Tuesday, March 1, 2011

CORETANKU 370

BILA AHLI POLITIK KAYA MELIMPAH LUAH....TIMBUL KERAGUAN RAKYAT...MANA WANG DIPEROLEHI...KECUALI MEMANG MEREKA ANAK JUTAWAN....SEGALA KITA MUSYKIL AKAN TERBONGKAR DI AKHIRAT....

Sistem bayaran kelam-kabut


Orang ramai menunjukkan gelagat tersendiri ketika membayar saman di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Terengganu semalam.



KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan mereka tidak pernah serik membayar saman trafik pada saat-saat akhir.
Hari terakhir diskaun saman trafik ditawarkan sejak Ogos tahun lalu yang berakhir semalam menjadi bukti sikap negatif masyarakat negara ini.
Gara-gara ribuan orang menyerbu pejabat pos dan balai polis semalam, keadaan kaunter-kaunter bayaran saman dikatakan kelam-kabut.
Tinjauan Kosmo! di ibu kota mendapati sejak pukul 8 pagi, pejabat-pejabat pos diserbu oleh pesalah trafik yang mahu melunaskan saman mereka. Akibatnya sistem komputer rosak dan tidak berfungsi.
Berikutan itu, ribuan pesalah trafik menyerbu balai polis berdekatan sehingga menyebabkan keadaan menjadi amat sesak dengan orang ramai.
Tinjauan di beberapa lokasi seperti di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan Pejabat Pos Dayabumi di sini mendapati orang ramai yang sabar menunggu sejak pukul 8 pagi terpaksa ‘berputih mata’ untuk membayar saman masing-masing.

Bekas menteri tak sangka didakwa


ABDULLAH dan Kong Choy hadir pada satu sidang akhbar di Putrajaya pada Oktober 2005 ketika mereka masih dalam kerajaan.


PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Kong Choy, 55, dituduh menipu Abdullah bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006.
Bekas menteri itu didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan menipu itu di Tingkat 4, blok utama Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini.
Kesemua pertuduhan terhadap Kong Choy didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan tersebut.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan Kong Choy dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.
Kong Choy membayar wang ikat jamin itu. Dia yang ditemani isterinya, Puan Sri Ann Chan dan anak perempuan mereka meninggalkan mahkamah pada pukul 4.35 petang.


Enggan lepas mayat adik

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
jamilulanbia@hmetro.com.my

PILU...kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan.
PILU...kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita sanggup memeluk mayat adiknya yang terbujur berlumuran darah sambil menangis teresak-esak dan enggan melepaskannya hingga anggota trafik menunggu hampir tiga jam sebelum mayat mangsa dibenarkan dihantar ke hospital.
Kejadian itu berlaku selepas mangsa seorang penulis sebuah syarikat penerbitan terbunuh selepas tercampak beberapa meter dari keretanya sebaik merempuh besi penghadang lebuh raya berhampiran Kilometer 14.4, Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) berhampiran Serdang, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi semalam apabila mangsa, Ernest Ong Siang Hee, 31, memandu kereta keluar dari pejabatnya di Jalan SS15/4G, Subang Jaya, di sini, untuk ke Putrajaya.
Jurucakap polis trafik berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Honda Civic dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit lalu merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.

“Pada masa sama, mangsa tercampak keluar dari keretanya dan terjatuh dalam keadaan tertiarap di tepi sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

“Mangsa yang juga penulis di syarikat penerbitan Karya Universal (M) Sdn Bhd mati di tempat kejadian akibat parah di muka dan kepala,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang sempat mengelak daripada melanggar kereta mangsa di tengah jalan.

Sementara itu, polis menunggu hampir tiga jam untuk mengangkat dan menghantar mayat mangsa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

“Ini kerana kakak mangsa yang tiba di tempat kejadian bersama suaminya beberapa minit selepas kemalangan itu merayu supaya menunggu ahli keluarga lain.

“Suasana di tempat kejadian hiba apabila kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan ke atas mayat adiknya sehingga saudara lain tiba di situ,” katanya.

Mayat mangsa hanya dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, kira-kira jam 1 tengah hari.


‘Saya terlalu rindu anak’

KUALA LUMPUR: “Saya terlalu ingin bertemu anak-anak. Saya terlalu rindukan mereka. Tujuh tahun di dalam penjara adalah tempoh yang cukup lama,” kata Normazawati Wong Abdullah, 49, yang terkandas selepas dibebaskan dari Penjara Thu Duc wilayah Binh Thuan, Ho Chi Minh bulan lalu.
Menurutnya, perasaan rindu itu tidak dapat dibendung lagi hampir sebulan dibebaskan kerana biarpun bebas, dia masih tidak dapat berjumpa anaknya yang menetap di Puchong kerana belum mempunyai wang berjumlah VND373,965,810 (RM60,208.50) bagi membolehkannya pulang ke tanah air.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan wang itu. Kos sara hidup di Vietnam ini juga tinggi dan saya memerlukan kira-kira AS$700,000 (RM2,000) sebulan untuk perbelanjaan. Sewa bilik saja sudah mencecah VND260,000 (RM45) sehari, jadi bagaimana mungkin saya dapat mengumpul wang untuk membayar denda terbabit.
“Saya khuatir akan ditahan semula pihak berkuasa di sini dan dipenjarakan untuk satu jangka waktu yang tidak dapat ditentukan,” katanya dalam rayuan yang direkodkan Setiausaha Agung Kelab Putera 1 Malaysia, Abdul Khalid Chairul pada pertemuan di bandar raya Ho Chi Minh minggu lalu.

Minggu lalu, Harian Metro melaporkan Normazawati terkandas di negara itu selepas mendakwa dianiaya sindiket kad kredit klon dan dipenjara atas kesalahan itu pada 2004, sudah dibebaskan sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, dia ditahan Imigresen Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chin Minh ketika mahu pulang ke tanah air 28 Januari lalu.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya akan mencari jalan terbaik bagi membantu membawa pulang Normazawati ke Malaysia.


Ugut perkosa isteri

Oleh Sahlina Sahkirin
am@hmetro.com.my

MERSING: Seorang guru, Nik Mohd Nazrul Nik Husin, 28, yang baru 23 hari melangsungkan perkahwinan dengan Fadillah Ahmad, 27, berdepan detik mengerikan apabila tiga penjenayah mengugut mahu merogol isterinya jika dia cuba melawan dalam kejadian rompak di rumah sewanya di Felda Tenggaroh 6, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, empat lelaki menceroboh rumah mangsa melalui tingkap belakang sebelum tiga daripada mereka mengacukan parang di leher pasangan berkenaan dan meluahkan ugutan itu.

Nik Mohd Nazrul berkata, mereka sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan suara penjenayah yang memaksa mereka mendiamkan diri.
“Tiga daripada penjenayah terbabit mengikat tangan saya dan isteri menggunakan tuala mandi. Sambil meletakkan parang di leher kami, saya diarahkan supaya mendiamkan diri dan jika melawan, mereka mengugut mahu merogol isteri.

“Saya hanya mendiamkan diri dan berdoa supaya mereka tidak melakukan perkara buruk terhadap kami. Ia berakhir kira-kira 15 minit kemudian selepas keempat-empat penjenayah itu mengambil wang tunai serta barangan berharga sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, mereka kerugian kira-kira RM10,000 termasuk kehilangan cincin perkahwinan yang dihadiahkan kepada isterinya.

Selain itu, pasangan berkenaan kehilangan satu unit komputer riba, seutas rantai leher, wang tunai RM500, pakaian, minyak wangi, telefon bimbit serta tiga raket badminton.

“Kami dimaklumkan kumpulan penjenayah sama memecah masuk rumah seorang guru lain kira-kira 300 meter dari rumah kami, kira-kira setengah jam sebelum itu.

“Berdasarkan taktik digunakan, penjenayah mungkin daripada kumpulan sama dan kami berharap lebih banyak rondaan dan operasi dijalankan polis bagi membanteras kegiatan ini,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Ambat.


Pengarah SPR meninggal



TEMERLOH: Berbaki enam hari menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, warga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gempar apabila menerima berita kematian Pengarah SPR negeri, Datuk Ismail Mohd Yusoff.
Ismail, 57, dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Ahmad Shah, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi semalam selepas beliau rebah ketika berada di Hotel Seri Malaysia di bandar ini, akibat serangan jantung dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.15 petang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, sepanjang 20 tahun berkhidmat dalam SPR, arwah amat berdedikasi dengan tugasnya.
“Arwah sentiasa memberi perhatian serius dalam tugas dipikul dan sebolehnya beliau mahu melaksanakan tugas diamanahkan dengan sempurna tanpa masalah.

“Bagaimanapun, PRK DUN Kerdau tetap akan berjalan seperti dirancang kerana semua keperluan sudah diatur,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Hal Ehwal Felda, Datuk Tan Aminuddin Ishak berkata, beliau mengenali arwah sejak tiga tahun lalu dan menyifatkannya sebagai seorang yang kuat bekerja dan sentiasa mahu yang terbaik dalam melaksanakan tugas selain suka membantu orang.

“Sepanjang pengetahuan saya, kesihatan arwah sebelum ini memang tidak berapa baik, mungkin disebabkan beliau terlalu kuat bekerja,” katanya.


Sebutan semula kes nusyuz 24 Mac



KUALA LUMPUR: Permohonan nusyuz Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Perak, Kamarullail Sulaiman, 48, terhadap isteri pertama yang didakwa mengupah samseng mengganggunya akan disebut semula pada 24 Mac ini.
Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi menetapkan tarikh itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada prosiding sebutan kali pertama semalam selepas memerintahkan Laila Nahar Arifin, 41, iaitu isteri Kamarullail yang tidak hadir pada prosiding semalam hadir pada tarikh ditetapkan.

Pada 21 Januari lalu Kamarullail memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya yang dinamakan sebagai defendan atas alasan perbuatan kasar isteri yang sering mengganggu di tempat kerja.
Pada prosiding semalam, Kamarullail tiba di mahkamah jam 9 pagi ditemani seorang wanita dipercayai isteri keduanya Laili Khalid, 39, serta ahli keluarga bersama peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Rosli.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang isteri yang berdendam dengan suami sehingga mengupah beberapa lelaki disyaki samseng untuk menceroboh rumah suaminya dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM657,600.

Pendatang asing tidur bawah laluan LRT



SAYA menetap di Datuk Keramat sejak 10 tahun lalu, kecewa dengan kehadiran terlalu ramai pendatang asing di sini hingga menyakitkan mata sesiapa saja yang berkunjung di sini.
Ada antara mereka menjadikan bawah laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Putra, berhampiran Sungai Klang sebagai tempat tinggal.

Diharap Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan dapat mengambil tindakan mengusir pendatang asing berkenaan daripada terus berleluasa di Datuk Keramat.

PENDUDUK TERKILAN
Datuk Keramat

No comments:

Post a Comment