Thursday, November 11, 2010

CORETANKU 148

FIKIR MATI JANGAN FIKIR LAMBAT MATI

YANG PERGI TETAP PERGI...KITA PASTI MENYUSUL...BERTAQWALAH...JANGAN LANGGAR HUKUM ALLAH....SEPERTI MENIPU,RASUAH,MAKAN HAK RAKYAT.DEDAH AURAT,BERGAUL BEBAS,ZINA,JUDI DAN SEGALA JENIS MAKSIAT...KITA AKAN MATI...TAKUT TAK SEMPAT BERTAUBAT...

Ulama Rohingya perdaya masjid

Oleh Yusmizal Dolah Aling

KUALA LUMPUR: Satu sindiket yang mendakwa sebagai Ulama Rohingya dikesan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit dengan memperdaya pengurusan beberapa masjid dan surau di seluruh negara.
Kegiatan itu dikesan Pertubuhan Hak Asasi Untuk Rohingya (HURAR) selepas menerima maklumat orang ramai khususnya pegawai dan ahli jawatankuasa masjid yang menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit.

Setiausaha Agungnya, Fakaruddin Ali Muddin, berkata sindiket itu menggunakan masjid dan surau sebagai modus operandi untuk meraih simpati menggunakan pelbagai alasan kononnya untuk membantu pelarian Islam Rohingya.
“Sindiket itu bergerak dalam kumpulan terdiri daripada lima hingga 12 orang. Mereka akan ke masjid dan menyertai jemaah di setiap kariah dan mengambil kesempatan itu untuk meminta derma.

“Siasatan mendapati, derma berkenaan tidak disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Fakaruddin berkata, anggota sindiket itu akan cuba mendekati imam atau pegawai masjid dan sebaik melihat layanan baik diterima, mereka mula menceritakan kisah sedih kononnya keluarga pelarian di Rohingya amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

“Kebiasaannya, mereka akan berada di masjid dan surau yang dikenal pasti pada waktu Maghrib dan Isyak. Selain itu, mereka akan mengutip derma di masjid setiap solat Jumaat kerana lebih ramai jemaah pada waktu itu,” katanya.

Menurutnya, terpedaya dengan lakonan pengemis itu, ada pengurusan masjid dan surau yang memberikan derma sehingga RM40,000 kepada sindiket terbabit

Katanya, bagi membuktikan aktiviti mengutip derma itu sah di sisi undang-undang, sindiket terbabit menunjukkan surat kelulusan termasuk yang kononnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan individu berpengaruh.

“Selain itu, mereka menawarkan khidmat pengurusan sumbangan lembu untuk dikorbankan di Arakan, Myanmar, pada Aidiladha ini dengan harga serendah RM800.

“Ada individu yang terpengaruh dan menyumbangkan wang untuk korban dan barangan lain kerana mempercayai kata-kata anggota sindiket pengemis Rohingya terbabit,” katanya.

Fakaruddin berkata, kegiatan mengemis dilakukan berterusan selama beberapa bulan dan didalangi kumpulan sama yang mendakwa diri mereka pendakwah dan kumpulan Ulama Rohingya bagi mengaburi mata masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran untuk kumpulan pelarian terbabit mengutip derma.

Katanya, setakat ini Jawi hanya memberikan kebenaran melakukan kutipan derma untuk misi nasional dan diluluskan Kabinet.

“Justeru kami menasihatkan orang ramai khususnya imam masjid lebih berhati-hati apabila dikunjungi kumpulan tertentu yang ingin mengutip derma. Orang ramai juga boleh merujuk pejabat zon masing-masing bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” katanya


Rebah ketika bermain bola

Oleh Murshid Eunos

ZIARAH...sanak-saudara menziarahi jenazah Allahyarham Shamrin di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, semalam.
ZIARAH...sanak-saudara menziarahi jenazah Allahyarham Shamrin di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, semalam.
JASRIZATUL AKHMAR...isteri Shamrin
JASRIZATUL AKHMAR...isteri Shamrin
KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada jam 6.30, petang semalam.
Shamrin yang popular menerusi lagu Di Alam Fana Cinta dan Ke Pintu Kasihmu dikatakan tidak langsung menunjukkan sebarang tanda atau sakit sebelum rebah secara tiba-tiba di tengah padang ketika perlawanan persahabatan berlangsung di antara teman-teman artis.
Menurut rakannya, Shaful Azry Mohd Ariffin, 38, atau lebih dikenali sebagai Riot daripada kumpulan Kool yang berada di tempat kejadian, semuanya berlaku terlalu pantas hingga sukar untuk diingatkan semula.

“Sekitar jam 5.45 petang Shamrin ada mengangkat tangannya seolah-olah menunjukkan tanda dia kepenatan dan meminta pemain lain menggantikannya. Kemudian, dia tunduk seperti hendak membetulkan kasut dan ingin duduk. Namun, tiba-tiba rebah dan terbujur di tengah padang. Saya dan teman-teman yang sedang bermain terus meluru kearahnya


“Kami lihat dia menggigil dan kemudian tidak sedarkan diri, namun jantungnya masih berdegup. Kami buat pelbagai cara yang termampu untuk menyelamatkannya kerana bimbang mungkin serangan jantung. Namun, semuanya tidak berhasil dan terus mengangkat Shamrin untuk dibawa ke hospital di Kampung Baru


“Ketika dalam perjalanan ke hospital, wajah dan tubuhnya sudah kebiru-biruan dan ketika itu denyutan jantungnya sudah berhenti,” katanya.

Jenazah Shamrin kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Selain menyifatkan kejadian yang menimpa sahabatnya itu bagai sukar dipercayai, Riot langsung tidak menyangka pertemuan petang itu yang terakhir antara mereka.

“Siapa sangka, dalam sekelip mata saja saya kehilangan seorang sahabat. Bukan saja kami berdua sering membuat persembahan bersama, malah kami berkongsi minat sama iaitu bermain bola sepak seperti kami lakukan hari ini,” katanya.

Shamrin meninggalkan balu, Jasrizatul Akhmar Abu Saman, 29, yang sarat mengandung anak ketiga serta dua anak iaitu, Akmal Danish, 5, dan Akmal Shamim, 1. Dia juga mempunyai anak perempuan Siti Najwa, 17, hasil perkahwinan pertama dengan Noreda Mohd Razali.

Jenazah Shamrin dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Selangor, sebelum solat Jumaat hari ini.

Sebelum itu, Shamrin sempat membuat persembahan di Balai Seni Lukis Negara sempena Pelancaran Syiling P Ramlee dengan menyampaikan sebuah lagu seniman agung itu berjudul Bila Larut Malam


Kereta dirempuh treler

Oleh Jaafar Mulup

REMUK...anggota polis memeriksa kereta arwah yang remuk dirempuh treler. Gambar kecil, Daud.
REMUK...anggota polis memeriksa kereta arwah yang remuk dirempuh treler. Gambar kecil, Daud.
REMBAU: Bekas jaguh lumba basikal negara, Dawod@Daud Ibrahim, terbunuh selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 232.6, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Dawod, 63, yang juga bekas jurulatih basikal kebangsaan mati di tempat kejadian kerana cedera parah di beberapa bahagian badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Saga dipandu mangsa dalam perjalanan pulang ke Muar, Johor, dilanggar dari belakang treler.

Anak ketiga mangsa, Mohd Firdaus, 27, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika mereka berjumpa tengah hari kelmarin sebelum bapanya ke Kuala Lumpur kerana urusan perniagaan

“Pada pertemuan Aidilfitri lalu, ayah berpesan supaya menjaga ibu tiri serta adik-beradik lain dengan baik dan tidak mahu ada perbalahan apabila dia tiada nanti

“Saya menerima berita kejadian yang menimpa ayah jam 3 pagi selepas dimaklumkan polis Muar,” katanya ditemui di Rumah Mayat Hospital Tampin, semalam.

Turut melawat jenazah mangsa pelumba basikal serta sahabat handai termasuk jurulatih lumba basikal negara, Datuk Ng Joo Ngan. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rani Jurah, 22, dan 13 anak serta tiga cucu.

Sementara itu Joo Ngan berkata, sepanjang mengenali Dawod sejak 40 tahun lalu, arwah seorang disegani serta disenangi termasuk di kalangan anak didik dan pemergiannya kehilangan kepada sukan lumba basikal negara.

Allahyarham membuat penyertaan sulungnya pada Sukan SEAP 1969 di Rangoon, mula menempa nama apabila meraih pingat emas dalam acara 1,600 meter di Sukan Asia pada 1970.

Setahun kemudian, Dawod menguasai acara lumba basikal apabila meraih lima pingat emas Sukan SEAP di Kuala Lumpur serta pernah mewakili negara ke Sukan Komanwel Ketujuh di Christcurch, New Zealand pada 1974 dan Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memandu seorang diri dan dalam perjalanan menghala ke selatan, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler yang bergerak dalam arah sama



BILA BUAT SESUATU TAK FIKIR BURUK BAIK FIKIR DULU SEBELUM BUAT SESUATU

No comments:

Post a Comment