Monday, December 6, 2010

CORETANKU 227

HAL2 BERSANGKUTAN DENGAN JARI DAN KUKU

untuk si pemakai cincin dan suka menyimpan kuku panjang.


sekarang ini kita boleh tengok ramai lelaki yang pakai cincin tapi ikut suka dia je sunnah nabi jarang nak ikut . okay ini copy dari mana tah, ada orang hantar emel dekat i pasal ini. sila baca dengan hati terbuka :)


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah..

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan .


Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.




Memotong/Menyimpan Kuku, Kaifiat/kaedah memotong kuku


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk ke semua babi-babi tersebut... potonglah kuku anda.
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
KUKU yang diciptakan Allah mempunyai peranan dan kepentingannya kepada manusia. Dalam Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan umat Islam. Walaupun dilihat seolah-olah perkara kecil, kadang-kadang ia menjadi perkara besar. Contohnya, ketika seseorang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kuku. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wuduk atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.


Hukum dan hikmat memotong kuku. Memotong kuku termasuk amalan sunat.

Hal ini disebutkan dalam hadis daripada Saidatina Aisyah R.A. yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim). Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat padanya, nescaya ia menjejaskan kesihatan.


Cara dan benda untuk memotong kuku Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri. Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari. Sementara, kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking. Harus seseorang memotong kuku menggunakan gunting, pisau atau benda khas seperti alat pemotong kuku supaya tidak memudaratkan kuku atau jari. Selesai memotong kuku, segera membasuh tangan (tempat kuku yang dipotong) dengan air. Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta. Waktu memotong kuku Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tidak tertakluk pada panjang kuku. Kuku harus dipotong pada bila-bila masa.


Bagaimanapun, jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya: "Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam." (Hadis riwayat Muslim). Menurut Imam Al-Syafie dan ulama Al-Syafi'eyah, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid. Diriwayatkan Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah, katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya." (Hadis riwayat Ahmad). Daripada Abu Hurairah R.A., katanya bermaksud: "Nabi Muhammad memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang." (Hadis riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani). Sementara, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin. Menanam potongan kuku Islam sangat prihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuk anggota badannya. Kuku yang potong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia anggota manusia. Hal ini disebut dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu Umar menanam potongan kuku. Memotong kuku ketika haid, nifas dan junub Menurut kitab Al-Ihya, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Hal ini kerana segala potongan itu pada akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub. Memanjangkan kuku Tabiat memanjangkan kuku bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku panjang, nescaya banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wuduk, mandi wajib dan sebagainya.


Selain itu, antara perkara sunat yang dilakukan bagi orang sakit atau hampir nazak adalah mengelokkan diri iaitu dengan memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari, bersugi, mandi, berwangian dan memakai pakaian yang bersih. Imam Al-Syafie tidak menyatakan dalam kitabnya sunat memotong kuku mayat, tetapi beliau menyatakan perselisihan pendapat antara gurunya dalam menggalak dan meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat. Beliau memilih dan mentarjih pendapat untuk meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat. Pendapat yang betul adalah membiarkan kuku mayat kerana segala anggota mayat itu dimuliakan dan tidak ada hadis sahih yang menggalakkan memotong kuku mayat. Malah, makruh hukumnya jika berbuat demikian. Demikian juga menurut Imam Ibnu Hajar, pendapat yang azhar adalah makruh memotong kuku mayat. Adapun orang yang meninggal ketika dalam ihram haji atau umrah, haram dipotong kuku mayat itu, seperti haram mewangikan tubuh badan dan memotong rambutnya. Ini diibaratkan keadaannya ketika masih hidup, dengan haram ke atasnya memotong kuku ketika ihram. Namun, jika kuku mayat itu menyukarkan tukang mandi untuk membersihkannya, tidak mengapa jika dipotong dan tidak juga dikenakan dam ke atas orang yang memotong kuku itu.




BERDOSAKAH? Menyimpan kuku panjang

Kuku, walaupun tidak begitu terserlah kedudukannya, tetap menjadi perhiasan bagi wanita. Tidak hairanlah jika ada yang menyimpan kuku panjang dan mengilatkannya agar kelihatan lebih cantik dan menawan. Namun, sebagai muslimah, anda harus tahu sejauh mana amalan ini dibenarkan dalam Islam.



Hukum menyimpan kuku panjang

1. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa memotong kuku adalah amalan sunat. Hukum sunat bermakna, sekiranya anda memotong kuku maka anda akan mendapat pahala, manakala jika ditinggalkan tidak pula berdosa.

2. Sebagai muslim, kita amat dituntut untuk menjaga kebersihan seluruh anggota badan dan pakaian. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, kebersihan badan seseorang itu adalah dengan menjaga lima perkara, iaitu khitan, mencukur rambut kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan kumis.
  • Memotong kuku termasuk dalam amalan membersihkan diri yang dituntut oleh agama. Sekiranya anda berupaya menjaga kebersihan kuku anda walaupun panjang, anda telah menepati satu daripada ciri-ciri kebersihan diri yang disebutkan di atas. Sekiranya anda menggunakan pengilat kuku sehingga tidak sah apabila mengangkat hadas kecil dan besar, maka perbuatan ini diharamkan.

3. Sekiranya anda menyimpan kuku untuk tujuan berhias, agar dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim, maka perbuatan ini dilarang oleh Allah s.w.t.
    • Firman Allah : "Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu" - Al-Ahzab : 33
Wanita yang gemar berhias atau bertabarruj akan dilaknat dan dijauhkan daripada rahmat Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:
    • "Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan burung unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang wajar dilaknat."


4. Namun bagi wanita yang diminta oleh suaminya untuk menyimpan kuku, yang sebahagian besar masa wanita ini berada di dalam rumah, sentiasa menjaga kebersihan diri, dan tidak mempamerkan kecantikan kukunya kepada lelaki bukan muhrim, maka hal ini diperbolehkan, bahkan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah kerana menyukakan hati suaminya.



PUNCA PELBAGAI PENYAKIT

Hasil kajian oleh Profesor Micheal Doyle dari Universiti Georgia, Amerika Syarikat membuktikan kuku jari tangan yang panjang mempunyai kuman yang lebih banyak meskipun sudah dicuci berulang kali.

Kebanyakan dari kuman itu sukar dihapuskan meskipun dibersihkan berulang kali. Ada beberapa kes, kuman dari kuku manusia ini telah menyebabkan keracunan yang serius. Kes sebegini berpunca daripada penyediaan makanan oleh individu yang memiliki kuku tangan yang panjang. Kuman-kuman yang terdapat di kuku tangan ini telah menular ke makanan yang dipegangnya.

Profesor Micheal Doyle dari Universiti Georgia bersama pasukannya telah meneliti dan mendapati bakteria di bawah kuku jari tangan adalah antara puncanya. Hasil penelitian yang dibentangkan di Persidangan Kesihatan di AS yang lalu, dia meminta para sukarelawan memegang makanan yang tercemar bakteria E. Coli.

Bakteria itu kerap menjadi racun pada makanan. Setelah itu para sukarelawan diminta mencuci tangan dengan bersih. Bahkan di antara sukarelawan ada yang menggunakan berus membersihkan kuku. Setelah itu, dilakukan pemeriksaan kuman dan ditemukan sejumlah kuman dan jumlah bakteria E. Coli itu juga semakin banyak. Oleh itu, sangat dianjurkan orang yang membuat dan menjaja makanan menggunakan sarung tangan dan berkuku pendek dan bersih.

Hukum Memotong Rambut dan Kuku Bagi Wanita Haid ?


Oleh: Ustadz Abdullah Roy, Lc

Tanya: Assalammualaikum. Ada yang bertanya pada saya,katanya seperti ini...kalau kita sedang haid boleh tidak memotong rambut ataupun kuku..? Bukan hanya satu dua orang tapi lebih dari itu,,,saya ragu karena memang saya kurang faham,menurut saya tidak ada dalil melarang itu semua,tapi saya masih perlu penjelasan yg lebih akurat, agar mudah untuk saya menjawab dan menjelaskan semua pertanyaan-pertanyaan itu,menurut syar'i yang benar,karena sayapun masih perlu banyak mendalami hal-hal yang seperti ini agar saya juga dapat mengamalkan untuk diri sendiri. Syukron...n wassalamu'alaikum. (Rahma)


Jawab: Wa'alaikumsalamwarahmatullahi wabarakatuhu. Wanita haidh diperbolehkan memotong rambut dan kuku, karena tidak adanya dalil shahih yang melarang.

Bahakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda kepada 'Aisyah radhiyallahu 'anhaa ketika haji wada':


انقضي رأسك وامتشطي وأهلي بالحج ودعي العمرة

"Uraikanlah rambutmu dan sisirlah, kemudian berniatlah untuk haji dan tinggalkan umrah" (Muttafaqun 'alaihi)


Dalam hadist ini Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam telah memerintahkan 'Aisyah radhiyallahu 'anhaa untuk menyisir rambut dan saat itu beliau sedang haidh, padahal menyisir sangat memungkinkan tercabutnya rambut. Ini menunjukkan bolehnya wanita haidh memotong rambut dan kuku.

Berkata Syeikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah:


فالحائض يجوز لها قص أظافرها ومشط رأسها ، ويجوز أن تغتسل من الجنابة …فهذا القول الذي اشتهر عند بعض النساء من أنها لا تغتسل ولا تمتشط ولا تكد رأسها ولا تقلم أظفارها ليس له أصل من الشريعة فيما أعلم

"Wanita yang haidh boleh memotong kukunya dan menyisir rambutnya, dan boleh mandi junub, … pendapat yang dianut oleh sebagian wanita bahwasanya wanita yang haidh tidak boleh mandi, menyisir rambutnya, dan memotong rambutnya maka ini tidak ada asalnya (dalilnya) di dalam syari'at, sebatas pengetahuan saya" (http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4750.shtml)


Wallahu ta'aalaa a'lam.

No comments:

Post a Comment