Monday, November 15, 2010

CORETANKU 158

NAK JUGA NIKAH...USAHA JUGA NIKAH...WALAUPUN SINDIKET...YANG PENTING SAH DARI SEGI HUKUM..ADA TU BERZINA LANGSUNG TAK USAHA UNTUK NIKAH

PENAKUT2 KAWIN GAK...ADA PENAKUT TAK KAWIN....PILIH BERZINA ...NI LAGI TERUK...HUKUM ALLAH LANGGAR DEMI TAKUT ISTERI...SYIRIK HUKUMNYA....JODOH NI TAKDIR ALLAH...SEKAT2 KAWIN JUGA AKHIRNYA...JANGAN PAKAI OTAK ORANG YANG BUKAN ISLAM..MEMANG TAK KAWIN LEBIH...TAPI BERZINA MERATA...NAFSU ALLAH BUAT...ALLAH MAHA MENGETAHUI...MEMANG TAK MENGAKU ALLAH TAPI BERLAGAK MACAM ALLAH...ISLAM DALAM KAWALAN KUASANYA....TUNGGULAH MATI...DAN DIPADANG MAHSYAR NANTI....

Lelaki penakut

Oleh Idris Musa

KUALA LUMPUR: Pasangan menggunakan khidmat nikah sindiket disifatkan tersasar dari jalan benar manakala lelaki yang beristeri, tetapi mahu berkahwin lagi dengan cara itu dikategorikan penakut.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, berkata pihaknya menyedari pelbagai ruang digunakan pasangan yang ingin berkahwin termasuk dengan cara sindiket sama ada di kalangan rakyat Malaysia mahupun warga asing.

“Macam-macam ruang digunakan oleh orang yang nak lari dari jalan benar. Rakyat kita nikah sindiket lazimnya bagi kes poligami dan bukan warga negara biasanya yang menduduki negara ini secara haram. “Kadang-kadang suami yang nak berpoligami, dia ada kemampuan kewangan dan yakin ada kelulusan dari mahkamah, tetapi dia masih tiada keyakinan dan takut berdepan dengan isteri pertama.
“Sepatutnya dia memohon ke mahkamah dan tak ada sebab mahkamah tolak, malah kalau ditolak sekalipun masih mempunyai peluang merayu ke peringkat seterusnya. Dari semakan kita, sebenarnya jarang mahkamah tolak permohonan poligami,” katanya semalam.

Beliau diminta mengulas kes nikah sindiket yang dilaporkan berlaku di beberapa negeri seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Semalam muka depan Harian Metro melaporkan satu lukisan wajah seorang lelaki didakwa seorang daripada Wali Songo digunakan seorang jurunikah haram sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya. Lelaki warga Indonesia itu dikenali sebagai Ustaz Hashim mendakwa lukisan berkenaan simbolik kehadiran ulama Islam terkenal di Pulau Jawa pada kurun ke-17 itu yang sentiasa berdampingan dengannya secara ghaib. Dia dipercayai sudah melakukan banyak upacara akad nikah termasuk lelaki yang ingin berpoligami dan dia akan membawa lukisan dalam bentuk poster itu ke rumah setiap pengantin yang akan dinikahkannya. Wan Mohamad berkata, institusi perkahwinan wajar dihormati dan tidak dicemari dengan perkara tidak sepatutnya. Menurutnya, prosedur dan syarat pernikahan yang diamalkan di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Mahkamah Syariah bukan bertujuan menyusahkan pasangan termasuk suami yang ingin berpoligami, tetapi mahu memelihara institusi perkahwinan daripada dizalimi


“Dari perspektif kita, ada beberapa isu di sini seperti tahap kefahaman masyarakat mengenai undang-undang keluarga dan prosedur itu turut menjadikan sesetengah pasangan mangsa pernikahan sindiket.

“Ada juga anggota masyarakat yang masih dibelenggu stigma lama iaitu kalau berurus dengan jabatan agama susah. Ini stigma lapuk yang harus dibuang kerana tujuan kita untuk menjaga kepentingan semua pihak.
“Perkahwinan ini jika difahami sebenarnya tidak susah, lebih-lebih lagi pada orang yang layak. Malah, kepada warga asing prosedur menghendaki dokumen misalnya dokumen kedutaan tujuannya bagi mengesahkan wanita terbabit tidak bersuami,” katanya

No comments:

Post a Comment