CURI...ZINA...TIPU...JUDI...RASUAH...BUNUH...KEMALANGAN...SUDAH JADI BIASA....TUDINGLAH SAPE KITA NAK TUDING...YANG KENA TUDING BOLEHLAH BERI 1000 ALASAN...TAPI ADAKAH ALASAN INI BOLEH JUGA DIGUNA PAKAI SEMASA ....ALLAH MENANYAKAN PERBUATANNYA DI DUNIA...YANG PENUH MUNGKAR...ZALIM ...SESAT DAN MELAWAN HUKUM ALLAH SWT...KITA SAMA2 TUNGGU....
Langgar kereta sebelum samun
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang kereta ViVa milik mangsa bagi memperdayakannya memberhentikan kereta sebelum merompak selepas mangsa keluar dari kereta.
Mangsa, Siti Zalina Md Isa berkata, ketika kejadian dia yang berseorangan ingin membelok masuk ke dalam rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang kereta.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam kawasan parkir kereta di rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang di apa-apakan.
“Saya lihat pada mulanya mereka yang melanggar kereta saya ingin melarikan diri tetapi tidak jadi apabila Proton Saga warna perak berkenaan berundur semula menghala ke arah rumah saya.
“Kemudian keluar dua lelaki daripada kenderaan itu menghala ke arah saya yang masih berada di dalam kereta kerana takut. Mereka mengetuk cermin tingkap kereta menyuruh saya keluar untuk berbincang menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.
Siti Zalina berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta dan seorang daripada lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan dia terlanggar keretanya.
“Sejurus kemudian saya pun keluar daripada kereta apabila berasa selamat dan mereka berulang kali meminta maaf.
“Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu isyarat ketika ingin membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan rumah,” katanya.
Katanya, dia pada mulanya langsung tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa, tambahan pula lelaki itu memberi alasan mabuk menyebabkan berlaku pelanggaran.
“Bagaimanapun, tanpa disedari seorang lagi lelaki yang berada di dalam kereta tiba-tiba menghampiri saya dari belakang sebelum menutup mulut menggunakan tapak tangan.
“Saya cuba meronta bagi melepaskan diri sebelum bergelut dengan mereka. Dalam keadaan cemas itu , saya mengalami kecederaan di muka akibat dipukul mereka,” katanya.
Beliau berkata, seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam keretanya yang berada di kawasan parkir.
“Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya.
“Sebaik dilepaskan, saya kemudian menjerit meminta pertolongan. Mujur rakan serumah ada ketika itu dan dia membantu saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.
Menurutnya, akibat rompakan itu dia kehilangan kamera digital, pasport dan wang tunai RM600.
“Ketika membuat laporan saya turut diberitahu kejadian ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini kejadian sama berlaku di Seksyen 17 menggunakan modus operandi sama,” katanya
Trauma 2 jam
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam, tiga penjenayah terbabit menaiki sebuah kereta berhenti di depan rumah mangsa lalu masuk dalam kawasan pagar sebelum memecahkan cermin pintu utama rumah mangsa.
Menurut sumber, sebaik memecah pintu utama, ketiga-tiga suspek menyerbu masuk dalam rumah sambil mengacukan pistol ke arah pasangan suami isteri serta anak mereka.
Dua suspek itu kemudian mengikat mangsa yang juga seorang guru Sekolah Menengah Sin Min berusia 50 tahun dan isteri berusia 48 tahun, seorang guru pusat tuisyen serta anak lelakinya, pelajar kolej di Seremban berusia awal 20-an.
Katanya, seorang daripada suspek memberi amaran supaya mangsa tidak bertindak sesuatu sebelum mengikat tangan dan menutup mata serta mulut pasangan itu dan anak mereka.
“Dua suspek kemudian mengambil dua komputer riba, beberapa telefon bimbit serta merampas sejumlah wang tunai daripada pasangan guru terbabit.
“Suspek kemudian terkejut dengan jeritan jiran mangsa kemudian melepaskan satu das tembakan ke siling rumah dan berlari keluar dari rumah sambil membawa pasangan suami isteri itu serta anak mereka menaiki Proton Wira yang terletak di depan rumah manakala seorang lagi suspek memandu sebuah kereta lain,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Sumber itu berkata, pasangan itu kemudian diberi amaran oleh suspek supaya tidak membuat bising atau bertindak sesuatu kerana mereka tiada niat untuk menculik dan melarikan ketiga-tiga mangsa ke arah Gurun melalui Lebuhraya Utara-Selatan
Beliau berkata, pada mulanya suspek mahu melepaskan mangsa di Gurun, namun sebaik tiba di kawasan itu suspek terlupa memasuki Plaza Tol Gurun menyebabkan suspek kemudian terus memandu dan memasuki Plaza Tol Pendang sebelum melepaskan pasangan itu serta anak mereka sebaik melepasi tol terbabit.
“Suspek kemudian meninggalkan mangsa bersama Proton Wira Aeroback milik mangsa sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta lagi dipandu rakan mereka.
“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pendang sebelum pulang ke rumahnya di Taman Petani Jaya,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, seorang daripada suspek bertindak melepaskan satu das tembakan dan terkena siling rumah sebelum bertindak melarikan pasangan guru dan anak mereka kerana terkejut dengan kehadiran jiran mangsa.
“Bagaimanapun, pasangan guru dan anak mereka ditinggalkan bersama kereta mereka selepas Plaza Tol Pendang.
“Pasangan terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Pendang,” katanya
Acu pisau di leher anak
“Ketika itu, pisau sudah berada di leher anak perempuan saya, namun seorang daripada penjenayah meletakkan jari pada mata pisau sebaik saya berkata demikian,” kata mangsa samun Nor Azlina Jaafar, 43.
Kejadian berlaku selepas rumahnya dekat Kampung Binjai Manis, dekat sini, dipecah masuk dua lelaki bertopeng jam 3.30 pagi semalam.
Nor Azlina berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur bersama anaknya, Siti Nur Farahin Omar, 4, yang terjaga daripada tidur beberapa minit sebelum itu selepas anaknya itu ingin membuang air.
“Ketika masuk tidur semula, tiba-tiba saya melihat ada yang sedang meninjau ke dalam bilik dan ketika itulah saya terkejut sebelum mereka menerpa sebelum saya mendakap anak.
“Selepas itu, seorang daripadanya mengeluarkan pisau lalu meletakkan pada leher anak saya menyebabkan saya meminta supaya dia tidak diapa-apakan sebelum mereka menggeledah rumah.
“Mereka kemudiannya mengambil wang tunai RM300 dan syiling daripada dua tabung selain barangan kemas serta sebuah telefon bimbit,” katanya.
Sebaik memperolehnya, kedua-duanya melarikan diri dan saya hanya terdengar bunyi motosikal beredar sebelum berlari mendapatkan bantuan jiran
Tidur bersama kawan abang
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Lelaki berusia 24 tahun, seorang nelayan berasal dari Kuala Kedah itu dikatakan turut membawa rakan adik perempuannya berusia 22 tahun menyewa sebuah bilik di hotel sama walaupun baru pertama kali bertemu kelmarin untuk memuaskan nafsunya.
Lelaki berkenaan dikatakan mengajak adik perempuannya berusia 21 tahun menyewa bilik bersama rakannya yang juga nelayan berusia 18 tahun dan masing-masing datang ke hotel itu sejak petang Jumaat dengan menunggang motosikal berasingan.
Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membuat serbuan di dua bilik berasingan hotel itu dalam ‘Ops Krismas’, kira-jam 4 petang.
Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, dalam pemeriksaan di bilik pertama hotel itu, seorang lelaki yang hanya berseluar denim tanpa baju terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa Jaik ketika membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita memakai baju labuh nipis dan bertali halus tanpa coli dan seluar dalam berselimut di atas katil di bilik berkenaan dalam keadaan takut.
“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sah dan memberi alasan hanya untuk makan bersama di bilik itu.
“Mereka mengaku baru berkenalan dan bertemu di hotel berkenaan. Mereka terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui, kelmarin
Katanya, si adik mendakwa dia mengikut abangnya keluar dari rumah mereka kerana bergaduh dengan seorang lagi abang dan mahu mencari ketenangan sebelum dicekup berkhalwat di hotel itu.
Beliau berkata, pemeriksaan di bilik kedua menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa sebarang ikatan hingga menimbulkan syak.
Menurutnya, wanita itu mengaku yang dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel itu bersama rakannya yang juga pasangan abangnya.
“Kita mengesyaki sesuatu mencurigakan dan lebih mengejutkan apabila abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya bermalam dengan rakannya di bilik hotel itu sedangkan dia sepatutnya menjaga kehormatan wanita itu.
“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali,” katanya.
Pasangan adik beradik itu kemudian diikat jamin ibunya yang datang ke Pejabat Agama Islam Kota Star selepas dimaklumkan penahanan mereka oleh anggota penguat kuasa manakala pasangan mereka dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.
Md Nasir berkata, dalam operasi sempena Krismas kelmarin, tiga pasangan berusia 18 hingga 24 tahun ditahan dalam pemeriksaan di beberapa hotel murah sekitar bandar raya ini bermula jam 2 hingga 7 petang
Lokasi strategik pelajar IPT dipantau
Selain hotel murah dan rumah sewa, beberapa apartmen turut menjadi sasaran penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapati penuntut terbabit bijak menggunakan pelbagai pendekatan termasuk lokasi terpencil dan di kawasan bukan Islam bagi melakukan kegiatan tidak bermoral.
Penuntut IPT terbabit bukan saja menjalinkan hubungan intim dengan rakan sekolej, malah sanggup mengetepikan kelas bagi berjumpa dengan kekasih di lokasi dijanjikan walaupun terpaksa berbelanja bagi menyewa hotel.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Jais, Shahrom Maarop, berkata berdasarkan perangkaan siasatan kebanyakan penuntut IPT sanggup menyewa hotel bagi menjalinkan hubungan intim dengan kekasih mereka.
Beliau berkata, Jais memang mengetahui kegiatan segelintir penuntut IPT yang menjalinkan hubungan intim dengan pasangan kekasih di hotel termasuk sudah melakukan zina.
“Kebanyakan pasangan ini bijak menutup kegiatan mereka dengan alasan mahu mengadakan perbincangan mengenai topik pelajaran yang dipelajari, tetapi menggunakan peluang itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya
‘Kawan’ abang bawa pedang
Betapa tidak, ‘kunjungan berdarah’ berkenaan nyaris meragut nyawa dua beradik apabila kumpulan berkenaan membawa bersama dua pedang samurai sebelum mengamuk.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian bermula apabila kumpulan lelaki berkenaan mengetuk pintu sebelum penghuni rumah keluar.
Menurutnya, kedua-dua pihak berkenaan mulanya bersembang secara baik sebelum menjadi semakin tegang dan berlaku pertengkaran.
“Ketika bersembang dan memberitahu niat mereka mencari seorang ahli keluarga itu dan diberitahu bahawa yang dicari tiada menyebabkan kumpulan terbabit berang lalu meluru masuk ke rumah sambil membawa pedang.
“Waktu itulah mereka melibas pedang beberapa kali mengakibatkan dua beradik berusia 25 dan 30-an cedera,” katanya.
Menurutnya, setakat ini polis percaya kejadian akibat dendam kumpulan lelaki berkenaan dengan seorang abang mangsa dan ia disyaki berkaitan kerja sebagai penarik kereta.
Harian Metro difahamkan, serangan dilakukan membabi-buta menyebabkan hayunan pedang terkena bahagian kaki dan tangan dua mangsa sebelum kumpulan lelaki itu melarikan diri
Difahamkan, tiga lagi rakan suspek menunggu di luar.
Beberapa ahli keluarga tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian terlalu pantas dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan.
Laporan polis dibuat isteri seorang daripada mangsa dan polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan semua suspek.
Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati beberapa tompokan darah masih berada di pekarangan tangga rumah mangsa, namun usaha mendapatkan maklumat mengenai kejadian daripada ahli keluarga gagal dan mereka menyifatkan kejadian itu sebagai pergaduhan kecil.
Mangsa belasah mati lepas 14 hari koma
Dalam kejadian 7 Disember lalu, kira-kira jam 6 petang, mangsa yang hidup sebarang kara berusia 30-an dikatakan pergi ke sebuah kedai minuman di Jalan Putra, di sini, untuk bertemu wanita berkenaan yang berusia 20-an.
Selepas berurusan, mangsa dikatakan gagal menjelaskan bayaran kepada wanita itu menyebabkan dia berang dan memanggil beberapa rakan lain termasuk seorang wanita untuk membelasah mangsa.
Difahamkan, mangsa yang datang seorang diri parah di kepala akibat dipukul dengan topi keledar dan kayu di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Mangsa terpaksa bertarung nyawa selama 14 hari akibat koma sebelum disahkan meninggal dunia pada 21 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata mangsa berusia lingkungan 30-an dikatakan melanggani seorang wanita di premis berkenaan yang dijadikan tempat untuk ahli kumpulan itu bertemu.
“Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa dikatakan gagal membayar sejumlah wang kepada wanita itu menyebabkannya berang lalu memanggil beberapa rakan lain yang kebetulan berada di kedai berkenaan.
“Rakan suspek termasuk seorang wanita kemudian terus memukul mangsa tanpa belas kasihan dengan topi keledar dan kayu di kepala menyebabkannya parah dan tersungkur di tempat kejadian.
“Suspek yang melihat mangsa rebah terus melarikan diri ke kawasan berhampiran manakala mangsa kemudian dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan kepada anggota polis yang menjadi mangsa banjir
Bantuan disampaikan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin.
No comments:
Post a Comment