Saturday, January 29, 2011

CORETANKU 319

SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA...LELAKI BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK JUGA BEGITU SEBALIKNYA...SEBENAR TUGAS MENCARI JODOH ANAK DARA IALAH BAPA@WALI....ITU SEBAGAI TANGGUNG JAWAB....LA NI KITA CARI SENDIRI....CARI PUN BIAR BERPANDUKAN HADIS RASULLULLAH SAW....

Bukahri dan Muslim, yang bermaksud:

"Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat"

( NOTA..KIAS JUGA HADIS INI UNTUK UNTUK MENCARI BAKAL SUAMI )

 Setiap hari dibelasah

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

BUKTI... surat mahkamah, laporan polis dan surat pengesahan perkahwinan di Thailand.
BUKTI... surat mahkamah, laporan polis dan surat pengesahan perkahwinan di Thailand.
SAKIT... Alina menunjukkan bahagian badan yang lebam angkara suami.
SAKIT... Alina menunjukkan bahagian badan yang lebam angkara suami.
KUNJUNGAN seorang wanita ke sebuah negeri di utara tanah air Julai tahun lalu untuk bertemu bakal suami sepatutnya menjadi detik indah, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila lelaki itu yang selama perkenalan mereka baik hati, lemah lembut, malah percintaan direstui keluarga, berubah menjadi buas umpama ‘binatang’.
Hampir dua bulan wanita itu diperlakukan umpama hamba abdi dengan setiap hari dibelasah bukan saja menggunakan kaki dan tangan, tetapi turut digigit di beberapa bahagian badan.
Paling dikesalkan, perkahwinan yang dijadualkan pada Disember tahun lalu, ‘dipercepatkan’ bakal suaminya apabila dibawa ke Thailand untuk berkahwin.

Alasan lelaki itu berbuat demikian adalah untuk mengaburi mata pihak berkuasa, kononnya lebam ‘dihasilkannya’ hanya masalah dalaman rumah tangga.


Lelaki itu turut mengugut akan membelasah wanita terbabit dengan lebih teruk jika membocorkan rahsia perkahwinan mereka kerana bimbang tidak disahkan dalam jawatan sebagai kakitangan kerajaan.


Ikuti apa disifatkan sebagai ‘diari neraka’ oleh seorang wanita berusia 23 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Alina sepanjang bersama lelaki dikenali sebagai ‘Mr L’, 27.


  • 14 Julai 2010

    “Saya menaiki bas untuk bertemu bakal suami di sebuah negeri di utara tanah air. Saya tiba jam 4 pagi, tetapi dia tidak dapat dihubungi. Saya menunggu sehingga jam 8 pagi di stesen bas.

    Saya kemudian nekad ke pejabat tempat dia bekerja dan menemuinya. Dia bawa saya ke dalam kereta dan dalam perjalanan di dalam kereta, tanpa disangka-sangka dia mengamuk dan membelasah saya. Saya dipukul dan ditumbuk, malah kepala dihentak ke papan pemuka kereta sehingga papan itu pecah.

    Dia mengamuk kerana tidak suka kedatangan saya. Dia menganggap saya cemburu dan menyangka saya datang bertemunya untuk memastikan dia tiada perempuan lain. Sebelum itu memang saya tahu dia ada perempuan lain.

    Selepas puas membelasah saya sehingga lebam, dia meninggalkan saya di sebuah stesen bas dan menyuruh saya tidur di surau. Saya tidak tidur kerana takut dan hanya duduk di sebelah seorang pengawal keselamatan wanita di stesen bas berkenaan sementara menunggu hari siang.”

  • 15 Julai 2010

    “Saya sekali lagi ke pejabat bakal suami dan disambut dengan kata makian dan sekali lagi saya dipukul. Saya kemudian ‘disimpan’ di rumah mak cik angkatnya.”

  • 16 Julai 2010

    “Pada sebelah pagi, tiba-tiba bakal suami membawa saya ke Songkhla, Thailand untuk berkahwin. Dia bimbang saya membuat laporan polis berhubung perlakuannya. Dia yakin pihak berkuasa akan menganggap saya berdepan masalah rumah tangga jika membuat laporan polis.

    Pada masa sama, dia mengugut akan memukul saya dengan lebih teruk jika saya tidak merahsiakan perkahwinan kami. Kerana terlampau takut dipukul dan sayangkannya, saya ikuti kehendaknya dengan harapan dia akan berubah selepas kami bergelar suami isteri.

    Tanpa dokumen perjalanan sah, saya masuk ke Thailand bersama bakal suami dan apabila tiba di lokasi tempat berkahwin semuanya sudah disediakan. Kami dinikahkan.”


  • 17 Julai sehingga 23 Julai 2010

    “Saya dan suami masih menetap di rumah mak cik angkat suami. Sangkaan saya dia berubah, tetapi saya tetap dipukul. Jika ada yang tidak kena, saya dipukul. Bertambah-tambah lebam di badan saya.”


  • 24 Julai sehingga 29 Julai 2010

    “Saya dibawa ke rumah sewa suami. Lagilah teruk perangainya. Saya dipukulnya sesuka hati. Bukan saja menggunakan kaki dan tangan, dia turut menggigit saya. Sebelum pergi kerja jika ada yang tidak kena, saya dipukul. Selepas pulang daripada kerja, saya sekali lagi dipukul. Saya dapat tahu dia masih ada hubungan dengan teman wanitanya dan jika dia bergaduh dengan teman wanitanya, saya menjadi mangsa lepas geramnya.

    Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut. Jika saya menjerit ketika dipukul, saya dibelasah dengan lebih teruk. Satu ketika, entah apa anginnya dia bersetuju dengan permintaan saya untuk pulang ke Kuala Lumpur menziarahi keluarga saya dan memberitahu perkara sebenar.

    Dia bersetuju untuk ke Kuala Lumpur sambil kakinya memijak kepala saya.”


  • 30 Julai sehingga 1 Ogos 2010

    “Di rumah ibu bapa saya, dia memberitahu hal sebenar dan mengakui memukul saya atas alasan saya terlalu cemburu. Pandai dia berlakon, sampai menangis-menangis dan berguling-guling seperti orang kena sawan.

    Ibu bapa saya mempercayainya dan menasihati saya. Suami saya turut dinasihati supaya tidak lagi memukul saya dan dia berjanji akan berubah.”


  • 2 Ogos sehingga 27 Ogos 2010

    “Kami kembali ke utara di rumah sewanya. Pada awalnya, dalam satu dua hari saya tidak dipukul, tetapi dibuat bagaikan tawanan di rumah. Selepas itu setiap hari saya dipukul. Selepas saya dipukul, dia pujuk, selepas itu keesokannya dia pukul lagi.

    Hampir tiga minggu saya dilayan umpama hamba abdi. Paling menyedihkan, dia menyedari saya sudah lama tidak datang bulan dan dia menjadi bertambah ganas.

    Dia belum mahukan cahaya mata dan kerana bimbang saya mengandung dia suruh saya buat pelbagai perkara, antaranya makan nanas muda. Apabila datang anginnya dia belasah saya dengan menendang perut saya.

    Mujur saya tidak mengandung, jika mengandung entah apa berlaku kepada kandungan saya. Kerana tidak tahan menjadi hamba abdi, saya hubungi keluarga supaya mengambil saya. Pada 27 Ogos, saya kembali ke Kuala Lumpur dan dia memberitahu akan berkunjung ke Kuala Lumpur selepas Aidilfitri untuk menyelesaikan masalah kami.

    Saya sudah membencinya dan tidak mahu lagi bersamanya. Saya dapat tahu, dia sanggup memukul saya kerana dihasut teman wanitanya.” 





  • Tips Mencari Bakal Isteri

    Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. ( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a).
    Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu? Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar; sudah tiada gadis’ atau ‘sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
    Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki. Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
    Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. – Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
    Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
    Elakkan Dari Berkawan Dengannya
    Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
    Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. ( Bidalan ltali).
    Lakukan Risikan Secara Rahsia
    Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
    Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
    Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
    Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
    Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
    Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina
    Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
    Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
    Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
    Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
    Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman
    Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
    Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
    Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
    Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
    Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan kecundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
    Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
    Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
    Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. -Bidalan Serbia
    Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
    Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
    Bertunang Jangan Lama
    Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu dihati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
    Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali
    Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
    Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja. Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin bila dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
    Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman
    Elakkan Dari Terlalu Cemburu
    Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
    Layan Dia Dengan Baik
    Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
    Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil
    Bertanggungjawab
    Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.



    Bagaimana nak cari calon suami yang baik ?


    Salam,

    Miss Awa dan rakan-rakan SIM yang single mingle boleh baca artikel ini
    sebagai bahan rujukan.

    ¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

    *Wanita Mencari Jodoh: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling
    Ideal?
    *

    Sering kita mendengar maksud sepotong hadis yang berbunyi, *"Dikahwini
    wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta
    kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah
    (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera
    hidupmu." *(Riwayat Bukhari dan Muslim). Secara umumnya hadis ini
    menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian
    lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat
    tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki
    untuk menyuntingnya. Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan
    kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri "kuat
    penghayatan agamanya". Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran
    agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan
    hidup berumahtangga.

    Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika
    hadis di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri
    mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita
    dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh
    bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan
    terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan
    melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang
    bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

    Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu
    latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.
    Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan
    buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan
    baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan
    sebagainya.

    Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi
    anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang
    berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
    bermaksud: *"Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu
    dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah
    dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan
    berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar."*

    * *

    Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang
    mestidijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum
    dilihat atau
    dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang
    sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan
    segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,
    sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT) walaupun hidup
    kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin. Mengapa demikian? Kerana kefasikkan
    hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perjudian, minuman
    keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya.
    Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam
    tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak
    dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di
    atas sebagai "fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar."

    Suami yang hidup dalam kefasikkan bermakna mengundang murka Allah SWT.
    Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup
    berumahtangga akan dapat dinikmati?

    Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin
    Ali r.a. (cucu Rasulullah s.a.w.) untuk meminta nasihat. Katanya, *"Anak
    perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang
    bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?"* Hasan menjawab,
    *"Kahwinkanlah
    dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai
    isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya
    pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati
    isterinya)."*

    * *

    Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk "al-Bayt al-Islami Kama
    Yanbaghi An Yakun" menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup
    keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian
    terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami
    mereka.

    Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih
    mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut
    sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah
    masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan
    mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan
    wanita berbanding lelaki.

    Rasulullah s.a.w. juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang
    mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda
    mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud*: "Sesiapa yang menikahkan **anak
    perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
    silaturrahim dengan anaknya sendiri."*

    * *

    Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah s.a.w. dalam menggesa para ibu bapa agar
    mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi
    dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

    Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan
    anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan
    suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan
    bergelumang pula dengan maksiat?

    Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di
    bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila
    berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang
    diterajui oleh suami mereka sendiri. Gadis yang pada mulanya berperibadi
    mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang
    mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya.
    Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

    Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah s.a.w. menghukum mana-mana bapa
    atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik,
    yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak
    perempuannya sendiri.

    Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
    pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang
    berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan "ikatan sosial"
    yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
    sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,
    tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

    Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: *"Dan kahwinkanlah orang-orang
    bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh
    dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah
    akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana
    Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui." * (an-Nur: 32).




    No comments:

    Post a Comment