Monday, December 27, 2010

CORETANKU 285

ADAT BERTANDING....ADA MENANG ADA KALAH...TIADA BENARLAH COGANKATA...SUKAN BOLEH BUAT MUHIBAH...CERDAS FIKIRAN DAN LAIN2 YANG BERBENTUK POSITIF....MALAH BEGINI JADINYA...BOLEH BERMUSUHAN...TAK PUAS HATI...MEMBERONTAK DLL...PERMAINAN NI TIPU DAYA SAJA...SILAP2 JADI JUDI...MELALAIKAN HINGGA LUPA SOLAT DAN MENJAGA LARANGAN2 LAIN...DARI SEGI HUKUM SYARAK....

NEGARA


Ramai lepas geram dalam Twitter

KUALA LUMPUR - Sebilangan warga Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan mereka, telah membuat tuduhan di Twitter bahawa Malaysia meraih kemenangan secara tidak adil selepas penyokong di Kuala Lumpur mengganggu pemain Indonesia dengan menggunakan sinaran laser.
Sekurang-kurangnya empat daripada 10 ayat dan frasa utama yang digunakan itu mengecam Malaysia sejurus selepas pasukan tuan rumah mengalahkan Indonesia 3-0 pada final pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin.
Dalam masa sejam, perkataan seperti 'malaysiacheatlaser' (malaysiatipulaser) menduduki tangga pertama carta topik Twitter.
Perkataan lain yang digunakan adalah 'Use Laser' (guna laser, 'Curang' (tipu) dan juga 'Support Garuda' (sokong Garuda) yang merujuk kepada skuad Indonesia.


NEGARA


Pekung laser Indonesia terdedah


SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.



KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.
Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya. Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.
"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.


NEGARA


Tutup stadium angkara peminat


PEMINAT bola sepak Indonesia memanjat pagar Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin untuk membeli tiket perlawanan akhir pusingan kedua Piala Suzuki AFF 2010 esok.



JAKARTA - Bimbang aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 dipindahkan ke venue lain, pihak pengurusan Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di sini semalam bertindak mengkuarantin stadium itu dengan menutupnya selama dua hari bermula semalam.
Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Kompleks Sukan GBK, M. Nigara berkata, larangan itu turut melibatkan sesi latihan skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia yang sepatutnya dijadualkan hari ini.
"Sesi latihan bagi menguji padang yang lazimnya diadakan sehari sebelum perlawanan terpaksa dibatalkan.
"Ia bagi membolehkan proses baik pulih rumput yang rosak teruk akibat dipijak dan dirosakkan para penyokong yang merusuh ketika pembelian tiket semalam (kelmarin).
"Kami akan melakukan kerja-kerja membaik pulih secepat mungkin bagi memastikan ia dapat memenuhi tahap piawaian untuk melangsungkan final kedua Rabu ini (esok)," kata Nigara semalam





tk..copypaste blog yg beri comment


Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak


Kecederaan ketika bermain bola sepak adalah perkara biasa bagi pemain bola sepak profesional mahu pun amatur. Namun risikonya lebih tinggi terhadap mereka yang agak jarang atau hanya sesekali bermain bola sepak.


Kematian mengejut di padang pula merupakan keadaan yang jarang berlaku namun telah mencatatkan beberapa kes antaranya pemain kelab Seville dari Sepanyol, Antonio Puerta, 22, yang meninggal dunia secara mengejut ketika sedang beraksi dalam satu perlawanan Liga Sepanyol menentang kelab Getafe pada 2007. Tentulah memeranjatkan apabila seorang atlit profesional yang masih muda dan tidak mempunyai sejarah berpenyakit menghembuskan nafas hanya kerana bersukan.





Cedera di Padang Bola

Kecederaan ketika perlawanan bola sepak biasanya melibatkan bahagian buku lali, lutut, bahu dan tulang belakang. Ia bergantung kepada berapa agresif seseorang itu bermain. Jika pemain itu terlalu memaksa terutamanya ketika keletihan, ia boleh menyebabkan kecederaan.

Kecederaan seperti ini sebenarnya boleh dielakkan dengan mengambil beberapa langkah. Antaranya, memastikan tahap kesihatan tubuh sebelum turun ke padang dan mengambil langkah perlindungan yang sewajarnya. Contohnya dengan memakai 'guard'. Sebelum bermain, lakukan pemanasan badan dan regangan. Pastikan diri tidak mengalami sebarang kecederaan atau penyakit serius. Bermainlah mengikut kemampuan dan stamina sendiri serta jangan terlalu memaksa.

Kecederaan Buku Lali

Kecederaan buku lali merupakan kecederaan paling kerap berlaku kepada pemain ketika di padang. Ia berlaku bila wujud satu bahagian tajam di sudut tertentu apabila tekanan diberikan kepada tulang tersebut. Ia seterusnya menyebabkan tisu menjadi bengkak dan sakit, lalu pesakit mudah terpelecok ketika berjalan atau berlari.

Selain itu, ia boleh juga berlaku apabila ligamen antara buku lali terkoyak atau terkepit di bahagian depan. Ini menyukarkan pesakit untuk berlari. Kebiasaannya ia disebabkan tekanan pada sendi terutamanya ketika menggelecek dan ini selalu berlaku kepada pemain tengah.

Satu lagi keadaan yang menyebabkan kecederaan di bahagian buku lali ialah apabila serpihan ligamen terkoyak atau tersepit di celah sendi. Apabila ini terjadi, rawatan yang dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang berkenaan dan diperkemas melalui pembedahan arthroskopi sendi.

Kecederaan pada buku lali mudah dirawat. Proses penyembuhan mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Selepas itu pesakit tadi boleh bermain seperti biasa. Peluang kecederaan jenis ini akan berulang adalah amat tipis melainkan berlakunya ligamen terkoyak dan longgar yang menyebabkan ia perlu diperbaiki (reconstruct).

Kecederaan Lutut

Kecederaan yang paling biasa berlaku adalah ligamen cruciate terkoyak. Ia boleh berlaku apabila pemain jatuh dengan kaki terlipat. Biasanya ia bukan disebabkan oleh perlanggaran tetapi pemain terjatuh sendiri seperti terpelecok.

Bunyi seperti 'prak' boleh didengari dengan jelas daripada pemain yang mengalami keadaan ini. Kesan daripada itu, menyebabkan lutut pemain membengkak serta merta dan dia tidak boleh meneruskan perlawanan.

Pesakit juga mengalami masalah menuruni anak tangga atau bukit dan tidak boleh berjalan laju kerana rasa seperti lutut 'tertinggal'. Keadaan ini berlaku kerana kaki yang mengalami kecederaan tidak berupaya menongkat atau menampung badan. Namun, ia tetap boleh digerakkan dan melakukan gerakan lain seperti menendang.

Kecederaan lutut perlu menjalani rawatan mekanikal yang memerlukan pembedahan arthroskopi ligamen reconstruction bagi menggantikan urat untuk menstabilkannya. Urat daripada bahagian lutut pesakit yang masih baik digunakan atau pun menggunakan urat daripada perkhidmatan derma organ.

Pesakit mengambil masa selama 6 hingga 12 bulan untuk sembuh. Selepas sembuh, mereka mungkin mengalami masalah sampingan seperti tidak berani melompat.

Selain itu, kecederaan lain di bahagian lutut adalah maniskus yang mana ia berlaku antara 2 tulang. Apabila ligamen terkoyak, ia menyebabkan lutut melekat dan tidak boleh digerakkan serta berasa sakit. Kecederaan jenis ini memerlukan pemeriksaan klinikal dan pengimejan resonan magnetik (MRI). Ia boleh dirawat juga dengan kaedah memperbaiki dan memperkemas bahagian yang berkenaan.

Kecederaan Bahu

Biasanya ia berlaku kepada penjaga gol terutamanya ketika menangkap bola. Ia juga boleh terjadi kepada pemain yang berlanggar sesama sendiri lalu jatuh bertongkatkan tangan. Keadaan ini berlaku apabila urat di bahu terkoyak atau terkepit. Biasanya pemain tidak berasa sakit ketika kejadian namun ia perlahan-lahan terasa selepas 2 atau 3 hari.

Apabila urat di bahagian ini terkoyak, pesakit tidak boleh mengangkat atau menongkat tangan. Jika tersepit pula, mereka tidak akan merasa sakit ketika bermain namun merasainya ketika berehat. Pesakit akan merasa lenguh bahu, kebas tangan dan kadang-kadang rasa sakit dari bahagian siku hingga pergelangan tangan, dada, tulang belikat dan tulang belakang.

Apabila urat terkepit di bahu, otot akan menjadi lemah manakala kedudukan bahu akan jatuh ke bawah dan ke depan sedikit.

Kecederaan Tulang Belakang

Kecederaan bahagian ini berlaku apabila pemain jatuh terduduk menyebabkan hentakan kuat (hyperflexion). Ini menyebabkan disk pecah lalu menekan tulang menjadikan salah satu daripadanya patah. Bila ia menekan saraf, keadaan disk tergelincir (disc slip) akan berlaku. Disebabkan saraf yang terdapat di bahagian tulang belakang ialah saraf ke bahagian kaki, pesakit akan berasa lenguh dan sakit di bahagian salah satu kaki.

Sekiranya pecahan yang terjadi agak besar, lama-kelamaan ia menyebabkan simptom spinal stenosis. Ia menyebabkan tisu di bahagian tulang belakang menebal dan menekan saraf. Apabila ini berlaku, pesakit akan merasa sakit setiap kali berada dalam satu posisi untuk tempoh yang lama. Setelah dia mengubah posisi, barulah akan berasa lega. Pesakit yang mengalami masalah ini perlu menjalani pembedahan untuk memastikan saraf tidak terhimpit.

Sekiranya pecahan disk terlalu kecil, pesakit hanya perlu mengambil ubat tahan sakit dan menjalani rawatan fisioterapi.

Mati Mengejut di Padang

Serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan sahaja pemain bola sepak malah sukan yang melibatkan impak tinggi seperti ragbi, badminton dan tenis. Kebiasaannya ia berlaku kepada aktiviti yang memerlukan pecutan kemudian berhenti secara mengejut.

Punca-puncanya :

1) Hipertropik kardiomiopati – Penebalan otot jantung disebabkan oleh kegiatan sukan yang berterusan dan/atau masalah kelainan genetik. Ia berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu kegiatan lebih daripada biasa seperti tenaga yang dikerah sepenuhnya ketika perlawanan. Masalah ini juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik daripada kecil. 26% daripada kematian mengejut yang berpunca daripada masalah ini berlaku kepada ahli sukan.

2) Komotio kordis – Berlaku ketika perlanggaran terutama di bahagian dada. Jika dilihat, pemain tidak mengalami kecederaan namun jantungnya telah bergegar. Peratus survival hanya 15%.

3) Ketidaknormalan arteri koronari – Kelainan perjalanan pembuluh darah jantung sejak lahir; risiko mendapat iskemia dan aritmia. Keadaan ini menyebabkan darah tidak cukup lalu pemain boleh rebah.

4) Miokarditis – Keradangan otot jantung contohnya disebabkan oleh jangkitan virus; risiko mendapat kegagalan jantung dan aritmia.

5) Sindrom Marfan – Kelainan genetik di mana terdapat kelemahan pada dinding pembuluh darah aorta dan risiko dinding tersebut pecah. Biasanya berlaku kepada mereka yang bersusuk tubuh tinggi seperti pemain bola keranjang.

6) Kardiomiopati ventrikal kanan arithmogenik – Kelainan genetik melibatkan masalah rentak jantung ventrikular.

7) Arteri koronari rentang – Kelainan otot jantung menyebabkan pembuluh darah koronari terhimpit semasa degupan jantung.

8) Stinosis injap aortik – Penyempitan injap jantung aortik disebabkan masalah kongenital (injap bikuspid) atau komplikasi jangkitan rheumatik.

9) Penyakit arteri koronari artherosklerotik – Pembunuh perubatan nombor satu yang mana terdapat penyempitan/penyumbatan pembuluh darah koronari. Kejadian serangan jantung atau rentak jantung (ventrikular artmia) boleh berlaku spontan terutamanya dalam keadaan stres fizikal atau emosi. Lazimnya terjadi pada seseorang yang mempunyai risiko seperti sejarah keluarga, merokok dan sebagainya. Kebelakangan ini semakin ramai pesakit pada usia muda (lelaki dan perempuan) mengalami masalah ini disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.

10) Sindrom Long QT – Masalah genetik menyebabkan masalah rentak ventrikular yang tidak normal.

11) Arteri serebral pecah – Masalah aneurysm pembuluh darah otak yang tidak diketahui ada yang pecah semasa dalam keadaan stres.

Ahli sukan berusia 35 tahun ke atas terdedah kepada risiko serangan jantung lebih tinggi. Namun ia juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang seperti paras kolestrol atau menghidap penyakit jantung koronari.

Kajian yang dilakukan American Health Association (AHA) menunjukkan ahli sukan mempunyai 2.5 kali ganda risiko serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak bersukan. Dua kes dilaporkan berlaku daripada setiap 100,000 pemain.

Ujian ECG

Bagi negara Itali dan Amerika Syarikat, mereka mempunyai ujian penyaringan persediaan untuk atlit sebelum terlibat dengan sesuatu perlawanan. Biasanya ia memerlukan ujian ElektroKardioGram (ECG). Setelah dipastikan kesihatan berada di tahap sepatutnya, barulah pemain tersebut dibenarkan bermain. Jika pemain itu bermasalah di peringkat ujian ECG, mereka perlu pula menjalani ujian selanjutnya iaitu ujian stres.

Selain persediaan pemain, adalah digalakkan semua orang terutamanya mereka yang berada di padang supaya tahu melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR).

Di Malaysia, kesedaran tentang pentingnya CPR amat rendah. Sebenarnya bantuan CPR boleh meningkat peratus survival mangsa hingga 43% berbanding 22% dengan hanya menunggu mangsa dibawa ke hospital.

Sebagai tambahan, alat Automated External Defibrillatoraed (AEB) patut dimiliki oleh semua stadium bagi memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang rebah akibat serangan jantung. Alat ini mudah dibawa dan digunakan. Sesiapa saja boleh melakukannya. Peratus survival bagi penggunaan AED adalah kurang 25% dalam masa 4 hingga 5 minit selepas serangan manakala kurang 10% dalam masa lebih 10 minit.

No comments:

Post a Comment