Tuesday, November 30, 2010

CORETANKU 218





SEMUA PARTI BERHARAP AKAN MENANG...KETENTUAN DARI ALLAH....KALAU SAPE PUN MENANG JANGAN JADI PENYAMUN TARBUS....MASUK NERAKA DIAKHIRAT KELAK

Dr M: Lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia berjaya

Hazlan Zakaria
Nov 30, 10
6:30pm

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

NONEKatanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

NONEForum ini menyaksikan Mahathir duduk di pentas yang sama dengan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak sebagai moderator sesi dialog.

Rafidah kemudiannya menegaskan bahawa hubungan erat antara beliau denganDr Mahathir tidak pernah terjejas di sebalik percanggahan pendapat mereka berhubung isu Permit Import (AP) lima tahun lalu.
Tidak sehaluan

Rafidah sebaliknya menafikan laporan media yang mengatakan beliau dan Dr Mahathir sudah tidak sehaluan lagi dan beliau masih menghormati tokoh negara itu serta masih menghubunginya seperti biasa untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.

"Seperti anda boleh lihat, memang (kemesraan) tak pernah luntur atau terjejas. Cuma kita bukan dalam Kabinet dah...tak ada la mesyuarat hari hari.

NONE"Saya dengan Tun masih seperti biasa, saya masih menghubungi beliau, masih ke pejabat beliau, dan masih berjumpa dengan beliau dalam majlis-majlis sebegini," katanya.

Dalam forum ini, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama dan turut meluangkan masa menjawab beberapa soalan daripada perwakilan berhubung suasana politik, isu-isu semasa, dan sejarah kecemerlangan beliau semasa menjadi Perdana Menteri.

Pada 2005, Rafidah, yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjadi sasaran kecaman selepas Dr Mahathir membangkitkan isu berkaitan Permit Import kereta yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

Rafidah dan Dr Mahathir saling membalas kenyataan berhubung isu kontroversi berkenaan hingga mendorong banyak pihak menyarankan agar Rafidah memohon maaf kepada Dr Mahathir berikutan kenyataan beliau yang mereka anggap mengguris hati bekas Perdana Menteri itu.

NONEKetika diminta mengulas mengenai forum bertemakan "Menoleh ke Belakang Untuk Mara Ke Hadapan" itu, Rafidah yang juga penaung dan penasihat MEF berkata, program itu diadakan bagi memastikan pihak Malaysia dan Eropah saling memahami dasar yang dibawa masing-masing terutamanya dalam soal pelaburan.
Salah tafsir

Selain Dr Mahathir yang menyampaikan ucaptama, forum berkenaan turut menyaksikan penyampaian kertas kerja oleh Timbalan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, wakil dari Kedutaan Norway Ashild Kjok, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation Datuk Iskandar Mizal Mahmood, dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Kesatuan Eropah David Jones.

NONE"Tujuan forum ini adalah untuk mempereratkan lagi kaitan ekonomi antara kedua-dua pihak, dan juga untuk menjelaskan kedudukan negara kepada Eropah, kerana kadang-kadang salah tafsir mereka terhadap dasar kita mengakibatkan ketidakcenderungan pelancong untuk melawat, melabur dan menjalankan perniagaan di Malaysia.

"Program sebegini diharap dapat membantu kerajaan memperjelaskan kedudukan Malaysia sebagai negara dinamik di rantau Asia dan Asean di samping menerangkan kepada Eropah tentang dasar-dasar mereka yang menjadi kebimbangan kepada kita," katanya.

Forum itu turut dihadiri 250 pewakilan terdiri daripada ahli perniagaan, pegawai kerajaan, ahli akademik, dan pertubuhan pelajar dari dalam dan luar negara.



Kawan sekolah akui sembunyikan baju berdarah
Joseph Sipalan
Nov 30, 10
6:57pm

Seorang saksi kes pembunuhan remaja Aminulrasyid Amzah berkata dia membantu menyembunyikan baju yang digunakan oleh saksi utama, Azamuddin Omar.

Mohd Zubir Salleh, yang bersekolah sama dengan Azamuddin berkata rakannya itu memohon bantuan bagi 'menyimpan' bajunya yang digunakan pada malam Aminulrasyid ditembak mati.

NONEMohd Zubir berkata dia berjumpa dengan Azamuddin (kiri) di luar sekolah sekitar jam 7.20 pagi pada 26 Apr lalu dan mendapati kawannya itu mempunyai masalah.

"Saya sapanya dan kami mula berbual. Dia suruh saya kumpulkan rakan-rakan dan kita berjumpa di tandas,” katanya kepada mahkamah sesyen Shah Alam hari ini.

"Kita berjumpa di tandas selepas perhimpunan sekolah dan dia beritahu kami bahawa Aminulrasyid sudah mati.

"Ia berlaku dengan cepat, saya tidak fikir melebihi 10 minit dan ramai yang menaggis,” katanya semasa disoal-balas oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Mohd Zubir berkata ketika di tandas sekolah, Azamuddin kemudiannya member beg plastik pakaian yang digunakan pada malam kejadian untuk disimpan dengan selamat.

NONEMohd Zubir berkata dia menyimpan baju itu di belakang sekeping zin di sebuah lorong kira-kira 20 meter dari rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam kerana bimbang ibunya akan menjumpainya jika dibawa pulang.

Sebelum itu, ketika diosoal-balas oleh peguambela M Athimulan, remaja 15 tahun itu berkata dia tidak tahu pakaian itu berlumuran darah kerana dia tidak pernah membuka beg plastik itu.

Dia bagaimanapun bekerjasama dengan polis forensik yang datang ke rumahnya sekitar jam 1 pagi pada 27 April dan menunjukkan tempat dia menyorok baju Azamuddin.


Pemandu Iswara 'berpengalaman' kata saksi
Joseph Sipalan
Nov 30, 10
1:17pm

Kereta putih Iswara yang digunakan oleh mangsa tembakan polis, Aminulrasyid Amzah dikatakan sebagai pemandu 'berpengalaman', kata seorang saksi di Mahkamah Sesyen Shah alam, pagi ini.

NONER Lokman Hakim R Daily yang merupakan saksi ke-32 pendakwaan berkata pemandu kelihatan tahu cara mengendalikan kereta dalam usahanya melarikan diri daripada - dirinya, - Lokman Hakim dan kawan-kawannya - semasa dia mengejar remaja itu selama 30 minit.

"Nampaknya dia pemandu berpengalaman,” katanya ketika disoal balas oleh peguambela, M Athimulan.

Semalam, Lokman Hakim memberitahu mahkamah bahawa dia bersama dua lagi rakannya mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid pada kira-kira jam 12.15 pagi.

Mereka bertindak demikian selepas kenderaan itu melanggar kereta Toyota Celica rakannya yang diparkir di tepi sebatang jalan di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut Lokman Hakim, dia mengejar kenderaan itu untuk mendapatkan ganti rugi daripada pemandu kereta Proton Iswara berkenaan yang merosakkan bahagian bumper depan kenderaan Toyota Celica rakannya.

NONEDiasak oleh seorang lagi peguambela, Salim Bashir, beliau setuju bahawa kereta Iswara itu dipandu dalam cara semberono dan berbahaya.

Pengakuan Lokman Hakim selaras dengan kenyataan sahabat Aminulrasyid yang juga saksi utama kes ini Azamuddin Omar yang pada sidang media beberapa hari selepas kejadian itu berkata mangsa memecut selepas kereta yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta lain.

Azamuddin, yang ketika kejadian duduk di kerusi penumpang hadapan berkata Aminulrasyid panik selepas melihat sekumpulan lelaki bermotosikal mengejarnya.

Lokman Hakim, apabila disoal-balas oleh DPP Mohd Dusuki Mokhtar, berkata beliau mengandaikan pemandu kereta putih itu seseorang yang berpengalaman berdasarkan cara beliau mengendalikan kereta tersebut.

NONE"Kereta dipandu laju dan melanggar lampu isyarat,” katanya.

Korporal Jenain Subi, 48, dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.








BN menang majoriti lebih besar, ramal Mahathir
Nov 30, 10 7:55pm


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti lebih baik pada pilihan raya umum akan datang berbanding dengan pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata ini kerana kerajaan kini masih kuat dan mungkin marjin kemenangan adalah sesuatu yang baik.

NONE"Saya benci untuk meramal perkara ini kerana ia mungkin tidak diterima dengan sangat baik, tetapi saya fikir menang kuat adalah sangat penting...dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan akan masih menang dan majoriti mungkin lebih baik daripada 2008," katanya ketika ditanya mengenai ramalan beliau bagi pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Lanskap Politik Malaysia - Pengalaman, Perspektif dan Pemikiran" pada Dialog Forum Malaysia-Eropah (MEF) Kuala Lumpur ketiga 2010 di Kuala lumpur hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata pilihan raya umum 2008 menyaksikan pencapaian BN terlalu teruk kerana tewas di lima negeri dan Kuala Lumpur, serta gagal memperoleh majoriti dua pertiga bagi memerlukan untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

hulu selangor by-election voting day 250410 voting 04"Pilihan raya 2008 jelas menunjukkan bahawa BN telah kehilangan sokongan bukan hanya daripada mereka yang bersimpati tetapi juga anggota parti-parti komponen. Malah kubu kuat BN juga tewas," kata Dr Mahathir, yang memegang tampuk kepimpinan kerajaan selama 22 tahun.

Beliau berkata hanya beberapa orang sahaja yang berani mengkritik pemimpin atau kerajaan perdana menteri kelima (penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi), tetapi selepas pilihan raya umum 2008, mereka merasakan kepimpinanlah yang paling dikutuk kerana kekalahan itu dan mereka meminta untuk satu perubahan dalam kepimpinan negara.

"Pengkritik dihalang daripada berucap pada perjumpaan anjuran parti politik, pertubuhan bukan kerajaan atau individu kerana menyedari bahawa kerajaan bimbang dengan kritikan dengan pembangkang sentiasa menyerang," tambah beliau.

Bercakap mengenai demokrasi, Dr Mahathir berkata Malaysia bukan satu demokrasi yang liberal kerana ada hadnya mengenai apa yang dipanggil kebebasan demokrasi, tetapi Malaysia telah menunjukkan demokrasinya adalah bebas sepenuhnya bagi mereka yang membangkang kerajaan untuk memenangi pilihan raya dan malah untuk menewaskan parti-parti kerajaan dan mengambil alih pentadbiran negeri-negeri.

NONE"Demokrasi mungkin sistem politik yang paling baik yang pernah dicipta oleh manusia, seperti benda lain yang dicipta oleh manusia, ia bukan sempurna. Pastinya demokrasi liberal tidak boleh dilakukan dengan mereka yang hanya tahu mengenai pemerintahan kuku besi atau rasuah."Malaysia bukan model demokrasi yang sempurna tetapi pengundi boleh, jika mereka ingin berbuat demikian, tukar kerajaan hanya dengan pengundian dalam pilihan raya bebas, itulah intipati demokrasi," kata beliau.





'Pakatan perlu ofensif untuk tawan negeri-negeri lain'
Nov 30, 10 12:17pm

Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat dilihat sebagai membawa kembali Pakatan Rakyat ke landasan yang betul bagi menawan Putrajaya, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

TV Selangor melaporkan Lim juga menolak tanggapan Pakatan Rakyat sudah berkubur dan tidak lagi senada. Malah, katanya, gabungan itu terus erat terutama selepas terbentuknya Resolusi Persidangan Shah Alam, semalam.

sibu by election lim kit siang"Kita masih lagi bernyawa dan bersemangat dan merancang untuk terus ke depan dalam perjuangan politik di Malaysia.

“Saya percaya bahawa persidangan kemuncak ini ini merupakan peristiwa penting bagi 'turn around' Pakatan Rakyat, 'turn around' untuk mengembalikan momentum politik bagi melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

Lim berucap pada sesi penggulungan persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung di kediaman pegawai kerajaan Seksyen 7 di Shah Alam.

Menurut Lim, hanya pertukaran kerajaan dapat menjadikan Malaysia negara demokrasi normal.

Malah katanya, Pakatan Rakyat perlu menjadi 'ofensif' dan merampas kembali Perak selain menawan negeri utama seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang serta Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

"Hanya jika ada perubahan radikal yang bermakna perubahan kerajaan. Ia boleh jadi transformasi asas yang besar di negara ini dan inilah harapan yang diberi apabila berlaku tsunami politik dua tahun dulu.

NONE“Untuk pertama kali, rakyat Malaysia melihat kemungkinan perubahan berlaku dan pilihan raya umum depan merupakan saat penting menentukan sama kita dapat menjadi negara demokratik yang normal," katanya.

Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, rakyat perlu melihat tiada perubahan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai program kononnya telah diperkenalkan sejak 20 bulan beliau menerajui BN.

"Kita lihat saja laporan berita. Setiap hari satu peringatan bahawa keadaan masih tak berubah walau banyak yang diperkatakan mengenai 'reform' dan transformasi, samada slogan baru 1Malaysia Najib atau GTP, rancangan negara untuk perbaiki kehidupan, penuhi standard antarabangsa," katanya.

Hadi: Perbaiki kelemahan

Sementara itu, bagi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu muhasabah atau memeriksa kelemahan dan kekuatan diri bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan mereka.

pas muktamar 130610 abdul hadi awangKatanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mereka mentadbir negeri dengan baik ini penting agar menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Seterusnya marilah kita membuat muhasabah bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan mengambil kekuatan dari perubahan yang telah kita lakukan dalam pilihan raya umum ke-12 dengan kita membina kejayaan itu melalui pencapaian kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan penerusan agenda yang berjaya," kata Abdul Hadi.

Dakwa ahli parlimen Marang itu lagi, usaha kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang berhadapan serangan dan penindasan kerajaan pusat sehingga semua perbuatan mereka diperhati teliti dan diperbesar media kawalan Umno-BN haruslah menjadi kebanggaan.

"Kerajaan Menteri Besar dan Exco untuk bertahan adalah kejayaan yang perlu dibanggakan. Kita menyedari kita berdepan dengan demokrasi yang salah, tidak tulen dan tak sama rata sehingga kita berdepan dengan amalan federalisme yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak mengikut polisi federalisme yang sebenarnya," katanya.

pkr congress pc 271110 pakatan leadersAbdul Hadi turut menyelar sikap segelintir pegawai kerajaan negeri yang bersikap tidak profesional dan melakukan sabotaj kerana memihak kepada BN.

"Dalam masa yang sama kita berdepan dengan kakitangan kerajaan yang tidak semuanya bertugas secara profesional. Ada diantaranya mempunyai semangat kepartian, yang menjadi duri dalam daging yang tidak melancarkan jentera kerajaan walau dalam amalan sistem demokrasi.

“Pegawai kerajaan haruslah bekerja di bawah kerajaan parti yang memerintah walaupun apa kepercayaan yang dianut oleh parti itu. Kadang-kadang kita berhadapan dengan hal seperti ini yang tentu menyebabkan Menteri Besar dan Exco tidak selesa menjalankan tugas mereka," katanya yang berpengalaman mentadbir Terengganu selepas pilihanraya umum 1999.

Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada pilihan raya lalu tetapi kehilangan Perak tahun lalu setelah campur tangan kerajaan Pusat


lawak dari facebook

Yob Tualang Sekah's Photos - Wall Photos

MENGAPA umNO/BN GUNA LAMBANG 'DACING?'

Yob sempat pulang ke Parit menemui mak sedare yang sakit di Tanjong Belanja. Dan sempat berjemaah dimasjid Pekan Parit.

Ketika memasuki sebuah restoran, yob terpandang susok tuboh yg kecil, tetapi maseh kuat tenaganye.

"Asalamalaikum Pak Uda" teman bagi salam.

"Waalaikum salam, miker siapa?" tanye Pak Uda.

"Teman nama Din, cucu arwah Wan Lebor" selamber teman jawab.

(Ditapis salasilah keluarge..heheh)

Beberapa minit kemudian, Mat Topo (cucu Pak Uda) sampey. Kami bersalam dan sambong ceriter.

"Ater miker dari mana?" tanye Pak Uda sebelom menghirop kopi O paneh.

Teman jawab "Baru jer balek dari Kongres Nasional". Seperti biaser, teman keluorkan gudang garam suria dari kocek seluor.

Teman hulor rokok suria, Pak Uda menolak. Dia selesa dengan rokok daun tembakor jawa. Mat Topo idak pulak menolak. Adehhh! Bukan senang nak dapat stok ori wehhhh...

"PR lambang bunger rayer, BN lambang dacing. Miker tau ke kenaper BN gune lambang dacing..?" tanyer Pak Uda pada teman.

"Idok le kumer(saya) tau..." teman jawab.

"Gini sebenor ceriter nye..." Pak Uda membukak ceriter.

"Zaman dulu, orang kite korang (kurang) berniager. Kebanyakannye berkebon ator makan gaji. Yang datang menjuey ikan, sayor, barang runcit kebanyakan nye cina."

"Kalo miker ingat ler, dacing yang cina guna tu, orang melayu pandey nengok ker? Pak Uda berani potong jari, bila cina tu timbang dan sebot harga, kiter melayu ni main hanggok jer.,,"

"Nak ngaku tak pandey, kang cina kater melayu bodoh. Sudahnye, bayor aje ler harger yg disebot."

"Cuba kiter pikior, sekali timbang, cina ngelat (tipu) 10 sen, kalo sari dia timbang 100 kali, idak ke dia untong RM10?..."

Semakin deraih teman ngembot (isap) rokok teman.

Pak Uda sambong lagi... "Miker tau berapa puloh ribu cina untong cara macam ni?. Peh tu pulok, kalo kiter tak cukop duit, cina tu siap bagi utang lagi.."

"Sebab tu, bila orang kita bukak kedai runcit, melayu korang beli sebab tak buleh utang. Ini ler salah kiter, udah ler bodoh, taknak mengaku pulak tu!"

Bengis jer rupa pak Uda. Ngeri pulak teman nengok.

"umNO menggunakan lambang 'dacing' untok kelirukan kiter. Dacing ni konon nyer adil, tapi sebenornye adil pada demer (umNO) jer."

Selow jer teman ngirop 'kopi jantan'...

"umNO udah belajor dari cina. Ngelat (bohong), tapi tak nampak. Pelan pelan, sikit sikit, demer (umNO) juey kiter orang melayu 'sekupang 3'."

Warghkahkahkah! Teman tak dapat kontrol dah. Teman ketawa terbahak bahak. Pak Uda tersengih.

"Pak Uda idok percaya dengan umNO sejak dulu lagi. Telunjok luruih, tetapi kelingking berkait.."

"Lambang dacing tu sebenornye untok kelirukan orang melayu. Kononnye 'dacing itu lambang adil. Ajer ngancok wak orang umNO ni...".

Dipendekkan cerita, Pak Uda ni memang anti umNO sejak muda dulu. Sekarang dah umor 85, maseh sihat walafiat. Maseh berkebon.

Pengajaran yang yob dapat dari ceriter pak Uda ni ialah, kiter jangan percaya bulat bulat dengan orang yang pegang 'dacing' ni. Kiter jangan mudah terima ceriter manis dari 'puak dacing'.

Orang orang 'dacing' ni memang kuat menipu untok kepentingan mereka.

Yob membayor bil 3 mee hailam Parit, 4 cawan kopi O dan segelas kopi 'jantan'.

Tersenyom puas, yob memberi salam dan melangkah pulang ke Tualang Sekah.

No comments:

Post a Comment