BAGAIMANA DENGAN MISAI...
JANGGUT
Kita sentiasa dapati banyak komen dari banyak pihak tentang perbuatan menyimpan janggut. Di sini disertakan beberapa hujah berkenaan Janggut:
Hadis #1
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan." (HR Abu Dawud)
Hadis #2
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu." (HR Ibnu Hibban)
Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang dipetik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah saw bersabda: "Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut."
Hadis #4
Ibn Asakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi Luth yang menyebabkan punca kebinasaan ke atas mereka. Di antara kebiasaan itu disenaraikan juga mengenai pencukuran janggut dan memanjangkan misai."
.
.
Hadis #5
Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukur janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka: "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" Mereka menjawab: "Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami." Rasulullah SAW bersabda: "Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku, Allah, supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."
Hadis #6
Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami." (HR Tirmidzi)
Semoga dalil-dalil ini cukup untuk kita ambil iktibar, insya Allah. Walaupun perkara membela janggut nampaknya 'kecil' atau 'mudah' tetapi ia sebenarnya membawa pengertian yang sangat besar.
Janggut Misai Menurut Sunnah
Assalamu'alaikum. Dalam hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, Rasulullah s.a.w. jelas mengarahkan agar memotong misai dan menyimpan janggut. Saya ada beberapa soalan yg berkaitan dgn hadis tersebut:1.Bagaimanakah cara memotong misai menurut sunnah? Adakah mencukur sehingga licin atau menggunting sehingga pendek atau sekadar menggunting lebihan misai yg menutup bibir?
2.Apakah yg dimaksudkan dgn janggut dlm hadis tersebut? Adakah sekadar 'rambut' di dagu atau termasuk juga dgn jambang(bagi yg berjambang)?
3.Jika mengikut mazhab syafie, hukum menyimpan janggut adalah sunat. Tetapi ada pihak yg bukan bermazhab syafie yg berpendapat hukum menyimpan janggut adalah wajib dan mencukurnya adalah haram. Pendapat manakah yg rajih?
4.Adakah memotong misai dan menyimpan janggut bagi lelaki (bagi yg dah tumbuh ler) sbgmana yg disebutkan dlm hadis adalah wajib atau sunat sahaja?
5.Saya gemar mencukur misai dan jambang (sehingga licin) tetapi membiarkan janggut di dagu, apabila janggut saya panjang pula, saya akan mengguntingnya, maknanya panjang janggut saya tidak sampai segenggam penumbuk kerana saya suka mengguntingnya apabila panjang. Apakah perbuatan saya ini bertepatan dgn sunnah atau sebaliknya? Ini kerana saya pernah terdengar bahawa panjang janggut menurut sunnah ialah mengikut panjang segenggam penumbuk.
Sekian, terima kasih.
----------
wa'alaikumussalaam..
ana cuba jawab insya Allah...
1- terdapat kedua2 sekali dalam amalan salaf. ada yg cukur misai dan ada yang nipiskan misai. yang pasti, kalau dah lebih tu kena la cukur. Ibn Qayyim dalam bukunya Zad al-Ma'ad ada bincangkan perkara ni dan dalam kalangan imam mazhab 4 pun berbeza pendapat. wallahu a'lam. pada ana, zahir hadith menunjukkan bahawa ia adalah menipiskan sahaja dan bukan mencukurnya. Tambahan thtl tahqiq al-Qardhawi: pendapat pilihan ialah menipiskan atau memendekkan misai bukan mencukurnya sampai habis (F_Thaharah)
2- Ibn Hajar al-Asqalani telah menyebut dalam bukunya Fath al-Bari huraian Sahih al-Bukhari bahawa jambang adalah termasuk dalam janggut. ia adalah maksud dari segi bahasa arab sendiri bagi perkataan 'lihyah' atau kita terjemahkan dgn janggut.
3- terdapat perbezaan pendapat tentang hukum menyimpan janggut. setakat pembacaan, didapati bahawa ulama terdahulu tidak menyatakan dgn jelas tetapi berdasarkan amalan mereka, mereka tidak pernah cukur janggut. sebenarnya ada ulama dalam mazhab syafie dan juga mazhab2 lain yg menyatakan sunat. tapi itu adalah ulama terkemudian. imam syafie sendiri tidak ada menyebut tentang perkara itu. lebih baik simpan daripada cukur. Tahqiq thtl: al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha' dalam bab wajibnya janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu'akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi.
4-soalan ni dah terjawab dgn jawapan soalan 3 tadi.
5- kadar ukuran segenggam bagi janggut itu adalah berdasarkan amalan sahabat yang pasti melihat Rasulullah SAW menyimpan sebegitu. dalam hadith lain, Rasulullah SAW dilihat daripada bahagian depan lalu lehernya terlindung dengan janggutnya. bagi saya, wallahu a'lam, anda tidak salah kalau ingin menipiskannya. pun begitu, membiarkannya dalam keadaan terurus adalah lebih menghampiri saranan dalam hadith itu. Tahqiq thtl: amalan sahabat yg dimaksudkan itu ialah Ibn Umar ra, ketika dia mengerjakan Haji, maka ketika dia bertahallul dari ihram, akan mencukur rambutnya dan memangkas janggutnya pada ukuran segenggam. itulah timbulnya kisah ukuran segenggam. Kita pun tahu betapa kuatnya Ibn Umar menekuni sunnah, maka sebab tu tabi'iin mengikuti dan menyibarkan hal ini. (syarh Kirmani ala Bukhari (21/111)
Oleh kerana dia hanya mauquf kepada Ibn Umar, maka ia dikembalikan kepada maksud hadith yang asal, boleh menyimpan panjang asalkan rapi spt mana kata alitantawi.
No comments:
Post a Comment