SEX ADA YG TAK BOLEH MENGAWALNYA...MACAM GILA KEPADA SEX...MEREKA SANGGUP BUAT APA SAJA...SEMUA DALAM ILMU ALLAH...AGAR BAKA GILA SEX DAPAT DIHAPUS...MAKA ALLAH HUKUMKAN REJAM BAGI LELAKI ATAU WANITA YANG TELAH BERKAHWIN....JIKA TIDAK BAKA GILA SEX KIAN BERTAMBAH...JANGANLAH KITA MENYANGKA KITA LEBIH PANDAI DARI ALLAH...DAH ALLAH HIDUPKAN PUN DAH BERUNTUNG....SUKAR KALAU ORANG YANG TAK BERAMAL DAN BELAJAR AGAMA...MUDAH DIHASUT SYAITAN....
Pakej tukar suami isteri
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
BUKTI...SMS yang dihantar pasangan dari negara jiran terbabit.
Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.
Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.
Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.
Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.
“Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.
“Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu,” katanya.
Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.
Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.
“Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.
“Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.
“Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.
Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.
“Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.
“Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah,” katanya.
Dipenjara kerana dera anak tiri
|
|
MELAKA - Seorang suri rumah dihukum penjara tiga tahun dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah didapati bersalah mendera anak tirinya tiga tahun lalu.
Majistret Muzila Mohamed Arsad menjatuhkan hukuman itu selepas suri rumah berkenaan, Norlaili Mahat, 39, didapati bersalah menganiaya Mohammad Syukri Faiz Mohd. Hasaan, 9, (umur ketika kejadian) dengan menyebabkan kecederaaan fizikal di seluruh badan mangsa.
Tertuduh sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab sebagai penjaga iaitu ibu tiri kepada mangsa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 4 3/4 Lorong Alai, Melaka Tengah di antara 22 Februari hingga 1 Mac 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Ng Aik Beng memohon agar dikenakan hukuman ringan kerana kesalahan itu merupakan kesalahan pertama dan kanak-kanak terbabit merupakan golongan miskin.
Dipenjara 3 tahun, denda RM4,000
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
mriduwan@hmetro.com.my
TENANG...Noorlaili diiringi polis selepas dihukum tiga tahun penjara dan denda RM4,000 kerana mendera anak tiri.
Majistret Muzila Mohamed Arsad ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, walau apapun pendirian diambil oleh ibu bapa dalam mendidik anak, mereka tidak patut memperlakukan kanak-kanak hingga mendatangkan kecederaan.
“Meskipun tertuduh mengatakan mangsa kanak-kanak hiperaktif, tidak patut dia dilakukan sebegitu. Mahkamah mendapati tiga kesan kecederaan baru dan dua kecederaan dialami mangsa adalah konsisten dengan keterangan doktor pakar menjurus kepada akibat penderaan,” katanya.
Beliau membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan semalam dan mensabitkan tertuduh yang didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat manakala Noorlaili diwakili peguam Ng Aik Beng.
Berdasarkan pertuduhan, dia sebagai ibu tiri kepada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun didapati menganiayai kanak-kanak itu hingga mengalami kecederaan fizikal di seluruh badan.
Kesalahan didakwa dilakukan antara 22 Februari hingga 1 Mac 2009 di rumah No 150, Batu 4 3/4, Jalan Aman Lorong Alai, dekat sini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau juga berkata, mangsa dalam kes itu hanya mengalami kecederaan biasa dan tidak kekal.
Sementara itu, Mahadi memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan itu pada masa depan.
Katanya, sepanjang tiga bulan kes dibicarakan sejak 8 November 2010, sembilan saksi pendakwaan memberi keterangan sementara pembelaan memanggil lima saksi.
“Kesalahan dilakukan tertuduh serius dan saya mohon hukuman berat dikenakan memandangkan kes sebegini kerap berlaku.
“Lima jenis kecederaan dialami mangsa mengikut keterangan sudah lama berlaku menyebabkan kanak-kanak terbabit takut balik ke rumah dan kini gembira berada di rumah kebajikan,” katanya.
Pihak pendakwaan juga berhujah biarpun kanak-kanak itu hiperaktif, ia bukan alasan untuk dipukul dengan teruk dan memohon hukuman setimpal.
2 siswi UUM terbunuh
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
REMUK...Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kubang Pasu, Inspektor Juhaisam Yusof dan anggotanya, Lans Koperal Mohd Azhari Hassan memeriksa Perodua Kancil yang remuk.
Chiew San dan Hsiao Pei
Dalam kejadian jam 7 pagi di Jalan Sintok-UUM berhampiran Hotel EDC di sini, Chiew Sian dan sahabatnya, Lim Hsiao Pei, 23, maut manakala rakan mereka, Lim Siew Chin, 23, parah.
Semua mangsa penuntut tahun akhir Ijazah Pengurusan Perhotelan universiti berkenaan.
Ketika kejadian, tiga sahabat berkenaan menaiki Perodua Kancil yang dipandu Chiew Sian dalam perjalanan menghantar Siew Chin ke kelas.
Apabila sampai di tempat kejadian, Perodua Kancil berkenaan dirempuh sebuah Proton Waja dari arah bertentangan.
Chiew San dan Hsiao Pei yang duduk di bahagian depan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan leher, manakala Siew Chin yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Jitra (HJ), di sini.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bukit Kayu Hitam mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Tinjauan Harian Metro di Rumah Mayat HJ semalam, ibu Chiew Sian, Tan Ah Chu, 47, yang terkejut sebaik dimaklumkan anak perempuannya meninggal dunia, tiba-tiba mengalami kekejangan badan dan terpaksa dihantar ke unit kecemasan sebelum dimasukkan ke wad HJ untuk menerima rawatan.
Chang Woke berkata, mereka sekeluarga terkilan kerana anak ketiga daripada lima beradik itu tidak sempat menunaikan hasratnya untuk menamatkan pengajian dan membantu ibu bapa.
“Setahu saya, Chiew San cermat ketika memandu dan biasanya dia memandu perlahan. Jika mahu memandu jauh, dia meminta bantuan teman lelakinya (Chew Beng Lang, 23,) kerana dia takut memandu jauh.
“Saya terkejut apabila diberitahu adik saya terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HJ di sini, semalam.
Bapa mereka, Teh Soong King, 49, berkata, anak perempuannya itu sangat rapat dengan ibunya dan dia kerap menghubungi untuk bertanya khabar keluarganya.
Katanya, mayat anaknya dibawa pulang ke rumah mereka di Taman Bertam Indah, Pulau Pinang selepas dibedah siasat dan dibakar di sebuah Wat Siam di Bukit Mertajam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, siasatan mendapati Perodua Kancil dinaiki tiga penuntut itu mahu membelok ke simpang masuk hotel berkenaan dan ketika itu sebuah Proton Waja dari arah Changlun ke UUM gagal mengelak sebelum merempuh kereta mereka.
Akibat rempuhan itu, dua mangsa yang duduk di hadapan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk dan parah di kepala serta leher.
Pemandu Proton Waja berusia 33 tahun yang juga pengawal keselamatan di UUM itu hanya cedera ringan.
“Dia sudah membuat laporan mengenai kemalangan itu sejurus kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian dan setakat ini kami masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
No comments:
Post a Comment