Tuesday, February 15, 2011

CORETANKU 341

JANGAN BUAT KENYATAAN SEBARANGAN...ROSAK IMAN DAN AKIDAH...SETUJU PENDAPAT BERTUKAR PASANGAN IAITU ZINA...JANGAN KATA ORANG BERMADU ATAU POLIGAMI....INI SYARIAT....KALAU KITA KATA BEGINI MENGHINA ALLAH SERTA NABI...SEBAB MENGANGGAP ALLAH TAK SEMPURNA DAN TAK RETI BUAT SYARIAT....SEDANGKAN ALLAH BERSIFAT MAHA BIJAKSANA....MENGHINA NABI SEBAB NABI POLIGAMI....FIKIR DULU...BARU BUAT KENYATAAN...BELAJAR AGAMA DALAM2...ORANG BIJAKSANA PUN...JIKA TAK RETI AGAMA...DIANGGAP IA JAHIL...SEBAB MASIH TAK LEPAS FARDZU AIN....BERTAUBAT DAN BERTAQWALAH....

NEGARA


Wanita bermadu mudah dijangkiti

KUALA TERENGGANU - Wanita yang hidup bermadu lebih mudah terkena penyakit barah pangkal rahim atau kanser servik jika suami mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengadakan hubungan kelamin.
Pakar Perubatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, virus kanser servik pada kebiasaannya mudah berjangkit dan merebak melalui aktiviti bertukar-tukar pasangan.
Katanya, kanser servik banyak berlaku di Amerika Syarikat kerana amalan kerap bertukar pasangan, namun rakyat di negara ini juga tetap terdedah kepada penyakit itu.
"Mereka yang berpoligami perlu lebih berhati-hati kerana berisiko diancam kanser servik terutama kepada isteri yang dimadukan," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Penyakit Pembunuh Senyap anjuran Unversiti Malaysia Terengganu di kampus universiti itu di sini semalam.

Ameng mengaku miliki dadah


AMENG dan isterinya, Sabariah didakwa memiliki dadah di Mahkamah Sesyen Melaka semalam.


MELAKA – Selepas dua minggu ditahan reman berkaitan kes dadah, vokalis kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memiliki dadah kanabis dan dadah methamphetamine (syabu).
Selain Ameng yang popular dengan lagu Sampai Hati itu, turut didakwa di mahkamah sama ialah isterinya, Sabariah Zakariah, 41.
Ameng mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan memiliki dadah yang dibacakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Bagaimanapun, Sabariah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan yang disabitkan.
Mengikut pertuduhan pertama, pasangan itu didakwa memiliki dadah jenis kanabis yang berat kasar sebanyak 122 gram pada pukul 5.20 petang di No. 1, Hotel Senyum Mesra No. 346 A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya di sini pada 1 Februari lalu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup atau penjara tidak kurang daripada lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan



Tingkat pusat pelacuran runtuh ketika serbuan

15/02/2011 6:52pm

KOTA BHARU - Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.
Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.
Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh. - Bernama


Tambun tak mahu berburu lagi


LIAN HOE melawat Tambun yang dirawat selepas cedera diserang harimau belang di HRPB Ipoh semalam.


IPOH – Pengalaman diserang harimau ketika asyik menyumpit seekor tupai Sabtu lalu menyebabkan Tambun Gedui, 60, mengalami trauma teruk sehingga dia berhasrat untuk tidak lagi pergi berburu ke hutan selepas ini.
Ekoran kejadian itu, warga emas Orang Asli itu yang mengalami kecederaan teruk akibat serangan si belang itu kini nekad untuk beralih angin daripada berburu kepada aktiviti menangkap ikan di Tasik Temenggor, Gerik sebagai mata pencarian terbarunya.
“Tak mahu masuk hutan lagi, takut. Setiap kali saya memejamkan mata, cengkaman gigi dan kuku harimau masih terasa dan sakitnya amat bisa.
“Tanam pisang dan ubi dimakan oleh gajah. Mahu sumpit tupai, dibaham harimau pula. Mungkin lepas ini saya tangkap ikan pula,” luahnya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Tan Lian Hoe di Wad 4A, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.


Pondan mati pakai gaun wanita


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki berpakaian wanita yang mati dibunuh di Jalan Love, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang berpakaian gaun wanita ditemui mati dipercayai menjadi mangsa bunuh di Lorong Love di sini semalam.
Kejadian pada pukul 1.15 petang itu berlaku di hadapan sebuah kuil yang terletak di Lorong Love yang juga dikenali sebagai lokasi banyak berlaku maksiat membabitkan golongan pondan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an yang dipercayai dihentak dengan tukul besi pada bahagian kepala itu mati di tempat kejadian.
"Mengikut beberapa saksi, mangsa yang berjalan seorang diri di kawasan itu tiba-tiba dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.
"Lelaki itu dan mangsa dilihat bercakap sesuatu sebelum tercetus pertengkaran antara mereka yang menyebabkan mangsa kemudian dipukul di kepala," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.


Buruh rogol, liwat warga emas dipenjara 16 tahun


SHARIEFUDDIN (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sungai Petani semalam selepas mengaku bersalah merogol dan meliwat seorang warga emas.


SUNGAI PETANI - Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang buruh apabila dia mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat seorang warga emas dua tahun lalu.
Tertuduh Shariefuddin Arshad, 45, dari Serdang, Bandar Baharu di sini diperintah menjalani hukuman secara berasingan mulai tarikh dia ditahan pada 27 September 2009 setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan itu secara berasingan terhadap warga emas berusia 62 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Serdang.
Hakim Zainol Saad memutuskan tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi pertuduhan pertama manakala penjara enam tahun dan enam sebatan pula bagi pertuduhan kedua.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol seorang warga emas yang merupakan jirannya di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Serdang, Bandar Baharu dekat sini di antara pukul 7 dan 8 pagi, 6 September 2009.


Pergaduhan dirancang lebih awal

KLANG – Polis percaya kes pergaduhan di antara dua kumpulan melibatkan kira-kira 20 lelaki di hadapan deretan kedai di Jalan Datok Manan, Taman Emas, Kapar di sini pagi kelmarin sudah dirancang lebih awal.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati satu kumpulan datang dari Alor Gajah, Melaka dan satu lagi geng berasal dari Kapar menunggu di lokasi kejadian.
Menurutnya, pertempuran berlaku apabila lebih 10 lelaki menaiki tiga buah kereta jenis Proton Perdana, Proton Waja dan Proton Wira dari Melaka bertembung dengan anggota kumpulan dari Kapar yang menunggang beberapa buah motosikal.
“Pergaduhan itu melibatkan senjata seperti pistol, parang panjang dan batang paip.
“Berdasarkan senjata berbahaya yang dirampas dan pergaduhan tersebut, kita percaya dua kumpulan itu terlibat dalam aktiviti samseng,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di sini semalam.


Tipu kahwin elak ditahan kerana berkhalwat

KUALA LUMPUR – Pelbagai helah digunakan oleh pasangan yang ditahan kerana kesalahan berkhalwat sempena Hari Kekasih untuk melepaskan diri ketika diserbu pihak berkuasa semalam.
Ada dalam kalangan pasangan terbabit menipu dengan mendakwa telah berkahwin namun gagal membuktikan kesahihan status perkahwinan mereka.
Di Johor Bahru, pasangan yang ditahan kerana didapati berkhalwat di sebuah hotel murah di bandar raya tersebut kelmarin bercanggah keterangan tentang lokasi mereka dinikahkan.
Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Khalil Satar berkata, pasangan warga Indonesia berusia 25 dan 35 tahun yang ditahan dalam ‘Ops Valentine’s Day’ itu mengaku telah berkahwin tetapi gagal meyakinkan pihaknya.

No comments:

Post a Comment