LIHAT DAN KAJI BERITA2 NI....MANA MUFTI2 DAN ULAMAK2 TERSOHOR...NAFSU DAN KEMALUAN ALLAH YANG MENCIPTANYA...TENTU ALLAH MAHA MENGETAHUINYA...TAK KAN KITA LEBIH PANDAI DARI ALLAH MENGUBAL HUKUM...SAPE NAK JAWAB DIAKHIRAT NANTI.....
Perdaya ibu untuk berasmara
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
ahmadshahrul@hmetro.com.my
Sebelum kejadian itu, gadis yang tinggal di Petaling Jaya, dekat sini, dikatakan merayu kepada ibunya supaya diberikan wang kononnya bagi membeli peralatan dan buku sekolah untuk kemudahan pembelajaran di sekolah.
Tanpa banyak soal, ibu mangsa, lingkungan 40-an yang juga golongan berada dipercayai menyerahkan wang yang diperlukan anak gadisnya, yang sudah berpakat dengan pasangannya untuk menyewa bilik dan melakukan maksiat di sebuah hotel murah di Shah Alam, kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Bagaimanapun remaja terbabit dan pasangannya yang juga pelajar tingkatan empat ditahan sepasukan lima penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu bilik hotel itu semalam.
Kegiatan gadis terbabit didedahkan Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, yang mengakui menahan pasangan remaja berusia 15 dan 16 tahun terbabit selepas dipercayai melakukan kegiatan tidak bermoral di bilik hotel terbabit.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, teman lelaki gadis terbabit berpakat dengan seorang lagi kawannya untuk sama-sama membawa kekasih masing-masing sebelum menyewa bilik berasingan dipercayai untuk melakukan hubungan seks.
“Gadis terbabit ditahan bersama kekasihnya dalam bilik hotel dan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu sudah dilakukan beberapa kali sebelum ini.
“Kita tidak menolak, gadis terbabit dan kekasihnya menggunakan hotel itu sebagai lokasi selamat bagi melakukan maksiat termasuk hubungan seks.
“Malah, maklumat yang diperoleh mendapati, gadis terbabit sudah kerap melakukan kegiatan tidak bermoral di hotel berkenaan sebelum Jais melakukan pemantauan dan menahan mereka,” katanya, semalam.
Tanpa berselindung, Shahrom berkata, berdasarkan maklumat, gadis terbabit memperdayakan ibunya bagi mendapatkan wang kononnya untuk membeli pelbagai keperluan untuk pembelajaran di sekolah.
Malah, berdasarkan maklumat ibu gadis itu, dia langsung tidak menyangka wang itu digunakan anaknya untuk menyewa bilik hotel sebelum melakukan maksiat dengan kekasihnya.
“Kita percaya gadis itu memperoleh wang dalam jumlah yang banyak selepas memperdayakan ibunya,” katanya.
Shahrom berkata, gadis itu dan kekasihnya selain satu lagi pasangan yang juga rakan mereka ditahan sebelum dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan.
Katanya, ibu bapa kedua-dua pasangan terbabit dipanggil sebagai penjamin bagi membebaskan anak mereka yang akan didakwa dalam tempoh terdekat.
Model cabul
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Sumber polis berkata, suspek yang menyamar sebagai ejen syarikat mencari bakat model didakwa turut menyamun mangsa.
Difahamkan, siasatan mendapati mangsa yang berusia 22 tahun tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.
Menurutnya, mangsa yang disambut suspek sebelum dibawa ke sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, di sini.
“Suspek yang berusia 35 tahun mendaftarkan mangsa menginap dalam sebuah bilik hotel sebelum datang semula kira-kira jam 9 malam hari sama.
“Difahamkan, suspek masuk ke dalam bilik dan berpura-pura mahu berbincang berhubung surat perjanjian untuk mangsa menjadi model Malaysia,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian ke tandas sebelum terkejut apabila mendapati telefon bimbit dan pasport miliknya yang diletakkan di atas meja hilang.
“Mangsa yang mengesyaki barang berharga miliknya itu dicuri lelaki terbabit kemudian cuba memeriksa beg yang dibawa suspek, namun dia dihalang menyebabkan berlaku pergelutan sebelum mangsa dicabul.
“Mangsa yang cuba menarik beg milik suspek bagaimanapun terkejut apabila mendapati terdapat sebilah parang panjang dalam beg itu. Suspek turut mencabul mangsa sebelum melarikan diri. “Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan,” katanya.
Susulan laporan itu, polis segera menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek beberapa jam kemudian.
“Suspek direman untuk siasatan lanjut di Balai Polis Bukit Jalil, di sini,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemilik salun dan pekerjanya kerugian kira-kira RM1,700 apabila dirompak seorang lelaki tua di premisnya yang terletak di Jalan Raja Laut, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 40-an bersama pekerjanya berusia 20 tahun didatangi seorang pelanggan lelaki.
“Suspek berpura-pura bertanya nama seorang lelaki tidak dikenali sebelum mangsa memberitahu tidak mengenali individu terbabit. Bagaimanapun suspek tiba-tiba menunjukkan senjata menyerupai pistol ke arah mangsa.
“Suspek kemudian meragut rantai leher milik mangsa sebelum merampas telefon bimbit yang dipegang,” katanya.
Pelajar ditangkap khalwat
Remaja terbabit bersama pasangannya yang berusia 18 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kira-kira jam 3 petang dalam keadaan tali pinggang dan seluar mereka terbuka kerana dipercayai mahu melakukan hubungan seks.
Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata pasangan itu dicekup dalam `Ops Berahi 2’ di sekitar kawasan itu berikutan kereta dinaiki mereka diletakkan jauh daripada orang ramai.
“Apabila disoal, pasangan itu mengaku perbuatan berkenaan dalam kereta berkenaan dan merayu meminta dilepaskan. Dia memberi alasan mahu berjumpa teman lelakinya buat kali terakhir pada hari itu sebelum memutuskan hubungan mereka.
“Bagaimanapun, kedua-duanya yang berasal dari Alor Biak, Jalan Sungai Korok dan Kampung Gelong di Jitra itu ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak pada orang ramai,” katanya.
Dalam operasi itu juga, pihaknya turut menahan sepasang kekasih di sebuah motel di Kampung Pisang, Lebuhraya Darulaman, di sini kira-kira jam 4.30 petang kerana disyaki berkhalwat.
Warga asing noda budak
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
abwahab@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Selasa lalu, suspek berusia 28 tahun dikatakan mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk ke atas kanak-kanak berusia enam tahun terbabit selepas menyedari penjaga kanak-kanak itu keluar rumah untuk membeli barang keperluan harian.
Difahamkan, sebelum meninggalkannya, ibu mangsa terlebih dulu mempelawa anaknya untuk mengikutinya keluar, namun anaknya enggan kerana mahu bermain permainan komputer di rumah suspek terbabit.
Bagaimanapun, sejurus pulang sejam kemudian, mangsa berkenaan terus menceritakan dia diraba selain kemaluannya dipegang suspek.
Tergamam dengan dakwaan yang dibuat anaknya, pasangan berkenaan terus membuat aduan polis pada hari sama sebelum anaknya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan terbabit yang tinggal di tingkat atas manakala suspek menyewa di bawah rumah ‘Town House’ di situ dan mereka dikatakan baru beberapa bulan mengenali antara satu sama lain.
Menurutnya, selepas menerima aduan daripada mangsa, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bergegas ke kediaman suspek sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.
“Ketika ditahan, hanya warga asing itu saja berada di dalam rumah dan polis sedang menyiasat sama ada suspek tinggal berseorangan atau mempunyai rakan lain.
“Kami masih menunggu laporan perubatan daripada HTAR untuk mengesahkan sama ada benar dia dirogol atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Zehedi berkata, suspek kini direman sehingga 4 Januari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Pelajar dicekup dalam rumah sewa kekasih
Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, pasangan yang masing-masing adalah pelajar sebuah kolej tempatan dengan lelaki berusia 23 tahun dan serta perempuan berusia 21 tahun itu dicekup ketika berkurung di dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata pihaknya menerima aduan mengenai kehadiran lelaki terbabit ke rumah bujang didiami sekumpulan penuntut perempuan kolej berkenaan sejak beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun, katanya, dengan maklumat tepat, lelaki terbabit yang sedang berkurung bersama pasangannya di sebuah bilik dalam rumah sewa itu diserbu sepasukan anggota penguat kuasa.
“Pintu rumah dibuka oleh seorang perempuan, dipercayai penghuni rumah berkenaan dan apabila memperkenalkan diri, anggota kami masuk bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
“Anggota kami mendapati pintu sebuah bilik bertutup dan apabila diketuk ia dibuka didapati terdapat seorang lelaki dan perempuan di dalamnya.
“Pemeriksaan dokumen dan soal siasat mendapati pasangan terbabit bukan muhrim dan mereka terus ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya, semalam.
Rahimin berkata, ketika ditahan kedua-dua mereka memakai kemeja-T dan berseluar pendek.
Penganggur dituduh cabul
Choo Chee Kian, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan.
Choo didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul Yap Lee Hong, 33, dengan memegang payu dara mangsa di Jalan Raja Laut, 9 Februari 2011.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,900 dan menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Kes rogol ditunda 56 kali!
Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my
sfhassan@hmetro.com.my
Beliau berkata demikian ketika mendedahkan salah satu kes yang sering ditangguhkan atas sebab tertentu hingga menjejaskan orang ramai.
Zaki berkata, permohonan penangguhan perbicaraan oleh peguam dan pegawai pendakwa adalah punca sesuatu kes di mahkamah terpaksa melalui tempoh perbicaraan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Katanya, biarpun begitu, orang ramai tetap mempunyai persepsi bahawa pihak mahkamah yang menyebabkan kes mereka tertangguh.
“Sekarang ini, orang ramai masih menyalahkan mahkamah kerana kes mereka ditangguhkan tetapi siapa yang pohon? Yang memohon penangguhan itu adalah peguam dan pendakwa atas pelbagai alasan.
“Memang mahkamah tangguh kerana ada perintah, jika hakim tidak membenarkan penangguhan, peguam akan kata ia tidak adil.
“Tetapi yang tidak adil sebenarnya ialah kepada mangsa sendiri. Kita kasihan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bulanan dengan kakitangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, semalam.
Hadir sama, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
Sementara itu, Zaki berkata, beberapa penambahbaikan yang dilakukan terhadap sistem kehakiman ketika ini dilihat dapat menyelesaikan lebih 50 peratus jumlah kes tertunggak sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, antara faktor kes cepat diselesaikan ialah kecekapan pengurusan kes dan melakukan proses rundingan.
“Rekod terkini hanya menunjukkan kes yang didaftarkan pada 2010 belum selesai terutama di Mahkamah Sesyen dan Majistret.
“Ia berbanding pada 2009 apabila masih terdapat kes didaftar pada 1999 yang belum selesai,” katanya.
Pelajar dicabul
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila mangsa berusia 15 tahun, pelajar sebuah sekolah menengah dekat sini, mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah selepas mereka makan malam di sebuah warung.
Difahamkan, mereka berkenalan sejak tiga bulan lalu melalui kakak mangsa berusia 21 tahun yang mengenali lelaki terbabit sebelum mangsa saling berhubung dengan lelaki itu yang bekerja sebagai pelayan restoran.
‘Datuk F’ didakwa
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
zatuliffah@hmetro.com.my
Warga emas, Mohd Fauzi Anang, 59, didakwa merogol wanita berkenaan pada 7 Mac lalu kira-kira jam 12 tengah malam di Kampung Seberang Tepuh, di sini.
Tertuduh yang berasal dari Wakaf Tengah, di sini, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang mengaku tidak bersalah mohon dibicarakan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.
Zainal Abidin kemudian menetapkan 18 April depan bagi sebutan semula kes untuk jaminan dan lantikan peguam.
Sebelum ini, akhbar ini pada 9 Mac lalu melaporkan seorang guru tadika diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga apabila diperkosa bomoh yang mengambil kesempatan ketika merawatnya kerana dipercayai terkena buatan orang.
Bomoh berusia 59 tahun dikenali sebagai ‘Datuk F’ itu dikatakan melakukan perbuatan berkenaan di bilik perubatan ketika merawat wanita terbabit di sebuah rumah di Kampung Seberang Tepuh, di sini.
Bekas jurugambar cabul 3 remaja dipenjara 9 bulan
Majistret Nor Azah Kasran menjatuhkan hukuman itu selepas, Chen Yu, 53, mengaku bersalah terhadap tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Beliau memerintahkan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan berjalan secara berasingan bermula semalam.
Mengikut pertuduhan, Chen Yu didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas tiga kanak-kanak itu, masing-masing berusia antara 14 sehingga 15 tahun dengan niat mencabul kehormatan dengan memegang dan menghisap kemaluan mangsa.
Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu, sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Brickfields, di sini, pada jam antara 12 tengah malam sehingga 3 pagi, awal Jun lalu.
Dia yang kini bekerja sebagai pengendali laman web didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta, seorang editor mendapat panggilan daripada bekas pekerjanya iaitu tertuduh sendiri yang memberi maklumat skandal di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak.
Dalam satu pertemuan dengan pengadu, tertuduh sendiri mengaku dia melakukan penderaan seksual terhadap tiga kanak-kanak di rumah itu.
Pengadu kemudian membuat laporan polis di balai polis berdekatan sebelum tertuduh ditangkap pada 1 November lalu yang datang menyerah diri di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.
Terdahulu, Chen tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan dia baru menjalani rawatan sakit jiwa di Hospital Kuala Lumpur.
Majikan cabul setiausaha sendiri
Sumber polis berkata, kejadian ketika mangsa sedang membuat salinan di mesin fotokopi kira-kira jam 9.30 pagi, semasa pekerja lain belum tiba.
Wanita dinodai dua polis palsu
Ketika kejadian jam 10 malam itu, mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum ditahan dua lelaki terbabit yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Dua lelaki berkenaan yang menaiki kereta Proton Waja berwarna perak pada mulanya meminta mangsa menunjukkan dokumen pengenalan diri dan selepas diberi, mereka meminta mangsa memberikan wang pula.
Mangsa yang ketika itu tiada wang dipaksa masuk ke dalam kereta dengan alasan ingin membawanya ke balai polis namun sebaliknya dibawa ke sebuah kawasan perindustrian.
Mangsa yang tidak tahu muslihat dua lelaki terbabit hanya mengikut arahan mereka namun tidak menyangka ia menjadi sejarah hitam dalam hidupnya apabila menjadi pemuas nafsu seks dua lelaki berkenaan yang merogolnya secara bergilir-gilir di tempat duduk belakang kereta. Selepas puas meratah tubuh mangsa, mereka meninggalkan mangsa bersendirian.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang kontraktor kerugian RM25,000 apabila disamun di tepi jalan SS 7, Kelana Jaya, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang baru mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank dan dalam perjalanan ke pejabat berhenti seketika di kawasan kejadian untuk membuang air kecil.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba mangsa didatangi empat lelaki menunggang dua motosikal berhenti dan mengacu pisau kepadanya serta meminta menyerahkan wang kepada mereka.
Mangsa dipercayai sudah mengekori sejak dia mengeluarkan duit dari bank dan penjenayah terbabit menunggu peluang terbaik untuk menyamun.
Buang sial sebelum layan nafsu
Rahsia perniagaan premis terbabit yang beroperasi sejak setahun lalu terbongkar jam 5 petang kelmarin apabila lokasi berkenaan diserbu Jabatan Imigresen Johor.
Ketua Operasi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohamad Nasir Abas berkata, perniagaan menilik nombor ekor mandi bunga itu hanyalah khidmat sampingan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
“Setiap pelanggan akan mandi bunga terlebih dulu di bilik khas disediakan pengusaha premis dan apabila selesai, lelaki hidung belang terbabit boleh membawa gadis berkemban ke dalam bilik disediakan.
“Kami menemui tiga bilik dijadikan tempat memuaskan nafsu malah kondom serta jeli pelincir juga ada di sana,” katanya, semalam. Menurut Nasir, ketika serbuan, enam wanita sedang menunggu pelanggan berada di dalam premis terbabit, bagaimanapun, empat daripada mereka meloloskan diri melalui pintu belakang.
Beliau berkata, dua pelanggan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
Nasir berkata, serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan aktiviti premis itu selain risikan dijalankan sejak beberapa hari lalu.
“Seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis terbabit mengatakan mereka hanya menyediakan pakej mandi bunga dan bomoh bagi tujuan perubatan selain menilik nombor ekor.
“Bagaimanapun, pemeriksaan di tiga bilik di premis terbabit menemui pelbagai peralatan digunakan dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya.
Dalam serbuan itu, dua wanita warga Indonesia berusia 27 dan 30 tahun selain seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an ditahan untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas dengan bekerja di negara ini, manakala lelaki warga tempatan terbabit disiasat mengikut Seksyen 55 (b) kerana menggaji pekerja tanpa dokumen sah.
Panjat bumbung
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Lelaki berusia 20-an itu adalah antara empat pasangan kekasih berusia antara 20 dan 30-an yang dicekup selepas disyaki berkhalwat di beberapa hotel di Seberang Jaya dan Butterworth.
Operasi cegah maksiat bermula dari jam 12 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 9 pagi itu membabitkan sepasukan 12 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang diketuai Penolong Ketua Unit Operasi, Ibrahim Md Jaki.
Ketua Penolong Pengarah JHEAIPP, Jaafar Ismail berkata, dalam pemeriksaan itu, beberapa hotel diperiksa selepas semakan di buku pendaftaran masuk mendapati terdapat pasangan mencurigakan.
Beliau berkata, di salah sebuah hotel, salah seorang pegawai penguat kuasa agama dimaklumkan seorang lelaki cuba melarikan diri melalui tingkap bilik hotel untuk ke bumbung.
“Ketika lelaki berkenaan cuba melarikan diri, perbuatannya dilihat dan disedari sebelum dia disergah menyebabkannya terkejut dan menyerah diri.
“Pemeriksaan lanjut di bilik yang disewa lelaki berkenaan menemui seorang wanita dan soal siasat mendapati kedua-duanya mengaku pasangan kekasih.
“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan kedua-duanya berpakaian lengkap,” katanya.
Jaafar berkata, dalam pemeriksaan di sebuah hotel di Seberang Jaya kira-kira jam 3 pagi, seorang lelaki yang hanya bertuala mengaku tinggal berseorangan di dalam bilik sedangkan teman wanitanya bersembunyi di bilik air.
Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu lelaki berusia 20-an terbabit enggan memberi kerjasama ketika diminta pegawai penguat kuasa agama, namun terpaksa akur selepas pelbagai jenis pakaian wanita ditemui dalam bilik berkenaan.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth sebelum laporan tangkapan dibuat di Balai Polis Butterworth untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Semua pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin JHEAIPP selepas keluarga dan waris hadir menjamin mereka,” katanya.
Diperkosa bergilir-gilir dalam semak
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 15 tahun termakan pujuk rayu untuk mengikut lelaki terbabit yang berusia 26 tahun dengan alasan ingin dibawa bersiar-siar.
Menurut sumber, mangsa dan suspek bertemu di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang sebelum dipelawa untuk dihantar pulang ke rumahnya di Taman Aman, Sea Park, Petaling Jaya dengan menaiki motosikal jenis RXZ.
“Mangsa kemudian bersetuju dan tidak mengesyaki apa-apa yang buruk bakal berlaku kerana mereka tinggal berjiran.
“Sebaik menunggang motosikal, suspek kemudian memberitahu ingin singgah sebentar di kawasan Chow Kit bagi berjumpa rakannya,” katanya.
Gadis diperkosa bapa tiri mahu pembelaan sewajarnya
CERITA...ZT menceritakan kejadian menimpanya kepada Muhd Khairun dan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
Malah, bapa tirinya itu hingga kini masih bebas.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Cik ZT, 28, berkata perbuatan lelaki terbabit langsung tidak berhati perut kerana menjadikannya hamba seks sejak bertahun-tahun lamanya hingga hidupnya sentiasa ketakutan.
Bercakap dalam sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam, dia berkata, kali terakhir dia diperkosa bapa tirinya yang berusia 58 tahun itu ialah pada 23 November 2008, kira-kira jam 6.30 petang selepas lelaki terbabit membawanya ke Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani.
Bertekad untuk mengakhiri penderitaan itu, dia meloloskan diri pada keesokan harinya.
ZT yang kini menetap di sebuah rumah perlindungan yang dirahsiakan membuat laporan polis pada 2 Disember 2008 di Pulau Pinang dan kes terbabit dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, berdasarkan tempat kejadian itu berlaku.
Namun, sehingga kini lelaki terbabit masih bebas dan berada di Sungai Petani menyebabkan dia mengemukakan semula kes berkenaan kerana inginkan pembelaan terhadap penderitaannya itu.
Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Aduan dan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, menceritakan peristiwa hitam itu bermula ketika dia berusia lapan tahun apabila bapa tirinya itu mencabulnya.
“Pada usia 11 tahun, saya kehilangan dara apabila dirogol bapa tiri dan sejak itu, sering diperkosa tanpa mengira masa dan tempat. “Saya juga dilarang keluar rumah dan berkawan selain diugut tidak menceritakan perbuatannya itu kepada sesiapa pun.
“Saya tidak berani melaporkan perbuatannya itu kepada mak kerana sangat takut lelaki itu akan mencederakan saya,” katanya.
Sementara itu, Muhd Khairun berkata pihaknya semalam membawa perkara itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi siasatan lanjut.
Diari dedah kisah hitam gadis 16 tahun
Difahamkan, mangsa yang berusia 16 tahun sering menjadi pemuas nafsu bapa saudaranya yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di rumah lelaki terbabit ketika tiada sesiapa di rumah.
Menurut sumber, mangsa meluahkan rasa bersalahnya itu dalam diari kerana tidak berani memberitahu sesiapa selepas diugut akan dicederakan lelaki terbabit.
“Mangsa terpaksa tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya di Kota Damansara selepas ibu bapanya bercerai pada 2006.
Sumber berkata, sejak itu, mangsa sering kali dijadikan alat pemuas nafsu bapa saudaranya.
“Mangsa pada mulanya cuba melawan, namun terpaksa mengalah selepas gagal menghalang lelaki itu daripada memperkosanya,” katanya.
Bagaimanapun, sumber berkata, penderitaan mangsa terbongkar apabila ibunya yang melawatnya di rumah itu terkejut apabila membaca diari berkenaan.
“Wanita itu membuat laporan polis Sabtu lalu lalu kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.
Perogol jiran dijel 15 tahun
Bekas pengawal keselamatan itu didapati bersalah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 18 tahun pada April 2006.
Berdasarkan pertuduhan, mangsa yang juga jiran tertuduh, dirogol pada waktu siang di rumah berhampiran tadika Berdang, Kampung Berdang, Jeli.
Akibat perbuatan sumbangnya, mangsa melahirkan bayi pada 12 Februari 2007.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
Pada prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam, Faizal Abdul Rahman manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.
Terdahulu, Nor Hamizah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan itu serius.
Katanya, tertuduh mengambil kesempatan terhadap jirannya sendiri selain keadaan mangsa yang tidak seperti remaja lain.
Remaja diperkosa di rumah kosong
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa keluar bersama teman lelakinya berusia 18 tahun dengan menunggang sebuah motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kawasan Dataran Bukit Sentosa, kira-kira jam 3 petang. Sumber berkata, mangsa dipercayai dirogol lebih lima kali oleh teman lelakinya itu di pangsapuri berkenaan. “Bagaimanapun, mangsa merahsiakan kejadian itu sehinggalah kakak mangsa mengesyaki ada perkara yang tidak kena selepas adiknya itu murung dan tiada selera makan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kakak mangsa yang berusia 19 tahun mendesak adiknya itu berterus terang mengenai apa yang berlaku ke atas dirinya.
“Mangsa menceritakan dia dirogol teman lelakinya di sebuah rumah kosong setiap kali mereka keluar bersama, malah mangsa mendakwa takut untuk menceritakan kejadian itu kepada sesiapa selepas diugut teman lelakinya itu,” katanya. Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu, kakak mangsa terus ke balai polis untuk membuat laporan.
“Polis yang menerima laporan itu menahan suspek yang berasal dari Perak pada hari sama,” kataya.
Sumbat janin dalam tangki
Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, tukang cuci terbabit berasa curi apabila melihat tangki pam tandas yang dicucinya dalam keadaan terbuka, lalu cuba menutupnya. Namun, sebaik saja mengangkat penutup tangki pam itu, dia terkejut apabila melihat mayat janin dalam keadaan terperosok akibat disumbat ke dalam tangki itu.
Tukang cuci wanita berkenaan segera memaklumkan penemuan janin itu kepada kakitangan hospital sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi, ketika dihubungi semalam berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati janin seberat satu kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tandas terbabit sebelum disumbatkan ke dalam tangki pam berkenaan.
“Kami percaya ibu bayi terbabit cuba menyembunyikan kelahiran dengan menyumbat janinnya ke dalam tangki pam tandas bagi mengelak diketahui keluarga,” katanya.
Menurutnya, janin berkenaan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan polis sedang menjejaki individu bertanggungjawab.
“Polis turut menyemak senarai nama pesakit memasuki wad bersalin untuk mencari suspek perbuatan keji ini,” katanya.
Tidur bersama kawan abang
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Lelaki berusia 24 tahun, seorang nelayan berasal dari Kuala Kedah itu dikatakan turut membawa rakan adik perempuannya berusia 22 tahun menyewa sebuah bilik di hotel sama walaupun baru pertama kali bertemu kelmarin untuk memuaskan nafsunya.
Lelaki berkenaan dikatakan mengajak adik perempuannya berusia 21 tahun menyewa bilik bersama rakannya yang juga nelayan berusia 18 tahun dan masing-masing datang ke hotel itu sejak petang Jumaat dengan menunggang motosikal berasingan.
Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membuat serbuan di dua bilik berasingan hotel itu dalam ‘Ops Krismas’, kira-jam 4 petang.
Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, dalam pemeriksaan di bilik pertama hotel itu, seorang lelaki yang hanya berseluar denim tanpa baju terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa Jaik ketika membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita memakai baju labuh nipis dan bertali halus tanpa coli dan seluar dalam berselimut di atas katil di bilik berkenaan dalam keadaan takut.
“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sah dan memberi alasan hanya untuk makan bersama di bilik itu.
“Mereka mengaku baru berkenalan dan bertemu di hotel berkenaan. Mereka terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui, kelmarin.
Katanya, si adik mendakwa dia mengikut abangnya keluar dari rumah mereka kerana bergaduh dengan seorang lagi abang dan mahu mencari ketenangan sebelum dicekup berkhalwat di hotel itu.
Beliau berkata, pemeriksaan di bilik kedua menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa sebarang ikatan hingga menimbulkan syak.
Menurutnya, wanita itu mengaku yang dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel itu bersama rakannya yang juga pasangan abangnya.
“Kita mengesyaki sesuatu mencurigakan dan lebih mengejutkan apabila abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya bermalam dengan rakannya di bilik hotel itu sedangkan dia sepatutnya menjaga kehormatan wanita itu.
“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali,” katanya.
Pasangan adik beradik itu kemudian diikat jamin ibunya yang datang ke Pejabat Agama Islam Kota Star selepas dimaklumkan penahanan mereka oleh anggota penguat kuasa manakala pasangan mereka dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.
Md Nasir berkata, dalam operasi sempena Krismas kelmarin, tiga pasangan berusia 18 hingga 24 tahun ditahan dalam pemeriksaan di beberapa hotel murah sekitar bandar raya ini bermula jam 2 hingga 7 petang.
Diperkosa dalam stor
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
Mangsa yang berusia 16 tahun dikatakan dirogol lelaki terbabit di dalam bangunan kilang tempat mangsa bekerja di Batang Kali, di sini, menyebabkan mangsa mengalami trauma akibat kejadian itu. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa yang ketika itu sedang bekerja mendakwa dipaksa seorang rakan sekerjanya masuk ke dalam stor.
Sumber polis berkata, remaja terbabit yang mengenali suspek sebagai rakan sekerjanya kemudian diheret tangan masuk ke dalam stor berkenaan sebelum diperkosa.
“Mangsa kemudian ditinggalkan di stor sebelum lelaki Bangladesh terbabit keluar daripada stor untuk menyambung kerjanya,” katanya. Menurutnya, tiga hari selepas kejadian itu, mangsa yang kelihatan muram dan tidak berdaya ditanya ahli keluarganya, menyebabkan remaja itu menceritakan kejadian dia dirogol.
Susulan itu keluarga mangsa terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Selangor berhubung kejadian berkenaan. “Malah, mangsa dirujuk ke Hospital Selayang sebelum ditempatkan di wad selama tiga hari untuk pemeriksaan. Laporan perubatan mendapati mangsa dirogol berkali-kali. “Anggota polis berjaya menahan lelaki warga Bangladesh itu untuk siasatan lanjut. “Suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 2 Oktober untuk soal siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Bapa pelajar mangsa perkosa, bunuh kesal
Murali yang juga ketua pengawal keselamatan di Ladang Rubana meluahkan kekesalan itu selepas ditemui pada upacara membakar mayat anak gadisnya itu di sini, semalam.
Mayat Divya ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin dalam keadaan bogel dan tertiarap di sebuah parit di ladang berkenaan selepas mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas turun dari bas petang Jumaat lalu.
Menurutnya, dia berharap pembunuh anaknya itu segera ditahan dan dihukum setimpal dengan perbuatan kejam dilakukannya.
Katanya, mendiang anaknya begitu rapat dengannya dan seorang anak yang baik serta tidak banyak kerenah selain rajin membantu isterinya, P Letchumany, 35, membuat kerja rumah.
“Mayat Divya dibawa pulang ke rumah di Ladang Rubana semalam (kelmarin) selepas dibedah siasat di Hospital Teluk Intan (HTI),” katanya, semalam.
Usaha wartawan Harian Metro menemuramah Letchumany gagal apabila dia enggan kerana terlalu sedih atas kematian anaknya itu.
Sementara itu, Ketua MIC cawangan Ladang Rubana, K Damondran berkata, kejadian pembunuhan itu kali pertama berlaku di ladang itu.
“Saya tinggal di ladang ini sudah 40 tahun tanpa sebarang kejadian jenayah hingga berita mengejutkan itu berlaku semalam (kelmarin).
“Perbuatan itu kejam dan pihak yang melakukan pembunuhan itu perlu segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di sini, semalam.
Selain itu, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah, Dr Wan Norashikin Wan Noordin turut menghantar ucapan takziah dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di HTI mendapati, mangsa dirogol terlebih dulu sebelum mukanya dibenamkan ke tanah menyebabkan mangsa lemas dan meninggal dunia.
“Mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas mukanya dibenamkan ke tanah,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang membunuh mangsa dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Asisten Superintendan Shamsudin Mamat di talian 019-4231500 atau balai polis berhampiran.
Remaja terkejut bawa pulang beg plastik berisi janin
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Kharul Nizam Abdul Razak, 15, pada awalnya mengorek lubang di sebuah kawasan tanah lapang tidak jauh dari rumahnya selepas curiga dengan kelibat seorang wanita dan lelaki itu. “Pada mulanya saya ke tanah lapang itu menunggu kawan pulang dari kerja, namun tidak lama kemudian saya ternampak seorang wanita dan lelaki menaiki motosikal melintasi kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa satu bungkusan plastik.
“Saya sangka mereka hanya melalui kawasan itu tetapi mula pelik apabila lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya sebelum melihat temannya duduk mencangkung menggali tanah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.
Khairul berkata, dia menyangka pasangan terbabit menanam sesuatu berharga dan selepas beberapa minit, mereka terus beredar.
“Selepas mereka beredar, saya ke tempat itu dan melihat kesan tanah seperti baru digali lalu menggali hingga menemui beg plastik hitam.
“Saya membawa pulang bungkusan itu ke rumah terletak kira-kira 100 meter dari kawasan lapang terbabit,” katanya.
Katanya, sebaik tiba berhampiran rumah, dia membuka plastik itu dan terkejut menemui ketulan daging kemerah-merahan seakan daging haiwan lalu memanggil kakak dan adiknya.
“Kakak saya yang memeriksa ‘daging’ berkenaan mengesahkan ia adalah janin manusia dan segera memberitahu ayah sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Amah dicabul pencuri
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan bersendirian di rumah berkenaan kerana majikannya sedang bekerja.
Kerugian dianggarkan bernilai RM6,000 selepas beberapa barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit berjaya dilarikan lelaki itu.
Menurut sumber, suspek berusia 30-an menceroboh masuk ke rumah itu dengan memecahkan pagar sebelum mengumpil pintu dapur di bahagian belakang rumah berkenaan.
“Mangsa yang sedang mengemas terperanjat apabila melihat suspek bersenjatakan pisau berada dalam rumah berkenaan.
“Mangsa menjerit meminta pertolongan namun tangannya diikat suspek yang turut mengugut untuk mencederakannya jika membuat bising.
“Selepas menggeledah kira-kira 20 minit dan berpuas hati dengan hasil rompakannya, suspek menanggalkan pakaian mangsa sebelum mencabulnya dan melarikan diri,” katanya.
Mangsa yang berjaya membuka ikatan tangannya menghubungi majikannya yang kemudian melaporkan kejadian pada polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 dan 457 Kanun Keseksaan (KK).
Dua perkosa budak OKU
Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah teres di Bandar Baru Ampang didatangi dua lelaki tidak dikenali berusia 20-an yang mengambil kesempatan merogolnya selepas ibu mangsa keluar bekerja.
Menurut sumber, mangsa yang mendengar ketukan pintu rumah terus membukanya sebelum dua lelaki berkenaan menyerbu masuk.
Sumber berkata, kejadian itu dikesan ibu mangsa yang pelik dengan sikap anaknya yang berdiam diri dan murung.
Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian yang berlaku dan ibunya membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari yang sama,” katanya.
Duda perkosa kenalan rakan dijel 6 tahun
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja kilang elektronik, Mohd Ridzuan Muhamad Azhan, 25, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 12 November 2009.
Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu sebelum ini minta dibicarakan tetapi menukar pengakuannya selepas dua saksi pendakwaan tampil memberi keterangan. Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun dalam sebuah rumah kedai di tingkat 2, Jalan Bendahara 9, Taman Sentosa, di sini, antara 11.30 malam dan 12.30 tengah malam, pada 10 November 2009. Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Terdahulu, peguam belanya, Khairil Anuar Azmi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mempertimbangkan latar belakang tertuduh yang tidak memiliki rekod kesalahan lampau. Beliau berkata, anak guamnya masih menanggung keluarganya di kampung termasuk perlu memberi nafkah terhadap bekas isteri dan anak mereka di samping menyara ibunya yang berusia 56 tahun. Katanya, pengakuan bersalah lelaki yang sebelum ini hanya meraih pendapatan RM800 juga sudah menjimatkan masa mahkamah. “Dia sudah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu. Selain itu, dia juga memohon maaf kepada mahkamah, mangsa dan keluarga wanita itu atas perkara yang sudah berlaku,” katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.
Ibu tunggal, 4 anak diratah bomoh
Selain mengajar ajaran sesat, bomoh terbabit yang dikenali dengan panggilan ‘Bapak’ juga didakwa mengaku mampu menghilangkan dosa pesakitnya melalui upacara membuang dosa dengan melakukan hubungan seks.
Difahamkan, ibu tunggal berusia 50-an berkenaan pada mulanya menemui bomoh itu di rumah lelaki terbabit di luar daerah ini pada awal Januari lalu untuk berubat selepas dimaklumkan dia mampu merawat penyakit ditanggungnya selain seorang yang alim.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai dipukau dikehendaki melakukan upacara pembuangan dosa terlebih dulu sebelum meneruskan rawatan dan dia kemudian dirogol lelaki berasal dari Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap itu.
Perbuatan jijik bomoh terbabit tidak berakhir di situ saja apabila selang beberapa hari kemudian, mangsa membawa suspek pulang ke rumahnya untuk mengajar ilmu agama kepada tiga anak perempuannya dan tinggal sebumbung selama hampir dua bulan.
Tindakan ibu tunggal berkenaan mengundang padah apabila tiga anak perempuannya berusia 20-an hingga 40-an turut menjadi mangsa malah empat beranak terbabit menjadi hamba seks kepada lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Johari Jahaya, berkata sepanjang tempoh berkenaan empat mangsa terbabit dirogol beberapa kali.
“Menurut kenyataan mangsa, suspek bukan saja meniduri mereka malah turut mengajar ilmu salah dan pada masa sama, mereka tidak mampu membantah kerana dipukau.
“Penderitaan mereka berakhir apabila empat beranak terbabit mula tersedar selepas menantu kepada ibu tunggal berkenaan pulang ke rumah kerana bimbangkan isterinya sudah lama tidak pulang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, menantu ibu tunggal berkenaan yang pulang bersama seorang anak lelaki mangsa terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan bertindak menangkap suspek yang ketika itu berada di rumah mereka sebelum diserahkan kepada polis.
“Suspek kini dalam tahanan polis dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
“Orang ramai khususnya kaum wanita dinasihatkan supaya tidak terlalu percaya dengan individu mengaku dirinya bomoh atau mampu mengubati penyakit dan elakkan menjalankan perubatan secara bersendirian,” katanya.
Dua beradik durjana rogol pelajar kolej dijel 16 tahun, tiga sebatan
Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu terhadap R Vigneswaran, 31, dan R Sivaraman, 28, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Kedua-dua beradik itu pekerja pasar raya juga terpaksa menghuni penjara mulai semalam, apabila permohonan mereka supaya pelaksanaan hukuman ditangguhkan ditolak mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Vigneswaran dan Sivaraman didakwa merogol mangsa yang kini sudah berkahwin di Hotel Talents Motor Park, Kampung Raja Uda, di sini, antara 11.15 malam dan 1 pagi, 15 April 2004.
Atas perbuatan itu, masing-masing didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurbaya Jamil, manakala tertuduh diwakili peguam bela, V Murali.
Terdahulu, Siti Nurbaya ketika membantah rayuan tertuduh terhadap hukuman berkata, kesalahan itu amat serius kerana meninggalkan kesan mendalam terhadap fizikal dan emosi mangsa.
“Mangsa ketika memberi keterangan masih dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku, walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu,” katanya.
Menurutnya, hukuman setimpal perlu bagi memelihara kepentingan awam kerana tertuduh bukan saja merompak tetapi turut merogol mangsa.
“Tertuduh dalam kes ini sudah menyalahgunakan kekuatan mereka sebagai lelaki dengan merogol mangsa,” katanya.
Berdasarkan keterangan saksi sepanjang perbicaraan, mangsa dan rakan lelakinya ditahan empat lelaki yang menaiki Proton Iswara, ketika berjalan kaki pulang selepas makan malam di Subang Jaya.
Tiga penyangak itu menangkap rakannya, seorang lagi menahan mangsa, sebelum mereka dipaksa menaiki kenderaan itu.
Tertuduh pertama memandu kenderaan, tertuduh kedua duduk di tempat duduk depan, manakala yang lain mengawal mangsa dan rakannya di tempat duduk belakang kereta, menggunakan pisau dan parang.
Ugut penggal kakak
Namun tindakan adik yang tiba-tiba berang membawa parang panjang untuk memenggal leher kakaknya berjaya ditenteramkan abangnya yang kebetulan berada di rumah itu.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku jam 6 petang ketika mangsa yang berusia 30-an pergi ke rumah ibunya kerana mahu memberi sejumlah wang. “Sebaik tiba di rumah ibunya, mangsa melintas bilik adik lelakinya sebelum terserempak dengan adiknya bersama teman wanita sedang bercumbuan.
“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan itu kemudian cuba menegur secara baik dan menasihatkan mereka supaya tidak lagi melakukan perbuatan itu kerana belum mempunyai ikatan suami isteri yang sah,” katanya.
Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan adik mangsa yang berusia 20-an tidak berpuas hati dan memarahi kakaknya sebelum menutup pintu dan berkurung dalam bilik.
“Mangsa bagaimanapun cuba menakutkan adik lelakinya dan memberitahu sudah menghubungi pihak berkuasa memaklumkan ada pasangan sedang berkhalwat dalam rumah itu.
“Sebaik berkata demikian, mangsa keluar dari rumah ibunya untuk pulang ke rumahnya tanpa menyedari adiknya mengekorinya sambil membawa sebilah parang panjang,” katanya.
Menurutnya, mangsa bernasib baik kerana abangnya kebetulan ternampak adiknya membawa parang dan meluru menolak adiknya.
“Abangnya kemudian meminta mangsa segera beredar kerana khuatir adik lelakinya akan bertindak di luar kawalan sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
“Adik mangsa mengugut dan memberi amaran akan mencincang kakaknya jika dia ternampak kelibat kakaknya di rumah itu,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati dan takut dengan tindakan adiknya membuat laporan polis.
“Siasatan mendapati adik mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan sudah melarikan diri apabila mengetahui kakaknya membuat laporan polis,” katanya.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat wanita terbabit.
Setakat ini, katanya, polis masih mengesan suspek bagi membantu siasatan dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sebutan kes hakim syarie khalwat 31 Januari
Kedua-dua tertuduh berusia 30-an dan 40-an itu hadir kira-kira jam 9 pagi sebelum kes mereka didaftar dan dibacakan di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya.
Kedua-dua tertuduh diwakili Ahmad Munawir Abd Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof.
Ahmad Munawir berkata, kedua-dua anak guamnya didakwa di mahkamah kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Beliau berkata, kes itu disebut berikutan jaminan seminggu diberikan JHEAIPP berakhir semalam sebelum tindakan pendakwaan dilakukan.
Katanya, kedua-dua anak guamnya ditahan selepas disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.
“Pada prosiding ini, pihak pembelaan mengemukakan keterangan iaitu ketika tangkapan dibuat, kedua-dua anak guam sudah berkahwin di luar negara dan surat pengesahan pernikahan turut dikemukakan.
“Pihak pembelaan juga memohon satu kajian semula siasatan dilakukan sebelum sebarang pendakwaan lanjut dilakukan,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah di Batu Gantong, semalam.
Sementara itu, Nik Bukhari berkata, mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh dengan bon jaminan mahkamah RM3,000 setiap seorang dan menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes.
5 tuduhan rogol kekasih
Mohd Zainu Man, 20, dari Dabong, Kelantan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja itu di Kampung Seri Gombak Indah, Batu Caves, Gombak, kira-kira jam 2 pagi, akhir Ogos lalu. Untuk empat lagi pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa sama pada awal September jam 2.30 pagi; akhir September jam 2 pagi; awal Oktober jam 2 pagi dan pertengahan November lalu jam 2 pagi. Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Che Rohana Ismail, tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan mangsa kes itu hanya berusia 15 tahun. Wan Mohd Norisham kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan disyaratkan perlu melapor diri Sabtu pertama setiap bulan. Mahkamah kemudian menetapkan 24 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tujuan lantikan peguam.
Tertuduh salah seorang lelaki yang ditangkap ibu mangsa ketika tidur bersama seorang anak perempuannya berusia 15 tahun di rumah mereka, pada Rabu minggu lalu. Ketika kejadian, seorang lagi adik mangsa berusia 13 tahun didapati tidur bersama teman lelakinya remaja bawah umur di bilik sama.
Difahamkan, pasangan adiknya yang berusia 17 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Juvana. Pada 25 Disember lalu, Harian Metro melaporkan gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga tidur jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bersama teman lelaki masing-masing.
Bomoh dituduh rogol remaja tak hadir bicara kali ketiga
Perkara itu dimaklumkan peguam bela M C Tan yang mewakili Soo Lai Chun, 53, di hadapan Hakim Noradidah Ahmad di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
“Saya dimaklumkan dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini (semalam) kerana sakit,” kata peguam bela itu yang turut mengemukakan sijil cuti sakit milik anak guamnya yang berakhir hari ini.
Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk keputusan di akhir pembelaan bagi menentukan nasib sama ada Lai Chun didapati bersalah atau tidak terhadap dua pertuduhan rogol yang dihadapi selepas tiga kali ditunda dengan alasan sama sebelum ini.
Noradidah yang kini bertugas sebagai Pengarah Mahkamah Kuantan, Pahang menetapkan tarikh baru iaitu pada 19 November ini untuk keputusan di akhir pembelaan. Lai Chun dituduh merogol pesakitnya itu di sebuah rumah No 16, Jalan Melor 9, Taman Melor, Ampang pada jam kira-kira 2.30 pagi, 28 Mac lalu. Dia juga dituduh merogol mangsa yang sama di tempat sama pada jam 1 pagi, 29 Mac lalu. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Dr A Vasu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua tuduhan itu yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Gelora pada bekas isteri
Kejadian berlaku di sebuah rumah flat di Ampang Saujana di sini, Rabu lalu kira-kira jam 6 petang apabila lelaki terbabit yang berusia 30-an berpura-pura mahu melawat anak mereka yang dijaga bekas isterinya itu.
Mangsa seorang jururawat pada mulanya tidak menyangka bekas suaminya sanggup melakukan perbuatan keji itu.
Bagaimanapun, niat jahat lelaki itu tidak tercapai apabila mangsa menjerit membuatkan anaknya yang sedang bermain di luar rumah meluru masuk sebelum lelaki itu menghentikan perbuatannya.
Menurut sumber polis, terkejut melihat anaknya masuk ke dalam bilik, lelaki itu terus menghentikan perbuatan kejinya itu sebelum memarahi kanak-kanak terbabit.
“Mangsa pada mulanya didatangi bekas suaminya itu yang tinggal berhampiran sebelum menariknya masuk ke dalam bilik.
“Ketika itulah, lelaki terbabit dengan rakus meraba seluruh tubuh mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa menjerit sebelum anak lelakinya yang bermain di luar rumah meluru masuk membuatkan lelaki itu membatalkan hasrat merogol mangsa.
“Selepas itu, mangsa mengambil kesempatan melarikan diri dan bersembunyi di bilik lain.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan cuba menolak pintu berkenaan walaupun sudah dikunci dari dalam,” katanya.
Katanya, lelaki terbabit hanya meninggalkan rumah berkenaan selepas menyedari kepulangan bekas ibu mentuanya ke rumah itu.
Wanita mengandung dinodai teman lelaki
Difahamkan, wanita berusia lingkungan 20-an itu mengandung empat bulan dan terpaksa menyembunyikan kandungannya itu daripada pengetahuan keluarga.
Menurut sumber polis, selepas usaha memujuk teman lelakinya yang juga duda beranak dua supaya mengahwininya gagal wanita terbabit nekad membuat laporan polis, Jumaat lalu.
“Berikutan laporan dibuat mangsa, polis kemudian merakam keterangan mangsa sebelum tindakan susulan diambil.
“Sebaik mendengar penjelasan daripada wanita itu, polis menghubungi teman lelaki mangsa bagi memanggilnya tampil ke balai polis untuk memberikan keterangan,” katanya.
Katanya, pada mulanya lelaki itu enggan memberikan kerjasama kepada polis dan bertindak ‘melarikan diri’ sebaik mengetahui perbuatan kejinya itu sudah dilaporkan teman wanitanya.
“Polis yang tidak mahu wanita itu mengambil sebarang tindakan jenayah lain seperti membunuh diri atau membuang bayi sebaik melahirkan bayi itu cuba menyelesaikan kes itu secara baik.
“Selepas pelbagai usaha dilakukan, teman lelaki mangsa dikesan dan polis menasihati lelaki terbabit supaya mengahwini teman wanitanya itu sebagai menunaikan tanggungjawabnya,” katanya.
Sumber berkata, atas keprihatinan polis juga dapat memujuk lelaki berkenaan supaya berani memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya yang lain.
“Lelaki itu tampil untuk dirakam keterangan kira-kira jam 10 malam sebelum dia akhirnya mengakui insaf dengan perbuatannya itu selain bersetuju mengahwini teman wanitanya itu,” katanya.
Gadis lari nyaris dirogol
Lebih menjadi sesalan bagi remaja itu apabila dia dan seorang rakannya nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang kononnya ingin membantu membawanya pulang ke rumah.
Menurutnya, perasaan kesal kerana menurut kehendak hati yang mahu mencari ketenangan dan kebebasan dengan lari daripada rumah menghantui dirinya apatah lagi bila mengenangkan dia terpaksa mengikat perut kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.
“Saya dan rakan terpaksa meminta wang daripada orang yang kami temui kerana ingin membeli makanan. Ketika itu baru saya tahu betapa susahnya bila berjauhan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Akhbar ini Ahad lalu melaporkan kehilangan Nur Hakimah dan rakannya yang dikenali sebagai Amylia,16 dan adiknya, Adila, 13 dan kebimbangan keluarga mengenai keselamatan mereka.
Nur Hakimah berkata, mereka merayau-rayau di pusat beli-belah dan pada jam 3 pagi mereka didatangi seorang lelaki ketika berada berhampiran Hentian Puduraya yang mahu menghantar mereka pulang ke rumah.
“Tetapi, kerana dia bermotosikal, lelaki itu memaklumkan akan membawa saya dan Amylia dahulu sebelum berpatah balik mengambil Adila kemudian.
“Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah berkenaan, lelaki itu cuba merogol kami dan dalam keadaan kelam-kabut itu, kami berjaya melarikan diri,” katanya.
Namun, remaja terbabit bernasib baik apabila bertemu lelaki yang kemudian membawa mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sementara itu, ibunya, Nor Hazita Shaari, 44, melahirkan rasa syukur kerana doanya untuk menyambut Aidiladha bersama anaknya itu dimakbulkan Tuhan.
Katanya, sejak kehilangan Nur Hakimah, mereka sekeluarga bimbang keselamatannya hingga penyakit batuk kering yang dihadapinya semakin teruk.
Dua pelanggan urut lari bogel
Bagaimanapun, tindakan mereka itu gagal selepas ditahan sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, kira-kira jam 11.30 malam. Premis yang dipercayai berselindung di sebalik papan tanda sebuah pusat kesihatan dan refleksologi itu baru beroperasi beberapa bulan lalu dan mewajibkan pekerjanya mengenakan pakaian mencolok mata bagi menarik pelanggan.
Jurucakap polis berkata, bayaran RM100 dikenakan kepada pelanggan bagi urutan badan dan kaki manakala tambahan RM50 dikenakan bagi mereka yang inginkan urutan batin.
“Premis terbabit beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengah malam.
“Premis itu didapati diubah suai menjadi beberapa bilik kecil yang dilengkapi tilam,” katanya.
Katanya, dalam serbuan itu juga, enam wanita termasuk penjaganya yang berusia 27 hingga 39 tahun ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja dan dokumen sah.
Menurutnya, mereka terdiri daripada seorang warga Indonesia, seorang warga Thailand dan empat warga China.
Katanya, semua mereka memiliki pasport, tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial yang diberikan dengan bekerja sebagai tukang urut.
“Mereka disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen,” katanya.
Lelaki Bangladesh dicekup bersama janda
Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.
“Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga,” katanya.
Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya.
Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.
Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.
Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.
“Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.
“Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin,” katanya.
Pasangan itu dipercayai bekerja di kilang yang sama dan mulai menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.
“Mereka dibawa ke balai polis Lunas untuk membuat laporan dan akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.
“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 seorang,” katanya.
Budak diperkosa
Kejadian itu disedari ibu mangsa berusia lewat 20-an, ketika hendak memandikan anaknya selepas mengambilnya dari rumah pengasuh, kira-kira jam 8 malam.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu dihantar ke rumah pengasuhnya itu sejak enam bulan lalu.
Menurut sumber, ketika memandikan anaknya, mangsa mengadu sakit pada kemaluan.
Suami pergi bekerja, isteri asmara depan anak
Lebih mengejutkan, perbuatan durjana wanita berkenaan dilakukan di rumahnya sendiri ketika suaminya bekerja dan di depan dua anaknya berusia enam dan setahun setengah.
Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, suami wanita berkenaan yang dihubungi penduduk kampung pulang ke rumahnya sebelum mendapati kekasih gelap isterinya berusia 20 tahun berbaring di sofa.
Katanya, berang dengan tindakan isteri dan lelaki berkenaan, suami yang berusia 25 tahun terbabit memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan lanjut.
“PADK menerima aduan kira-kira jam 9.30 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian. Setibanya di rumah berkenaan, kami dapati berlaku pergelutan antara suami wanita itu dengan kekasih gelap isterinya,” katanya.
2 penjawat awam dicekup separuh bogel
Ketika ditahan kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki berusia 40-an serta teman wanitanya berusia 20-an ditemui di tempat duduk hadapan pemandu dan penumpang sebuah kereta dengan zip seluar lelaki berkenaan terbuka manakala kain pasangannya ditanggalkan sehingga menampakkan seluar dalam.
Malah, ketika diperiksa kedua-duanya enggan bekerjasama termasuk tidak mahu membuka pintu selain tergesa-gesa menutup dan membetulkan pakaian.
Mereka antara 20 pasangan kekasih berusia 20 hingga 40-an yang diperiksa dalam operasi cegah maksiat sempena Maulidur Rasul bermula dari jam 11 malam hingga 3 pagi membabitkan sepasukan lima pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan tertumpu di beberapa lokasi panas yang sering menjadi tumpuan pasangan kekasih bermadu asmara termasuk di Padang Kota Lama, Lebuh Sungai Pinang, Pantai Seagate, Persisiran Pantai Queensbay, Pantai Jerejak dan Batu Maung.
Khairul Azman berkata, kedua-dua penjawat awam itu ditemui dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta Jalan Persiaran Bayan Indah dan mereka dipercayai melakukan perbuatan kurang sopan ketika itu.
Katanya, segelintir pasangan ditahan memberikan pelbagai alasan termasuk merindui teman wanita yang lama tidak berjumpa walaupun bekerja di tempat sama, malah ada menjerit dan menangis selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.
“Hasil pemeriksaan dijalankan, tiga pasangan kekasih dikenakan tindakan saman kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam, lapan diberi amaran dan nasihat manakala yang lain dilepaskan,” katanya.
Dua beradik diarah bela diri
Majistret Muhamad Ibrahim Muhammad Ghulam membuat keputusan itu terhadap Wong Choy Kin, 37, dan kakaknya, Wong Choy Lin, 39, selepas berpuas hati wujud prima facie di akhir kes pendakwaan.
“Selepas meneliti keterangan saksi, eksibit dan hujahan daripada kedua-dua belah pihak, mahkamah memerintahkan mereka membela diri,” katanya.
Mahkamah menetapkan 21 dan 22 Februari ini untuk dua beradik yang difahamkan sudah berkahwin itu membela diri.
Choy Kin yang berada di kandang tertuduh hanya menundukkan wajah ketika mendengar keputusan itu manakala Choy Lin tidak hadir pada prosiding semalam selepas difahamkan sakit.
Mengikut pertuduhan, dua beradik itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Hanif Muawanah Muhyi, 25, di rumah No 38, Jalan BS 5/17A, Taman Bukit Serdang, Sri Kembangan, Selangor pada November 2003 dan pada kira-kira jam 9 malam, 30 September 2004.
Tuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Di lokasi sama, mereka turut didakwa secara bersama menggunakan kekerasan jenayah terhadap Hanif Muawanah dengan memasukkan biskut ke dalam kemaluan mangsa dengan niat mencabul kehormatan pada jam 9 malam, 30 September 2004.
Mereka turut didakwa dengan niat yang sama, memasukkan pisang dan hujung botol minuman karbonat ke dalam kemaluan wanita yang berasal daripada Surabaya, Indonesia itu pada Julai 2004.
Janda dicekup selang sehari
Serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan sepasukan Skuad Amru bersama Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Penolong Penguatkuasa Agama Jajahan, Husnie Adabi Abdul Kadir.
Dua pasangan itu dipercayai menceroboh masuk ke rumah terbabit menerusi tingkap berikutan tindakan pemiliknya mengunci pintu.
Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, serbuan dilakukan pasukan penguatkuasanya selepas menerima maklumat orang awam berhubung kehadiran dua pasangan bermadu kasih dalam rumah berkenaan.
Menurutnya, pegawai penguat kuasa juga terpaksa memanjat rumah itu menerusi tingkap untuk melakukan pemeriksaan terhadap kediaman berkenaan, namun tidak sempat menahan teman lelaki dua wanita terbabit yang meloloskan diri.
“Sebaik memasuki rumah terbabit, kami menemui dua janda termasuk seorang daripadanya pernah ditangkap khalwat sehari sebelumnya di Kampung Jerek Kaling.
“Pagi ini (kelmarin), janda yang tinggal di Kampung Sungai Terah sekali lagi dicekup berkhalwat dengan teman lelaki lain pula, namun lelaki itu melarikan diri manakala wanita berkenaan tanpa segan silu mengakui kerap menukar teman lelaki,” katanya.
Menurut Anuar, kedua-dua janda itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut serta dibebaskan dengan ikat jamin.
Beliau berkata, walaupun teman lelaki masing-masing berjaya meloloskan diri, tetapi dua janda itu tetap didakwa berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, 5 April depan.
Suami curang tumbuk isteri
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, wanita berusia 30-an mengalami pendarahan di hidung selain matanya lebam kerana dibelasah suaminya.
Menurut sumber polis, suami mangsa ketika itu pulang ke rumah untuk melihat anak perempuan mereka yang berusia dua tahun kerana demam panas.
“Ketika itulah teman wanita lelaki itu menghubunginya membuatkan mangsa berang dan mula berleter.
“Sebaik mematikan talian telefon, pasangan terbabit mula bertengkar,” katanya.
Menurutnya, si suami yang dikatakan panas baran terus menendang dan menumbuk mangsa.
Katanya, mangsa membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaannya.
Hamba nafsu penguat kuasa
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohd Hassan, 60, berkata dia tidak menyangka kelakuan isterinya yang kerap mengelak dan memberi alasan untuk pergi bekerja pada hujung minggu atau hari cuti berpunca daripada kejadian itu.
Katanya, perkara itu terbongkar apabila isterinya berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan, dengan alasan mahu menjaga rumah ibunya yang menunaikan ibadat haji.
“Selepas setahun membisu dan sering didesak, baru dia membuka rahsia dengan menceritakan kejadian itu kepada saya dan ibunya. Isteri saya memberitahu, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkara itu, tetapi perasaan bersalah kepada keluarga menghantui diri selain malu,” katanya ketika di temui di rumahnya, semalam.
Menyedari maruah isteri tergadai sedangkan lelaki ‘durjana’ terbabit masih bebas, Mohd Hassan menyarankan isterinya untuk membuat laporan polis supaya dirinya mendapat pembelaan sewajarnya.
“Sehingga kini, anak-anak kami tidak tahu kejadian yang menimpa ibunya, malah saya juga rasa bersalah kerana membiarkan dia bekerja dan tinggal di rumah seorang diri,” katanya yang menemani isterinya membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, Mac lalu.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Hassan berkata, isterinya dirogol buat kali pertama di kawasan berhampiran rumahnya selepas menerima pelawaan seorang anggota terbabit yang mahu menghantarnya pulang.
“Sejak itu, isteri saya menurut kehendaknya kerana dia mengugut untuk mencederakan isteri saya atau dibuang kerja sekiranya keinginannya ditolak. Lebih menyeksakan apabila dia turut membuat ‘promosi’ kepada dua lagi rakan sejawatnya untuk turut melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Tidak cukup memuaskan nafsu dalam kereta dan stor pejabat, isteri saya dirogol dan dipaksa memuaskan nafsu mereka di tangga serta tandas pejabat, malah ketiga-tiga lelaki itu pernah datang ke rumah kami dan membuat bising sehingga isteri saya menurut kehendaknya,” katanya.
Nenek, pemuda dicekup khalwat
Nenek kepada seorang cucu itu dikatakan sanggup menyewa di hotel berkenaan selepas membuat temujanji dengan pasangannya yang 27 tahun lebih muda daripadanya dan masing-masing baru mengenali sejak sebulan lalu.
Difahamkan, mereka berkenalan selepas seorang daripada mereka tersalah mendail nombor telefon sebelum hubungan itu diteruskan sehingga pertemuan di hotel berkenaan.
Mereka dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel itu kira-kira jam 2 pagi.
Ketua Operasi Jaik, Mohd Nasir Md Dali berkata, anggotanya yang membuat pemeriksaan di hotel murah itu mengetuk pintu sebuah bilik dan memberi salam beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita yang memakai baju tidur paras lutut.
Beliau berkata, ketika pemeriksaan, keadaan dalam bilik itu gelap dan diterangi cahaya televisyen tetapi selepas lampu dibuka, anggota penguat kuasa mendapati seorang lelaki yang hanya berseluar jeans tanpa baju di katil.
Hasil pemeriksaan menemui seluar dalam dipercayai milik wanita itu di atas katil.
“Apabila disoal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
“Wanita itu memberi alasan hanya berbual dengan pasangannya di bilik itu selepas keluar berjalan-jalan bersama dan singgah di hotel itu dengan mendaftarkan namanya untuk mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.
Mohd Nasir berkata, pasangan itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.
Dalam serbuan berasingan, seorang pramugara dicekup berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam di sebuah bilik di Jalan Seberang Perak, kira-kira jam 3 pagi.
Lelaki berusia 29 tahun itu berasal dari Negeri Sembilan, manakala pasangannya berusia 31 tahun yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur menetap di Ukay Perdana, Kuala Lumpur.
“Ketika dicekup, lelaki itu berseluar pendek dan memakai kemeja-T dipercayai baru bangun tidur dan terkejut melihat kehadiran anggota kami.
“Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita bukan Islam di dalam bilik itu yang berseluar pendek dan berkemeja T. Mereka mengaku tiada sebarang hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.
Lelaki itu mendakwa baru pulang dari makan di restoran berhampiran tetapi terpaksa menyewa di hotel itu selepas dia mengalami sakit kepala.
Mohd Nasir berkata, pihaknya membebaskan lelaki itu dengan jaminan kerana dia memberi alasan kerana meneruskan penerbangan ke Melbourne, Australia keesokannya.
Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.
Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.
“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.
“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.
Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.
Wanita dikurung, dibelasah, diperkosa
Difahamkan, sehari sebelum itu mangsa dibelasah dan dikurung dalam sebuah bilik di rumah lelaki terbabit serta tidak dibenarkan menjamah makanan sebelum suspek berusia 30-an merogolnya keesokan harinya.
Bagaimanapun, mangsa yang bijak memperdaya lelaki terbabit meloloskan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, semalam.
Kejadian bermula kira-kira 10 pagi Ahad lalu ketika mangsa yang dalam perjalanan ke kedai berhampiran rumahnya didatangi seorang lelaki.
Menurut sumber, mangsa mendakwa mengenali lelaki terbabit kerana suspek dikatakan pernah beberapa kali datang ke tempat kerjanya.
“Suspek kemudian mengajak mangsa ke rumahnya namun disebabkan keengganan wanita berkenaan, lelaki terbabit memaksa dan menarik tangan wanita itu masuk ke dalam kenderaannya.
“Lelaki terbabit membawa mangsa ke sebuah rumah dan ketika berada di sana, mangsa ditumbuk dan dipukul suspek. Difahamkan, suspek membalut tangannya menggunakan rantai basikal ketika memukul wanita malang berkenaan dan disebabkan itu, mangsa cedera serius pada bahagian kepala dan tubuh,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang dikurung semalaman tidak dibenar menjamah sebarang makanan sebelum suspek merogol mangsa kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
“Selepas merogol mangsa, suspek membawanya ke sebuah klinik untuk rawatan dan mengarahkan wanita itu supaya memberitahu doktor kecederaan dialaminya kerana terjatuh selepas diragut. Mangsa yang takut terpaksa patuh kepada arahannya.
“Suspek kemudian membawa mangsa kembali ke rumahnya, namun wanita terbabit yang memberitahu mahu pergi bekerja selain berjanji tidak akan membuat laporan polis dibenarkan meninggalkan kediaman itu,” katanya.
Katanya, sebaik meninggalkan rumah berkenaan, mangsa menghubungi rakannya yang juga peguam sebelum dia dibawa ke balai polis membuat laporan mengenai insiden berkenaan.
Difahamkan, sehingga kini suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya dijalankan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan, namun enggan mengulas lanjut.
Gadis khianati cinta khalwat di rumah sewa
Ketika ditahan lima anggota Rukun Tetangga taman perumahan itu kira-kira jam 3.30 pagi itu, gadis berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun berbohong dengan mengatakan mereka sudah berkahwin, namun dalam pemeriksaan mereka gagal menyerahkan dokumen berkaitan.
Tipu helah pasangan terbabit memakan diri sendiri apabila pemeriksaan di rumah itu dilakukan selepas mendapat maklumat seorang lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis terbabit.
Lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis itu, Halim Abdul Rahman, 27, berkata dia mengenali gadis terbabit sejak enam bulan lalu melalui laman sembang sosial, Twiteer.
“Selepas beberapa bulan mengenali hati budinya, dia (gadis terbabit) kata ditukarkan ke daerah ini kemudian meminta bantuan saya mencarikan rumah sewa yang berhampiran tempat kerjanya kerana tiada kenderaan,” katanya.
Katanya, selama berkawan dengan gadis itu, dia tertarik sikap dan budi bicara gadis itu begitu juga ahli keluarganya turut menyenangi tingkah laku wanita terbabit sebelum merancang bertunang penghujung tahun ini.
“Dia beritahu ditukarkan majikan serta-merta dan merayu saya mencarikan rumah sewa berhampiran tempat kerjanya tanpa saya mengesyaki apa-apa.
“Rupa-rupanya dia sudah diberhentikan dan merancang berdampingan teman lelakinya itu. Akhirnya saya dapat menghidu kelakuannya yang mencurigakan sebelum mengintip pergerakannya setiap malam.
“Selepas intipan kira-kira jam 3.30 pagi, saya dapati seorang lelaki berada di dalam rumahnya sebelum memanggil beberapa anggota Rukun Ttangga yang berkawal di hujung taman untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.
Ketua Rukun Tetangga yang enggan dikenali berkata, ketika pemeriksaan, pihaknya menunggu kira-kira 15 minit sebelum seorang gadis lengkap berpakaian dan tergesa-gesa sambil membetulkan tudungnya keluar dari bilik dan membuka pintu hadapan.
“Gadis terbabit dan pasangannya mendakwa mereka suami isteri yang sah. Apabila diminta menunjukkan dokumen mereka mendakwa belum memperolehnya kerana baru berkahwin,” katanya.
Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati keterangan diberikan, pihaknya membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Masjid Tanah untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).
Tangisan takut siswi berkemban
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Sebelum itu, dia cuba menipu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kononnya tidak tahu nombor telefon ibu bapanya ketika diambil keterangan kerana bimbang dimarahi bapanya.
Bagaimanapun, dia akhirnya terpaksa memberikan nombor telefon bapanya kerana bimbang ditahan di lokap jika tiada penjamin.
Pelajar berusia 21 tahun itu sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat, di sini dicekup bersama pasangannya berusia 21 tahun kira-kira jam 3 petang di sebuah hotel bajet di Jalan Pegawai, di sini oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jaik.
Difahamkan, teman lelakinya itu masih menuntut di tahun akhir di sebuah IPTA di Jitra dan menetap di Jalan Gunung Keriang, di sini.
Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata selepas membuat semakan pada buku pendaftar hotel itu, pihaknya mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila nama penyewa sebuah bilik itu beralamat di sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata, pihaknya kemudian membuat pemeriksaan dan mengetuk pintu bilik itu sebelum ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar denim tanpa baju.
“Hasil pemeriksaan kemudian menemui seorang wanita yang bersembunyi di tepi katil dengan hanya berkemban. Lelaki itu kemudian memberi alasan membawa pasangannya menonton televisyen di hotel itu sedangkan mereka berada dalam keadaan separuh bogel ketika ditahan,” katanya.
“Pasangan itu kemudian gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan mengesyaki mereka melakukan maksiat,” katanya.
Md Nasir berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat agama Kota Setar selepas dibuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Jala ikan jumpa mayat bayi lelaki
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohamad Hasan, 42, seorang warga Indonesia sedang menjala ikan terlihat mayat seorang bayi dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu.
Dia memaklumkan kejadian itu kepada penghuni flat berhampiran sebelum mereka melaporkan penemuan itu kepada polis. Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, berdasarkan keadaan mayat yang lebam dan kebiruan, polis percaya bayi terbabit berada di kawasan itu sejak dua atau tiga hari lalu.
“Ketika ditemui mayat bayi itu dalam keadaan terlingkup dan tidak berbaju dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu yang tercacak di tebing sungai itu,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal terhadap mayat bayi berkenaan tidak terdapat sebarang kecederaan dan usia sebenar serta keturunannya belum dapat dikenal pasti.
“Setakat ini, kita tidak dapat pastikan sama ada bayi berkenaan baru dilahirkan kerana ketika ditemui tidak terdapat tali pusat pada badannya. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Abd Jalil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Datuk setan
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Nafsu warga emas itu tidak pudar dan dia tergamak melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa walaupun dia mempunyai cucu.
Difahamkan, warga emas itu rakan baik bapa kanak-kanak berkenaan manakala remaja 18 tahun itu pula adalah rakan abang mangsa, tetapi tidak dapat dipastikan tujuan kedua-duanya berada ke rumah mangsa pada hari kejadian.
Sebelum kejadian, warga emas bersama remaja terbabit dipercayai sudah memerhatikan gerak-geri mangsa yang masuk ke dalam bilik air sebelum mengintai dan mencerobohnya.
Mangsa yang terkejut dengan kehadiran dua suspek terbabit dipercayai tidak dapat berbuat apa-apa kerana diarah mendiamkan diri dan tidak menjerit sebelum dua ‘setan’ itu mencabul dengan meraba beberapa bahagian badan mangsa.
Selepas melakukan perbuatan jijik itu, suspek memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sebelum beredar.
Bagaimanapun, mangsa yang masih bersekolah di sebuah sekolah rendah, dekat sini, trauma dengan kejadian menimpanya sebelum nekad menceritakan kepada keluarga.
Ibu bapa mangsa yang terkejut membuat laporan kejadian terbabit di Balai Polis Chini, dekat sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, ketika ditemui di sini semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Menurutnya, susulan laporan mangsa, sepasukan anggota polis membuat serbuan di rumah suspek dan menahannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pekan, kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu.
Katanya, polis sudah merekodkan keterangan mangsa sebelum menghantar ke Hospital Pekan (HP) untuk pemeriksaan lanjut.
Yahaya berkata, siasatan awal mendapati, mangsa mendakwa beberapa kali dicabul suspek dan kejadian Khamis lalu yang terbaru.
Ibu menangis anak dihukum
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
srul@hmetro.com.my
Ibu kepada tertuduh yang sebelum itu duduk di galeri awam meluru keluar sebelum menangis teresak-esak di luar mahkamah. Terdahulu, Hakim Asmadi Hussain membuat keputusan itu terhadap pekerja kilang, Mohd Nazri Razak, 23, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Asmadi pada penghakimannya berkata, pihaknya berpendapat bahawa keterangan tertuduh ketika membela diri adalah bersifat penafian semata-mata. Mahkamah juga katanya memerintahkan hukuman penjara itu berjalan mulai semalam.
Sepanjang perbicaraan, enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun satu bulan di bilik tidur rumah rakannya di Klang, sekitar Mac 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Bin Abdul Aziz dan tertuduh diwakili peguam bela, Nurul Aeir S Muhammad Harvian Kamar. Terdahulu, Nurul Aeir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang minimum dengan mengambil kira latar belakang Mohd Nazri yang tidak memiliki rekod kesalahan lampau. Beliau berkata, sebelum ini, anak guamnya yang berpendapatan RM800 sebulan tinggal bersama ibu bapanya dan menyumbang kepada pendapatan keluarga.
“Mahkamah juga perlu mengambil kira usia tertuduh yang masih muda. Hukuman yang panjang akan menjejaskan masa depannya,” katanya.
Bebas tuduhan noda anak tiri abang
Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu terhadap seorang lelaki berusia 36 tahun selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagi tuduhan pertama, tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak mengaku tidak bersalah merogol anak perempuan tiri abangnya ketika itu berusia 15 tahun di sebuah bilik hotel antara jam 7.30 malam hingga 12.30 malam, 17 April 2006.
Nelayan tergamam hadapi tuduhan kedua perkosa anak
Lelaki berusia 35 tahun itu mempunyai sembilan anak ketika itu berada dalam kandang tertuduh tergamam selepas mendengar pertuduhan terbaru ke atasnya, merogol seorang lagi anaknya yang kini berusia 14 tahun pada 2009 lalu.
Berikutan kedua-dua pertuduhan berkenaan, nelayan dari Kampung Genting, Pulau Tioman itu berdepan hukuman penjara sehingga 60 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tertuduh hadir untuk perbicaraan terhadap tuduhan merogol anak sendiri ketika mangsa berusia 14 tahun di dalam sebuah bilik rumah tidak bernombor di Kampung Genting, Pulau Tioman kira-kira jam 2 petang, pertengahan 2009 yang lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebat.
Kes itu disebut buat kali pertama pada 7 Oktober 2010 dan tertuduh yang diwakili peguam Hussin Safri mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Semalam, Timbalan Pendakwaraya Hidayatul Syuhada Shamsudin, mengemukakan satu lagi pertuduhan terhadapnya membabitkan kesalahan merogol seorang lagi anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun.
Perbuatan keji itu didakwa dilakukan tertuduh di tempat sama pada 3 Oktober 2009 kira-kira jam 10 pagi dan dia turut didakwa mengikut seksyen sama.
Budak usia 5 tahun dicabul bapa saudara
Difahamkan, lelaki terbabit yang juga seorang penganggur tinggal bersama bapa mangsa yang juga abangnya sejak setahun lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kanak-kanak itu tinggal bersendirian dengan suspek selepas bapa dan ibunya keluar bekerja.
Menurut sumber, suspek yang diminta memandikan anak saudaranya itu oleh ibu bapa mangsa dikatakan hilang pertimbangan ketika membuka pakaian mangsa.
“Suspek yang terangsang sebaik menanggalkan pakaian mangsa kemudian mencabul mangsa.
“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu hanya mampu menangis dan suspek cuba memujuknya,” katanya. Sumber berkata suspek berjanji untuk membelikan sesuatu kepada mangsa sebagai umpan agar kanak-kanak itu tidak membongkar perbuatan kejinya itu. Bagaimanapun, sebaik ibu dan bapa mangsa pulang ke rumah, kanak-kanak terbabit terus menceritakan kejadian berkenaan. “Walaupun berulang kali ditanya, kanak-kanak terbabit masih memberitahu diperlakukan demikian oleh suspek,” katanya. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.
Difahamkan, doktor yang memeriksa mangsa mengesahkan terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa. Pasangan kemudian ke Balai Polis Jinjang, untuk membuat laporan. Difahamkan, suspek sudah diberkas dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, (gambar) ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Balasan pemuda bernafsu buas
Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my
sfhassan@hmetro.com.my
Hakim Robiah Mohamad yang membuat keputusan itu bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap tertuduh berjalan serentak berkuat kuasa semalam manakala sebatan dijalankan secara berasingan.
Tertuduh yang berusia 23 tahun dari Tanah Merah, didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun dalam tiga kejadian berasingan di Kampung Jelakong, Tanah Merah.
Berdasarkan tuduhan pertama, pada 14 Disember 2007, mangsa dirogol di rumah ibu saudaranya lebih kurang jam 11.30 malam.
Kemudian, pada 16 dan 17 Disember tahun sama, mangsa sekali lagi dirogol di rumah neneknya di kampung sama sekitar jam 11.30 malam hingga 12.30 tengah malam.
Bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan itu, tertuduh dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dilakukan Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Redhuwan Ismail.
Robiah dalam penghakimannya berhujah bahawa hukuman yang dikenakan itu sebagai mengambil kira kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh sendiri.
Beliau berhujah, kesalahan itu serius kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
“Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan bagi setiap pertuduhan,” katanya.
Terdahulu, Hamizah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berikutan kesalahan yang dilakukan itu amat serius.
Katanya, mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam selain hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan jenayah sama.
“Mohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana jenayah ini adalah serius,” katanya.
Buat malu ibu tunggal
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih Sungai Besi, Ara Md Raub, berkata memang tidak menjadi satu masalah ibu tunggal mencari pasangan muda untuk membina hidup baru, tetapi apa yang menjadi masalah apabila membela ‘anak ikan’ untuk melampiaskan nafus tanpa nikah. Beliau berkata, walaupun hanya segelintir yang terbabit, tetapi ia boleh mengundang pandangan serong masyarakat terhadap masyarakat ibu tunggal.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, dalam operasi pihak berkuasa agama, jam 2.50 pagi.
Wanita berkenaan yang mempunyai tiga anak dikatakan mengajak lelaki itu yang berusia lingkungan 20-an, sebaya dengan anak perempuan sulung tinggal bersama di rumah mereka.
Pasangan terbabit menjalinkan hubungan intim kira-kira empat bulan lalu selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.
Mengulas lanjut, Ara berkata, apa yang menyedihkan sikap ibu tunggal terbabit yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak, tetapi berlaku sebaliknya apabila melakukan perbuatan tidak bermoral di depan anak sendiri.
Menurutnya, ibu tunggal perlu sedar mengenai keadaan diri mereka yang memerlukan kekuatan bagi membina hidup baru dan perlu menjadi teladan yang baik supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat.
Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)
ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN
ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)
ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.
Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.
HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.
PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA
Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.
Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.
Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.
Lari bogel lepas dinoda
Gadis orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun itu dikatakan termakan pujukan suspek yang mengajaknya ke kebun ketika pulang dari sekolah dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu.
Keluarga mangsa hanya menyedari kejadian malang menimpa gadis berkenaan apabila mendapati dia berkurung di dalam biliknya sambil menangis selepas pulang ke rumah kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, ibunya pelik apabila mendapati anaknya lewat pulang dari sekolah dan rasa curiganya memuncak apabila melihat gadis berkenaan menangis teresak-esak di dalam bilik.
Mohd Isa berkata, hairan melihat keadaan anaknya itu, wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang berlaku dan selepas beberapa kali dipujuk, mangsa memberitahu dia dirogol jiran di dalam sebuah pondok di kebun kelapa berdekatan rumahnya.
“Terkejut dengan pendedahan anak gadisnya itu, wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu pada jam 8.30 pagi keesokan harinya,” katanya. Katanya, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.
“Siasatan mendapati suspek adalah jiran yang dimaksudkan mangsa dan dia ditahan di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah gadis berkenaan.
“Suspek dikatakan memujuk mangsa supaya mengikutnya ke sebuah pondok di dalam kebun kelapa yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya ketika gadis itu dalam perjalanan pulang dari sekolah,” katanya.
Menurutnya, beberapa barang bukti termasuk baju yang dipakai mangsa turut ditemui di tempat kejadian dan dihantar ke makmal untuk siasatan manakala mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan lanjut.
"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
No comments:
Post a Comment