Monday, December 6, 2010

CORETANKU 224

NI BALA ALLAH KERANA MENAFI HUKUM ALLAH...DENGAN GAY NYA...LESBIAN NYA....LEPAS TU TIMBUL SAKIT KELAMIN...HIV/AIDS....HUKUM ALLAH SWT YANG TERBAIK UNTUK MENYEKAT GEJALA2 BURUK DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA..PENDATANG ATAU PELANCONG.....

NEGARA


Pengesahan lafaz cerai ditolak


GAMBAR Sultan Ismail dan Elia selepas pernikahan mereka pada tahun 2007.


KOTA BHARU – Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31, kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menolak permohonan pengesahan lafaz cerai talak tiga oleh Sultan Ismail terhadap isterinya itu yang difailkan oleh plaintif, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60.
Hakim Abdullah Man yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah mendapati plaintif gagal mengemukakan saksi yang mencukupi mendengar lafaz cerai itu selain tiada saksi lain ketika beliau sendiri menghadap Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 30 Oktober lalu.
“Mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan kepada tiga perkara. Pertama, sama ada pihak ketiga boleh memohon bagi pengesahan lafaz cerai, yang keduanya apakah plaintif mempunyai saksi yang mencukupi dan ketiga apakah yang berlaku di istana antara saya (selaku hakim) dan Sultan boleh diterima di mahkamah.
“Berdasarkan perkara itu, mahkamah menolak permohonan plaintif bagi memohon pengesahan lafaz cerai ini dan plaintif boleh membuat rayuan berhubung keputusan ini dalam tempoh 14 hari,” kata Abdullah sewaktu membacakan penghakimannya.
Pada prosiding semalam, Nik Rorhana hadir manakala defendan yang merupakan isteri kedua, Elia Suhana, 31, tidak hadir atas sebab tidak sihat.



NEGARA


5 terkorban trak bertembung kereta


Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat lima sekeluarga yang tersepit dalam kereta selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19.6, Jalan Pantai di Kampung Tembok, Port Dickson semalam.



PORT DICKSON – Lima sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak tentera di Kilometer 19.6, Jalan Pantai di Kampung Tembok di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi itu, lima keluarga malang itu yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback itu maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan masing-masing.
Mangsa-mangsa yang terkorban ialah pasangan suami isteri, Saipol Naaim Mat Dan, 36, isteri, Nordiana Mohd. Said, 30, dan anak mereka Muhammad Harith Firdaus, 4.
Turut terkorban ibu bapa Nordiana. Mereka ialah Mohd. Said Lakan, 58, dan Rosnani Buyong, 50. Said dan Rosnani semasa kejadian duduk di tempat duduk penumpang belakang kereta.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, semasa kemalangan kelima-lima mangsa yang berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dalam perjalanan menuju ke Melaka.
“Punca kemalangan itu berlaku selepas trak tentera itu hilang kawalan selepas kenderaan itu bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Waja,” kata beliau di sini semalam.
Berikutan itu, menurut beliau, trak yang dinaiki oleh lima anggota tentera itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Wira Aeroback dinaiki lima sekeluarga itu


NEGARA


3,206 isteri hidap HIV


KEGIATAN melanggan pelacur oleh si suami boleh mendedahkan isteri kepada jangkitan HIV. – Gambar hiasan



KOTA BHARU - Sikap segelintir suami yang kerap 'makan luar' dengan pelacur di negara jiran dikenal pasti menjadi punca ramai suri rumah di Kelantan dijangkiti penyakit HIV/AIDS berbanding wanita di negeri lain.
Presiden Majlis AIDS Se-Malaysia (MAC), Datuk Mohd. Zaman Khan (gambar kecil) yang mendedahkan perkara itu berkata, gaya hidup bebas golongan lelaki terutama yang telah berkahwin menjadi faktor utama isteri dan wanita secara tidak langsung terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.
"Ramai wanita yang menghidap HIV/AIDS mendapat (penyakit itu) daripada suami mereka, sesetengah orang (lelaki) pergi pada pelacur dan mereka terdedah (kepada jangkitan HIV/AIDS).
"Misalnya orang lelaki selalu pergi ke Sungai Golok, selepas melakukan 'lawatan' ke sana, mereka kembali pada isteri mereka yang kemudian telah menyebabkan wanita atau isteri mereka menerima akibatnya dengan dijangkiti virus berkenaan," katanya pada majlis sambutan Hari AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini semalam



NEGARA


30 gay bogel terkedu diserbu


SEBAHAGIAN antara 30 gay yang ditahan dalam serbuan di sebuah spa di Jalan Hang Kasturi, Banda Hilir, Melaka malam kelmarin.



MELAKA – Keghairahan sekumpulan 30 gay bercumbuan dalam keadaan berbogel di sebuah spa terencat apabila premis itu diserbu sepasukan penguat kuasa di Jalan Hang Kasturi di sini kelmarin.
Lebih memualkan, selepas lampu spa dibuka, anggota pasukan penguat kuasa Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) yang memeriksa premis itu menemui banyak kondom terpakai dan sejenis cecair pelincir yang digunakan pasangan gay melakukan seks.
Pengarah (BPPA) Shahdan Othman berkata, serbuan pada pukul 9 malam itu dilakukan oleh BPPA selepas pihaknya menerima maklumat aktiviti seks songsang itu berterusan walaupun premis itu baru diserbu tidak sampai sebulan lalu.
“Maklumat mendedahkan aktiviti seks songsang kumpulan gay yang turut membabitkan segelintir pelajar berterusan di spa itu walaupun pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, hasil serbuan terbaru itu mendapati empat daripada 30 lelaki yang berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan itu beragama Islam


NEGARA


Awas jualan kereta murah di Internet


SOON BOON (kanan) dan Eng Chong menunjukkan salinan laman web yang menawarkan kereta dijual pada harga rendah berbanding harga semasa di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Orang ramai diminta berhati-hati agar tidak tertipu dengan taktik penjualan kereta pada harga murah berbanding harga pasaran yang kini boleh diakses di laman penyedia pengiklanan di Internet.
Ketua Pemuda MCA Kedah, Ong Soon Boon yang mendedahkan perkara itu di pejabatnya di sini memberitahu, pihaknya mengesan iklan bagi sebuah kereta Honda Accord 2.4 tahun 2005 yang mahu dijual pada harga RM37,600 berbanding harga pasaran lebih RM80,000 dengan pemiliknya dikatakan kononnya berada di Taiwan.
Katanya, pihaknya kemudian menghubungi pemilik kenderaan itu melalui e-mel di laman tersebut yang memaklumkan kenderaan itu kini berada di Taiwan dan pembeli yang berminat perlu menjelaskan separuh harga kereta dengan urusan permit import (AP), cukai kastam serta kos penghantaran manakala pertukaran nama akan diuruskan penjual.
“Pembayaran wang tersebut perlu dibuat menerusi akaun pihak ketiga yang kononnya dilantik oleh pemilik untuk menerima wang tersebut.
“Pemilik mendakwa dia menjual kereta itu pada harga murah kerana tiada pembeli di Taiwan berikutan pemanduan di negara itu adalah sebelah kiri berbanding Malaysia (kanan),” katanya.




NEGARA


Klinik gigi kaki lima kembali aktif


DOKTOR gigi jalanan memberikan perkhidmatannya kepada seorang pelanggan di Jalan Pasar, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Selepas sepi seketika, gelagat beberapa warga China yang menyediakan khidmat menanam gigi palsu di jalanan di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu di sini, kembali aktif.
Khidmat doktor gigi jalanan itu dilihat kembali aktif sejak empat bulan lalu dengan menjadikan kawasan siar kaki sekitar Jalan Pudu sebagai lokasi untuk mencari rezeki.
Wartawan Kosmo! yang meninjau operasi 'klinik gigi kali lima' itu mendapati, 'doktor-doktor jalanan' terbabit kembali beroperasi seperti biasa selepas terhenti seketika apabila kegiatan haram mereka didedahkan Kosmo! pada 29 Mei lalu.
Berdasarkan risikan daripada beberapa peniaga di kawasan terbabit itu, doktor warga China itu menyediakan perkhidmatan pergigian jalanan tanpa sebarang rasa takut atau bersalah.
Peliknya, 'klinik' doktor gigi jalanan itu tetap mendapat perhatian para pelanggan yang terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing.
Walaupun hanya beroperasi di kaki lima, 'doktor' berkenaan mempunyai penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang sebelum ditampal dengan sejenis serbuk yang dicampur dengan bahan kimia.
Kos rawatan yang dikenakan pula amat murah iaitu di antara RM50 hingga RM100 bagi menampal gigi dan memasang gigi palsu



NEGARA


Pelajar UiTM maut kereta bergesel


BEGINILAH keadaan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki Ahmad Muzaffar yang maut dalam kemalangan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang semalam.



MACHANG – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor terbunuh manakala enam yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai di Kampung Kemuning di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Ahmad Muzaffar Abdul Rahman, 23, (gambar kecil) dari Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama kakak dan abang iparnya.
Pada masa kejadian, keadaan jalan masih gelap dan licin kerana hujan renyai-renyai.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Abdul Malek Bedol berkata, pada masa kejadian kereta Myvi yang dipandu abang ipar mangsa, Mohamad Firdaus Hajan, 23, berlanggar dan bergesel dengan sebuah kenderaan jenis sama dari arah bertentangan yang hilang kawalan selepas cuba memotong sebuah lori.
“Tiga buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Subaru, Proton Wira dan lori yang datang dari arah sama dengan kenderaan yang dinaiki mangsa telah berlanggar sesama sendiri untuk mengelak dari dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan tersebut.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian,” katanya

No comments:

Post a Comment