BUKAN SEMUA ADA KERETA DAN GUNAKAN TOL....BAIK TURUNKAN BAHAN ASAS...SERTI GULA..BERAS..TEPUNG ...MINYAK ..BAWANG...CILI SERTA SUSU YANG DIGUNA OLEH ORANG2 MISKIN....BAGI ORANG KAYA MEREKA TAK JADI HAL SEBAB MEREKA KAYA RAYA....
NEGARA
Pelajar alami ketumbuhan rusuk
IPOH – Seorang pelajar berusia 15 tahun menagih simpati orang ramai bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung akibat ketumbuhan pada bahagian rusuk kanan tubuhnya sejak enam bulan lalu.
Disebabkan penyakit itu, Muhammad Nur Hakim Hasram, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Muhamad Taib di sini terpaksa menangguhkan sementara persekolahannya.
Menurut Muhammad Nur Hakim, ketumbuhan tersebut mula disedari selepas kesan lebam akibat terjatuh semasa bergurau dengan seorang rakannya mulai membengkak sehingga menyukarkannya untuk bergerak.
“Sebulan selepas itu kesihatan saya semakin merosot bahkan tidak lagi mampu berjalan dan sukar duduk lama,” katanya ketika ditemui di sini.
Muhammad Nur Hakim yang kini terlantar di rumahnya di Taman Klebang Jaya di sini menerima kunjungan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun yang diketuai Ketuanya, Mazlan Abd Rahman semalam.
Dalam pada itu, bapanya, Hasram Mohd Jamal, 53, berkata, walaupun Muhammad Nur Hakim telah dirujukkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) di sini namun tiada tindakan susulan terhadap ketumbuhan yang semakin besar itu.
“Setiap bulan, kami menghantarnya ke HRPB untuk mendapatkan rawatan susulan, tetapi keadaan anak kami masih tiada perubahan.
Lebih banyak tol turun
KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor membayangkan lebih banyak syarikat konsesi akan mengumumkan pengurangan kadar tol tidak lama lagi.
Beliau memberitahu, langkah ke arah pengurangan kadar tol itu sedang dibincangkan antara Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat pemegang konsesi.
“Ada (syarikat konsesi) yang datang untuk bincang (bagi mengurangkan kadar tol).
“Tapi kita tak boleh umum sekarang sebab peringkat ini macam baru ‘bertunang’, kalau dah jadi ‘kahwin’ baru boleh umum (pengurangan kadar tol),” katanya kepada pemberita semasa melawat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini semalam.
Beliau mengulas pengumuman pengurangan kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) daripada RM1.60 kepada RM1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Najib pada 28 Januari lalu telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi sebagai langkah membantu memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.
Gelaran Sultanah ditarik balik
JOHOR BAHRU – Dua kerabat diraja Johor, Sultanah Zanariah Iskandar dan Sultanah Nora Ismail tidak lagi membawa gelaran ‘Sultanah’ berkuat kuasa semalam.
Gelaran kedua-duanya telah digantikan kepada ‘Yang Amat Mulia Tunku Puan’ dengan dibahasakan sebagai ‘Tunku Puan’ atau ‘Tunku’.
Sultanah Zanariah ialah isteri kepada Almarhum Sultan Iskandar manakala Sultanah Nora merupakan isteri ketiga kepada nenda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, berikutan itu, mereka kini tidak lagi menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti mana sebelum ini.
Beliau berkata, penarikan gelaran itu diputuskan sendiri oleh Sultan Ibrahim setelah mendapat nasihat ahli-ahli jumaah majlis kerana kedua-duanya tidak pernah dimahkotakan dalam satu majlis rasmi kerajaan.
'Sarang hutan' mat gian diserbu
MARAN – Sekumpulan 33 penagih dadah tegar yang sedang asyik melepaskan gian lari lintang pukang selepas lokasi mereka yang digelar ‘sarang hutan’ digempur sepasukan polis di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 10 di sini semalam.
Menariknya, walaupun dalam keadaan khayal, mereka masih berhasrat untuk melarikan diri dengan menunggang motosikal masing-masing tanpa menyedari seramai 22 anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang sedang menanti mereka dengan perangkap.
Polis telah merentang tali di laluan motosikal untuk mengelakkan penagih yang berusia di antara 20 dan 50 tahun itu meloloskan diri. Operasi ‘Ops Tapis’ tersebut berlangsung selama sembilan jam bermula pukul 5 pagi.
Bagaimanapun, terdapat segelintir penagih cuba melarikan diri ke dalam semak walaupun telah terjatuh dari motosikal.
Ada di antara penagih yang ditahan memberikan alasan pergi ke ladang sawit itu kerana ingin melepaskan hajat atau hendak memeriksa ladang.
Remaja nampak pak cik ditendang
KOTA BHARU – Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.
Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.
“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.
“Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
NEGARA
Emas di Raub berpotensi diteroka
RAUB - Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGMSB) bercadang untuk menambah pelaburan dalam operasi melombong emas di Bukit Koman di sini yang melibatkan kawasan seluas 200 hektar.
Pengarah Urusan RAGMSB, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeo berkata, sehingga kini syarikat itu telah melabur sehingga RM300 juta untuk menjalankan operasi perlombongan di sini.
"Raub yang terkenal dengan pengeluaran emas sejak satu abad lalu masih mempunyai simpanan emas yang berpotensi untuk diteroka.
"Oleh itu, pelaburan akan ditambah bagi meningkatkan usaha cari gali dan melombong," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia RAGMSB di Dataran Raub di sini.
Lombong Bukit Koman dianggarkan memiliki kira-kira lima juta auns simpanan emas dan ia mampu memberi hasil selama lebih 30 tahun bergantung kepada daya pengeluaran.
Namun, nilai emas yang dilombong melalui loji yang menggunakan kaedah bawah tanah dengan teknologi Carbon-In-Leach (CIL) di Bukit Koman itu untuk sepanjang tempoh berkenaan hanya boleh ditentukan mengikut pasaran semasa.
No comments:
Post a Comment