Thursday, November 18, 2010

CORETANKU 167

KAYALAH TAPI BIAR HASIL DIBENARKAN OLEH ISLAM...JANGAN TUNJUKKAN IBADAH..TAKUT RIAK DAN UJUB...KORBAN BENAR..SANGGUP MISKIN DAN SUSAH ..ASAL HASIL PENDAPATAN TIDAK MELANGGAR SYARAK...DAN MEMBUAT MAKSIAT JARIAH

Fauzi-Lisda Beli Rumah Harga Setengah Juta Ringgit

Lisda dan Fauzi kini lebih tenang tanpa kehadiran gosip masalah rumah tangga mereka. Foto TheStar oleh Brian Moh
KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menyimpan duit dalam simpanan, kini pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati gembira dengan pembelian rumah baru mereka yang bernilai lebih daripada setengah juta ringgit.
Menurut Fauzi, rumah yang dibeli itu hasil daripada titik peluhnya bersama isteri dalam bidang lakonan dan mereka gembira kerana akhirnya dapat memiliki rumah tersebut.
"Alhamdulillah, impian kami untuk berumah sendiri termakbul. Dulu kami tinggal bersama keluarga Lisda. Bila dah dapat rumah sendiri, kepuasannya lain.
"Tambah pula bila di rumah mentua, takkan kami nak duduk menonton televisyen sambil berpelukan, nampak kurang manis. Kini, kami lebih bebas.
"Memang agak sukar juga kami nak menyimpan wang untuk membeli rumah. Maklumlah, sebagai pelakon, ada masanya kita senang, ada adakalanya kita susah, semuanya bergantung kepada keadaan.
"Apapun, kami bersyukur kerana tawaran kerja kami tidak putus, semua ini rezeki anak-anak," katanya pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha serta majlis marhaban dan Aqiqah, Rabu, untuk anak keduanya,Nur Aina Fazneesya, setahun.
Fauzi yang baru saja habis penggambaran telefilem komedi, Duda berhias (Astro Ria) dan Kecoh Bendol (TV9) kini mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan kecantikan pula bersama Lisda dan dua orang rakan kongsi mereka, Glam beauty Studio.
Keluarga bahagia, Lisda dan Fauzi mendukung anak mereka. Nur Aina Fazneesya, dan Nur Aini Farhana,2.
Malah pasangan suami isteri itu juga bakal menjadi duta produk Vianco Natura dalam masa terdekat nanti.
"Sebagai seorang artis, kami perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jadi kami fikir, bukankah lebih baik jika kami membuka sendiri perniagaan kecantikan. Selain dapat merawat wajah kami, orang lain juga turut dapat merawat wajah mereka.
"Dalam pada itu, sudah tiba masanya untuk kami memikirkan sesuatu untuk masa depan kami sekeluarga andai kata rezeki kami sebagai pelakon tidak diperlukan lagi.
"Saya percaya, kami tidak mungkin berada di tahap selesa dalam bidang lakonan selama-lamanya. Jadi, Glam Beauty Studio adalah permulaan kami," ujarnya.
Sementara itu, Fauzi dan Lisda kini gembira dan lebih tenang kerana diri mereka semakin kurang dikaitkan dengan sebarang kontroversial yang remeh, lebih-lebih lagi mengenai pergolakan rumah tangga.
"Biasalah...bagi saya, kontroversial sekadar usikan daripada pihak media. Sebelum ini, mungkin kerana kami terlalu sibuk dengan kerja, kami jarang hadir bersama untuk ke mana-mana majlis.
"Alhamdulillah, biarpun kontroversial mengulit diri, kami tetap bahagia seperti biasa. Lebih-lebih lagi sekarang, kami tidak lagi mendengar gosip saya skandal dengan wanita itu dan ini, mungkin ia sudah reda," tutur Fauzi sambil melihat gelagat Lisda yang sibuk melayani para tetamu yang hadir.

Poster Aishwarya Rai Merokok Dikecam
POSTER filem Bollywood terbaru Guzaarish yang memaparkan gambar pelakon jelita Aishwarya Rai merokok telah dikecam hebat oleh pihak media India.
Poster promosi filem tersebut dikatakan mampu memberi kesan kepada kaum muda yang seringkali menganggap bintang filem sebagai idola mereka.
Selain itu, sebuah organisasi Doctor For You juga membuat bantahan dengan memakai lencana hitam pada hari tayangan perdana filem tersebut, Jumaat.
Terdahulu, pengarah filem ini, Sanjey Leela Bhansali memberitahu Aishwarya terpaksa menjadi perokok bagi mendapatkan gaya perokok tegar yang asli. Dia juga memberitahu pelakon tersebut sering terbatuk-batuk ketika cuba merokok
Luna Maya Kembali Selesaikan Hutang
Gambar terbaru Luna Maya ketika mempromosi single terbarunya di stesen-stesen televisyen Indonesia Foto KapanLagi.com
ARTIS jelita yang sedang berhadapan dengan kes video lucah bersama vokalis Peterpan, Ariel, Luna Maya kini sudah berani untuk muncul semula di dunia hiburan setelah beberapa bulan bersembunyi.
Luna kini muncul dengan single terbarunya berjudul Tak Bisa Bersamamu dan tampil untuk membuat promosi.
“Ini adalah permintaan dari pihak label saya. Saya ada kontrak dengan mereka dan masih berhutang dengan beberapa lagu. Mereka sudah keluarkan bajet untuk siapkan album penuh saya,” katanya seperti dipetik KapanLagi.com.
Bekas pengacara program hiburan popular Dahsyat itu sudah memulakan operasi promosinya dan datang ke setiap stesen televisyen di Indonesia.
“Setakat ini saya sudah buat promosi ke semua stesen televisyen dan bakal ke stesen radio pula selepas ini. Saya tidak kisah apa yang masyarakat anggap tentang saya sama ada kebangkitan atau apa. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan selesaikan hutang-hutang saya sahaja,” katanya.
Ketika ditanya tentang kerja yang dilakukan ketika menghilangkan diri dari media, Luna memberitahu dia mempunyai kerja yang terbengkalai dan menyiapkannya sedikit demi sedikit dikelapangan itu


Mulan Jameela Turut Kurban Kambing
PENYANYI Mulan Jameela tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah kurban. Dia telah mengorbankan seekor kambing yang diimport dari Australia.
Menurut sumber yang dipetik dari KapanLagi.com, Mulan membeli haiwan tersebut dari penjual kambing di sebelah rumahnya di Pinang Mas, Pondok Pinang, Jakarta Selatan.
Tambah sumber lagi, kambing tersebut dibeli oleh ibu Mulan, Siti Aisyah mewakili putrinya itu.
“Ya Mulan membeli kambing import dari Australia, jenis Etawa dengan berat 80 kg, harganya RM 1,200,” ujarnya.
Tambahnya lagi daging kurban tersebut telah dibahagikan kepada penduduk setempat. Belum sempat untuk bertanya tentang kehamilan anaknya, Siti aisyah segera masuk ke dalam rumah.
Manakala di persekitaran rumah penyanyi lagu Cinta Mati itu juga kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian hitam mengawasi rumahnya

No comments:

Post a Comment