Thursday, November 11, 2010

CORETANKU 147

DALAM IKLAN PEMAKANAN...PANGKAL DADA PUN DIDEDAH...TIADA RASA MALU...MANA SIFAT MALU WANITA....

VARIA


Diet buah jauhi penyakit


YEN SEN mendedahkan khasiat buah-buahan untuk kesihatan.


PADA tahun 2005, 17.5 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka tersebut mencerminkan 30 peratus daripada kematian global. Kajian menunjukkan, pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17 peratus penyakit jantung koronari.
Pakar Diet Klinikal Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing memberitahu, pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan kesihatan.
"Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini penting untuk pertumbuhan dan penjagaan kesihatan badan sepanjang hayat," katanya ketika memberikan penerangan mengenai penyakit biasa, baru dan terkini yang menjejaskan rakyat Malaysia pada majlis pelancaran kempen kemasyarakatan oleh MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Yen Sing turut berkongsi mengenai diet klinikal dan pengambilan buah-buahan dapat membantu mencegah atau mengatasi penyakit.
Kempen kemasyarakatan yang membawa tema, "Kesihatan Itu Kekayaan" bertujuan untuk menjelaskan hasil kajian kesihatan terkini kepada masyarakat Malaysia.

DARI kiri: Adnan, Jojo, Yen Sing dan Lee pada majlis pelancaran kempen kemasyarakatan baru-baru ini.


Menurut Pengarah Urusan MBG Fruitshop, Adnan Lee, kempen tersebut merupakan kempen kemasyarakatan besar-besaran yang pertama dalam kalendar tahunan syarikatnya.
"Kempen ini diilhamkan atas kebimbangan orang ramai terhadap isu-isu kesihatan yang menjadi satu fenomena global.
"Disebabkan kebimbangan global ini, kami mahu memainkan peranan untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang maklumat terkini, tepat pada waktunya dan mempunyai nilai berita, petua dan diet berkesan untuk menangani isu-isu sedunia ini," katanya.
Pada majlis tersebut juga, selebriti dan aktivis kesihatan dan kesejahteraan, Jojo Struys dan Hansen Lee turut berkongsi pandangan serta amalan peribadi mereka dalam usaha menjaga kesihatan dan kecergasan.
Tambah Adnan, MBG menggalakkan kehidupan sihat menerusi tiga program pemasarannya seperti peraduan melukis, perkhidmatan penghantaran buah-buahan ke rumah dan syarikat korporat, program pendidikan dan promosi untuk keluarga Malaysia.
"Selepas program ini, MBG sudah bersedia untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk mewarnai kehidupan orang ramai sejajar dengan prinsip syarikat yang sentiasa prihatin terhadap kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan pengguna pada tahun yang akan datang," ujarnya. - NURUL IZZA ROSLY

No comments:

Post a Comment