Sunday, January 23, 2011

CORETANKU 313

BILA HUKUM ALLAH TAK JALAN....MAKA JAGALAH AKIDAH SERTA SEGALA LARANGAN2 ALLAH SWT....

 

Hukum berinai bagi seseorang perempuan

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.


Peliharalah Dirimu Wahai Wanita

Satu ketika dahulu, sebelum datangnya Islam menyinari kehidupan manusia, pelbagai perilaku buruk telah di jadikan amalan. Daripada sekecil- kecil perkara sehinggalah kepada yang membawa kepada kerosakan dan mudharat yang teruk. Manusia pada waktu itu tidak mempunyai sesuatu yg boleh di jadikan panduan untuk hidup mereka.

Oleh yang demikian, mereka menetapkan sesuatu keputusan dalam kehidupan seharian mereka secara menuruti hawa nafsu sepenuhnya kaum lelaki. Kaum wanita juga dianggap sebagai barang perniagaan kerana mereka dijadikan sebagai alat tukaran untuk mendapatkan sesuatu barangan.

Antara perkara buruk yang diamalkan oleh mereka pada waktu itu ialah eksploitasi terhadap wanita atau menyalah gunakan wanita.Zaman di mana dikatakan manusia tidak mempunyai panduan ini di gelar zaman The Dark Age atau lebih dikenali dengan zaman jahiliah.



Wanita pada ketika itu tidak lebih daripada menjadi pemuas nafsu bagi lelaki. Zaman di mana dikatakan manusia tidak mempunyai panduan ini di gelar zaman The Dark Age atau lebih dikenali dengan zaman jahiliah.





Pendek kata semuanya bertujuan untuk kepentingan pihak- pihak tertentu. Pada zaman tersebut penganiayaan yang dikenakan ke atas kaum wanita sangat dahsyat sehingga disebutkan bila mana sesebuah keluarga ingin mengahwinkan anak perempuan mereka maka mereka akan mengiklankan anak perempuan mereka pada khalayak umum terlebih dahulu. Kemudian di sarankan pada yang berminat agar berdaftar dengan pihak keluarga tersebut.Pendaftaran akan di tutup apabila di rasakan bilangan sudah mencukup. Selesai sudah proses tersebut maka dikehendaki pada semua yang berdaftar agar menyetubuhi anak perempuan keluarga tersebut.

Apabila satu ketika nanti perempuan tersebut mengandung dan melahirkan anak maka akan di tilik wajah anak tersebut untuk memastikan wajah lelaki manakah yang paling seiras dengan anak tersebut dan dari situlah ditentukan lelaki mana yang paling layak untuk menjadi suaminya.

Alangkah jijik dan hinanya sistem perkahwinan yang digunakan pada zaman tersebut, wanita diperlakukan seakan- akan langsung tidak bermaruah kerana diperalatkan sesuka hati tanpa memikirkan perasaan, kesucian wanita tersebut dan sebagainya.

Walaupun begitu keturunan junjugan besar kita Nabi Muhammad SAW bebas daripada kejelekan sistem tersebut kerana tidak dikahwinkan mengikut sistem jahiliah dan begitu jugalah sistem yg diamalkan turun temurun sehinggalah zaman kita kini.

Sama- samalah kita bersyukur kerana dengan datangnya Islamlah keturunan kita bersih daripada anasir- anasir buruk tersebut seterusnya lahirlah kita semua melalui hubungan perkahwinan yang sah.

Apabila terbit sahaja fajar Islam maka semuanya berubah. Segala keburukan serta kerosakan yang dilakukan oleh umat manusia ketika zaman jahiliah telah ditinggalkan.Yang diamalkan ialah syariat- syariat Islam yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan daripada Allah SWT. Maruah serta kehormatan wanita diangkat dan dipelihara sebaik- baiknya

Perkara yang paling dibanggakan ialah syurga yang dikatakan terletak di bawah kaki seorang ibu yang mana juga seorang wanita. Tidak wujud lagi wanita yang dijadikan sebagai alat perniagaan.

Wanita sudah tidak digunakan dan dianiaya sesuka hati malah mereka yang di didapati mengganggu keamanan seseorang wanita akan ditangkap serta dibicarakan. Zaman inilah yang dikatakan zaman kegemilangan Islam atau dengan nama lain zaman Enlightment Age. Wanita tidak lagi dapat di sentuh sesuka hati.Pemakaian wanita juga di tetapkan tatasusilanya agar tidak membangkitkan nafsu lelaki. Pergaulan antara lelaki dan wanita di tetapkan hadnya agar tidak terjadinya perkara- perkara yang tidak diingini.

Tetapi alangkah sayangnya, menjelang akhir zaman wanita seakan- akan hendak dikembalikan pada zaman jahiliah semula. Zaman yang boleh dikatakan zaman gelap bagi kaum wanita kerana dipergunakan sesuka hati. Sebagai bukti, lihat sahaja iklan- iklan yang dipaparkan di televisyen. Kebanyakannya menggunakan kaum wanita sebagai alat penarik dengan menampilkan diri dalam keadaan memakai pakaian yang mendedahkan aurat.Jika dilakukan pengiraan secara teliti memang jelaslah jauhnya nisbah penggunaan wanita sebagai pelakon sesuatu iklan berbanding lelaki.

Pemakaian secara mendedah aurat pula telah dianggap 'up to date' oleh sesetengah pihak dan diamalkan oleh muda- mudi. Mereka mengganggap pemakaian tersebut sebagai sesuatu yang mengikut 'trend' semasa sedangkan kefahaman tersebutlah yang merosakkan mereka seterusnya membawa mereka jauh daripada memperagakan busana muslimah sejati dalam kehidupan seharian mereka.Dalam masa yang sama kita tidak menafikan semua itu adalah perancangan barat dalam merosakkan muda- mudi Islam. Dalam masa yang sama kita tidak menafikan semua itu adalah perancangan barat dalam merosakkan muda- mudi Islam.

Oeh itu, ayuh kita sama- sama sedarkan mereka yang masih tidur.Wanita akan kembali pada zaman gelapnya jika perubahan tidak dilakukan. Serlahkan harga dirimu wahai wanita, buktikan pada dunia bahawa kamu semua adalah kaum yang bermaruah.

Jangan sampai sejarah silam berulang kembali.



Cara Syaitan Membuka Aurat wanita
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).....



Bertudung tapi bertelanjang

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah



http://i6.tagstat.com/image06/0/4857/001n05484xn.jpg
Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .
Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .
Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun
Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .

Sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan .
Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina .[ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]
Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .
Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi.
Apabila manusia menjadi hamba nafsu beginilah jadinya. Ini semua betitik tolakkan pemimpin yang rakus



Pendidikan SEKs kepada pelajar2 seawal usia memasuki persekolahan



Gejala buang bayi bukan berpunca dari kejahilan mereka mengenai seks . Sebaliknya kerana kemaruk seks lah akhirnya mereka tidak sabar - sabar lagi mahu melakukannya[ zina ] sebelum mereka diijab qabul. Kesannya ialah sesal , takut , malu dan sebagainya lalu mereka mengambil jalan mudah ialah membuang bayi yang mereka lahirkan.



Sepatutnya didikan yang mesti diberi kepada pelajar atau remaja ialah bagaimana mahu membina syakhsiah diri yang soleh\ah , bermoral , tahu batas pergaulan , kenal halal dan haram , takut azab Allah , memahami adab berkomunikasi , adab keluar rumah , mengenali kawan dan sahabat , mentaati ibubapa , menghormati guru , tahu batasan aurat dan sebagainya .



Bukan diajar mengenai seks ! sebab isunya ialah kes buang bayi bukan implikasi kepada kejahilan mengenai seks tetapi implikasi dari pergaulan bebas tidak mengenal dosa dan pahala , tidak takut azab Allah , tidak menutup aurat dan tidak pandai memilih kawan atau sahabat.



Memang ganjil dan songsang tindakan sedemikian . Tidak nafi di dalam Islam pun ada bab dan fasal mengenai pendidikan seks namun ia bukan lah menjadi subjek yang wajar didedah dan diajar kepada pelajar sekolah seawal usia mereka di alam persekolahan . Sebaliknya mereka dididik agar memahami agama dengan baik dan membina peribadi yang soleh\ah. Justeru itulah benteng mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar yang akhirnya membuntingkan mereka dan meleret pula kepada jenayah buang bayi .





Harap ulama' mesti bangkit menegur kerajaan ini . Terutama Ulama' kerajaan seperti mufti - mufti , qadhi - qadhi , imam - imam dan demikian juga Ulama' muda . Sampai bila nak menegur kerajaan secara rahsia dan senyap sedang mungkar dan maksiat ini membingit ke seluruh negara , merosakkan aqal , budi , akhlak dan aqidah mereka ? atau semuanya sudah songsang ? wali'yazubillah . Berilah petunjukMu Ya Allah kepada pemimpin dan ummah yang masih leka dan lalai .




Harap kerajaan mengkaji semula pendekatan yang diambil dalam membawa pendidikan seks ini kepada pelajar sekolah atau batalkan sahaja hasrat tersebut, jika tidak ianya akan dilihat oleh rakyat tidak lebih sebagai projek mencari keuntungan melalui satu lagi teks pengajian akan dicetak dan diedarkan .



Kekuatan akidah dapat menghalang keruntuhan akhlak


Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.... bersambung




Kekuatan akidah dapat menghalang keruntuhan akhlak .. siri KEDUA

Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.

Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.

Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.....bersambung

Kekuatan akidah dapat menghalang keruntuhan akhlak ....siri akhir

Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.

Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam.

Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.

Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini......TAMAT



Kekuatan akidah dapat menghalang keruntuhan akhlak

Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan....

No comments:

Post a Comment