Saturday, April 30, 2011

CORETANKU 436


HADIS 19 

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga 
kamu:
melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan.
Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi - kesihatan/anak/keluarga/harta.
dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram.
2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:
jaga hak Allah pada diri dan keluarganya - menepati Quran dan Sunnah.
dalil bantuan/Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).
3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:
memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat.

bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.
4) Beriman kepada Qadho’ dan Qadar :
- dalil (at-Taubah : 51) (Aali Imran : 154).
5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .
6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).
7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).
8) Bersama kepayahan ada kesenangan (al-Asr) .
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup.
Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua.
Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya.
Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap
keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan. 


HADIS 20 

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh
manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).
2) Makna suruhan dalam hadis :
Suruhan sebagai tahdid (kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).
3) Malu terbahagi dua :
yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
yang tak boleh diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).
4) Malu yang dicela - yang tidak menepati syarak :malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam
keadaan jahil.
Pengajaran hadis:
Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak
menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.
Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat
malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.
Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.
Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu
mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment