Friday, March 4, 2011

CORETANKU 387

LAWAK2...MACAM PARTI YANG DIWAKILI BERSIH DARI SEX...WANG DAN SKANDAL..CUBA TANYA YANG TERLIBAT...VIDEO PUN ADA...TERPERCIK KE MUKA BALIK...

Cerita Ummi tentang seks, wang dan skandal
Aidila Razak
Mac 3, 11
3:43pm

Muncul 13 tahun selepas menjadi saksi utama perbicaraan kes liwat pertama terhadap bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali kembali semula, kali ini berkempen untuk BN di pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Bercakap dalam satu majlis 'pendedahan' anjuran biro antarabangsa Umno bahagian Jasin di Kampung Chinchin malam tadi, setiap butir bicara Hafilda, khusyuk diikuti oleh kira-kira 200 hadirin.
NONEBagi sebahagian besar hadirin, apa yang didedahkan oleh Ummi
Hafilda (kiri) - tentang dakwaan skandal seks Anwar sebelum pemecatannya, dan tentang diri abangnya Azmin yang ketika itu merupakan pembantu peribadi Anwar dan sekarang timbalan presiden PKR - adalah sesuatu yang baru pada mereka.

Dan menilai daripada ekspresi mereka malam tadi, hampir semuanya tampak percaya apa yang dikatakan oleh Ummi Hafilda, dalam suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Menyoroti semula ke hari dia mengetahu tentang "perkara yang membabitkan Anwar" dan sehinggalah saat dia bertemu dengan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ummi Hafilda memaparkan dirinya sebagai mangsa kepada "kuasa dan sikap tamak" ketua umum PKR itu.

Ummi Hafilda menceritakan mengenai kedatangan 50 anggota polis, termasuk yang bertopeng, menaiki 'black maria hitam', ke rumah kawannya tempat dia tinggal, dengan membawa pembesar suara, mengarahkannya keluar.

Katanya, dia enggan keluar dan menelefon ibunya, supaya berdoa untuknya dan dengan kehendak Allah, tambahnya, pintu tidak boleh dibuka.

Berikutan itu, katanya, anggota polis masuk melalui bumbung dan tindakan mereka itu, kata Ummi Hafilda telah menakutkan anak-anak kawannya yang menjerit ketakutan.

Katanya, dia tidak mengeluarkan setitis air mata pun ketika diseksa.

NONEKemudiannya, kata Ummi Hafilda, ketika dia bertemu Dr Mahathir,
mata perdana menteri keempat itu digenangi air mati, apabila diberitahu apa yang diberitahunya itu adalah benar belaka.

Tidak seorang pun hadirin yang berganjak dari tempat duduk mereka sepanjang 90 minit Ummi Hafilda bercakap.
Mereka menunggu sehingga tengah malam, dan mahu Ummi Hafilda "mendedahkan" lebih banyak lagi.

Dia dilayan seperti seorang selebriti, dengan para hadirin datang berjabat tangannya dan bergambar dengannya.


Bob rindu Malaysia tiada lagi rasuah
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 4 Mac: "Saya terlalu rindukan Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang dalamnya tiada lagi rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, rampas hak rakyat dan sebagainya," kata pelakon, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman.

Jelasnya, akibat tenggelam dalam kejahilan membuatkan dirinya amat merindui satu kehidupan yang benar-benar tenteram, aman, sejahtera dan bebas daripada segala kongkongan politik liar yang ada hanya bertukar menjadi baik apabila pemimpinnya bercakap ketika Maulidur Rasul, Maal Hijrah atau majlis pembukaan Musabaqah Al-Quran.

Katanya, hanya dengan hidup sejahtera dalam keadaan tenteram jauh daripada dunia kejahilan sahaja seseorang itu dapat dididik atau mendidik keluarga agar taat dan patuh kepada Islam.

Jika tidak, ujarnya pasti sukar kerana kita hanya mendidik di rumah tetapi di luar rumah berbagai gejala mungkar berlaku.

Sudah cukup dirinya dipergunakan untuk tujuan mungkar kerana masa depan adalah untuk Islam, maka beliau rela berada di mana sahaja untuk meningkatkan imej serta bersama-sama menambahbaikkan dan ketrampilan PAS terhadap anak muda masa kini.

"Biarlah apa yang berlaku dulu dianggap sejarah hitam buat diri saya. Hari ini saya bangga duduk dalam PAS kerana dapat membantu memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kelak," jelasnya.

Ketika temubual, beliau bertekad meninggalkan terus bidang lakonan setelah drama terakhirnya 'Cinta Tikar Sejadah' sebanyhak 13 episod yang ditayangkan di TV mengagumkan ramai pihak.

Namun beliau boleh kembali semula sekiranya kerajaan membuat peraturan agar semua krew dan syarikat pengeluar filem supaya setiap drama mesti berunsur nasihat dan bebas daripada pergaulan lelaki dan wanita.

"Walaupun nak wujudkan situasi itu sukar namun boleh dilakukan asalkan semua pihak faham dan hormat menghormati bukan dalam drama berlagak alim tetapi di pentas masyarakat seorang yang lebih teruk akhlaknya dari orang bukan Islam," tegas beliau.

Turut serta dalam pertemuan singkat itu ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkiply Ishak dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.



Kereta Anwar dikepung dan dibaling batu

Rusly Yasmin
TEMERLOH, 4 Mac: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengecam tindakan ganas yang didakwa dilakukan petugas Umno BN dengan mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Datuk seri Anwar Ibrahim semalam.

Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu.

Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan.

"Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini" kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau.

Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar.

"Kami mengecam perbuatan biadap dan tidak bertamadun penyokong Umno BN tersebut yang jelas bukan sahaja melanggar tatasusila bangsa malah bersalahan dengan undang-undang.

"Pilihanraya sewajarnya diraikan sebagai pesta demokrasi namun Umno kelihatannya tidak menjadi matang dan meletakkan diri di tingkat paling bawah," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, walau apa sekalipun provokasi yang dibuat pihak lawan, petugas Pakatan Rakyat tetap tidak akan termakan.

Belaiu turut berterima ekoran tindakan pantas pihak polis menyuraikan para penyokong BN yang menunggu rombongan Datuk seri Anwar Ibrahim keluar dari jengka 22.



Haris Zalkapli: Protes Bahrain cetus kebangkitan di Arab Saudi

Haris Zalkapli

Protes melibatkan masyarakat Syiah di timur Arab Saudi yang baru bermula meningkatkan lagi profil komuniti itu di sekitar Teluk Parsi, selepas protes besar-besaran di Bahrain menjadikan mereka semakin mudah diperhatikan.

Tunjuk perasaan di Awwamiya dan Qatif, sebuah bandar utama masyarakat Syiah di Arab Saudi menampakkan satu kaitan komuniti itu di Bahrain dan timur Arab Saudi.

Mereka menuntut pembebasan ahli komuniti mereka yang didakwa ditahan tanpa bicara, terbaharu seorang alim, Tawfiq al-Amir pada 1 Mac lalu di bandar al-Hufuf, selepas memberi ucapan menggesa penubuhan negara raja berpelembagaan dan menghapuskan diskriminasi.

Ekoran penahanan itu, demonstrasi besar-besaran dijadual diadakan selepas solat Jumaat pada 11 Mac nanti, menuntut pembebasan beliau dan dijangka turut akan mengutarakan isu-isu lain melibatkan komuniti Syiah.

Di Arab Saudi, Syiah dianggar berjumlah 10 peratus daripada populasi seramai 18 juta orang. Di Bahrain, Syiah merupakan majoriti melebihi 60 peratus daripada populasi seramai 800,000.

Apa yang dibimbangi pemerintah Saudi, protes di Bahrain mempengaruhi komuniti Syiah di timur Arab Saudi kini sudah berlaku dan bakal meningkat lagi.

Syiah di Bahrain dan wilayah timur Arab Saudi mempunyai hubungan dalam satu sejarah yang panjang, begitu juga keluarga al-Saud dan al-Khalifah.

Kedua-duanya terlibat dalam satu persaingan naratif sejarah kawasan terbabit, yang sering dikemukakan dalam bentuk persaingan Arab dengan Parsi, Syiah dengan Sunni dan sebagainya.

Masyarakat Syiah Bahrain menegaskan identiti Arab mereka dan sejarah panjang mereka di kawasan Teluk Parsi.

Di seberang yang lain, keluarga al-Saud dan al-Khalifah sehingga kini masih membawa naratif hubungan Syiah terbabit sebagai orang asing dan alat kepada Parsi dan Syiah.

Nama Bahrain, yang kini dikhaskan untuk sebuah negara, pada zaman awal sejarah Islam meliputi kawasan timur Arab Saudi, bandar Hasa dan Qatif, dan pulau yang menjadi negara Bahrain kini.

Satu hujah yang dikemukakan oleh masyarakat Syiah timur Arab Saudi dan Bahrain untuk menegaskan kedudukan sejarah mereka ialah sokongan puak Abdul Qais yang mendiami kawasan Bahrain, Hasa dan Qatif di timur Arab Saudi sebagai penyokong Ali bin Abi Talib untuk menjawat jawatan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad saw.

Menurut mereka, keturunan ini masih merupakan satu bahagian besar masyarakat di kawasan terbabit.

Kedudukan Bahrain sebagai wilayah di bawah penguasaan Parsi sebelum era penubuhan negara bangsa mengukuhkan kedudukan Syiah di pulau itu.

Keluarga al-Saud dan al-Khalifah yang masing-masing kini menguasai Arab Saudi dan Bahrain juga mempunyai sejarah yang panjang.

Kedua-dua keluarga berasal dari Najd di semenangjung Arab, daripada konfederasi puak yang sama. Sebelum sampai dan terus menetap dan menguasai Bahrain, keluarga al-Khalifah pernah singgah di Kuwait dan Qatar.

Hubungan sejarah ini, yang melibatkan kesetiaan puak, aliran politik dan pelbagai kepentingan lain menjelaskan sokongan kuat Riyadh kepada keluarga al-Khalifah di Bahrain.

Kedua-dua keluarga al-Saud dan al-Khalifah menggunakan bahasa pertentangan antara Arab dengan Parsi dan Sunni dengan Syiah untuk menjelaskan penaklukan mereka ke atas Hasa dan Qatif dan Bahrain.

Keluarga al-Khalifah menakluk Bahrain selepas menewaskan kekuasaan Parsi di pulau itu.

Hasa dan Qatif di timur Arab Saudi pula akhirnya menjadi sebahagian negara dikuasai dinasti itu selepas ditakluk keluarga al-Saud daripada penguasaan Turki Uthmaniyyah.

Kedua-dua keluarga melaksanakan langkah-langkah untuk mengawal populasi Syiah di negara masing-masing, dengan Saudi melaksanakan langkah yang lebih keras di Hasa dan Qatif.

Sepanjang sejarah negara Saudi, pemerintah telah mengambil langkah menghalang aktiviti komuniti Syiah, disebabkan oleh faktor penting Wahabisme sebagai ideologi negara.

Menurut catatan sejarah, langkah itu termasuk menutup pusat pembelajaran, perpustakaan, mengharamkan ibadat di tempat awam dan pelantikan hakim dan imam Sunni dari wilayah lain untuk menguatkuasakan Islam Sunni di Hasa dan Qatif.

Tindakan turut dilakukan untuk menghapuskan kedudukan keluarga Syiah berpengaruh dan dipindahkan ke tempat lain sehingga akhirnya ramai yang melarikan diri ke negara lain, termasuk Iraq dan Iran.

Sehingga kini, tidak banyak yang berubah melibatkan layanan keluarga al-Saud dan al-Khalifah terhadap warga Syiah di Arab Saudi dan Bahrain.

Di Arab Saudi, terbaharu berlaku peningkatan tuntutan oleh komuniti Syiah di Arab Saudi pada awal 1990-an ketika Perang Teluk tercetus, menuntut penglibatan lebih besar masyarakat Syiah di negara itu.

Kerajaan Saudi kemudian mula memulakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin Syiah.

Kemudian, kerajaan Saudi di bawah Raja Abdullah yang mula memerintah sejak 2005 turut melaksanakan beberapa perubahan yang mengurangkan peminggiran terhadap komuniti Syiah.

Bahrain memperlihatkan lebih kebebasan melalui dewan rendah parlimen yang menyaksikan 18 daripada 40 kerusi dipegang oleh wakil Syiah, walaupun dewan itu secara praktiknya tidak mempunyai kuasa sebenar.

Dewan tinggi dikenali Majlis Syura memiliki kuasa sebenar, dan wakil-wakilnya dilantik oleh raja.

Protes komuniti Syiah di kedua-dua negara mempunyai satu akar sejarah yang jelas, sesuatu yang menjadikan protes di Arab Saudi kini menimbulkan pelbagai tanggapan dan jangkaan.

Hak komuniti tersebut di kedua-dua Bahrain dan Arab Saudi telah lama dinafikan, mendorong kemunculan manifestasi penentangan secara terbuka yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, tanpa menafikan peranan oleh komuniti Syiah di kedua-dua negara, tuntutan untuk kebebasan dan partisipasi lebih luas bukan hanya melibatkan masyarakat Syiah, terutama di Arab Saudi.



Kerdau: BN mahu cetuskan ketegangan
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 4 Mac: Barisan Nasional (BN) didakwa semakin agresif melakukan provokasi sehingga sanggup ‘menyerang’ ke bilik gerakan PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau.

Terbaru, kira-kira jam 3.30 pagi tadi, lebih 50 petugas Umno menghampiri markas PRK PAS di Kampung Desa Murni dengan menunjukkan kemarahan, mengeluarkan kata-kata ugutan dan memasang bendera BN melindungi bendera PAS yang telah sedia dinaikkan.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, Fairus Hisyam Nordin, yang berada di tempat kejadian, apa yang memeranjatkan provokasi tersebut diketuai sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said.

“Malam tadi kira-kira jam 3.30 pagi lebih 50 orang petugas BN datang ke bilik gerakan PAS di Desa Murni diketuai Ismail Said, mereka berteriak dengan nada marah dan menghamburkan kata-kata berbentuk ugutan.

“Masa itu kami dalam khemah cuma ada 15 orang dan tidak melayan provokasi tersebut kerana jika melawan mungkin mereka akan gunakan sebagai kempen di media kononnya PAS ganas, walaupun mereka yang memulakan.

“Tak cukup dengan itu, kami syak beberapa orang anggota polis berulang kali mengambil gambar juga untuk tujuan mengugut sebab ada antara kami yang berkerja sebagai kaki tangan awam. Manakala yang lain menaikkan berdera BN di hadapan bendera PAS,” katanya.

Tambah Fairus, beliau kecewa dengan tindakan provokasi pihak Umno itu dan akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

Pusat mengundi Desa Murni dijaga oleh kontingen dari PAS Kawasan Temerloh.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, kecewa dengan pembabitan ahli parlimen tersebut yang sepatutnya bertindak mempertahankan demokrasi dan keamanan.

“Kita faham jika budak-budak Umno yang bertindak secara tidak bertamadun begitu, tapi bila melibatkan seorang ahli parlimen yang merupakan penggubal undang, itu jadi pelik. Sepatutnya dia tidak bertindak kebudaka-budakan walaupun kita tahu Desa Murni ada kampung beliau.

“Apa jadi jika Pemuda PAS melayan karenah dan provokasi mereka... tidakkah nanti akan terjadi perkara yang buruk seperti pergaduhan? Kenapa tak boleh fikir?,” soal Suhaimi.

Dalam pada itu, seorang penyokong PKR mengadu tayar kereta beliau dipancetkan ketika pergi mendengar ceramah ketua umum parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rumpun Makmur malam semalam.

Sebelum ini, berlaku juga gangguan kepada program PAS di kawasan Felda Mohamad Sabu berceramah dan Bob Lokman di waktu yang berlainan.


'Keling tak sedar diri' - PKR buat laporan polis
Mac 4, 11 3:42pm

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung kesamsengan pihak tertentu dan terjumpanya beberapa risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.

pkr congress 281110 shamsul iskandarRisalah itu dijumapi di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri" .

Ini kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa nrisalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Laporan kedua Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Menurut Shamsul beberapa objek tumpul dibaling kepada kereta yang membawa Anwar dan dua lagi kereta yang mengiringi ketua pembangkang berkenaan.


ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah
Mac 4, 11 12:05pm

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

NONEMahkamah Sesyen Seremban akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada jam 2.45 petang ini.

Mustafa, 51, bagaimanapun dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah daripada M Manimaran untuk tujuan yang sama.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun, dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.
Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding dan akan menjatuhkan hukuman pada jam 2.45 petang ini.

NONE
















Cerita Ummi: Pakatan tak harus melenting, kata Shafie

Jimadie Shah Othman
Mac 4, 11
1:43pm


Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata Pakatan Rakyat tidak harus melenting dengan cerita pihak tertentu, seperti Ummi Hafilda Ali yang "nampak sendiri apa yang berlaku”.

NONEMerujuk kepada sedikit 'ketegangan' dalam ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda pada malam semalam, Shafie berkata kebenaran harus diterima.

"Bila Ummi Hafilda sebut tentang mereka, mereka terasa... Ini kebenaran dia, pengalaman yang dia nampak dengan mata sendiri. Dia suarakan sebagai rakyat.

"Kalau kebenaran itu pahit, kita harus terima. Takkan kita nak melenting pula dan lakukan perkara tidak sihat," katanya yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Bercakap pada sidang media selepas berucap dalam majlis bersama pemimpin di Felcra Rumpun Makmur, Shafie berharap parti bertanding mengikuti arahan pihak berkuasa.

Baliau berkata, jika ini tidak dipatuhi mungkin suasana akan "jadi lebih ganas".

Beliau sebelum itu mengumumkan projek sambungan paip di lima kampung di Kerdau untuk kegunaan 141 rumah yang bernilai RM4.2 juta.




DJ Radio Free Sarawak dakwa keluarga diganggu
Mac 4, 11 3:22pm


DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban hari ini membidas pihak berkuasa kerana didakwa mengenakan 'gangguan' ke atas keluarga dan perniagaannya di Kuching dan menuntut tindakan itu dihentikan serta-merta.

NONE“Serang saya jika awak mahu tetapi jangan ganggu keluarga saya,” kata Jaban dalam satu kenytaan akhbar hari ini.

Jaban, yang terkenal dengan nama panggilan di udaranya sebagai Papa Orang Utan adalah DJ radio pro demokrasi yang berpangkalan di Londo. Katanya, masalah keluarganya bermula awal Januari ini apabila identitinya dikenali ramai di Sarawak.

Buat permulaan, penyewaan restoran milik keluarganya yang telah menduduki sebuah bangunan sejak empat tahun lalu tiba-tiba ditamatkan.

Pemilik bangunan itu yang dikatakan penyokong BN pada Januari lalu memberi restorannya tempoh sebulan untuk mengosongkan perniagaan mereka.

Anak Jaban, kemudian menghubunginya memberitahu perniagaan rumah tumpangan yang dijalankan mereka juga menerima nasib yang sama.

Pemiliknya, seorang pengusaha balak Sarawak yang juga dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga membatalkan perjanjian sewaan bangunan tanpa sebarang alasan.

Jaban berkata keadaan bertambah buruk selepas akhbar di London, Evening Standard mendedahkan mereka yang bertugas di sebalik stesen radio itu.

Menurutnya, sejak itu pihak polis mula mengunjung ahli keluarganya di rumah mereka dan bertanyakan di mana beliau berada.


Hata Wahari ketua pengarang Utusan Rakyat
Abdul Rahim Sabri
Mac 4, 11
1:37pm


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapat permit untuk bagi menerbitkan akhbar mingguan Utusan Rakyat.

NONEMenurutnya, presiden NUJ Hata Wahari (kanan) yang berpengalaman selama 16 tahun dalam dunia kewartawanan dan bahagian editorial, bersetuju untuk menjadi ketua pengarang bagi akhbar tersebut.

Katanya, akhbar ini merupakan akhbar mingguan berbahasa Melayu yang mana kandungannya berkisar mengenai pelbagai isu termasuk isu-isu berkaitan dengan politik.

Ditanya siapa pemilik akhbar tersebut, Nurul berkata terdapat individu lain yang bersama-sama dalam perjuangan, yang merupakan pemilik sebuah syarikat tertentu, tetapi tidak memegang sebarang jawatan parti.

Menurut Nurul lagi, beliau sekadar mengambil inisiatif memohon permit dan tidak mahu dilihat terlibat secara langsung dalam akhbar berkenaan.

Katanya lagi, banyak pihak mahu bersedia untuk membantu bagi menjayakan penerbitan akhbar ini.

Bagaimanapun, Nurul Izzah enggan mendedahkan identiti pihak berkenaan.

Sebelum itu, Nurul tiba kira-kira jam 11.50 pagi, dan kemudiannya menemui Timbalan Setiausaha Bahagian Penerbitan KDN, Abdul Razak Latif dan Penolong Setiausaha bahagian yang sama, Shafieza Fadzil.

Dalam sidang media selepas menyerahkan permohonan tersebut, Nurul Izzah berkata beliau dimaklumkan bahawa menurut piagam KDN, kementerian itu KDN akan mengambil masa kira-kira dua bulan sebelum membuat keputusan berhubung permohonan tersebut.

Katanya, satu panel 10 orang yang akan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Keselamatan, Datuk Abdul Rahim Radzi akan membincangkan permohonan tersebut, sebelum dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kelulusan.

NONEMenurut Nurul Izzah, akhbar tersebut akan bersifat "dwipartisan dan saksama" dalam laporan, dengan mengambilkira suara dan pendapat pelbagai pihak.

"Media arus perdana di Malaysia mengalami persepsi ianya dikongkong pihak berkuasa menerusi Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984, antara lain.

"Juga realiti pemilikan media oleh sesetengah parti politik (sama ada secara terus atau menerusi proksi) menjustifikasikan persepsi "berat sebelah" atau prasangka pengarang dalam siaran dan laporan,"katanya yang membaca kenyataan media selepas pertemuan tersebut.

Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai berkata, akhbar mingguan berbahasa Melayu itu akan mempunyai ahli lembaga penasihat pengarang yang diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili NGO dan beliau sendiri sebagai wakil Pakatan Rakyat.

NONE"Beberapa tokoh politik mewakili BN yang dijemput (sebagai ahli lembaga pengarah) masih belum memberikan kata putus walaupun pada dasarnya bersetuju dengan inisiatif (akhbar) dwipartisan ini," katanya.

Ditanya oleh pemberita siapa tokoh BN yang dijemput itu, Nurul Izzah berkata pihaknya telah menjemput ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tidak ada kata putus daripada beliau, tetapi beliau menyatakan sokongannya," kata anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya juga "memilih" bagi menganggotai ahli lembaga pengarah akhbar berkenaan khusus mengenai track rekod tokoh tersebut.

Katanya, setakat ini pihaknya mencadangkan kawasan liputan adalah di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.






Anwar lawan bekas pembantu di Kerdau
Jimadie Shah Othman
Mac 3, 11
8:08pm


Jika Pakatan Rakyat menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai senjata terakhirnya, BN juga mempunyai keupayaan yang sama dalam pilihan raya kecil Kerdau yang kini masuk hari-hari terakhir.

Bukan sahaja saksi penting perbicaraan liwat 1998, Ummi Hafilda Ali turun ke Kerdau, tetapi dua bekas pembantu Anwar - Rahimi Osman dan Rashid Rosdi - juga berikrar berkempen bagi menafikan "fitnah" ketua pembangkang itu.

rahimi osman kerdau"Temerloh ini memang kampung saya. Saya tak mahulah mereka termakan fitnah Anwar ini," kata Rahimi yang kini memakai baju BN.

Rahimi sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat.

Bercakap dalam sidang media di bilik gerakan induk BN di Kerdau, Rahimi berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya esok.

Beliau bagaimanapun berkata tidak akan mengulas tentang kes liwat - di mana Anwar menjadi tertuduh - kerana ia masih dibicarakan di mahkamah.

Katanya, sambutan setakat ini menggalakkan.

"Tetapi kita tidak boleh pandang mudah sangat sebab sebelum ini menang pun tak banyak sangat," katanya.

NONEMenurutnya, beliau akan mula mendedahkan "hubungan" Anwar dengan Israel.

"Buktinya ada. Saya pun kerja dengan dia," katanya yang mahu mendedahkannya sedikit-sedikit.

Ditanya bila menyertai Umno, Rahimi berkata ia berlaku sejak hari pertama lawan Anwar.
Rahimi juga menafikan dibeli oleh BN sebaliknya berkata, ia soal kesedaran.

No comments:

Post a Comment