Monday, December 20, 2010

CORETANKU 265

JIKA DILIHAT BERITA INI...KEGIATAN SEX ATAU ZINA MAKIN GAWAT....SAMPAI BILA KITA NAK MENIDAKKAN HUKUM ALLAH....ATAU KITA SAMA2 NAK INGKAR PADA HUKUM ALLAH

Remaja licik lindungi kegiatan



KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu berwaspada dengan gerak-geri anak-anak terutama gadis remaja bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah hina.
Ini kerana, golongan remaja cukup licik menyembunyikan kegiatan nakal termasuk merancang melakukan perbuatan tidak bermoral menerusi kemudahan teknologi terutama komputer di rumah.

Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Khaidzir Ismail berkata, pengawasan teliti perlu dilakukan ibu bapa kerana golongan remaja masih lagi mentah dan kurang matang dalam menerokai erti kehidupan sebenar.
“Yang mereka mahukan hanyalah keseronokan dan wang tanpa memikirkan implikasi negatif yang bakal diterima,” katanya mengulas tindakan segelintir remaja perempuan termasuk pelajar institusi pengajian tinggi menggunakan laman sosial untuk mendapat teman seksual.

Menurutnya, setiap remaja mengalami proses perkembangan seksual seawal umur 13 tahun dan ketika itu keinginan untuk mengetahui mengenai seks akan mula terbit.

Katanya, remaja yang terbabit dalam aktiviti pelacuran dan juga seks bebas ini mungkin mempunyai pengetahuan yang lebih ‘dewasa’ berkaitan perkara itu.

“Zaman yang kian canggih ini, peluang untuk melayari laman web lucah cukup mudah ditambah lagi penjualan video dan filem lucah yang semakin berleluasa menjadi penyumbang ke arah itu.

“Sifat remaja yang sentiasa ingin mencuba mendorong mereka untuk mempraktikkan apa yang dilihat sekali gus mengheret mereka ke kancah hina,” katanya.
Khaidzir berkata, ‘perniagaan’ yang dilakukan dengan cara cukup mudah tanpa perlu keluar bertemu pelanggan sedikit sebanyak menarik minat mereka.

Katanya, laman sosial seperti Facebook adalah jaringan perhubungan yang luas dan bersifat terbuka malah mereka tidak perlu memaparkan maklumat terperinci untuk menarik pelanggan.

Beliau berkata, secara tidak langsung memudahkan remaja untuk melakukan perbuatan nakal dan sekali mereka terbabit sukar untuk meninggalkannya kerana ia akan menimbulkan ketagihan selain keseronokan.

Katanya, ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing untuk memantau segala pergerakan dan aktiviti anak mereka.



Pelajar kena cekup di hotel murah

Oleh SURAYA ROSLAN

PETALING JAYA: Niat sepasang remaja untuk bermalam di sebuah hotel murah di sini tidak kesampaian apabila dicekup dalam operasi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tengah malam kelmarin.
Remaja perempuan berusia 21 tahun itu dari sebuah institusi pengajian tinggi awam disyaki berdua-duaan dengan teman lelakinya yang datang dari Perak.

Difahamkan, lelaki berusia 23 tahun itu yang bekerja sebagai pemandu lori dikatakan mahu menghabiskan baki cutinya dengan kekasihnya di hotel terbabit.
Ketua Unit Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa Jais Shah Alam, Mohammad Haffizi Mohd Roslan berkata, operasi bersepadu bersama beberapa anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu dibuat khas selepas mendapat aduan orang ramai mengenai wujud aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel di sini.

“Malah, dalam serbuan itu juga, kami terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum remaja perempuan yang lengkap berpakaian membuka pintu. “Hasil pemeriksaan kami mendapati lelaki berkenaan berpakaian lengkap dan berseluar pendek, manakala kekasihnya berpakaian lengkap. Kedua-duanya terus menuju ke sebuah katil selepas membuka selak pintu bilik,” katanya di lokasi kejadian, di sini, kelmarin.

Mohammad Haffizi berkata soal siasat mendapati kedua-dua remaja terbabit didapati tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan seterusnya dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.


Difahamkan, gadis itu memberi alasan dia hanya menemani teman lelakinya seketika sebelum ke kolej.

Menurutnya, kedua-dua mereka dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.
Mengikut Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, pesalah yang berkhalwat boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Sementara itu, sebuah kelab malam berdekatan hotel berkenaan yang menjadi tumpuan remaja Islam untuk mendapatkan keseronokan dengan mengambil minuman memabukkan dan berpakaian menjolok mata turut diserbu penguat kuasa Jais.

“Tiga remaja lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan ketika leka meneguk minuman keras manakala enam wanita Islam ditahan kerana berpakaian tidak senonoh dan boleh mencemar agama,” katanya.


Gadis papar profil ghairah



GEMAR... dedah identiti di laman facebook.
GEMAR... dedah identiti di laman facebook.
KUALA LUMPUR: ‘Sweet’, ‘Less’, ‘Lessy’ dan ‘Noty’ antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.
Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat ‘galak’ mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.
Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.


Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan ‘sealiran’ serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.
Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia.

Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.


Khalwat di hotel



GEORGETOWN: Seorang lelaki ditemui hanya memakai seluar dalam sambil bersujud di tepi katil ketika dicekup berkhalwat dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Jalan Penang, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki warga Indonesia berusia 30-an itu ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kira-kira jam 12.30 tengah malam bersama pasangannya warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Dalam operasi ‘Ops Noda’ itu turut disertai anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, ketika pintu bilik diketuk, seorang wanita tampil membuka pintu dengan hanya memakai baju tidur dan ketika soal siasat dilakukan suspek hanya berdiam diri saja tanpa berkata apa-apa.

Katanya, selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa agama, pihaknya menemui kelibat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di tepi katil.

“Lelaki itu dipercayai cuba menyembunyikan diri daripada dilihat pegawai penguatkuasa agama namun tindakannya gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan dilakukan kedua-dua suspek mengaku belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan dan sekadar mengaku sudah bertunang serta mendakwa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan dan siasatan lanjut dijalankan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment