JANGAN MAIN API...MENIPU ITU HARAM...BELUM KENA BUKU DENGAN RUAS....NANTI JIKA KENA LAKI2 JAHAT LAGI GANAS....GUNA ILMU HITAM....KITA BINASA....PANDAI2 TUPAI MELOMPAT AKHIR JATUH KETANAH...JAHAT AKAN DIBALAS JAHAT...BERHENTILAH...BERTAUBAT DAN BERTAKWALAH...SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA....
Kikis wang lelaki
Oleh ISMA ISMAIL dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
LALA... jadi pekerja sosial mudah.
LIYANA... umpan gambar berahi di laman sosial seperti Tagged dan Facebook.
Itu haluan hidup gadis berkenaan bagi meraih pendapatan lima angka sebulan tanpa perlu bekerja keras berbanding bekas rakan sekuliah yang hanya mampu memperoleh antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan, bergantung kepada jenis pekerjaan.
Gadis berkenaan licik mencari pelanggan dengan menggunakan kepandaian dan kepetahan dimiliki untuk mengikis wang dan menipu lelaki miang yang dahagakan belaian.
Selepas mengesan aktiviti songsang mereka menerusi laman sosial, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki dan menemubual tiga graduan berkenaan bagi mengetahui punca mereka memilih jalan ‘sesat’ hingga mensia-siakan pengorbanan ibu bapa membiayai pelajaran ke menara gading.
Malah, bagi membuktikan dakwaan itu benar, mereka menunjukkan diploma dimiliki kepada wartawan dan bukan sekadar ‘iklan’ promosi diri di laman sosial.
LALA, 24:
“SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial.
‘Pekerjaan’ ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi.
Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak.
Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram.
Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri,” kata gadis berasal dari Kedah itu.
BABY, 26:
“SEBELUM ini saya pernah bergelar penari profesional dan kerap mengiringi pelbagai persembahan artis popular dalam dan luar negara.
Walaupun bergelar graduan dalam bidang itu di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur, persaingan dan pendapatan diperoleh kurang memuaskan.
Saya pernah bekerja beberapa tahun sebagai penari profesional. Namun gaji diberi cukup makan saja. Malah, terlalu banyak bil dan komitmen lain perlu diselesaikan.
Selepas itu, saya diajak seorang rakan untuk menjalankan khidmat ini. Pada mulanya saya keberatan, namun selepas menerima gaji diberi, saya tidak berfikir panjang lagi.
Usia seperti saya sekarang ini susah untuk mendapatkan pendapatan yang kadangkala melebihi lima angka. Jika saya bekerja di syarikat lain atau terus bekerja sebagai penari, mungkin 20 tahun lagi baru saya mendapat pendapatan sebanyak ini.
Tidak cukup sekadar bekerja di pusat kesihatan atau spa sebagai gadis urut, saya turut menawarkan khidmat seks dengan menyewa bilik hotel sekitar ibu kota.
Kegiatan ini dilakukan selepas pulang daripada kerja dan ia hanya dibuat apabila mendapat tempahan di sebelah malam.
Jika di spa, saya tidak mendapat bayaran penuh. Jadi, untuk mendapatkan bayaran menarik, saya terpaksa melakukan kerja seperti ini.
Bagaimanapun, bukan selalu saya menjalankan aktiviti ini. Jika ada tempahan, baru saya menyewa bilik hotel dan menanti pelanggan.
Sekurang-kurangnya saya dapat mengumpul RM3,000 hingga RM4,000 dengan melakukan kerja luar terbabit.
Jika dicampurkan dengan gaji bekerja di spa, paling sikitpun saya mampu memperoleh RM10,000 sebulan,” kata anak jati Kuala Lumpur itu yang menamatkan pengajian di peringkat diploma tahun lalu.
LIYANA, 25:
“SAYA licik menipu ratusan lelaki dengan ‘menjual’ pelbagai gambar mengghairahkan di laman sosial seperti Tagged dan Facebook yang kononnya menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Menerusi profil dipaparkan, saya secara terang-terangan menawarkan khidmat urut, ringan-ringan, urut badan ke badan (b2b) selain khidmat seks. Bagaimanapun, semua tawaran itu adalah palsu untuk saya mendapat wang mudah.
Senang saja untuk memperdayakan lelaki gatal yang dahagakan seks.
Malah jika benar-benar mahukannya, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun saya walaupun tidak mengenali siapa saya.
Sekurang-kurangnya, sehari saya mampu memperdaya lima atau enam lelaki. Sebelum berjumpa saya, mereka harus memasukkan RM100 atau RM150 ke dalam akaun.
Namun selepas duit dimasukkan, saya menghilangkan diri atau memberi bermacam-macam alasan,” katanya yang masih menganggur selepas menamatkan pengajian pertengahan tahun lalu.
19 kereta rosak angkara khianat
Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
firdaussahat@hmetro.com.my
SEDIH... Hassan dan isteri, Nor Jaiton Husin menunjukkan laporan polis bersama beberapa kenderaan yang dipecahkan.
Menurut mangsa, Hassan Sani Abdullah, 45, bengkel membaiki kenderaan miliknya dipecah masuk sekumpulan individu dua hari lalu dan 10 kereta pelanggannya dirosakkan oleh kumpulan berkenaan.
“Saya yang mengetahui perkara itu daripada seorang pelanggan bergegas ke bengkel selepas solat Jumaat dan mendapati 10 kereta dirosakkan serta tompokan darah menitik daripada kereta yang dipecahkan ke sebuah kedai di belakang bengkel saya,” katanya.
Dia berkata, sepasukan polis dan anggota forensik hadir di bengkelnya bagi menjalankan siasatan kelmarin.
“Begitupun, saya tidak berpuas hati kerana individu itu hanya dikaitkan dengan kesalahan ringan.
“Hakikatnya saya, isteri dan anak dalam trauma kerana pernah dipukul sehingga separuh nyawa, diugut bunuh dan diganggu tanpa henti,” katanya.
Hassan berkata, kes terbabit bukan pertama kali berlaku kerana pada 1 Januari 2010, dia diugut seorang penyewa premis di belakang bengkelnya.
“Ketika itu saya memasang tangki air bersama seorang pekerja di tepi bengkel. Kemudian, individu yang menyewa premis berhampiran berasa tidak puas hati lalu memukul saya.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut membawa rakannya seramai 15 orang untuk mencederakan saya. Saya yang cedera di kepala, muka, belakang badan dan tangan akibat ditetak dengan parang, lampu kalimantan, kerusi dan cangkul tidak mampu berbuat apa-apa. Isteri saya yang cuba menenangkan keadaan turut terkena tetakan di tangan kanannya.
“Masih belum berpuas hati, mereka menuju ke bengkel saya dan merosakkan sembilan kereta pelanggan, termasuk memecahkan cermin kereta,” katanya.
Hassan yang membuat beberapa laporan polis di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur sejak kejadian pertama masih ternanti-nanti tindakan susulan pihak berkuasa, namun sehingga kini kes berkenaan masih tergantung.
“Selepas kejadian itu saya beberapa kali diganggu individu sama. Dia datang ke bengkel saya dan membuat kacau, meludah dan memaki hamun saya dan isteri serta mengugut mahu membunuh kami,” katanya.
Berikutan kejadian terbaru kelmarin, Hassan sekali lagi membuat laporan polis dan merayu menjalankan siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kelmarin.
Menurutnya, polis perlu menjalankan siasatan terperinci kerana ia membabitkan pelbagai perkara yang merumitkan keadaan.
“Kami menjalankan siasatan mengikut prosedur. Buat masa ini seorang lelaki berusia 32 tahun sudah ditangkap dan ditahan reman tiga hari. “Kemungkinan ia antara perbuatan khianat pihak tertentu berikutan salah faham yang berlaku sejak setahun lalu,” katanya.
Mahu kembali ke Mesir
Oleh HAYATI IBRAHIM
ya_t@hmetro.com.my
ya_t@hmetro.com.my
BERSYUKUR... Alyaa Eleena dicium kedua-dua adik selepas selamat tiba di KLIA, semalam.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia tidak terlalu risau dengan keadaan itu kerana senario berkenaan biasa berlaku di sekitar kediamannya.
“Hidup di Mesir memang mencabar, kita hanya perlu berhati-hati, saya selalu melihat kejadian gaduh guna parang, baling botol dan pijak kepala hingga berdarah.
“Namun itu perkara biasa di Mesir, sebab itu saya tak serik untuk meneruskan pengajian di sana,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Aryaa Eeleena tiba di tanah air bersama rakan sekelasnya, Siti Najwa Khamsul, 19 kira-kira jam 2 petang menerusi penerbangan Etihad Airways.
Katanya, dia berjaya mendapatkan tiket penerbangan itu melalui sebuah ejen pelancongan dengan harga melebihi RM3,000 hanya untuk perjalanan sehala.
Menurutnya, dia dan rakannya bernasib baik mendapat tiket terbabit hanya be berapa minit sebelum ejen pelancongan itu ditutup, walaupun harga naik dua kali ganda.
“Kami terpaksa dikunci di dalam premis ejen pelancongan itu kerana ketika membeli tiket, sekumpulan perusuh tiba-tiba melalui kawasan berkenaan.
“Kami membeli tiket dengan harga lebih RM3,000 sehala berbanding RM1,800 penerbangan pergi balik sebelum ini, tetapi duit tidak penting kerana kami ingin pulang ke Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Siti Najwa berkata, dia tidak diganggu perusuh kerana dimaklumkan mereka tidak akan mencederakan orang asing, terutama orang Islam.
“Mereka hanya merusuh sesama mereka untuk menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, tetapi mereka tidak akan mengganggu orang dari negara luar.
“Disebabkan itu saya tidak serik untuk kembali ke Mesir, saya sayang Mesir,” katanya.
No comments:
Post a Comment