeli barang persiapan majlis hari jadi anak mereka, Tengku Ratu Haidar di Amerika Syarikat (AS).
Alang-alang bercuti di sana pada 21 September hingga 4 Oktober lalu, pasangan bahagia ini tidak kisah berbelanja lebih untuk meraikan genap setahun umur Ratu pada 26 Oktober ini.
Majlis bertemakan 'little miss sunshine' itu akan disambut pada 6 November ini. Lokasi belum ditetapkan.
Bertepatan dengan temanya, Linda dan Que memilih gabungan warna putih dan kuning.
"Saya membeli barang untuk Ratu seperti dress berwarna kuning sebanyak tiga pasang, kasut kuning, bunga kuning untuk hiasan kepala.
"Selain itu, saya membeli gula-gula dan riben berwarna kuning untuk majlis berkonsepkan minum petang tersebut," katanya kepada mStar Online.
Biarpun banyak berbelanja untuk Ratu, ole-ole untuk anak sulungnya, Qalif Khan tidak dilupakan. Dia menghadiahkan permainan dan baju untuk anak lelaki berusia 9 tahun itu.
Selain membeli-belah di Portland dan San Francisco, Linda dan Que sempat mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti taman bunga ros, penjara Alcatraz, jalan paling bengkang-bengkok di dunia, air terjun Columbia River termasuk Disneyland, Los Angeles.
Untuk melihat banyak gambar menarik ketika kunjungan mereka di Amerika Syarikat, dapatkan akhbar Mingguan mStar yang dijual bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang pada Ahad ini



Kenyataan Rasmi Perceraian Raja Azura
PETALING JAYA: Selepas beberapa hari melarikan diri daripada pihak media, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, (gambar) akhirnya mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.
Pengesahan itu diumumkan oleh Raja Azura sendiri dalam satu kenyataan rasmi menerusi kiriman emel, Jumaat.
Pengacara popular itu berkahwin dengan anak kepda bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4.
Berikut adalah petikan daripada kenyataan rasmi Raja Azura itu.
"Assalamualaikum wbt dan salah sejahtera.
Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab.
Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka.
Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya.
Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan.
Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.
Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama.
Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil. Saya akui menemui jalan buntu.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini.
Saya yakin masih ada peluang untuk memilih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.
Saya masih dalam tempoh edah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.
Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.
Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumaht angga.
Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.
Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul.
Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin.
Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumah tangga setelah kaedah membaiki diri dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula.
Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, "Tasrihun bi ihsan" yang bermaksud bercerai demi kebaikan.
Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga.
Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.
Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh edah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional.
Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperti nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini.
Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzmin meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza.
Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama. Doakanlah kami.
Yang benar, Raja Azura



Raffi Desak Yuni Shara Segera Bernikah
JAKARTA: Penyanyi Yuni Shara mengakui kekasihnya pelakon popular Indonesia Raffi Ahmad sering mendesaknya untuk segera bernikah.
Namun dia mengakui banyak perkara lalu yang menimbulkan rasa bimbang untuk menjalani kehidupan rumah tangga semula.
"Raffi mengerti apa yang saya takuti iaitu pengalaman rumah tangga lalu. Dia juga sering nasihatkan agar saya tidak bimbang tentang kehamilan.
"Kegagalan dalam rumah tangga lalu, banyak memberi kekecewaan dalam diri saya. Saya takut ia berulang kembali biarpun saya sudah sepenuhnya yakin pada Raffi," ujarnya.
Bagaimanpun, Raffi yang kini digosip dengan seorang wanita pada satu acara hiburan berjudul Dashyat telah menguris hati Yuni.
"Saya tidak boleh menghalang apa yang dinamakan jodoh. Saya sedar siapa dia jika dibandingkan dengan wanita muda itu.
"Begitu juga jika jodohnya dengan saya, saya akan tetap menjalaninya sebaik mungkin. Namun perkara itu biarlah apabila saya benar-benar bersedia," katanya seperti dipetik Kapan Lagi.com.

No comments:

Post a Comment