Sunday, March 6, 2011

CORETANKU 394

TAHNIAH MENANG BESAR...MESEJ DITERIMA....BAGAIMANA MESEJ DARI ALLAH...YANG TERBENTANG DAN TERBUKTI SHAHIHNYA....JANGAN BUAT TAK TAHU....JANGAN AGAMA DIBAWAH KITA...SEPATUTNYA TINDAK TANDUK KITA BERLANDAS HUKUM QURAN DAN HADIS...BUKAN AKAL SEMATA2...SABIT SALAH DIAKHIRAT KITA MASUK NERAKA....NAK KE....

Tanda mesej diterima



GEMBIRA...penyokong BN menjulang Roslan selepas diumum menang dalam Pilihan raya Kecil N27 DUN Merlimau di Politeknik Merlimau, semalam.
GEMBIRA...penyokong BN menjulang Roslan selepas diumum menang dalam Pilihan raya Kecil N27 DUN Merlimau di Politeknik Merlimau, semalam.
JASIN: “Ini kejayaan membanggakan dan menunjukkan petanda memberangsangkan dengan majoriti kemenangan besar bagi kedua-dua calon Barisan Nasional,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengulas kemenangan calon BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, semalam.
Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, beliau amat bangga kerana majoriti diperoleh lebih tinggi daripada dijangka, mengatasi Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu.
“Kemenangan ini dianggap ‘Feel good factor’ dan jika berterusan dengan momentum sama, BN akan terus dijulang.

“Ini sekali gus dianggap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dalam siri kempen, kita membawa mesej transformasi dan perubahan yang ternyata diterima masyarakat,” katanya pada sidang media, malam tadi.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai pengarah pilihan raya dan jentera parti yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan itu.


“Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada PM dan beliau mengucapkan tahniah kepada kedua-dua calon, jentera parti dan pengundi BN,” katanya.

Pada waktu sama, beliau turut menasihatkan kedua-dua calon berkenaan supaya menjadi wakil rakyat yang berkerja keras dan sentiasa turun padang meninjau keadaan rakyat bermula esok.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, BN akan tunaikan janji ketika kempen pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, kemenangan BN menunjukkan rakyat jelas dengan dasar kerajaan untuk membela nasib mereka menerusi slogan 1Malaysia yang diterima baik, termasuk transformasi ekonomi.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya bimbang majoriti berkurangan, namun hasil kerja keras semua pihak, BN menang dengan majoriti lebih besar berbanding PRU 2008.

No comments:

Post a Comment