HADIS 33
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan
sebahagiannya terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.
Daripada lbnu 'Abbas r.a.(ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia di mana mereka gemar mendakwa sesuatu yang bukan milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dituruti, nescaya akan kecohlah sistem kehidupan manusia. Secara tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan yang berlaku di kalangan manusia membabitkan soal harta benda dan kekayaan.
(2) Untuk menghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah mengemukakan bukti keterangan menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula mestilah bersumpah menafikan tuduhan tersebut.
(3) Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan
saksama.
HADIS 34
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
Pengajaran hadis:
(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng, kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.
(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.
(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu
mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.
No comments:
Post a Comment