Thursday, May 19, 2011

CORETANKU 452

15 Buah Masjid Terbesar Didunia

Berikut ialah 15 buah Masjid yang terbesar di dunia, dimulakan dengan tempat ke 15 dahulu.

Masjid Al Aqsa tempat ke 15 besar. Terletak di Jurusalam dan dibina pada tahun 637 masehi serta boleh memuatkan 5,000 jemaah.


Masjid Al Fateh tempat ke 14 besar. Terletak di Manama Bahrain dan dibina pada tahun 1987 masehi serta boleh memuatkan 7,000 jemaah.


Masjid Sultan Ahmed di Turki tempat ke 13. Dibina pada tahun 1616 dan boleh memuatkan 10,000 jemaah.


Masjid Negara di Kuala Lumpur Malaysia tempat ke 12. Dibina pada tahun 1965 dan boleh memuatkan 15,000 jemaah.


Masjid Id Kah di Kashgar China tempat ke 11. Dibina pada tahun 1442 dan boleh memuat 20,000 jemaah.


Masjid Baitul Mukarram diDhaka Bangladesh tempat ke 10. Dibina pada tahun 1960 dan boleh memuat 30,000 jemaah.


Masjid Jama di Old Delhi India tempat ke 9. Dibina pada tahun 1656 dan boleh memuat 85,000 jemaah.


Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi UAE tempat ke 8. Dibina pada tahun 2007 dan boleh memuat 40,000 jemaah.


Masjid Badshahi di Lahore Pakistan tempat ke 7. Dibina pada tahun 1673 dan boleh memuat 110,000 jemaah.


Masjid Faisal di Islamabad Pakistan tempat ke 6. Dibina pada tahun 1986 dan boleh memuat 74,000 jemaah.


Masjid Hassan 11 di Casablanca Morocco tempat ke 5. Dibina pada tahun 1993 dan boleh memuat 105,000 jemaah.


Masjid Istiqlal di Jakarta Indonesia tempat ke 4. Dibina pada tahun 1978 dan boleh memuat 120,000 jemaah.


Masjid Imam Ridha di Mashhad Iran tempat ke 3. Dibina pada tahun 818 masehi dan boleh memuat 100,000 jemaah.


Masjid Al Nabawi di Madinah Saudi Arabia tempat ke 2. Dibina pada tahun 622 masehi dan boleh memuat 650,000 jemaah.


Masjidil Haram di Makkah Al Mukarammah Saudi Arabia tempat pertama. Dibina pada tahun yang tidak di ketahui dan pada masa ini boleh memuatkan seramai 820,000 jemaah.




6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


7 Sunnah Rasullalah SAW yang terbaik..



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."



Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.



Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi saw setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi saw itu adalah:

(1) Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

(2) Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

(3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

(4) Jaga solat dhuha
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

(5) Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

(6) Jaga wudhuk terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

(7) Amalkan istighfar setiap saat..
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.



Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.



Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


6 Tips Menjadi Muslim Berkarisma


1. Cuci hati selalu.

Elakkan bersangka buruk, memandang rendah atau merasa diri lebih baik, lebih baik, lebih bagus. Cuci hati dengan menghadirkan rasa kehambaan, rajinkan beristighfar meminta ampun atas dosa-dosa Anda sama ada besar atau kecil, syukuri segala apa yang Anda ada hari ini.

2. Pamerkan Kesyukuran sepanjang masa.

Anda perlu upgrade energi Anda. Energi positif membuat Anda sentiasa bersemangat. Karisma serta aura Anda akan terserlah dari sini. Untuk melatih diri Anda menjadi orang bersyukur, tuliskan 100 perkara yang Anda syukuri hari ini. Senarai ini adalah senarai perkara-perkara yang Anda ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana memberi Anda ada semua tu. Mulakan dengan diri Anda sendiri. Misalnya, tuliskan rasa bersyukur kerana Anda dapat bersarapan pagi, ucapkan rasa syukur kerana Anda ada kerja Anda untuk And a mencari rezeki, ucapkan perasaan syukur kerana Anda ada kawan-kawan berkualiti. Amalkan tiap hari. Anda akan perasan ramai orang senang bergaul dengan Anda, justeru menjadikan Anda lelaki gentleman di mata mereka.

3. Perkemaskan Pakaian, Sesuaikan Dengan Situasi.

Pakaian melambangkan peribadi Anda. Untuk menjadi lelaki gentleman, pakaian Anda kena sentiasa kemas, bersih serta harum. Bukan nak bergaya, tapi untuk kemas sepanjang masa. Tak semestinya otot lengan kena berketul-ketul untuk jadi lelaki genteleman. Jika Anda, itu satu kelebihan. Sesuaikan pakaian dengan situasi di mana Anda berada. Jadi lelaki Muslim genteleman, tak semestinya kena pakai kopiah sepanjang masa berserta baju ala-ala Raihan sepanjang masa. Pakaian kena disesuaikan dengan keadaan,barulah senang untuk diterima bergaul dengan sesiapa saja.

4. Jaga sembahyang, kawal kata-kata.

Kawal kata-kata Anda. Jangan bercakap perkara Anda tak tahu untuk menampakkan seolah-olah Anda tahu. Jangan biasakan diri mencelah perbualan, kerana Anda dianggap biadap serta tidak bersopan. Jangan cuba untuk menonjol dengan ketawa kuat, bersuara kuat atau bergaya lebih hebat. Jangan. Lelaki genteleman dari pandangan kami adalah lelaki yang menjaga sembahyangnya, mengawal kata-kata di mulut, di hati dan fikiran. Katalah perkataan baik-baik, fikir baik-baik,memuji dengan ikhlas, memberi semangat beserta dorongan dengan ikhlas, bukan sebagai sindiran.

5. Anggap setiap orang ada potensi.

Anggap setiap orang di sekeliling Anda ada potensi untuk berjaya dalam hidupnya, walau dia cuma tukang sapu sekalipun. Pandang setiap orang dengan rasa kagum,kerana setiap orang ada kelebihan masing-masing diciptakan untuknya. Seperti dikatakan sebelum ini, jangan pandang rendah sesiapa dan elak perasan bagus. Amalkan ini selalu, kesannya karisma serta sikap genteleman akan terbina dengan sendirinya.

6. Lakukan sesuatu bukan kerana duit, bukan kerana pangkat,bukan kerana darjat.

Kerjalah bukan untuk cari duit, tapi untuk berbakti. Berniagalah bukan untuk mencari untung, tapi untuk memberi khidmat. Belajarlah, bukan untuk muncul menjadi cemerlang dalam peperiksaan tapi untuk menguasai ilmu sedalam mungkin. Menyanyilah bukan untuk jadi popular, tapi untuk menghiburkan orang. Tolonglah seseorang bukan kerana mahukan sesuatu, tapi untuk meringankan beban.


10 Panduan Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa


Saya dapati sekarang ini ramai sekali orang disekeliling saya nampak begitu tertekan dengan bermacam-macam hal. Ada yang menghadapi masalah cinta, masalah kerja, masalah rumahtangga, masalah pakwe makwe, masalah ekonomi dan sebagainya.

Ramai yang meminta pelbagai nasihat dan pandangan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Paling memeranjatkan ialah, ada diantara mereka yang menyatakan bahawa mereka begitu tertekan dengan masalah hidup hingga terfikir sampai mahu membunuh diri. Na’uzubillah.

Lihatlah betapa seriusnya keadaan masyarakat sekarang ini!

Sahabat-sahabat para pembaca semua. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan tidak tenang.

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.

1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:

“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”

Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:

“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.

Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita.

Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

8. Tidak meminta kepada orang lain

“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

9. Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:

“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”

Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”

Sabdanya: “Kerana hutang.”

Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:

“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

10. Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

kredit: Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Tok Wan harap artikel ini sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka-mereka yang bermasalah dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, insya'Allah.

No comments:

Post a Comment