TEMERLOH, 4 Mac: PAS mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kemana peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ahli parlimen dan RM500 ribu kepada ahli dewan undangan negeri (Adun) itu disalurkan. Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dipersoal kerana melihat kepada kegagalan pembangunan kawasan-kawasan di negeri ini termasuk Kerdau yang masih ketinggalan dari pelbagai aspek.
"Berapakah peruntukan kerajaan negeri bagi pembangunan setiap Dewan Undangan Negeri?
"Ternyata bahawa kegagalan pembangunan adalah akibat ketidaktelusan, ketirisan, kebocoran dan amalan kronisme," katanya pada sidang media markas induk PAS di sini.
Turut serta pada sidang media hari ini, Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Tambahnya, Kerdau telah ketinggalan dalam arus pembangunan sejak 53 tahun lalu dan jika calon BN dibiarkan menang lagi, maka Kerdau akan terus mengalami zaman kemunduran.
Beliau turut membawa fakta yang dikeluarkan Yayasan Pahang, bahawa sebanyak 25 ribu pelajar miskin telah diberi bantuan di seluruh negeri.
Selain itu, terdapat 8,000 pelajar di negeri ini dilaporkan buta huruf berpunca dari faktor kemiskinan.
"PAS mahukan menteri besar Pahang supaya berterus terang masalah-masalah yang gagal diselesaikan.
"Dalam tempoh tujuh hari berkempen, PAS telah mendedahkan pelbagai urus tadbir yang lemah dan tempang khususnya dari segi kewangan dan belanjawan, ketirisan serta hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Umno BN," katanya.
Sebelum ini, Adnan mendakwa PAS akan ketandusan isu di Kerdau namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sehingga hari ini, pelbagai isu yang didedahkan PAS namun tidak dijawab oleh menteri besar itu.
Sehubungan itu, PAS mahu Adnan mengakui kelemahan urus tadbirnya atau berdepan kemarahan rakyat dalam undi mereka di PRK Kerdau, 6 Mac ini.
Rayuan kepada pengundi Merlimau dan Kerdau
Friday, 28 Rabi'ul Awal 1432 Urusan memilih pemimpin adalah satu urusan dan amanah yang sangat penting dalam Islam. Pemimpin yang kita pilih ini pula adalah melaksanakan amanah Allah SWT, dan membawa mandat rakyat yang memilih mereka. Kita pula akan melakukan kesilapan yang besar kesannya jika kita tersalah memilih pemimpin, terutamanya dari parti yang tidak amanah dan gagal melaksanakan amanah dengan jujur serta telus. Kesan memilih pemimpin ini bukan setakat perkiraan jalanraya baru berturap, bukan juga habuan ringgit sementara yang kita dapat semasa pilihanraya semata-mata, tetapi kesannya akan turut dirasai oleh anak cucu kita di waktu yang akan datang. Apatah lagi sekiranya perkiraan dosa pahala kita masukkan, tentunya urusan memilih wakil rakyat adalah satu agenda yang sangat penting.
Bukankah anak cucu kita yang akan meneruskan kehidupan, dengan cabaran hidup dalam zaman ekonomi serba melambung, harga barang terus meningkat, dengan kita saban hari mendengar kegagalan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN di Malaysia ini, yang terus didedahkan oleh Laporan Audit Negara sendiri.
Inilah lambang tenatnya pemerintahan negara pada hari ini. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri memberikan gambaran salah dan hodoh kepada kumpulan 'Muslim Brotherhood' dan tokoh ulama dunia, Dr Yusuf Al Qardhawi kerana menyokong usaha rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Mesir Hosni Mubarak yang mengumpul kekayaan negara sebanyak RM210 bilion, dalam keadaan rakyat Mesir hidup dalam kemiskinan yang parah. Ini seolah-olah menggambarkan kerajaan BN pimpinan Najib sememangnya menyokong dan cenderung kepada kumpulan yang merompak kekayaan negara dan membiarkan rakyat dalam kesusahan.
Walaupun pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau ini tidak akan mengubah kerajaan negeri dan negara, tetapi ia boleh menjadi medan rakyat menegur pemerintah. Rakyat di Merlimau dan Kerdau, mesti memberi peringatan kepada kerajaan yang tidak pentingkan rakyat. Berikan undi saudara-saudari sekalian kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini. Kemenangan PAS di kedua DUN ini, mampu memberi tekanan kepada pemerintah agar segera berubah menjaga kepentingan rakyat atau diubah dalam pilihanraya umum akan datang.
Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, merayu kepada seluruh pengundi Melayu, Cina dan India di Merlimau dan Kerdau supaya memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya kecil ini.
Terimakasih di atas sokongan tuan puan sekalian.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
'Kari biawak KM Melaka sangka ayam' Wartawan Malaysiakini
Mac 4, 11
5:19pm
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai satu anekdot kegemarannya yang beliau suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarnya, sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau.
Dalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.
"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?' "Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!
"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd
Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan. Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit. Jadi sasaran
Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu.
Terdapat cubaan untuk memecahkan cermin pintu belakang keretanya pada malam tersebut, tetapi tiada barang yang diambil.
Kerosakan pada kenderaan tersebut dianggarkan sekitar RM400. dibaiki.
Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporan Nanban itu.
Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.
"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya sambil menambah mereka tidak makan ayam kerana tidak begitu suka rasanya.
Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.
TPM kata penduduk Kerdau menyampah pada Anwar Jimadie Shah Othman
Mac 4, 11
4:52pm
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.
"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.
"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."
Pagi tadi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang Ahmad Ahmad Nizam Hamid mendakwa kereta yang dinaiki Anwar dikepung dalam dibaling batu oleh sekumpulan 30 orang di Felda Jengka 22 pada Khamis malam.
Bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau pagi tadi, pengamal undang-undang itu menuduh ia dilakukan penyokong Umno yang memakai baju dan ves dengan logo BN.
Ahmad Nizam juga mendakwa petugas Umno dan BN menabur paku di sekitar tapak ceramah Anwar dan pihaknya difahamkan 50 motosikal dan beberapa tayar kereta mengalami merosakan.
'Siapa bayar Ummi Hafilda?'
Sementara itu, terdapat petugas media yang mendakwa dihalau daripada membuat liputan berhubung insiden dalam oleh pihak PKR malam tadi.
Diajukan perkara itu kepada Muhyiddin, beliau menjawab tindakan itu menunjukkan "gambaran sebenar" bahawa pembangkang tidak menghormati hak media walaupun selalu bercakap dengan nada berbeza.
"Kia kata patut media (jadi) bebas. Dialah juara kebebasan media. Jadi (sekarang) cakap tak serupa bikinlah," sindir Muhyiddin.
Sementara itu, ditanya tentang dakwaan saksi penting kes liwat 1998 Ummi Hamilda Ali dibayar oleh BN untuk berkempen di Kerdau, Muhyiddin menafikan perkara itu sama sekali.
"Siapa bayar?" soalnya kembali kepada pemberita.
"Dia hadir atas kesedarannya sendiri untuk memberikan penerangan sewajarnya. Kalau fitnah, jawab. Jadi jangan kaitan dengan kita."
Dalam program itu, majlis juga mengumumkan persetujuan Muhyiddin meluluskan pembinaan masjid baru di tempat itu - kampung Badok - bernilai RM500,000 bagi menggantikan masjid lama yang sudah uzur.
Najib tak tolak kemungkinan pilihan raya umum awal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum awal akan diadakan dengan cakap-cakap ia bakal diadakan tahun ini.
Bagaimanapun kata Najib, beliau tidak memerlukan mandat baru menerusi pilihan raya umum ke-13 untuk meneruskan pembaharuan seperti memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu tanggapan orang ramai dan kemungkinan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.
Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.
Najib, yang perikatan pimpinannya BN menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.
Ketika pilihan raya umum 8 Mac 2008, Najib adalah timbalan perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada April 2009.
“Ia persoalan mengenai penilaian di akar umbi, bagaimana rakyat fikir tentang kerajaan, sama ada kita boleh ada faktor rasa selesa dan rakyat ada keyakinan ke atas kerajaan dan kedudukan pembangkang.
“Saya tidak menolak apa jua kemungkinan. Kemungkinan awal atau kemungkinan kemudian. Saya masih menilai situasi. Sarawak akan menjadi sebahagian daripada penilaian (saya), sudah pasti,” kata Najib yang juga pengerusi BN.
Najib merujuk kepada kejayaan BN dalam empat daripada lima pilihan raya kecil yang lalu, mengatasi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut berhadapan dengan kes liwat keduanya.
BN berhadapan dengan dua pilihan raya kecil serentak iaitu DUN Merlimau dan Kerdau dengan pengundian pada Ahad ini.
“Setakat ini ia (kedudukan, sokongan) nampak baik. Setakat ini laporan dari lapangan agak menggalakkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan, kerana pembangkang akan lebih bersungguh-sungguh kali ini untuk menerokai laluan di Sarawak,” katanya.
Menurut beliau perkembangan itu adalah usaha ke arah membentuk keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun Najib mengakui bahawa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri bukan segala ukurannya jika mengambil kira keputusan akhir pilihan raya umum.
-Reuters |
|
No comments:
Post a Comment