NI JADI BILA NAFSU DAN AKAL DIKAWAL SYAITAN...ARAHAN ALLAH DAH TAK AMBIL PUSING...
ZINA DAH MACAM BIASA..TIDAK RASA MALU...SEBAB RAMAI YANG BERZINA...TAK KIRA APA STATUS DAN TAHAP PENDIDIKAN...BENDA SEDAP...SYAITAN RAYU...NAFSU PUN NAK...UNDANG ALLAH TAK GUNA PAKAI..JIKA ALLAH TURUN MUSIBAH@BALA...TANGGUNG JE LAH...JANGAN BANYAK CERITA...SUSAH KALAU JADI MANUSIA TAK SEDARI DAN BERSYUKUR...
Indonesia mungkin henti hantar tenaga kerja ke Saudi
“Ia kejadian amat serius, penderaan yang di luar batas peri kemanusiaan. Jika perlu, kami akan senarai hitamkan Arab Saudi,” kata Abdul Muhaimin Iskandar mengenai nasib yang menimpa Sumiati binti Salan Mustafa.
Wanita itu cedera parah akibat tindakan keluarga majikannya di Madinah, Khalid Saleh Mohammad Al Hammimi. Sumiati, 23, yang berasal dari Dompu dan baru bekerja empat bulan, antara lain dikatakan hampir lumpuh dan hilang sebahagian bibir atasnya akibat digunting isteri majikannya kerana cemburu.
Wanita itu kini dirawat di Hospital Raja Fahd, Madinah.
Abdul Muhaimin juga memberitahu, pihaknya sudah mengatur penghantaran anggota keluarga Sumiati ke Arab Saudi untuk memberi semangat kepada wanita itu agar cepat sembuh. - Agensi
Jual anak RM3,000 untuk kereta terpakai
Mahkamah di Paris semalam diberitahu, pasangan berkenaan sanggup menjual gadis itu semata-mata kerana mahu membeli sebuah kereta terpakai.
Pasangan terbabit adalah antara lapan lelaki dan enam wanita yang didakwa melakukan kesalahan tidak bertamadun seperti perdagangan manusia, pemerkosaan dan penyeksaan.
Mahkamah diberitahu, gadis itu, Sabrina, dijual kepada Franck Franoux, 58, dan pasangannya Florence Carrasco, 56, yang kemudiannya mendera dan memaksanya hidup dalam keadaan dirantai dan suasana sekeliling yang menjijikkan.
Laporan sebuah akhbar sebelum ini menyatakan, kehidupan Sabrina lebih teruk daripada haiwan.
Perbicaraan kes itu dijangka berakhir 17 Disember depan. - Agensi
Bekas pengawal mahu buktikan dia bapa anak Michael Jackson
Dia akan cuba mendapatkan hak untuk menemui Prince Michael II atau Blanket jika hasil ujian itu memihak kepadanya.
Fiddes juga akan cuba mendapatkan hak penjagaan terhadap kanak-kanak itu jika ibu Michael, Katherine, 80, tidak mampu lagi memeliharanya.
Devon mendakwa dia mendermakan spermanya kepada Michael sembilan tahun lalu selepas penyanyi itu menawar untuk membayar pakar bagi membantunya mendapatkan anak yang cergas.
Dalam wawancara dengan akhbar The Sun semalam, Fiddes berkata, pelakon Britain, Mark Lester juga bercadang menjalani ujian DNA untuk membuktikan beliau ialah bapa Paris, anak perempuan Michael.
Menurutnya, Lester yang mendakwa mendermakan spermanya kepada Michael pada 1990-an, mahu membuktikan dakwaannya itu benar. - Agensi
Tiada kawalan khusus
“Tidak ada kawalan ketat atau khusus sepanjang perbicaraannya. Kami tidak akan mengerah pegawai tambahan.
“Perbicaraan itu sama saja dengan perbicaraan yang diadakan selama ini. Ariel tetap sama dengan tertuduh lain,” katanya.
Ariel yang berdepan dengan tuduhan membuat rakaman video lucah bersama dua selebriti Indonesia - Luna Maya dan Cut Tari dijangka mula dibicarakan Isnin depan secara tertutup.
Kes penyanyi itu dianggap yang terbesar dalam sejarah industri hiburan Indonesia.
Dalam pada itu, peguam Ariel, Alfian Bonjol berkata, beliau masih belum dimaklumkan secara rasmi mengenai tarikh perbicaraan penyanyi berkenaan
Katanya, dia hanya mendapat tahu mengenai perkara itu secara lisan.
Pasukan peguam Ariel dijangka mengunjungi penyanyi itu di Pusat Tahanan Kebonwaru hari ini.
Sementara itu, Ariel menunaikan solat sunat Aidiladha, semalam bersama-sama tahanan lain di Masjid Daarut Tauba Pusat Tahanan Kebon Waru. - Agens
No comments:
Post a Comment