Wednesday, November 10, 2010

CORETANKU 145

KEADILAN WAJIB DITEGAKAN....JIKA TIDAK..KEADILAN SETIMPAL AKAN ALLAH BUAT DIPADANG MAHSYAR...SATU ZARAH PUN TAK TERLEPAS...

Chegubard dakwa pegawai JPM ada RM200 juta
Nov 11, 10 10:07am
Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri," tulisnya.

"(Beliau) merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, (beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.Badrul Hisham juga membekalkan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu



Kes Aminul: Inspektor titis air mata
Hafiz Yatim
Nov 11, 10
11:09am

Seorang inspektor forensik menitiskan air matanya ketika memberitahu perbicaraan Aminulrasyid Amzah mengenai kedudukan mayat remaja yang mati ditembak oleh polis itu.

Inspektor Mazli Jusoh, kemudiannya memohon kepada hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Latifah Mohd Tahar untuk berehat seketika untuk menenangkan dirinya.

"Boleh saya henti selama lima minit,” katanya sebelum menuju ke bilik air setelah mendapat kebenaran.

Mazli, menganggotai pasukan polis pada 2000 dan dipindahkan ke unit forensik pada Julai 2007.

Sebelum itu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedudukan mayat Aminulrasyid amat menyedihkan dan percaya ia telah dialihkan.

Katanya, beliau terlihat darah mengalir keluar dari hidung mangsa dan terjumpa sebutir kelongsong peluru di rumput, kira-kira lapan kaki dari kereta.

Kelonsong peluru itu dipercayai yang terakhir ditembak yang meragut nyawa remaja itu.

Menurut Mazli lagi, beliau tiba di lokasi kejadian pada sekitar jam 3.20 pagi dan sebelum itu di satu lagi lokasi pembunuhan, di Ampang



Posisi penembak jadi tumpuan
Hafiz Yatim
Nov 10, 10
3:25pm

Posisi penembak menjadi tumpuan dalam perbicaraan kes kematian Aminulrasyid Amzah berikutan keterangan bahawa tembakan yang membunuhnya dan peluru menembusi bahagian bawah kereta Proton Saga yang dipandunya.

Ahli kimia Shaari Desa, 43, berkata submesingun Heckler dan Koch HK MP 5 berkemungkinan terletak di paras dada apabila tembakan itu dilepaskan.

Menurutnya, penembaknya mungkin berdiri atau separa berdiri di belakang kereta, mengakibatkan peluru menembusi cermin belakang dan tempat sandar kepala kerusi pemandu.

Shaari berkata, cermin belakang tidak retak ekoran kelajuan peluru yang menghasilkan satu lubang.

Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar (kanan), Shaari, 43, berkata, tembakan yang mengakibatkan kematian itu, dilepaskan dari jarak lebih daripada tiga meter.

Katanya, belaiu telah menguji cermin tersebut dan bahagian belakang untuk mencari serbuk peledak tetapi menemuinya.

Menurut Shaari lagi, ia menunjukkan ia ditembak dari jarak lebih daripada tiga meter.

Saksi ke-24 itu yang dipanggil oleh pihak pendakwa berkata, satu perkara yang pasti ialah tembakan tersebut dilepas dari arah belakang kereta Proton Iswara, bukan dari arah depan atau kiri atau kanan kereta.

Semalam, Shaari memberitahu mahkamah yang beliau menemui 32 lubang peluru pada kereta tersebut.

Menjawab soalan DPP Dusuki, Shaari berkata sekurang-kurangnya 24 tembakan mengenai kereta Proton Iswara tersebut.

Menurut Shaari lagi, beliau tidak dapat menyatakannya dengan pasti, tetapi jumlahnya mungkin lebih daripada itu.
Pagi tadi, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Latifah Mohd Tahar, timbalan pendakwaraya dan peguambela memeriksa hampir satu jam kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid yang penuh dengan kesan lubang peluru.

Shaari menunjukkan kepada mereka 32 lubang peluru pada kereta tersebut.

Beliau juga menggunakan batang kuning khas untuk menunjukkan perjalanan peluru - yang mengenai cermin belakang dan menembusi tempat letak kepala kerusi pemandu kereta - yang membunuh pelajar berusia 15 tahun itu.

Peluru dari submesingan Heckler dan Koch HK MP 5 mengenai bahagian belakang kereta, kedua-dua tayar belakang dan menembusi bonet belakang.

Dua lubang juga dikesan pada ekzos dan dua lagi pada tangki minyak.

Mahkamah selepas ini akan meneruskan keterangan Saari



Patologi: Peluru tembusi tengkorak Aminul
Okt 28, 10 11:09am
Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati beberapa bulan sebelum sempat meraikan hari jadi ke-15nya pada 26 April 2010, tidak ditembak dari jarak dekat.

NONEMenurut ahli patologi Dr Khairul Azman Ibrahim, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, tembakan yang dikesan itu berbentuk bulat dan bukan “berbentuk bintang dalam kes-kes yang ditembak kurang daripada jarak satu kaki”.

Katanya juga, tiada kesan terbakar - satu ciri ketara dalam luka yang ditembak dari jarak dekat.

"Saya juga dimaklumkan oleh pegawai penyiasat terdapat lubang peluru di cermin belakang kereta (dipandu Aminulrasyid)," katanya.
Khairul berkata remaja berkenaan mati “beberapa saat atau minit” selepas peluru mengenai bahagian kiri belakang tengkoraknya dan menembusi otak sebelum keluar dari tengkorak daripada bahagian kanan, berhampiran keningnya.

"Peluru tembus di bahagian depan tengkorak tetapi bukan di kulit menyebabkan bahagian sekitar lebam di bahagian kening mata kanan,” katanya.

Menurut beliau lagi peluru juga dijumpai di bawah kulit.
NONEBeliau juga memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam, luka lain seperti kesan calar adalah kemungkinan akibat pergeseran dengan objek tumpul yang mungkin disebabkan oleh perlanggaran atau hentakan dari dashboard kereta.

Katanya lagi, beliau menerima mayat remaja itu pada jam 5.55 pagi 26 April 2010 dan badannya sudahpun kaku, menunjukkan Aminulrasyid sudah mati lebih empat jam.
Pada jam 11.15 pagi tadi, mahkamah terpaksa ditangguhkan seketika kerana bilik mahkamah diselubungi bau darah kering selepas Khairul membuka sampul yang berisi baju kemeja-T, Aminulrasyid.

Darah yang membasahi kemeja-T berwarna kuning itu dipercayai meresap keluar meskipun ia dibungkus dengan dua helai kertas sebelum dimasukkan ke sampul berkenaan.

azlanTurut dipamerkan sebagai bukti adalah seluar pendek dan seluar dalam berpetak yang juga diselubungi darah kering yang dibungkus dengan tiga helai kertas setiap satu. Mahkamah juga melihat sampel rambut dan darah mangsa serta peluru yang diambil dari mayat remaja itu.
Aminulrasyid ditembak pada jam 1.30 pagi 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam, kira-kira 50 meter dari persimpangan di rumahnya.
Koperal Jenain Subi, 48, dituduh menembak mati remaja tersebut selepas keretanya dikejar polis dan berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara jika sabit kesalahan










Peguam Muslim mahu kedai kopi S'wak disiasat
Nov 11, 10 8:34am
Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama islam negeri turut menyiasat dakwaan bahawa menjadi kebiasaan bagi kedai kopi di Sarawak menjual makanan halal dan haram di tempat yang sama.

Presiden PPMM Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ini kerana makanan yang bercampur boleh menukarkan yang halal kepada haram.

"Apatah lagi cara penyucian peralatan yang digunakan seperti pinggan mangkuk, sudu garpu dan sebagainya perlu juga diteliti.

"Halal bukan sahaja bermakna tiada daging babi tetapi ia lebih daripada itu kerana Islam menitikberatkan kesucian," katanya merujuk kepada kenyataan ahli parlimen Kuching daripada DAP Chong Chien Jen semalam.

"Mungkin ahli parlimen (Bandar) Kuching tidak memahami hukum Islam sehingga menganggap remeh isu ini."

Sehubungan itu, Zainul Rijal menegaskan sekali lagi bahawa perlembagaan mememberikan keistimewaan yang tinggi kepada agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, walaupun agama lain boleh dianut dan diamalkan.

Kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jakim untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak di Sarawak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Isu itu dibangkitkan dalam parlimen semalan yang menyebabkan ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad diarahkan keluar.

Ketika bertegang dengan ahli palimen bebas Zulkufli Noordin, pemimpin PAS itu berkata, isu yang dibangkitkan bukan berhubung agama pelajar tetapi tindakan sekolah yang merotannya.

Dalam satu awal pagi ini, PPMM juga mengalu-alukan langkah kerajaan mengarahkan JAKIM menyiasat agama bapa murid berkenaan kerana bapanya Beginda Minda atau Noor Azman Abdullah adalah seorang Islam.

"Sekiranya bapa murid tersebut telah memeluk Islam sebelum dari berkahwin dengan ibu murid tersebut yang didakwa sebagai penganut Kristian, maka anak tersebut adalah anak luar nikah bapa murid tersebut.

"Menurut Hukum Islam nasab bagi anak luar nikah adalah kepada ibu semata-mata dan tiada pertalian yang sah dengan bapanya.

"Manakala sekiranya bapa tersebut memeluk Islam tetapi ibu enggan memeluk Islam setelah berkahwin dengan ibu tersebut, maka mengikut hukum syarak perkahwinan tersebut menjadi terbatal dan status agama anak hasil perkahwinan tersebut adalah mengikut mana-mana ibu atau bapa yang memeluk Islam," katanya.

Tambahnya, berdasarkan kes Subahsini melawan Saravanan, di mana Mahkamah Persekutuan mentafsirkan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan sebagai salah seorang ibu atau bapa atau penjaga boleh mengislamkan anaknya yang di bawah umur




PAC saran teguran ke atas pembekal 'sandwich kosong'
Hazlan Zakaria
Nov 10, 10
5:12pm

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) boleh mencadangkan teguran dikeluarkan kepada kontraktor yang menyeleweng daripada kontrak asal mereka di bawah Rancangan Makanan Tambahan, Kementerian Pelajaran.

Seorang ahi jawatankuasa berkenaan yang tidak mahu dikenali berkata ketua setiausaha kementerian itu telah dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.

"Jika tiada tindakan diambil, mereka mungkin mengulanginya,” kata sumber berkenaan.

PAC bersidang hari ini bagi membincangkan penyelewengan dalam program berkenaan setelah Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan bahawa kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin sahaja.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak di SK Jeroco di Lahad Datu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain sekolah berkenaan, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lain sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.Sementara pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid mengesahkan isu-isu yang dibincangkan hari ini termasuk program Rancangan Makanan Tambahan, Kementerian Pelajaran tetapi enggan memberi butirannya.

Katanya, PAC akan mengadakan sidang akhbar esok bagi melaporkan hasil siasatan mereka ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara dan program Rancangan Makanan Tambahan, esok




Protes: Pemanjat pagar ahli PAS, dakwa ADUN BN
Susan Loone
Nov 10, 10
8:12pm

Wakil rakyat BN dari Permatang Berangan, Shabudin Yahaya mendakwa orang yang memanjat pintu pagar sewaktu protes Selasa lalu di luar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah ahli PAS dan bukannya "monyet Umno".
NONE
Shabudin mendakwa, lelaki itu, yang ditangkap kerana tidak mengendah arahan polis supaya bersurai, juga dikenalpasti sebagai bekas pekerja ADUN Komtar, Ng Wei Aik.

Beliau mendakwa lelaki itu mengakui dia adalah ahli PAS tetapi parti itu enggan mengakuinya.

(Individu itu telah memperkenalkan dirinya kepada wartawan minggu lalu sebagai Ariff Ibrahim.)

Sehubungan itu Shabudin bertanya apakah ianya bermakna orang yang ada masalah bukan ahli PAS.

"Dia juga pernah bekerja dengan Ng, dan YB telah mengakuinya," tegasnya lagi.

Shabudin memberi butiran tersebut selepas bertindak keluar dewan bersama anggota pembangkang lain berikutan penggantungan ADUN BN Pinang Tunggal, Roslan Saidin daripada menghadiri sidang DUN.

ng wei aik Ditemui di lobi DUN, Ng mengakui Ariff pernah membantunya dalam beberapa majlis tahun lalu.

"Bagaimanapun, dia tidak lagi bekerja dengan saya," katanya sambil menambah Ariff juga bukan lagi ahli PAS

No comments:

Post a Comment