KENAPA MASIH MELAMBAT2 ATAU MENOLAK HUKUM HUDUD...JIKA SABIT TENTU MEREKA DIPOTONG TANGAN...ADAKAH MENCURI LAGI JIKA DAH POTONG TANGAN...ADAKAH DAH POTONG TAK SERIK LAGI....TAKUT....TANGGUH PUNYA TANGGUH DAN BANYAK NYAWA DIBUNUH PENCURI...
NEGARA
Leher kanak-kanak diacu pisau
KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun trauma selepas lehernya diacukan pisau oleh penyamun bertopeng semalam.Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kanak-kanak tersebut sedang tidur bersama ibunya, Nor Azlina Jaafar, 43, di rumah mereka di Kampung Binjai Manis, Manir dekat sini.
Menurut Nor Azlina, sebelum kejadian dia terjaga daripada tidur dan mendengar bunyi pelik di bahagian belakang rumahnya namun dia tidak mengesyaki apa-apa dan menyambung tidur.
“Tetapi tidak lama kemudian saya terkejut apabila muncul dua lelaki bertopeng di depan pintu bilik,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.
Jelasnya, sejurus itu dia memeluk anaknya tetapi dengan pantas salah seorang penyamun memeluk mereka berdua dan mengacu pisau pada belakang leher anaknya itu dan meminta supaya mereka tidak berbuat bising.
NEGARA
Pembelot ancam masyarakat
KUALA LUMPUR - Individu yang diumpamakan musang berbulu ayam kini menjadi ancaman serius kepada masyarakat apabila mereka dilabelkan sebagai pembelot dan penyebab kepada bertambahnya jenayah jalanan membabitkan kes ragut dan samun.
Golongan ini amat berbahaya kerana mereka digunakan oleh penjenayah untuk menjual barangan samun sekali gus menyebabkan kejadian jenayah akan terus subur walaupun dikekang oleh pihak berwajib.
Pembelot itu merupakan mereka yang sanggup membeli barangan curi pada harga murah daripada para penjenayah.
Dengan ruang dan peluang yang diberikan itu, penjenayah semakin rakus untuk memburu mangsa.
Bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menjangka akan menjadi mangsa samun dan kalau boleh meramal, sudah tentu kita tidak mahu dijadikan sasaran kerana ia bukan sahaja mendatangkan kerugian malah kecederaan atau lebih teruk, maut.
Sebagai contoh, Kosmo! pernah melaporkan sebuah klinik di pinggir ibu negara menjadi sasaran sekumpulan empat penjenayah bergelar Penjahat Empat Jahanam yang melakukan samun terhadap doktor, empat pekerja dan seorang pesakit melibatkan kerugian RM10,000 pada 1 Januari lalu.
Dalam laporan itu, Kosmo! menyiarkan imej kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan empat lelaki Melayu bersenjatakan parang dan kapak menyamun premis itu.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, situasi berkenaan tidak akan berlaku sekiranya tiada pembelot di kalangan masyarakat.
Katanya, pembelot yang dimaksudkan ialah individu yang sanggup membeli barangan samun seperti barang kemas, telefon bimbit dan alatan elektrik pada harga murah
NEGARA
Sikap tamak cetus malapetaka
MERSING - Sikap tamak seorang pengusaha bot mengambil penumpang melebihi had semata-mata hendak mengejar untung mengundang padah apabila bot yang membawa 29 pelancong itu pecah lalu karam kira-kira 200 meter dari Jeti Tanjung Leman di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 petang itu mengakibatkan tiga lemas manakala dua lagi hilang. Mangsa merupakan seorang wanita, Low Lee Jun, 33, dan dua lelaki, Chua Lin Kun, 45, serta Andrian Tan, 67. Kesemua yang mati dan hilang merupakan pelancong Singapura.
Ketika kejadian, bot tersebut membawa sembilan pelancong tempatan, 19 Singapura dan seorang warga China.
Bot papan berukuran 4 x 10 meter yang hanya boleh membawa 12 penumpang itu dalam perjalanan pulang ke Jeti Tanjung Leman dari kelong Wong Pak You berhampiran Pulau Sibu di sini.
Difahamkan, permintaan yang menggalakkan pada musim cuti sekolah dan Hari Krismas membuatkan pengusaha berusia 58 tahun bertindak membawa penumpang melebihi had. Bot itu dikendalikan oleh seorang tekong berusia 67 tahun untuk membawa pelancong tersebut memancing di situ. Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, ketika kejadian kesemua penumpang tidak mengenakan jaket keselamatan meskipun ia disediakan oleh pengusaha bot.
NEGARA
Bayar jika ingin ke luar negara
KUALA LUMPUR – Bayar RM2,000 atau RM3,000 dahulu jika peminjam yang disenarai hitam oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin ke luar negara.
Itu syarat baru yang ditetapkan oleh PTPTN kepada semua peminjam yang disenarai hitam bagi membolehkan peminjam terbabit ke luar negara tetapi untuk satu perjalanan sahaja.
Kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said, pihaknya hanya membenarkan peminjam membersihkan namanya daripada disenarai hitam untuk ke luar negara bagi urusan rasmi sahaja.
“Contohnya untuk tujuan perubatan dan melanjutkan pelajaran, dan segala pelepasan itu mestilah disertakan dengan bukti keperluannya untuk ke luar negara,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau menambah, jika sebelum ini peminjam yang disenarai hitam hanya membayar ansuran sekurang-kurangnya RM50, tetapi apabila ingin ke luar negara, sejumlah wang itu perlu dijelaskan dahulu
NEGARA
4 sepupu ke kelas tuisyen maut
PASIR MAS – Hasrat empat sepupu termasuk dua beradik untuk menghadiri kelas tuisyen tidak kesampaian apabila kesemua mereka maut selepas kereta jenis Peugoet 406 yang dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Kilometer 7, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 7.45 malam itu mengakibatkan Afik Izzuddin Abdul Aziz, 17; adiknya, Mohd. Irshaduddin, 13; dua sepupu mereka, Mohd. Ishraf Ibrahim, 11; dan Nurul Qistina Hanafi, 11, mati selepas mengalami kecederaan parah.
Nurul Qistina meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM). Pemandu kereta itu, Amir Ashraf Abdul Aziz, 22, kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPM.
Akibat rempuhan tersebut Afik Izzuddin, Mohd. Irshaduddin dan Mohd. Ishraf tercampak keluar sebelum terhumban ke dalam parit sedalam 0.3 meter menyebabkan mereka lemas.
Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Simpang Empat Tok Uban di sini ke bandar Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, akibat rempuhan kuat itu, kesemua mangsa termasuk pemandu terpelanting keluar sebelum terjatuh ke dalam parit.
“Selain lemas, mangsa-mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan parah di kepala dan dada. Kita masih menyiasat punca kejadian,” katanya yang meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.
NEGARA
Tragedi bas ragut nyawa ke-28
IPOH - Mangsa nahas bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pada Isnin lalu kini bertambah kepada 28 orang apabila seorang lagi mangsa, Darunee Songserm (gambar kecil) meninggal dunia semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Azisman Alias berkata, Darunee, 59, atau Dariah Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.26 petang setelah seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
"Dia mengalami kecederaan parah di kepala dan dada telah diletakkan dalam pemerhatian di ICU hospital tersebut sejak Isnin lalu," katanya kepada Kosmo! semalam.
Azisman berkata, dua lagi mangsa nahas warga Thailand iaitu Somchai Polanan, 63, dan Achara Wiwati, 36, masih dirawat di ICU hospital tersebut dan keadaan mereka juga agak kritikal
NEGARA
Kicap pekat berperisa cicak
KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.
Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.
Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.
"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.
"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.
Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.
Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.
"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.
"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
NEGARA
TBS-BTS lambang kemodenan sistem pengangkutan negara
KUALA LUMPUR - Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) yang akan memulakan operasi pada 1 Januari ini merupakan satu lagi lambang kemodenan sistem pengangkutan negara serta usaha kerajaan dalam memberi keselesaan kepada rakyat.Pengarah Urusan MAJU TMAS, Roslan Mohd. Shariff (gambar) berkata, TBS-BTS adalah kesinambungan daripada projek Kuala Lumpur (KL) Sentral di mana konsepnya adalah sama namun lebih besar berbanding KL Sentral yang hanya persinggahan integrasi untuk pengangkutan kereta api, bas tempatan dan teksi.
Beliau berkata, ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
Contohnya, sebelum menaiki bas, penumpang perlu mengimbas tiket di mesin yang disediakan dan pekerja akan memeriksa tiket itu sebelum dibenarkan menaiki bas, katanya.
NEGARA
Saingan rebut Presiden MTUC
PETALING JAYA - Suasana kempen mulai rancak di kalangan kelompok dan individu yang akan bertanding membentuk kepimpinan baru Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada mesyuarat pemilihan tiga tahun sekali kongres itu pada Rabu ini.Saingan yang menjadi tumpuan sudah pasti berkisar kepada pertandingan presiden melibatkan satu lawan satu antara penyandang kami Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dan timbalannya, Mohd. Khalid Atan dari Kesatuan Sekerja Industri Balak.
Sementara itu, jawatan Setiausaha Agung MTUC yang dikosongkan oleh G. Rajasegaran menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Ketiga-tiga calon terbabit ialah Abdul Halim Mansor dari Kesatuan Sekerja Petroleum dan Kimia, Abdullah Sani Abdul Hamid dari Kelab Kesatuan Sekerja dan J. Solomon yang mewakili Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE).
Seramai 37 calon lagi akan bersaing bagi merebut 15 jawatan dalam kongres itu dan sejumlah 546 perwakilan dari 121 kesatuan layak untuk mengundi.
Kelompok yang paling menjadi tumpuan sudah pasti dari Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan yang memiliki sebanyak 42 undi, Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Elektrik sebanyak 20 undi dan Nube sebanyak 13 undi.
Sumber MTUC memberitahu, majoriti ahli-ahli mengharapkan satu penyelesaian segera kepada beberapa isu penting seperti pindaan kepada pelbagai undang-undang berkaitan kerja, dasar gaji minimum, penyelesaian kepada masalah mengenai pekerja asing, penubuhan Dana Pencen untuk pekerja sektor swasta dan lain-lain perkara berkaitan gaji, bonus serta keadaan kerja.
No comments:
Post a Comment