10 TANDA2 QIAMAT YANG BESAR
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
* Asap,
* Dajjal,
* Binatang,
* terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
* turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
* Yakjuj dan Makjuj,
* tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
* sekali di barat dan
* yang ketiga di Semenanjung Arab
* yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)
9 Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki
LELAKI SERING DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG EGO, KERAS HATI DAN PEMBULI SEMENTARA WANITA PULA DIGAMBARKAN SEBAGAI MAKHLUK LEMAH LEMBUT DAN PERLUKAN PERHATIAN DARI LELAKI SEPENUHNYA.
Tetapi awas, bukan semua kejadian begitu sebaliknya 9 sikap ini perlu anda beri perhatian tentang wanita. Cuba semak, apa sikap wanita yang perlu lelaki jauhi!
1. Perasan cantik
Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.
2. Punya ‘sugar daddy’
Dalam kehidupan di kota yang serba-serbi memerlukan wang ada wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya demi kesenangan hidup. Mereka sanggup menyerahkan tubuh badan memberikan layanan seks demi wang biar pun haram di sisi agama. Lelaki yang merasakan ia satu peluang yang sukar dilepaskan pula sanggup menabur wang untuk kepuasan nafsu mereka.
3. Pandai ambil kesempatan
Bagi mereka, setiap peluang perlu direbut dengan pantas tanpa mengambil kira sama ada ia hak orang lain atau tidak. Kalau tidak, masakan muncul kisah tunang dirampas, suami diambil wanita lain dan sebagainya.
4. Suka mengongkong
‘Queen control’ inilah gelaran paling sinonim dengan wanita sedemikian. Mereka suka mengawal semua pergerakan pasangannya, dengan siapa suami keluar, balik jam berapa dan macam-macam lagi. Suami yang mendapat isteri begini dikatakan sering menjadi bahan jenaka jika sanak saudara berkumpul.
Cuba bayangkan, ketika sedang minum di kedai mamak bersama rakan lelaki, isteri menelefon menyuruh anda balik segera sedangkan teh tarik baru saja terhidang. Suami mana yang tidak stres. Wanita ini bersikap demikian kerana cemburu dan tidak mahu suami mempunyai wanita lain.
5. Mahu Sempurna
Sikap wanita yang mahukan kesempurnaan juga merimaskan. Bagi mereka, setiap perbuatan orang lain adalah salah dan hanya mereka saja yang betul. Malah bagi mereka, tiada orang lain yang sempurna kecuali mereka. Bayangkan jika anda mempunyai isteri begini, alamatnya makan hatilah selama bersama.
6. Selekeh
Jangan ingat lelaki saja yang selekeh tetapi ada juga wanita yang tidak tahu menjaga penampilan diri. Bagi mereka, cukup berkain batik saja bila di rumah atau memakai baju kaftan seharian walau pun suami ada di rumah. Sebaiknya, biar tidak cantik tetapi pandai menjaga penampilan diri.
Begitu juga halnya dengan wanita yang tidak mempedulikan apa kata-kata orang tentang penampilannya itu, ia juga bahaya. Mereka tidak dapat membuat penilaian tentang diri sendiri selain mengabaikan cakap-cakap orang tentang mereka juga.
7. Suka mengharap
Ada sesetengah wanita yang tidak mampu membuat sebarang keputusan untuk diri mereka dan terlalu mengharapkan orang lain memberikan jawapan bagi diri mereka. Biasanya wanita begini kalau ditinggalkan suami, hidup mereka lebih merana kerana terlalu mengharap.
8. Terlalu cemburu
Lebih teruk lagi jika cemburu buta. Wanita ini biasanya akan menyerang pasangan sebelum sempat memberi penjelasan. Cemburu ini biasanya akan menjadi perosak kepada sebuah perhubungan. Malah ada yang sanggup memutuskan perhubungan kerana tidak sanggup berdepan dengan kerenah wanita cemburu.
9. Tidak berhati-hati
Bayangkan, apabila anda tidak berhati-hati dalam setiap perbuatan dan kata-kata, ia tentu saja akan melukakan hati orang lain.
Salam Ukhuwah..~
10 Perkara yang Membatalkan Islam Seseorang
Allah telah menetapkan kepada seluruh manusia bahawa untuk masuk ke dalam agama Islam, hanya diperlukan berikrar dengan dua kalimah shahadah! Betapa senangnya untuk masuk Islam, tetapi hakikat yang kita lupa adalah betapa senangnya juga Islam itu terbatal!
Contohnya:
Kata-kata senda dan gurauan terhadap Allah, ayat-ayat Allah dan Rasulullah, atau apa sahaja tentang agama Islam, maka itu menyebabkan pelakunya murtad dan terkeluar daripada Islam. Dalilnya:
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu persendakan?" Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.”
[Surah at-Taubah : 65-66]
Akibat terbatalnya Islam adalah sia-sianya amalan-amalan soleh yang telah dilakukan. Dalilnya:
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi.”
[Surah az-Zumar : 65]
Oleh itu, marilah kita dalami serba sedikit tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam kita, sehingga tersia-sialah amalan-amalan kita yang telah lalu, dan lebih teruk lagi, dihumbankan ke dalam Neraka Jahannam untuk selama-lamanya!
“Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?“ Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.”
[Surah al-Kahf : 103-104]
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”
[Surah al-Furqan : 23]
10 Perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang adalah:
1) SYIRIK
2) PERANTARAAN
3) SEMPURNA SELAIN ISLAM
4) BENCI SYARIAT
5) TIDAK MENGKAFIRKAN
6) MEMPERSENDAKAN
7) SIHIR
8) BANTU MELAWAN ISLAM
9) PENGECUALIAN
10) BERPALING DARI AGAMA
Kesemuanya akan dikupas secara terperinci di dalam siri Kuliah ini.
Semoga Allah memelihara kita semua daripada kesesatan dan kekufuran dan menunjukkan kepada kita JalanNya yang Dia redhai dan memasukkan kita semua ke dalam Syurga.
kredit: Kamarul Azlan
No comments:
Post a Comment