HUBUNGAN SEX SUKA SAMA SUKA DAH BIASA....PEROGOL TAK TAKUT HUKUM YANG ADA....DENGAN KES2 YANG YG BEGITU BANYAK...KITA MASIH SELAMBA...RELAX ABIS....TAK MENCADANG LAKSANAKAN HUKUM ALLAH.....MEMANG KITA DAH JADI MANUSIA ISLAM YANG TAK MAKAN SAMAN...
Nibong Stesen – Jarak umur tidak menghalang niat seorang janda menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang usianya jauh lebih muda.
Bagaimanapun perbuatan tidak bermoral membabitkan wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan lelaki masih belasan tahun di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen itu terbongkar berikutan serbuan pihak berkuasa syariah sebaik menerima aduan orang ramai.
Akhirnya, berdasarkan bukti yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah syariah, kedua-dua pasangan yang tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, kerana perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Pendakwaraya Syarie, Azmi Tengah, ketika serbuan dilakukan di rumah terbabit kira-kira jam 9 pagi, 4 Julai tahun lalu, pintu dibuka oleh seorang wanita (tertuduh wanita) dikenali dengan Hidayah (bukan nama sebenar).
Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki, Syafuddin (bukan nama sebenar) dalam keadaan bogel sedang bersembunyi di bawah katil.
Setelah mendengar rayuan tertuduh wanita dan mengambil kira hujah pendakwaraya, Hakim Syarie, Shamsudin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas Hidayah sebagai pengajaran atas kesalahan dilakukan.
Pasangannya yang berasal dari Jalan Sekolah Pusat itu bagaimanapun gagal hadir dan satu perintah waran tangkap dikeluarkan ke atasnya sementara menunggu kesnya disebut semula pada 18 April nanti.
SUNGAI KAPAR INDAH - Tidak sampai beberapa jam mengenali seorang lelaki, seorang wanita berumur 17 tahun sanggup mengikut teman barunya itu ke kediaman abangnya sebelum dirogol berkali-kali di sebuah rumah, di Kampung Sri Kenanga, Bandar Baru Klang, di sini, Sabtu lalu.
Pada mulanya, gadis yang bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai makan di sekitar Shah Alam itu keluar berjalan-jalan bersama seorang rakan perempuannya dipercayai untuk menghabiskan cuti malam minggu sekitar jam 9 malam (kelmarin).
Bagaimanapun dia kemudiannya diperkenalkan rakannya itu kepada seorang lelaki yang juga suspek berumur 21 tahun di sebuah tempat di sekitar Shah Alam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Superintendan Beh Eng Lai berkata, sebaik berkenalan, mereka berbual-bual sebelum menaiki motosikal milik suspek dipercayai untuk bersiar-siar di sekitar kawasan berkenaan.
“Tidak lama kemudiannya, suspek meminta mangsa mengikutnya ke rumah abangnya di Kampung Sri Kenanga dengan alasan untuk mengambil baju sejuk kerana khuatir mangsa kesejukan.
“Mangsa yang menyangka lelaki terbabit mengambil berat padanya bersetuju lalu mengikut lelaki berkenaan ke sana sebelum kembali meronda di sekitar Klang dan Shah Alam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, penat meronda-ronda kira-kira jam 2 pagi (semalam), sekali lagi suspek dipercayai mengajak mangsa ke rumah abangnya dengan alasan untuk berehat kerana kesejukan.
“Mangsa dipercayai hanya mengikut suspek tanpa banyak cakap dan ketika berada dalam bilik di rumah sama, kemungkinan berlaku adegan ringan-ringan antara keduanya.
“Suspek yang tidak tahan dengan desakan hawa nafsu mengambil peluang membuka baju mangsa dipercayai untuk merogolnya. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan menolak lelaki terbabit.
“Dia bagaimanapun dipukul dan ditampar berkali-kali oleh suspek sebelum akur dirogol lelaki itu berkali-kali,” katanya.
Beliau berkata, kira-kira jam 6 pagi (semalam), suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah sewanya dengan menaiki motosikal.
“Selepas itu, mangsa segera membuat laporan polis di sebuah balai polis. Selepas dimaklumkan perkara itu, polis serta forensik :segera menjalankan siasatan di tempat kejadian.
“Hasilnya mendapati terdapat kesan air mani di bilik terbabit dan juga kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa selepas mangsa menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di sini.
“Berikutan itu, polis terpaksa menahan suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Menurutnya, beliau menasihatkan remaja perempuan supaya berwaspada dengan teman baru yang dikenali bagi mengelak kes sebegini berlaku.
Dibelasah kerana angkat tangan kepada pemandu wanita
KUALA TERENG-GANU - Gara-gara mengangkat tangan kerana tidak berpuas hati dengan pemandu yang tidak membenarkannya memotong, seorang peniaga berdepan detik mencemaskan apabila dibelasah orang ramai, dalam satu kejadian di Jalan Gemuroh, Tepoh, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.15 petang, ketika mangsa yang berusia 41 tahun, dalam perjalanan untuk mengambil anaknya yang belajar di Setiu.
Menurutnya, mang-sa yang berasal dari Kampung Banggol Tok Jiring, bersama dua anaknya ketika kejadian berlaku.
“Mengikut siasatan awal, mangsa cuba memotong sebuah kereta yang dipandu seorang wanita. Bagaimanapun, pemandu wanita itu tidak mengendahkannya, sebaliknya melajukan kereta dan menghimpit kereta mangsa.
“Mangsa memberi isyarat untuk memotong tetapi pemandu itu sengaja tidak membenarkannya memotong. Tidak puas hati dengan tindakan pemandu wanita itu, mangsa kemudiannya mengangkat tangan tanda protes,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Namun tidak semena-mena, suami wanita itu yang ketika itu duduk di sebelahnya, melambai tangan dan menyuruh mangsa berhenti.
Dia kemudiannya menarik baju mangsa sehingga terkoyak dan menumbuk mangsa manakala wanita itu dikatakan menendang mangsa, sebelum penduduk kampung datang serta turut memukul mangsa.
“Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis batu Rakit pada jam 8.50 malam. Dia juga didapati cedera pada muka, telinga, kepala, tengkuk dan kaki. Mangsa juga mendakwa telefon bimbitnya hilang.
“Polis kemudiannya membuat tangkapan terhadap suami isteri itu dan pasangan yang berusia 40-an itu juga membuat laporan polis pada Jumaat lalu.
“Bagaimanapun, mereka sudah dilepaskan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
RAUB – Seorang wanita 40-an yang juga pegawai awam kehilangan wang tunai sebanyak RM10,000 dalam sekelip mata hanya kerana percayakan ‘kekasih maya’ dipercayai berbangsa Inggeris yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, wanita itu berkenalan dengan suspek bermula Januari lalu dan menjalin hubungan mesra dengan panggilan ‘Honey’ serta ‘Sweetheart’.
Menurutnya, lelaki yang didakwa berasal dari United Kingdom itu memaklumkan akan datang ke negara ini pada 14 Februari lalu dan membawa wang tunai yang banyak bagi membeli tanah di sini.
“Selain itu, suspek juga memberitahu akan membawa cenderahati berbentuk barangan kemas untuk dihadiahkan kepada mangsa.
“Pada 17 Februari lalu mangsa mendapat panggilan daripada suspek memaklumkan semua barangannya tidak boleh dituntut kerana bermasalah dan mangsa diminta berurusan dengan pegawai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya ketika ditemui di sini.
Wan Mohd Samsudin berkata, tidak lama selepas itu mangsa mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai imigresen dan memaklumkan kepadanya barangan tersebut tidak dapat dituntut kerana jumlah wang yang dibawa terlalu banyak.
Katanya, selain wang yang tiada pengesahan, mangsa juga diberitahu barang kemas yang dibawa tidak dilindungi insurans.
“Suspek kedua meminta mangsa membayar denda sebanyak RM15,000 untuk pelepasan tetapi mangsa hanya mampu menjelaskan sebanyak RM10,000 sahaja wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank di Raub atas nama seorang lelaki.
“Pada 18 Februari, iaitu keesokan harinya mangsa pergi sendiri ke KLIA dan tiba pada jam lebih kurang 11.30 malam lalu berhubung dengan pegawai imigresen bertanyakan mengenai lelaki Inggeris yang berurusan dengannya sebelum ini,” katanta.
Beliau berkata, malang sekali mangsa dimaklumkan tidak ada nama dimaksudkan dalam senarai penumpang yang datang ke negara ini.
Katanya, menyedari menjadi mangsa penipuan, wanita berkenaan membuat laporan polis dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sehingga 10 tahun penjara, sebatan dan juga didenda.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan individu yang baru dikenali bagi mengelak daripada ditipu,” katanya.
Wan Mohd Samsudin berkata, orang awam juga seharusnya mengambil kira faktor penting seperti mengenal pasti identiti rakan yang baru sebelum mendedahkan maklumat diri.
:Menurutnya, kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita bujang dan ibu tunggal serta berkerjaya.
“Sekiranya berlaku kejadian seumpama ini, masyarakat setempat boleh menyalurkan maklumat berkaitan menerusi 09-3554999,” katanya.
Hampir lemas disumbat dengan tuala kecil
ALOR GAJAH - Seorang warga emas yang sibuk memasak di dapur rumahnya dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali sambil mengugutnya menggunakan pisau sebelum diikat di Kampung Kelemak, dekat sini, pagi semalam.
Kamsiah Maarof, 67, ketika itu membersihkan beras kira-kira jam 9.30 pagi apabila secara tiba-tiba didatangi dari arah belakang.
Menurutnya, penjenayah terbabit mengugutnya supaya menyerahkan wang tunai dan barang kemas yang dipakainya. “Saya tinggal keseorangan ketika kejadian. Bagaimanapun,
sebelum itu ada seseorang memberi salam dan bertanyakan mengenai salah seorang anak saya tetapi dia tiada di rumah.
“Kemudian, saya keluar untuk menghantarkan sarapan kepada seorang nenek yang tinggal berhampiran,” katanya.
Kamsiah berkata, sebaik pulang daripada menghantar sarapan, dia masuk ke dapur untuk menyiang ikan dan kemudian keluar semula menjemur pakaian dan kembali menyambung
semula rutin memasaknya.
“Tidak berapa lama selepas itu, saya pusing ke belakang tetapi terkejut kerana penyamun dekat dengan saya dan meminta membuka gelang tangan yang dipakai.
“Dia tanya sama ada ia emas atau tiruan tetapi kerana terlalu takut, saya jawab emas,” katanya.
Kamsiah berkata, dia dipaksa masuk ke bilik dan sekali lagi dia terkejut kerana mendapati biliknya sudah berselerak tetapi selepas diperiksa tiada barang yang hilang.
“Saya diikat menggunakan tali yang ada dalam bilik. Saya minta lelaki terbabit bukakan pintu dan lepaskan saya tetapi dihalang kerana bimbang saya membuat laporan di balai polis.
“Dia terus tarik saya bawa ke bilik di bahagian atas rumah dan meminta semua wang yang ada,” katanya.
Menurutnya, dia hanya menyerahkan RM40 sahaja dan dia yang ketakutan tiba-tiba sakit kepala berikutan menghidap darah tinggi.
“Saya diugut supaya jangan bersuara dan saya jadi lebih panik apabila penyamun terbabit mengikat leher saya.
“Ketika itu, saya cuma fikir dia akan jerut saya dengan tali yang sudah terikat di leher dan kemudian dia ambil sehelai tuala kecil sebelum menyumbatnya ke dalam mulut saya sehingga rasa sukar untuk bernafas,” katanya.
Kamsiah berkata, penjenayah kemudiannya meninggalkannya dan mengambil kunci motor milik seorang anaknya untuk melarikan diri.
“Mujur anak lelaki saya, Mohd Ridwan Mohd Kamapiah, 29, pulang dari pasar dan membantu melepaskan ikatan.
Menurutnya, selepas diperiksa, dia mendapati penjenayah berkenaan memasuki rumah dengan menanggalkan tiga keping tingkap nako di dapur.
:“Kebetulan pada hari kejadian, suami pula tergerak hati mahu pergi memancing sedangkan sebelum ini tak pernah-pernah dia mahu memancing.
“Jika tidak saya bertemankan suami di rumah sementara anak keluar bekerja,” katanya.
Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian hampir RM5,500, membabitkan sebuah motosikal bernombor pendaftaran MAY 9816, dua bentuk cincin, seutas gelang tangan emas dan wang tunai berjumlah RM140.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Suprintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 dengan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan sebatan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Ridwan berkata, dia ada terserempak dengan motosikal yang dilarikan penyamun tetapi menyangka anak saudaranya yang menunggangnya.
2 beranak tersisih
KOBAH – Walaupun kehidupan kini di zaman moden, masih ada lagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman yang jauh dari arus pembangunan.
Begitulah yang terjadi pada seorang warga emas bersama anak lelakinya di Kampung Padang Penenjau dekat sini, yang tersisih dan terpaksa hidup begitu jauh daripada penempatan penduduk tanpa berbekalkan kemudahan elektrik dan air.
Sinar Harian terus membuat tinjauan setelah mendapat maklumat berkenaan dua beranak itu.
Sememangnya pihak kami terpaksa meredah hutan lebih satu kilometer untuk melihat sendiri keadaan mereka.
Sinar Harian difahamkan mereka terpaksa membina rumah di tanah rizab milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) memandangkan tiada harta dan tempat lain yang dapat diduduki dua beranak itu.
Che Tam Abdullah, 78, berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terpaksa juga tinggal di situ.
Menurutnya, perasaan bimbang dan takut sentiasa ada memandangkan jarak rumahnya jauh dari penduduk lain, ditambah pula apabila anaknya keluar bekerja.
“Saya sudah tinggal di sini atas kebenaran permohonan penduduk tanah berkenaan yang dimohon melalui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan ini.
“Selepas itu, saya berpindah pula di sebuah rumah tumpangan milik penduduk berdekatan, memandangkan tiada bekalan air dan elektrik.
“Namun, saya terpaksa kembali tinggal di sini berikutan rumah tumpangan itu diduduki semula pemilik rumah,” katanya.
Bergantung air parit
Che Tam juga mengakui dia terpaksa bergantung kepada kemudahan air parit bendang berdekatan untuk kegunaan harian.
“Air di parit bendang itu keruh, saya bimbang jika ia dicemari racun pesawah.
“Kadang kala saya terpaksa meminta bekalan air daripada rumah anak yang agak jauh dari rumah saya,” katanya.
Che Tam berkata, ketiadaan elektrik menyukarkan kehidupannya.
Terutamanya, pada waktu tengah hari, keadaan di rumah sangat panas, sehingga dia terpaksa menghabiskan masa duduk di bawah pokok.
“Saya telah membuat permohonan bekalan air dan elektrik namun tidak berjaya berikutan kawasan ini yang jauh.
“Terdapat tiga lagi rumah di sini, namun ditinggalkan penduduk beberapa tahun lalu memandangkan ketiadaan bekalan itu,” katanya.
Che Tam turut meluahkan bahawa dia mempunyai lapan anak.
Namun tujuh yang lain tidak dapat menanggungnya, memandangkan mereka turut hidup dalam kesusahan.
Berikutan itu, dia memohon banyak bantuan daripada pelbagai pihak namun tidak pernah berjaya.
8 beranak tinggal dalam stor
BAGAN DATOH - Sebuah keluarga di sini, terpaksa tinggal di dalam stor yang dijadikan pondok sejak dua tahun lalu di Kampung Tebuk Bengkang Haji Tahir dan sering kebasahan setiap kali hujan.
Ketua keluarga, ldris Aspara, 54, berkata, dia, isteri Juriah Hassan, 48, bersama enam anaknya terpaksa tidur dalam kesejukan setiap kali hujan kerana bumbung rumah mereka bocor dan tidak mampu dibaiki.
“Saya hanya bekerja kampung dengan pendapatan RM300 sebulan dan perlu menanggung persekolahan keenam-enam anak.
“Akibat masalah kewangan saya tidak mampu memperbaiki rumah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis gotong-royong membina semula rumah miliknya.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad.
ldris berkata, selain itu, anak bongsunya, Nurul Natsya, 10, sering menangis setiap kali hujan waktu malam akibat tidak dapat tidur kerana tempat tidur digenangi air.
Menurutnya, rumahnya juga akan bergoyang setiap kali ditiup angin kencang dan zink kediaman pula beberapa kali diterbangkan angin menyebabkan mereka sekeluarga basah kuyup.
“Saya ada memohon bantuan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak setahun lalu bagi membiayai perbelanjaan persekolahan anak.
“Saya sangat berharap permohonan itu diluluskan bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.
Masalah itu mendapat perhatian Shaarani dan menghulurkan bantuan untuk memperbaiki rumah mereka.
Shaarani berkata, bantuan yang dihulurkan kepada keluarga itu dilakukan atas rasa tanggungjawab sosial dan bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh mereka.
Menurutnya, pihaknya membiayai keseluruhan bagi menyiapkan rumah papan itu yang diharap akan dapat memberi keselesaan kepada keluarga berkenaan.
“Saya juga akan cuba dapatkan bantuan daripada JKM bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga itu,” katanya.
KLUANG - Tiga lelaki termasuk bapa dan anak ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket mencuri kereta jenis lama.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arsyad berkata, semua suspek ditahan polis di Jalan Palembang kira-kira jam 1.50 pagi pada 16 Februari lalu.
“Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 53 tahun yang mana modus operandi mereka adalah menyasarkan kereta jenis lama seperti Datsun dan Nissan Sunny yang diletakkan di tepi-tepi jalan, tempat letak kereta awam dan di hadapan rumah.
“Bukan itu sahaja, suspek juga menggunakan ‘master key’ yang diubahsuai bagi menghidupkan enjin kereta ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis daerah Kluang, semalam.
Mohd Fawzi berkata, kegiatan mencuri kereta kumpulan berkenaan adalah pada waktu malam dan awal pagi, sebelum membawa kereta yang dicuri ke suatu tempat untuk dileraikan, seterusnya dipasangkan pada kereta lain.
Manakala komponen yang bernilai akan dijual mengikut harga semasa dan mengikut keperluan daripada mereka yang mahukannya.
“Kes mencuri kereta ini melibatkan anak beranak iaitu anak dan bapa yang sama-sama tidak bekerja dan hanya menjalankan aktiviti mencuri kereta.
“Bapa berumur 53 tahun dan anak dalam lingkungan 20-an. Semasa disoal siasat si bapa didapati ada melakukan lapan kesalahan lampau, manakala anak tiada kesalahan lalu. Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah kereta jenis Datsun yang dilaporkan hilang.
"Semua suspek dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Mereka ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan," katanya.
No comments:
Post a Comment