SUSAH ORANG NAK MENOLAK KEMEWAHAN DAN TAK MAHU MENUNJUK2.....SUSAH JUGA KITA NAK HIDUP DALAM ZUHUD SEBAGAIMANA RASULLULLAH SAW.....
TU KATANYA...SEMUA BUKAN...TETAPI TENTU KAYA WALAUPUN TIADA GELARAN.....MUDAHAN2 SUAMI BOLEH MEMBIMBING JADI WANITA YANG SOLEHA...DENGAN MENUTUP AURAT....JANGAN TAK BERUBAH....MAKA KEDUA2NYA RUGI...BAIK SUAMI DAN ISTERI....KERANA DERHAKA KEPADA ALLAH SWT....
Saya nak berubah, tapi sukar
Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BIASA MEWAH...Suzie (kiri) menerima bimbingan isteri pengasas Kewaja, Ruzitah Baharum.
Pelayan pelanggan (GRO) berusia 22 tahun itu diselamatkan wartawan Harian Metro Rabu lalu apabila dia yang sarat mengandung sembilan bulan mahu menjual bayinya kepada satu pasangan bukan Islam yang menawarkan bayaran RM22,000.
Bagaimanapun, dia dapat dipujuk wartawan supaya tidak meneruskan niat itu dan bersetuju memasuki Kewaja untuk mendapatkan perlindungan dan bimbingan sebelum melahirkan bayinya.
Suzie berkata, sejak berusia 17 tahun dia sudah terjebak dengan kancah maksiat dan mampu hidup selesa, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian dia hamil anak luar nikah kerana kini hatinya lebih terbuka untuk mengingati Tuhan dan mendalami Islam.
“Sebenarnya saya nak berubah, tapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO,” katanya.
Ketika ditemui semalam Suzie tidak dapat menggambarkan bagaimana kehidupannya kelak jika anak yang bakal lahir itu mengetahui pekerjaannya
Katanya, dia tidak mahu terus bergelumang maksiat dan dosa, tetapi tidak tahu bagaimana cara mahu menyara anaknya kerana hanya pekerjaan sebagai GRO mampu memberi pendapatan lumayan.
“Bayangkan dalam seminggu saya mampu mendapat RM3,000 hanya dengan melayan beberapa lelaki. Jika saya mencari pekerjaan lain, saya takut anak ini akan menderita tak cukup makan,” katanya.
Anak bongsu daripada dua beradik dari Selayang di sini, tidak tahu bagaimana cara untuk kembali ke pangkal jalan kerana sudah selesa hidup mewah dengan bergelumang maksiat.
“Setiap kali melihat wanita bertudung, terdetik hati untuk berubah, tapi sukar mengenangkan pekerjaan saya lakukan ini, malah kebanyakan rakan saya juga GRO dan hidup kami sudah sebati dengan dosa.
“Saya akan cuba menipu anak ini nanti dengan mengatakan saya kerja kilang atau apa-apa saja, asalkan dia tak tahu pekerjaan sebenar saya,” katanya.
Suzie juga berharap ada pihak sudi membantunya keluar dari kancah hina itu. Katanya, di Kewaja dia digalak memperbanyakkan amal ibadat dan mengingati Tuhan memandangkan rasa sakit untuk bersalin diibaratkan seperti bertarung dengan maut.
“Saya lebih tenang di sini, tidak lagi diganggu panggilan daripada 'ibu ayam' yang minta saya melayan pelanggan yang ketandusan kasih sayang itu, malah saya berharap hidup akan lebih bererti apabila anak ini lahir kelak,” katanya. Dia yang masih menyimpan hasrat untuk kembali menjadi GRO masih dipujuk pihak Kewaja supaya tidak mengulangi dosa silamnya selain memberi dorongan agar mencari pekerjaan lebih baik.
Ini berikutan dia malu dan menganggap masyarakat tidak dapat menerimanya lagi walaupun jauh di lubuk hatinya ingin memulakan kehidupan baru bersama bayi yang bakal dilahirkan
5 tenggelam ditarik ombak
Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
CARI...anggota pasukan penyelamat mencari tiga lagi mangsa di tempat kejadian, semalam.
Sebelum kejadian, tiga daripada mereka yang juga adik-beradik, Kumuda Shanmugan, 28, Raymond, 26 dan Roshini, 16, dari Taman Sungai Keramat, Kampung Jawa, Klang, Selangor serta tiga rakan mereka dikenali sebagai Mogan, 21, Mathavi, 20, dan Vijaykumar, 18, pergi ke pantai berkenaan untuk mandi.
Bagaimanapun, sebaik tiba di pantai itu, Mathavi terjerumus ke dalam pasir sebelum ditarik ombak besar ketika bermain di gigi air di kawasan berbatu di pantai berkenaan.
Panik dengan kejadian itu, tiga beradik terbabit bersama dua lagi rakan terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa yang ketika itu hampir lemas.
Bagaimanapun, mereka turut lemas akibat dipukul ombak sebelum disedari orang ramai yang menghubungi pihak berkuasa.
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu dan Chendering yang tiba beberapa minit kemudian menyelamatkan seorang daripada mereka, manakala dua lagi ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang.
Mereka yang lemas ialah Roshini dan Kumuda, manakala yang masih hilang ialah Raymond, Mogan dan Vijaykumar. Mathavi yang diselamatkan lima individu terbabit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Rakan Raymond, Sritharan Sivasangaran, 32, berkata kali terakhir dia menemui mangsa ketika mengunjungi rumah rakannya dikenali sebagai Kali di Kampung Chendering, pagi semalam.
“Ketika itu saya melihat dia biasa saja dan tak banyak bercakap. Saya percaya sebaik keluar dari rumah Kali, dia pergi menemui dua adiknya yang datang bercuti ke negeri ini dan tidak sangka mereka bermain air di kawasan pantai ini,” katanya.
Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Negeri, Zakaria Mohamad yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkata, mangsa ditemui orang ramai dan anggota bomba kira-kira jam 3 petang tidak jauh dari tempat kejadian.
“Mathavi terselamat selepas berpaut pada batu berhampiran tempat kejadian dan dibawa ke HSNZ untuk rawatan kecemasan sebelum ditempatkan ke wad ICU,” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan lebih 50 anggota membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk enam unit skuba, Jabatan Pertahanan Awam dan polis serta Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM).
Beliau berkata, mangsa dipercayai dihanyutkan tidak jauh dari tempat kejadian.
Model jelita pilih duda
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
akmar@hmetro.com.my
RABBECA... tiga tahun berkenalan
“Sudah tiga tahun kami berkenalan dan tiba masanya untuk kami mendirikan mahligai bahagia,” kata pelakon, pengacara dan model jelita Rabbeca Nur Al Islam Ahmad, 25, ketika mengumumkan tarikh pernikahan dan persandingannya pada majlis minum petang di Harrods, pusat beli-belah KLCC, di sini, petang semalam. Majlis minum petang itu ditaja Butik Chopard, KLCC sebagai menghargai Rabecca yang juga pelanggan setia butik itu sejak tujuh tahun lalu.
Pelakon jelita itu memilih duda anak dua, berasal dari Kuching, Sarawak dan bekerja sebagai peguam dan ahli perniagaan, Nor Azam Datuk Sulaiman, 42, sebagai suaminya.
Hari yang berbahagia itu diadakan selama tiga hari, 14, 15 dan 16 Januari depan, bermula dengan majlis pernikahan pada 14 Januari yang akan diadakan di kediaman baru Rabecca dan bakal suaminya di Ampang, Selangor. “Majlis persandingan akan diadakan pada 15 Januari di Hotel Flamingo Ampang dan keesokannya majlis resepsi eksklusif untuk rakan karib di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur,” katanya.
Tambah Rabbeca, sejak awal perkenalan lagi, Nor Azam ingin melamarnya sebagai isteri, namun ketika itu dia baru berusia 22 tahun.
“Bakal suami saya kata, dia sudah berusia dan tidak mahu menangguhkan lagi perkahwinan kami. Dia ingin kami membina keluarga dengan segera dan berharap perkahwinannya kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayatnya
“Keluarganya datang merisik pada Ogos lalu. Pun begitu kami tidak bertunang, majlis pertunangan itu nanti akan diadakan pada hari sama pernikahan akan berlangsung,” katanya.
No comments:
Post a Comment