Thursday, November 25, 2010

CORETANKU 202

MENARIK...JAGA MACAM AYAM....JADI IBU AYAM...SEBELUM JADI IBU AYAM...TENTU IA AYAM@ANAK AYAM.....BINATANG AYAM AJE TAK PERLU HUKUM HUDUD@HUKUM ALLAH.....

MB kesal didik anak seperti jaga ayam


CHUKAI – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meluahkan rasa kesal kerana kebanyakan ibu bapa hari ini dilihat hanya tahu melaksanakan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak seperti ‘menjaga ayam’.

Menurutnya, sikap kebanyakan ibu bapa yang hanya tahu menjaga dan mengawasi anak-anak sewaktu mereka kecil sahaja sebaliknya tidak mengambil tahu perihal ketika anak mula meningkat dewasa menyebabkan berlakunya gejala keruntuhan moral dalam kalangan anak kini termasuk membabitkan kes rempit.

“Saya sangat dukacita kerana ibu bapa sekarang seolah-olah menjaga anak mereka seperti menjaga ayam di mana sewaktu kecil ayam itu dijaga rapi dan diletakkan di dalam bekas khusus tetapi setelah ayam itu besar ia dilepaskan bebas.

“Sewaktu anak kecil ditatang bagaikan minyak yang penuh... didodoikan serta diberikan sepenuh kasih sayang tetapi apabila anak dewasa ibu bapa ‘lepaskan’ mereka begitu sahaja tanpa ambil tahu apa yang mereka lakukan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai peringkat daerah Kemaman yang diadakan di Dewan Datuk Seri Amar Diraja, di sini.

Ahmad berkata, sikap ibu bapa itu turut menyumbang kepada kes gejala merempit di negeri ini yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.

“Saya amat kecewa dengan masalah merempit ini apatah lagi akibat perbuatan merempit ini juga apabila saya melawat dan masuk ke kampung saya lihat terdapat sebahagian anak muda yang mengalami kecacatan dan semuanya gara-gara kemalangan motosikal.

“Sedangkan tenaga muda ini amat kita perlukan untuk mengisi keperluan tenaga kerja di negeri ini pada masa akan datang. Jadi saya ingatkan sekali lagi agar ibu bapa sentiasa mengawal anak mereka supaya masalah membabitkan remaja dapat diatasi bersama,” katanya.


8 junior ceroboh rumah penduduk

KUANTAN - Lapan kanak-kanak termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan polis selepas menceroboh masuk dan menjadikan sebuah rumah yang ditinggalkan penghuninya di Kampung Sungai Temau, dekat Lipis, sebagai tempat melepak sejak beberapa hari lalu.

Kanak-kanak berusia antara 7 hingga 15 tahun dipercayai anak penduduk tempatan di situ bukan sahaja merosakkan barang-barang dalam rumah tersebut malah turut mencuri beberapa barangan elektrik membabitkan nilai kerugian ditanggung pemiliknya kira-kira RM2,500.

Mereka juga menjadikan kediaman milik lelaki berusia 33 itu sebagai rumah sendiri apabila sempat memasak makanan dan menjamu selera berikutan penemuan nasi goreng dan udang goreng dalam bekas atas dapur rumah terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Siasatan dan Perundangan) Superintendan Mohd Haris Daud berkata, kehadiran kanak-kanak tanpa ditemani orang dewasa di rumah itu menimbulkan tanda-tanya seorang jiran selepas menyedari mereka mula berkampung di situ sejak bermulanya cuti sekolah beberapa hari lalu.

Menurutnya, curiga dengan tetamu misteri itu, jiran terbabit menghubungi pemiliknya yang kebetulan berada di Kuala Lumpur, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

“Pemilik rumah menghubungi bapanya yang diamanahkan untuk menjaga rumah itu untuk menyiasat perkara sebenar kerana bimbang barang-barang berharga yang ada di dalamnya lesap dilarikan.

“Ketika bapa pemilik rumah itu tiba, dia ternampak beberapa orang kanak-kanak berada dalam rumah anaknya lalu bertindak mengunci pintu dari luar dan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohd Haris berkata, polis yang tiba selepas dihubungi menahan kanak-kanak terbabit untuk siasatan lanjut bagaimanapun mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selepas siasatan siap dijalankan.

“Hasil pemeriksaan ke atas rumah itu mendapati premis tersebut dijadikan ’port’ kanak-kanak terbabit untuk melepak dan bermain memandangkan banyak barang mainan dipercayai milik mereka ditemui termasuk senjata mainan dan kereta kawalan jauh.

“Beberapa barangan dalam rumah terbabit juga dirosakkan manakala beberapa barangan elektrik lesap dilarikan,” katanya.

Beliau berkata, rumah mangsa juga berada dalam keadaan berselerak dan dipercayai dicerobohi sejak beberapa hari lalu sebelum perbuatan mereka disedari jiran.



Pekerja ladang dibelasah meninggal dunia

KUANTAN – Selepas 24 jam koma, pekerja ladang yang dibelasah sekumpulan lelaki kerana dituduh mencuri, A Ravi, 35 meninggal dunia semalam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ladang Jabor, GS Magespran berkata, Ravi meninggal dunia kira-kira jam 12.44 pagi semalam.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada polis kerana memberi kerjasama yang baik kepada keluarga ini dan berharap mereka yang melakukan kesalahan menerima balasan setimpal,” katanya.

Beliau berkata, mayat mendiang Ravi akan dibakar pusat pembakaran mayat Jalan Bukit Ubi jam 10 malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, Ravi dari Taman Datuk Rashid ditangkap penduduk kampung kerana dituduh mencuri di sebuah tokong dekat Jabor dua hari sebelum itu.

Akibat pukulan itu menyebabkan mendiang cedera parah di bahagian dalaman dan pendarahan pada otak.

Mangsa yang bekerja sebagai penyembur racun di sebuah ladang Kampung Perangsing Jabor di bawa ke pondok polis dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada keluarganya.

Sehubungan itu, ibunya, Thilagam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada jam 6.13 pagi.

Thilagam sebelum itu hairan bagaimana anaknya sahaja yang dipukul sedangkan dia diberitahu anaknya ditangkap bersama dua lagi rakan lain


Tiga ditembak

CHOW KIT – Tiga termasuk dua orang pekerja sebuah premis pengurup wang, terkena tembakan dalam kejadian rompakan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu melibatkan dua suspek lelaki berumur lingkungan 30-an yang bersenjatakan parang dan pistol, bertindak merompak pejabat pengurup wang yang berada di bahagian atas sebuah ge- dung pakaian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Datuk Ku Chin Wah yang melawat tempat kejadian berkata, dua suspek cuba melarikan diri melepaskan tembakan apabila dikejar oleh pekerja premis tersebut.

“Suspek naik ke bilik (pejabat) pengurup wang dan ketika mereka cuba melarikan diri, pekerja premis terbabit terbabit mengejar dan suspek melepaskan tembakan.

“Suspek kemudiannya berjaya melepaskan diri dipercayai dengan menaiki motosikal menghala ke Jalan Raja Alang,” katanya.

Menurutnya, dua daripada pekerja premis pengurup wang tersebut dan seorang wanita warga Indonesia terkena tembakan yang dilepaskan suspek.

“Dua daripada pekerja terkena tembakan, seorang terkena di perut dan tangan kini dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi mangsa terkena tembakan di peha.

“Turut terkena tembakan, orang awam iaitu seorang wanita warga Indonesia dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Perompak yang bertindak nekad itu berjaya melarikan pelbagai mata wang berjumlah RM200,000.

Chin Wah berkata, siasatan terperinci kini dijalankan dan gerakan memburu suspek telah dilancarkan.



Ibu ayam dipenjara 10 tahun

AYER KEROH - Dua wanita dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam kerana melacurkan dua pelajar tingkatan tiga.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md Snor, 21, selepas kedua-duanya membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-duanya telah memperdagangkan seorang perempuan berumur 15 tahun bagi maksud eksploitasi di Hotel Everyday 312-A B C, Jalan Tun Ali, Melaka Tengah, pada Mei 2010.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-duanya juga telah memperdagangkan seorang perempuan berumur 15 tahun di hotel yang sama antara 30 Jun 2010 dan 1 Julai lalu.

Mereka didakwa me�ngikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Siti Normaslinda yang juga anak sulung daripada dua beradik dalam rayuannya memohon supaya mahkamah meringankan hukuman dengan alasan dia menanggung keluarga.

Sementara itu, Roslina yang mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 tahun memohon mahkamah menjalankan hukuman ke atasnya secara serentak.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang mengendalikan kes berkenaan memohon mahkamah memberikan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan tertuduh membabitkan remaja bawah umur.

“Kedua-dua mangsa yang jauh lebih muda berumur 15 tahun dan kedua-dua tertuduh telah menggunakan mangsa untuk eksploitasi seks.

“Kepentingan awam juga harus diberi pertimbangan kerana berlaku banyak kes kanak-kanak dieksploitasi," katanya.

Zaharah yang mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak kemudian menjatuhkan hukuman lima tahun bagi setiap pertuduhan secara berturutan.

“Apa perasaan kamu apabila orang lain buat pada adik-beradik dan saudara kamu sendiri? Saya nasihatkan jangan ulang kesalahan sama selepas ini,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh telah berkenalan dengan mangsa pertama dan membawa tinggal bersama mereka serta menyatakan kepada mangsa mengenai perkhidmatan seks yang akan diuruskan tertuduh.

Sebanyak RM10 daripada RM80 diberikan kepada mangsa pertama selepas memberi hasil perkhidmatan seks pada Mei 2010 di bilik bernombor 206, Hotel Everyday berhampiran pasar raya Ocean
Pada 29 Jun 2010 pula, kedua-dua tertuduh telah berjumpa mangsa kedua yang juga rakan lama Siti Normaslinda.

Mangsa kedua yang kemudian tinggal bersama tertuduh juga dipelawa untuk memberikan perkhidmatan seks.

Mangsa kedua kemudian dibawa ke bilik 105, hotel yang sama untuk memberikan perkhidmatan seks pada 30 Jun dan 1 Julai sebelum membayar antara RM70 hingga RM200 kepada mangsa



Remaja dirogol saudara lelaki

KUALA PILAH - Kegembiraan seorang remaja perempuan menghabiskan cuti sekolah di rumah neneknya di sini, bertukar menjadi sejarah hitam apabila dia dinodai saudara sendiri.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Jaafar Baba berkata, suspek yang berumur belasan tahun mengunjungi mangsa berumur 15 tahun di rumah neneknya pada 20 November lalu.

"Selepas berbual panjang, suspek mengajak mangsa keluar bersiar-siar tanpa diketahui ibu bapa gadis terbabit.

"Kira-kira jam 5.30 petang, mereka keluar dengan menaiki sebuah motosikal dan diiringi dua rakan lelaki suspek, masing-masing berumur sekitar belasan tahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, suspek kemudian memaksa mangsa melakukan persetubuhan sebaik sahaja mereka tiba di sebuah rumah kosong di Kampung Ampang Tinggi, dekat sini.

"Perbuatan merogol mangsa hanya dilakukan suspek sahaja, sementara dua lagi rakannya sekadar memerhati.

"Kejadian itu terbongkar apabila mangsa menceritakan hal sebenar kepada keluarganya selepas dimarahi kerana pulang lewat ke rumah," katanya.

Jaafar berkata, keluarga membuat mangsa membuat laporan polis keesokannya.

"Polis berjaya menahan dua daripada tiga remaja lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.

"Polis masih memburu seorang lagi remaja lelaki untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan," katanya.


GRO ditahan ketika sibuk layan pelanggan

GEORGETOWN -Walaupun pernah diserbu beberapa kali sebelum ini, sebuah pusat hiburan di Jalan Anson masih berdegil dan terus menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing kepada pelanggan yang bermata keranjang.

Kelmarin, Polis Pulau Pinang berjaya menahan lapan wanita asing yang bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu. Ketika ditahan kesemuanya sedang melayan pelanggan di bilik VIP.

Operasi yang diketuai Cif Inspektor Teh Teng Ai dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,

Jurucakap polis berkata, ‘Ops Noda’ yang dilakukan kira-kira jam 8 malam itu berjaya menahan GRO warganegara China dan Vietnam.

Polis turut menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis itu dan seorang wanita warga tempatan yang bertindak sebagai ‘ibu ayam’ kepada GRO terbabit serta enam pelanggan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD Timur Laut) untuk siasatan lanjut.

Semua GRO yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah serta 39(b) Peraturan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan

No comments:

Post a Comment