SYOK KE ATAU BANGGA KE...PATUT MALU...PATUT DITUTUP ....HUKUM ...HUKUM MENUTUP AURAT...INI LANGGAR SEMACAM...ESOK TUA LEMBIK DAN JATUH ITU HAKIKAT...MATI DALAM KUBUR DIMAKAN ULAT...BERTAUBATLAH SERTA BERTAQWA...BUKAN LAMA SANGAT DUK DUNIA...JANGAN SANGKA BAIK..SEMPAT BERTAUBAT...NI SEMUA DARI TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH...BAGAIMANA KALAU TAK DAN BERTAUBAT...
PILU...isteri mangsa (kiri) tidak dapat menahan rasa sebak.
Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, K Devaraju Naidu, 29, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Ehsan, di sini.
Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, motosikal mangsa dipercayai terbabas lalu bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam 2x2 meter yang dipenuhi air akibat hujan lebat. “Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7.30 pagi kira-kira 200 meter dari tempat kejadian akibat dihanyutkan arus longkang,” katanya.
Beliau berkata, polis tidak menemui apa-apa kesan kecederaan ke atas mayat mangsa kecuali pada kanan bibirnya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan terperinci sedang dijalankan,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Sementara itu, bapa saudara mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Sega, 40-an mahu polis menyiasat kes itu dengan teliti kerana merasakan ada sesuatu tidak kena apabila motosikal dinaiki mangsa tidak rosak sedangkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau yang masih terkejut dengan kejadian itu yakin bahawa kemalangan berkenaan mempunyai unsur tidak baik kerana mangsa turut terbabit dengan penyiasatan kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Katanya, mangsa tiada musuh tetapi terbabit dengan penyiasatan kes itu dan dibimbangi mempunyai kaitan dengan kejadian itu.
Buat apa pakai silikon - Fazura
KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fazura menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah menjalani pembedahan untuk membesarkan payu dara.
"Ia cerita bodoh tidak masuk akal," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang akhbar pelancaran pewangi Herve Leger keluaran produk kecantikan Avon di sini semalam.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 27, dituduh melakukan pembedahan tersebut oleh sebuah laman portal hiburan, Ohbulan.com.
Portal tersebut mendakwa, silikon di dalam payu dara pelakon itu pecah menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan di Hospital Serdang dekat sini pada 1 Mac lalu.
Fazura yang kini menunggu kelulusan visa untuk ke Mekah bagi menjalani penggambaran drama Tahajud Cinta menegaskan, fitnah itu cukup mengaibkan namun dia memaafkan orang yang telah memfitnahnya.
Bekas bos MPS dituduh rasuah
SHAH ALAM - Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Osman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dakwaan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri kira-kira sembilan tahun lepas.Bakaruddin, 57, yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dituduh di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang dengan menggunakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Majlis perbandaran itu untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.
Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya sendiri di alamat No. 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 di mana dia mempunyai kepentingan langsung.
Pelajar tidak sangka terjatuh
KUALA LUMPUR - Muzliya Shaqina Anbia yang cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras kelmarin tidak menyangka tindakannya memanjat pagar koridor rumah akan mengundang padah.
Menurut ibunya, Muslihan Sairan, 45, anaknya memanjat koridor itu dengan harapan dapat memasuki rumah selepas mendapati pintunya berkunci sebaik pulang daripada sekolah pada pukul 3.45 petang.
Katanya, Muzliya, 13, masih lemah dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.
"Saya memang terkejut dengan kejadian dan tindakan nekad anak saya itu tetapi saya bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan umurnya.
"Sebaik sedar selepas selesai membuat ujian X-ray di PPUKM, dia terus meminta maaf kepada saya. Saya memang sedih apabila melihat keadaannya yang cedera di mata kiri manakala tangan kanan serta kaki kirinya patah," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di PPUKM di sini semalam.
Pelajar maut lepas beli-belah
KANGAR - Mayat seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau ditemui selepas kira-kira lapan jam motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Kodiang-Arau di sini semalam.Umi Kalsom Abdul Majid, 24, pelajar tahun tiga Jurusan Sains Komputer itu dipercayai terlibat dalam kemalangan di laluan yang sedang dalam pembinaan berhampiran Jelempok, Arau kira-kira pukul 11 malam.
Bagaimanapun, mayatnya hanya ditemui oleh orang ramai dalam keadaan terlentang pada pukul 7.30 pagi semalam.
Menurut Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Supritendan Ibrahim Idris, pada malam kejadian, mangsa keluar membeli-belah bersama rakan-rakannya di Jitra, Kedah.
"Mangsa kemudian telah pulang lebih awal ke rumah sewanya di Arau dengan menunggang motosikal seorang diri kira-kira pukul 10.30 malam.
"Apabila rakan-rakannya sampai di rumah tersebut, mereka mendapati Umi Kalsom tiada di situ. Selepas gagal menemuinya mereka kemudian membuat laporan polis," katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment