Sunday, November 21, 2010

CORETANKU 189

ALLAH LEBIH MENYAYANGI..TAKZIAH DAN BERSABARLAH DENGAN UJIAN ALLAH.....KHATAN HUKUM WAJIB PADA IMAM SHAFIE BAGI LELAKI DAN WANITA....LELAKI UNTUK KEBERSIHAN@SUCI....WANITA UNTUK MENGURANGKAN NAFSU

Mati bersama mi goreng adik

Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

MOHD HAFIZI... maut
MOHD HAFIZI... maut
BALING: Niat murni pelajar lelaki berusia 15 tahun membeli makanan untuk adik bongsunya berakhir tragedi apabila dia terbunuh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta di Jalan Parit Panjang - Kuala Pegang, berhampiran Kampung Banggol Berangan, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Mohd Hafizi Abdul Razak dari Kampung Lanai, Parit Panjang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membeli mi goreng untuk adik bongsunya, Mohd Aidil, 9.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, Jitra, yang juga orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah penglihatan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas merempuh kereta Daihatsu Charade Aura yang mahu membelok ke kanan.
Bapa mangsa, Abdul Razak Saad, 46, berkata, sebelum kejadian anak keempat daripada lima beradik itu meminta izin daripadanya membeli mi goreng di kedai terletak satu kilometer dari rumah mereka kerana Mohd Aidil mengadu lapar.

“Saya membenarkan dia pergi kerana saya tak sihat, tetapi tak menyangka dia sebenarnya ke kedai di pekan Parit Panjang sejauh tiga kilometer dari rumah sehinggalah saya dimaklumkan dia terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Abdul Razak berkata, ketika menjemput Mohd Hafizi di asrama sekolahnya Selasa lalu untuk menyambut Aidiladha, dia mendapati anaknya kurang ceria

Malah, Abdul Razak turut dimaklumkan guru sekolah berkenaan yang anaknya itu kurang ceria sejak akhir-akhir ini berbanding sikapnya yang periang sebelum ini.

Menurutnya, pagi kelmarin Mohd Hafizi membeli lima bungkus nasi putih berlauk telur goreng untuk hidangan mereka sekeluarga.
“Selalunya dia keluar membelikan kami nasi lemak, tetapi semalam dia beli nasi putih dan semuanya berlaukan telur goreng saja.

“Saya tak terfikir langsung mengenai perubahan sikapnya itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya. Saya reda dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, mangsa yang tidak memiliki lesen memandu serta tidak memakai topi keledar, dipercayai melanggar tayar belakang kereta berkenaan sebelum terjatuh.

“Hentakan kuat di kepala berikutan tidak memakai topi keledar menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling sebelum dituntut keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lanai, jam 11 pagi, semalam.

Mat Daud berkata, pemandu kereta berkenaan, Mohd Salahuddin Mansor, 27, dari Kampung Alai, Gerik, Perak, tidak cedera.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengawal pergerakan anak di bawah umur supaya mereka tidak terdedah kepada kesalahan undang-undang jalan raya.

“Ibu bapa boleh didakwa kerana membenarkan anak di bawah umur menunggang motosikal tanpa memiliki lesen yang sah serta dilindungi insurans,” katanya



Budak Iban ikut berkhatan

MANDI...sekumpulan murid SK Sungai Rapat dimandikan sebelum dikhatankan semalam.
MANDI...sekumpulan murid SK Sungai Rapat dimandikan sebelum dikhatankan semalam.
IPOH: Seorang kanak-kanak beragama Kristian dan berketurunan Iban berusia 11 tahun, menarik perhatian ramai apabila dia turut serta pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran sekolahnya pagi semalam.
Kanak-kanak berkenaan adalah antara 48 peserta yang menyertai majlis berkhatan pertama kali dianjurkan Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat (SKSR) di sini dan berlangsung dalam suasana meriah dan penuh adat di pekarangan sekolah itu.

Menyifatkannya sebagai satu kaedah kesihatan yang baik, Harrison Austine Ansie, murid tahun lima itu berkata, dia tidak gentar menyertai majlis berkhatan itu malah mendesak ibunya membenarkannya berkhatan bersama rakan sekolah lain.
Anak pasangan tentera itu berkata, hasrat untuk berkhatan dimaklumkan kepada ibu bapanya dua minggu sebelum sesi persekolahan tamat baru-baru ini dan mereka tidak menghalangnya malah bersetuju dengan permintaannya itu.

“Emak dan ayah tak halang saya berkhatan, lagipun ia baik untuk kesihatan. Sebelum ini, saya tahu upacara berkhatan hanya untuk orang Islam, namun saya tak kisah dan tetap mahu melakukannya.

“Ramai kawan saya di sekolah turut berkhatan hari ini (semalam),” katanya

Ibunya, Liza Anak Andrew Achin, 37, berkata anak sulungnya itu memberitahunnya dua minggu lalu mengenai perkara itu sebelum memintanya mengisi borang permohonan untuk menyertai upacara berkhatan di sekolahnya.

Katanya, dia dan suami tidak menghalangnya malah menyokong kerana ia baik untuk kesihatan anaknya, malah saya dan suami turut merancang mengkhatankan adik Harrison yang kini berusia tujuh tahun tahun depan,” katanya.
Majlis berkhatan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Perak, Datuk Hamidah Osman

No comments:

Post a Comment