MATI...JODOH...DAN SEGALA DITANGAN ALLAH...KITA BOLEH BERUSAHA....PENENTUNYA ALLAH.....SEDARLAH KITA MAKHLUK.....JADI JANGAN SOMBONG...BONGKAK...EGO...BERLAGAK...KITA PASTI MATI...BERTAUBATLAH DAN BERTAKWALAH....
Lebih 4,000 pelajar dipindah ke Jeddah
KUALA LUMPUR – Seramai 4,300 pelajar Malaysia berjaya dibawa keluar dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi semalam ketika Wisma Putra melaporkan keadaan negara di utara benua Afrika itu terus tegang akibat demonstrasi antikerajaan yang berterusan.
Agensi-agensi berita asing pula melaporkan para pemimpin penunjuk perasaan di Mesir bertemu dengan Perdana Menteri Ahmed Shafiq lewat kelmarin bagi mencari kaedah terbaik untuk Presiden Hosni Mubarak melepaskan tampuk pemerintahannya.
Kumpulan itu yang terdiri daripada golongan elit Mesir yang menggelarkan diri mereka ‘Kumpulan Lelaki Bijaksana’ telah memberikan beberapa usul bagi memecahkan kebuntuan politik yang melanda Mesir kini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pilay berkata, setakat semalam rakyat Malaysia seramai 4,300 orang selamat dipindahkan dengan menggunakan dua pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia serta tiga pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
NEGARA
Dua pengawal mati dibunuh
PETALING JAYA - Hasrat dua pengawal keselamatan membantu seorang rakan yang terlibat dalam satu pertengkaran akhirnya membawa padah apabila mereka mati akibat diserang sekumpulan 15 orang warga Indonesia di tapak binaan Rafflesia, Damansara Perdana di sini malam semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.20 malam itu, P. Sivasankar, 20, dan Ganesan, 26, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di seluruh tubuh akibat diserang dengan kerambit dan parang.
Difahamkan kedua-dua mangsa yang tinggal di Ara Damansara itu datang ke tapak binaan tersebut untuk membantu seorang rakannya yang juga merupakan pengawal keselamatan di kawasan tersebut.
Bakal ibu maut dalam kemalangan
DUNGUN - Kegembiraan seorang wanita sarat mengandung yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri di rumah rakannya bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 22, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, mangsa, Rodiah Mohd. (gambar), 25, yang mengandung lapan bulan bersama suaminya, Zuhairi Abdullah, 27, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar AMBS selepas menghadiri kenduri di rumah rakan di Felda Ketengah Jaya di sini.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Zuhairi gagal dikawal dan terbabas ke kanan jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.
Akibat kejadian itu, mangsa yang bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) meninggal dunia akibat pendarahan dalam badan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor berkata, suami mangsa pula mengalami patah kaki kanan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, mangsa yang mengandung anak sulung itu dikejarkan ke Klinik Ketengah Jaya sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan kecemasan.
"Mangsa yang mengalami pendarahan dalam badan disahkan meninggal dunia di Hospital Dungun kira-kira pukul 6.15 petang semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, kakak mangsa, Rotina Mohd., 37, berkata, adiknya itu memang tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya yang bakal dilahirkan bulan depan.
"Sebelum ini dia pernah mengalami keguguran dan sebab itu arwah begitu teruja apabila dia bakal melahirkan anak sulungnya.
"Lagipun, arwah juga ada memberitahu saya yang dia telah memilih nama untuk bayi dalam kandungannya itu dan telah membuat segala persiapan bersalin," ujarnya ketika ditemui di Hospital Dungun di sini.
Menurut Rotina, dia telah berjanji kepada arwah ketika mereka bertemu minggu lalu untuk menjadi pengasuh kepada bayi yang bakal dilahirkan oleh adiknya itu.
"Tidak sangka pula mata sebelah kiri saya yang tidak berhenti berkelip sejak minggu lalu membawa petanda saya akan kehilangan orang tersayang," ujarnya.
NEGARA
Pasangan pengantin bernikah dalam banjir
MUAR - Kesedihan sepasang pengantin baru apabila persiapan kahwin musnah disebabkan banjir terubat apabila majlis pernikahan mereka diserikan dengan kehadiran isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, di sini semalam.
Baginda berkenan menghadiri majlis pernikahan Hishamuddin Darwis, 30, dan Norliana Sakiman, 21, selepas membuat lawatan ke pusat pemindahan banjir sementara di IKBN pukul 11 pagi.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh naib kadi kawasan Panchor, Mohd. Taib Mohamad.
Menurut Hishamuddin, walaupun masih bersedih kerana tidak dapat bersanding di rumah isterinya di Kampung Sri Tanjung, Panchor akibat banjir namun, dia tetap gembira apabila majlis pernikahannya tetap berlangsung dengan meriah terutama dengan kehadiran Raja Zarith Sofiah.
"Sukar untuk saya percaya kerana dalam kesibukan melawat mangsa banjir, baginda masih sudi menghadiri majlis pernikahan kami.
"Kami tidak akan lupa kenangan manis ini walaupun kami masih bersedih kerana persiapan kahwin kami musnah akibat banjir," katanya selepas majlis pernikahan di sini semalam.
Menurut beliau, mengikut perancangan asal, majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan diadakan selepas akad nikah semalam sementara di sebelah pengantin lelaki di Kampung Terus, Panchor hari ini.
Bagaimanapun, katanya, majlis tersebut terpaksa ditunda sehingga bulan hadapan apabila segala persiapan bernilai ribuan ringgit musnah sama sekali.
No comments:
Post a Comment