Sunday, January 23, 2011

CORETANKU 312

WANITA...JAGALAH DIRI DARI BAKARAN API NERAKA ALLAH SWT....

 

Antara 9 SITI yang patut dicontohi

 

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
http://i4.tagstat.com/image06/7/01e8/000p054lM7E.jpg



Ciri-ciri wanita yg paling baik

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:
Wanita :-
1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-
1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dlam perjalanan ketempat kerja penuh keyakinan dan dpat bekerja yg penuh ikhlas

Inilah yg dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat & sikap sebaik-baik wanita atau isteri.
Sabda Rasulullah s.a.w: Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud:
“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.....bersambung

Ciri-ciri wanita yg paling baik..part 2


Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-
1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-
1. Suami yg hendak masuk rumah berkira2 utk keluar rumah,masalah menjadi bertambah
berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dlm keadaan tidak ceria & terbuku pelbagai persoalan yg belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kearah yang tepat...TaMaT




http://cdn.muslima.com/memphoto/Photo1/small/1745870.jpg Anda akan menjadi WANITA anggun
Dengan kecantikan yang anda miliki
teryata lebih cantik dari matahari.
Dengan akhlaq anda,
anda lebih harum dari minyak wangi
Dengan sikap tawadhu' anda,
anda lebih tinggi dari purnama
Dengan cinta anda,
anda lebih segar dari rintik gerimis

Oleh kerana itu peliharalah kecantikan anda dengan
keimanan, keredhaan dengan kepuasan. dan dengan
hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau
perak, tetapi dua raka'at menjelang subuh, dahagamu
di tengahari yang panas kerana puasa, derma yang ter-
sembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH, air mata
taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah, dan
malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan
ajakan syaitan.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nercaya anda
akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meski pun
pakaianmu bertampal. Jadikan rasa malu sebagai baju
kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling
anggun di dunia meski pun anda tidak berkasut. Hindari-
lah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh
wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memper-
lihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan
menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa
mengendahkan norma-norma susila, kerana sesunggunya
mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta'ala:
" TIADA YANG MEMASUKINYA, KECUALI ORANG YANG
PALING CELAKA'' - Surah Al-Lail: Ayat 15



Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas.
Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.
Kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.
"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu & menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dgn bangga dan bermaruah.
http://media1.malaysiakini.com/281/c8fed8e0af88f56f1456d26c1d76808c.gif



http://i3.tagstat.com/image06/6/82a2/000t054xEay.jpg

Wanita Umpama Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada
puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu
itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna
wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah
ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah
pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon
tumbuhan yang kecil.

Malu itu separuh dari iman....

No comments:

Post a Comment